tag:blogger.com,1999:blog-87142491414338309892024-02-21T11:33:38.584+08:00EsfieSelama-lamanya yang Pertama...nmEsfiehttp://www.blogger.com/profile/13746158646779621483noreply@blogger.comBlogger247125tag:blogger.com,1999:blog-8714249141433830989.post-80389770030324560352011-01-04T21:40:00.000+08:002011-01-04T21:40:00.159+08:00This is da new Blog~Tutup dengan rasminya.

Berpindah ke sini.

P/S: Jaljayo.nmEsfiehttp://www.blogger.com/profile/13746158646779621483noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8714249141433830989.post-49980543860546562092010-12-30T18:58:00.002+08:002010-12-30T22:18:54.407+08:00Closing my Blog~Seyesly aku tatau apa jadik kat blog neh sekarang. Banyak menda yang tak leh nak buat. Dan rasanya aku dah decide nak bukak je blog lain. Tapi lom create lagik.

Jadi, pada SR yang rajin singgah, kalo tetengok cecah sebulan tadepape, harus la bermaksud aku dah berpindah. Alamat baru akan dihapdet, tapi mungkin takkan kekalkan nama Esfie dan Mazeed since teringin nak privacy.

Sesape yang still interested nak view blog yang coming soon tuh leh la tinggalkan emel kat aku nyer emel, nanti aku invite ke cane ke nanti.

Itu saje. Ada cte lain nak cte tapi kena la ejas bebenda neh dulu.

P/S: Uff~ tak suka create blog baru. Isk~

nm_salir@yahoo.com.mynmEsfiehttp://www.blogger.com/profile/13746158646779621483noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8714249141433830989.post-69399885771118378712010-12-27T00:24:00.002+08:002010-12-27T00:24:50.080+08:00Sweet Escape : Pulau Pangkor`Bertolak seawal 0750 pada pagi Sabtu nan tenang, menjelang Zuhur selamat tiba di Terminal Jeti Lumut. Sempat lunch nasik ayam madu sebelum menaiki feri ke Pulau Pangkor. Tiba dalam kurang setengah jam dan check in lebih kurang kul 1410.

Lunch - RM8.30

Feri pegi balik - RM10

Taxi dari Jeti Pangkor ke hotel - RM15

Aktiviti pertama, mandi laut. Mandi sampai rasa tak larat lagi main air. Balik tukar baju, kua jejalan cuci mata, dinner dan merancang aktiviti seterusnya. Usai dinner, balik lenakan mata. Bangun, cuci muka, dan kua carik makan sambil jalan-jalan di pesisir pantai, menyaksikan macam-macam kerenah manusia dari ceruk tempat.

Dinner - Laksa RM2.50 + Teh Ais RM1.50

Balik menjelang tengah malam, lepak-lepak sambil mengadap jajan, borak-borak sampai mata penat dan tidur dengan seronok.

Jajan - RM1.70

Hari kedua.

Seawal 0800 mengadap sarapan, kurang sejam kemudian siap beruniform mandi laut semula untuk aktiviti seterusnya, snorkeling. Lima anak dara paling comel yang mana hanya sorang tau berenang manakala selebihnya hanya pandai tenggelam, sesama berusaha berseronok snorkeling.

Sempat jugak mengacau kumpulan ikan-ikan kecik berenang, dan asyik terpijak timun laut yang banyak sungguh di dasar laut. Sempat gak melihat coral berwarna warni - hijau biru, merah - cantik sungguh meskipun pandangan tak sejelas mana dek rabun.

Hampir dua jam berendam, tangan - kaki luka-luka asyik terpijak terpegang batu tajam, akhirnya aktiviti tersebut ditamatkan dengan lawatan ke dua pulau berdekatan. Menaiki bot dengan kelajuan menyeronokkan - best tahap tertinggi~!

Balik mandi bertukar baju, amik beskal yang disewa sepanjang hari. Lunch terlebih dulu sebelum memulakan aktiviti berkayuh sambil memerah peluh. Tatau jarak sebenar aktiviti neh tapi aku asyik tertinggal di belakang dan nyaris berpatah balik dek kepenatan. NC lak, hampir pitam.

Tapi, kepenatan yang berbaloi-baloi.

Sementara memulihkan tenaga, singgah basahkan tekak. Kendian, sebaik tiba di hotel memasing memanjat katil dan segera menjadi umang-umang bersembunyi dalam selimut. Terjaga apabila mata tak mampu lagi lelap, malah perut pun dah mogok semacam.

Berbasikal ke gerai-gerai mencari makan. Sempena kemuncak aktiviti, dinner sedikit special. Nasik putih, tomyam seafood, kangkung & kailan goreng, telur dadar, dan sepinggan sotong fresh masak tepung.

Perut kenyang, jalan-jalan lagik carik souvenir.

Hampir tengah malam, pulangkan basikal dan menapak ke hotel. Sambung mengadap jajan dan sembang-sembang hingga la masa untuk tidur.

Bekfes - RM4.50

Snorkeling - RM10

Lunch - RM6.50

Basikal - RM15

Minum petang - RM5

Dinner - RM13.50

Hari ketiga.

Pagi-pagi 0759 dah ke pantai, kali ni sengaja ke pantai yang sedikit jauh dari hotel. Mandi sampai puas memandangkan hari terakhir. Air yang kehijauan dengan cuaca mendung bakal hujan serta pantai yang lengang dari pelancong dek pagi yang awal.

Cecah sejam setengah, jari-jari dah kecut, akhirnya balik ke hotel. Sebaik tiba, hujan mula mencurah. Lebat hingga terperangkap sekejap dalam bilik.

Setengah jam kendian hujan reda, kitorang keluar semula, sarapan dan sesi beli belah terakhir kat situh.

Tepat 1200 check out, amik taxi ke kilang makanan laut tuh sume sebelum ke Jeti Pangkor.

Sebelum meneruskan perjalanan ke KL sempat singgah sekejap di Teluk Batik.

Sarapan - RM4.50

Taxi ke kilang & jeti - RM30

Aiskrim di Teluk Batik - RM2

Menjelang Maghrib selamat tiba di VA.

Tiga hari yang penuh keseronokan.

Masa yang dihabiskan sesama serta pengalaman yang menakjubkan - valueless.

P/S: Motif sangat ala-ala iklan credit card neh?nmEsfiehttp://www.blogger.com/profile/13746158646779621483noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8714249141433830989.post-2251869201322717652010-12-18T00:12:00.000+08:002010-12-18T00:12:04.490+08:00Sweet Escape~!Bermula esok hingga dua hari selepasnya adalah hari kebebasan yang ditungu dengan penuh debar. Aku ngan hosmet akan melaksanakan misi penuh bahaya yang dah disusun atur sekian lama - Sweet Escape.

Tatau apa akan dibuat kat sana sebab kalo boley sumenya nak buat.Tapi, toksah kalut-kalut sebab aku pon lom siap packing. Tengah pikir apa yang patut dibawak dan apa nak kena disarung. Yang penting enjoy~ Warhaha...

Justeru, sila tutup lappy sekarang dan sila packing. Kalo tak sedar esok pagi, harus la kena simbah ngan air. Haip, hilang macho~

Yuhuuuuuu~

P/S: Mau lupakan risau 21/12/2010....nmEsfiehttp://www.blogger.com/profile/13746158646779621483noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8714249141433830989.post-41266922441194944982010-12-16T00:37:00.000+08:002010-12-16T00:37:10.931+08:00Bunga Dedap : Siri yang realiti.Entry Bunga Dedap banyak mendapat viewers. Sama ada yang sekadar tersesat atau teruja dengan apa tuh bunga cantik yang tak upaya memikat.

Andai sebelum nih sumenya hanya la teori, tapi kali ni, bunga dedap hadir dipertontonkan jelas di depan mata.

Bunga dedap. VS. Bunga pucat.

Si Dedap yang cantik, seyes, beliau memang cantik. Kecik molek, rambut hitam bertocang satu, dengan jurai halus tak tersengaja di dahi yang sesekali terkuak akan menzahirkan lagi keayuan di dedap. Senyum yang memang manis, dan selalunya mempesona. Tutur katanya plak, sesuai dengan pekerjaan, tentu la sangat terusun, teratur dan terjaga tatkala menjalankan profesionnya.

Si Pucat pula, bukan la tak cantik. Comel orangnya. Selalu nampak blur dan sesekali innocent dalam kerjanya. Komited, walau sesetengah gemar menafsirkan tu sebagai skema. Bicara si Pucat, seperti jugak si Dedap, sopan, cuma ada masa sedikit gelabah bila masalah kunjung tiba.

Konklusinya, kedua-duanya memang punya kecantikan dan tarikan tersendiri, terpulang dari sudut mana keduanya dinilai.

Uff... mana unsur dedap dan pucatnya???

Baikla, kembali pada topik.

Jujurnya, selaku pemerhati, aku personalnya tak sukakan si Dedap. Sebagai manusia, tak dinafikan, tanggapan pertama adalah kekaguman yang berbunga. Cantik, berbudi bahasa. Cuma, bila makin mengenali si Dedap, rupanya beliau punya satu sikap yang.... uff. Sesuatu yang tak digemari semua perempuan lain.

G.E.D.I.X.

Mengada dan bermanja habesan dengan semua orang terutama lelaki.

Adeh, failed.

Dan umpama drama jugak, berbeza dengan si Pucat, yang boleh je diertikan selaku, jinak merpati. Didekat rapat ditangkap tak dapat.

Si Depa yang cantik, yang mudah hilang kewarasan dek perasaan, dan si Pucat yang comel, yang keras bila rasa diinjak-injak.

P/S: Dari pandangan sisi sorang pemerhati yang gemarkan teori. Sekian.nmEsfiehttp://www.blogger.com/profile/13746158646779621483noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8714249141433830989.post-75773100886903012602010-12-06T00:24:00.002+08:002010-12-06T00:24:49.336+08:00Girls Day : Shopping sampai Demam~ ^^Khamis, kitorang berempat off sesama.

Pepagi hari dah bersiap, jumpa kat KL Central kendian 3 dari kitorang menaiki monorel ke Imbi. Lokasi adalah Times Square. Kat sana jumpa ngan lagik sorang, maka lengkap la kitorang selaku L6^Candies.

Aktiviti pertama adalah gi carik tiket movie. Lom ada pape dalam kepala so just gi carik apa movie yang ader. Lepas beberapa sesi dialog dan atas sebab nak berseronok tanpa memikirkan banyak menda, kitorang pilih citer Melayu - Ngangkung.

Sambil tunggu masa tayangan, kitorang gi makan dulu. Lepas makan jejalan sekejap kendian terus ke panggung yang dah bergelap masa tu.

Tamat tayangan, sambung ke aktiviti seterusnya - bowling. Suka dimaklumkan antara keempat-empat kitorang, hanya Ms Chairman merangkap Icy saja yang penah main bowling. Yang lain, sekian timekasih. Uff... aku sebenarnya salu je main, game komputer. Yang real, tu la kali pertama.

Seyes lengan rasa sakit lepas main. Adehh...

Aktiviti paling utama seterusnya adalah shopping kat Masjid Jamek, namun dek hujan nan terlalu lebat, maka aktiviti tuh dipostpone dan diganti dengan sesi shopping kat Times Square tuh sendirik.

Usai shopping, tangan kaki sume dah lenguh, jalan-jalan bawak diri ke Johny's apa tah nama kedai tuh, lupa lagik. Tapi, dek demam yang mula menular, kesedapan bee hoon tom yam gagal dinikmati sepenuhnya. Tapi takper, sebab memang dah sedap.

Acara santai hanya berakhir kira-kira 10 malam di mana memasing selamat tiba kat rumah.

Esoknya, keje hanya mampu 2 jam, tubuh menggigil tak hengat. Kepala pusing-pusing cam jam. Nak cakap pun tak bape nak larat. Akhirnya gi jumpa TL mintak nak balik. TL bagik. Harus la bagi, dah tak bape rupa orang dah, tak larat tahap giga.

Gi klinik, malangnya doktor baru je gi semayang Jumaat, kena tunggu paling awal lagik sejam. Sangat tak larat, maka balik saja.

Balik, bantai tdo. Langsung tak sedar pape. Bangun celebrate besday hosmate sekejap, kendian sambung tdo, taruk cool fever kat dahi, kendian sambung tdo lagik.

Alhamdulillah, bangun esoknya, panas dah kurang banyak. Lega, maka gi keje. Habis keje, sambung sesi shopping yang tergendala. Keke... kira-kira 9.30 malam baru beransur kenal jalan balik ke rumah.

That is what we called as shopping.... sampai demam, sambung balik. Hehe...

P/S: Sekarang dah ada 3 blaus baru, dan sepasang baju kurung, yang lom dipakai gi keje. Malangnya, tetibe saya rasa segan nak pakai. Erkhghh...nmEsfiehttp://www.blogger.com/profile/13746158646779621483noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8714249141433830989.post-10505072007578233632010-12-02T00:45:00.000+08:002010-12-02T00:45:29.798+08:00Kau Sape Nak Bagi Arahan kat Aku? Kau TL ker?3 hari nih aku jawab call sekejap je, sebab aku and da rest dah di assign untuk guide agent-agent baru. Kat sini, boleh dikatakan setiap tiga minggu ada je agent baru yang akan masuk. Cuma kali neh, memang sangat ramai, cecah 30 orang.

Selalunya, setiap satu batch yang masuk memang ramai, tapi dalam tempoh training 3 minggu, ada je yang tarik diri dek tak tahan ngan macam-macam. Sama ada rasa tak mampu ingat macam-macam produk Hotlink, atau rasa tak tahan ngan kerenah customer yang pelbagai. Ada jugak yang rasa payment terlalu kecik untuk kerja yang begitu penat dan menekan. Justeru, selalunya yang tinggal hanya beberapa kerat, contohnya batch aku dulu, cuma ada 9 orang.

Tapi, apa je yang mudah? Even lapar pon still kena makan dan mengunyah, menelan dan menikmati makanan, baru la rasa lapar akan terganti dengan kenyang. See the point? Pape hal pon perlukan usaha, dan susah payah, ok? Uff... terlari topik. Sila kembali ke landasan.

Bila seramai tuh agent baru, dan dorang ni plak memandangkan sumenya manusia jadi perangai memang la sangat berbeza sesorang. Apa la kudrat sorang TL untuk perhatikan kesemua 30 orang agent. Lantas, beberapa orang senior agent ditugaskan menjaga dan membimbing agent baru neh ke jalan kebenaran.

Agent tuh plak, merangkap keempat-empat kitorang.

Tugas nampak mudah dan seronok. Yelah, hanya perlu berlegar di sekitar agent baru, tolong jawab kemusykilan dorang, boleh ala-ala kerek kalau soklan depa merapu dan tak sepatutnya ditanya. Plus, ada kuasa untuk menyuruh dorang laju-laju sikit menaip, jangan tanya soklan tak bijak, sila cakap nicely, pls remove your not ready status, dan macam-macam lagik yang sekali imbas, uff, macam TL.

And the best part is, bukan saja hanya perlu entertain diorang, malah tak perlu jawab call. Tak perlu peduli andai call beeping bagai nak pecah floor. Heh, yang penting, kitorang nampak semacam seronok sebab boleh bersembang dan bergelak tawa.

Lantas, apa lagik.... ramai jugak la yang hangin dan bengkek ngan kitorang berempat. Ketidakpuasan hati tuh bagaimanapon hanya disampaikan dalam nada paling sopan dan santun. Tersenyum dengan pandang penuh erti, menepuk-nepuk bahu ngan gaya penuh makna, atau kalau extreme sket pon, hanya mampu memanggil kitorang ngan panggilan, MANDUR.

Cuma, dalam menahan rasa tak senang tuh, ada jugak yang menyebabkan aku masih mengenang bendalah tuh selaku ingatan yang taknak aku lupakan.

Salah sorang agent yang agak baru, cuma tak la sebaru budak-budak yang baru 3 hari jawab call, nak bersembang. Malangnya, dia gi bersembang ngan budak baru yang tengah jawab call. Maka dalam nada bergurau aku suruh dia jangan kacau budak tuh dan sila duduk kat tempat dia.

Mana la aku sangka dia akan sentap giler sampai air mukanya berubah sakan.

"I just want to ask her something. Why you like this ha?" Katanya, muka mula memerah.

Aku masih berpeluk tubuh sambil tayang senyum yang sentiasa sweet.

"Dont disturb her la, she's answering calls. Why dont you remove ur Not Ready and answer calls as well?" balas aku, masih senyum segaris.

"Eh, why you are so busybody ha, since when you are my Team Leader to tell me remove my Not Ready or not??" bentaknya, sambil menjeling sangat marah. Langkahnya segera hilang dan kembali ke seat.

Aku takat angkat bahu, berpandangan sesama bebudak lain dan sambung tersenyum.

Budak tuh, masih terlalu baru, hanya 3 minggu jawab call. Dan hanya kerana dia bengang aku tak perlu jawab call, menyangka aku bermain-main sambil berpeleseran dalam floor, meledak tatkala aku melarang dia mengganggu agent yang di bawah pengawasan aku.

Uff... apa yang dia dan agent lain tatau, agent baru yang di bawah pengawasan kitorang berempat, seriously, memang bawah tanggungjawab aku.

Bila dorang tuh buat silap, cam salah hantar case, hantar case tak lengkap, hantar case terabur, dan letak Not Ready sesuka hati, hold customer sampai tiga pat kali, memanjangkan call, dan seribu satu mendalah haru, yang kena panggil mengadap dengan Team Leader atau SME, adalah kitorang berempat.

Andai kata si budak baru tadi kacau orang dan takde kena mengena ngan aku, seyes la, aku jeling sebelah mata je. Tak kuasa kot nak melarang orang kalau takde masalah ngan aku.

P/S: Oh ya, budak yang sentap tuh, sebetulnya bawah pengawasan TL sebab suka letak Not Ready sesuka hati.nmEsfiehttp://www.blogger.com/profile/13746158646779621483noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8714249141433830989.post-582299768276673592010-12-01T01:09:00.000+08:002010-12-01T01:09:24.447+08:00Gang LeaderWawawawawaaaaa.... aku dah dapat nick pulak dek TL-TL neh. Mementang la since double shift tuh aku, icy, mentholyn ngan nerdy asik sesama je, dorang sesuka lak panggil aku Gang Leader.

Huh, siap mention nama tuh kat sume TL kot.

Apa motif? Apa hal? Apa masalahnya??

Isk... motip sangat cakap aku camtuh, terasa cam jahat lak ngan panggilan tuh. Yang cik kak nerdy nan poyo tuh leh lak terspontan (katanya la...) mengenakan aku. Bila Mr Nite Rider datang semata-mata nak update kan kitorang sal apa tah, beliau ngan senyum-senyum malunya panggil aku ngan nama tuh.

"Apa neh, apa lak..." protes panggilan tersebut, dan opkos la bantahan dari aku hanya akan mengundang mengukir senyum kat Mr Nite Rider tuh.

Susah nak nafikan, tapi memang senyuman beliau sweet. Keke...

Dan-dan tu jugak Nerdy sound aku laju-laju.

"Dah tuh, nak suh panggil akak apa? Sayang?"

Dan walopun terkujat, yakin aku menjawab, "Boleh jugak." sambil hadiahkan jelingan penuh ugutan kat beliau.

Dan-dan tu jugak la Mr Nite Rider meninggalkan kitorang, ngan muka malu-malunya. Haipp...

P/S: Kalo Gang Leader yang comel, boleh jugak diterima. Haihhh..nmEsfiehttp://www.blogger.com/profile/13746158646779621483noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8714249141433830989.post-62668315551944267382010-11-29T09:28:00.000+08:002010-11-29T09:28:59.928+08:00Rayyan Fantasi is Coming~!Buah tangn terbaru dari RAM dah nak kua next week, tapi kat MPH Alamanda dulu, aku opkos la takleh ke sana, tapi memang dah lama berangan nak tulisan terbaru antara peberet penulis aku neh.

Ohh... aku memang suka membaca, tapi setakat ni, peberet aku lebih tertumpu pada komik dan novel Melayu, novel omputih aku baru-baru belajar baca je. Kadang jeles gak orang lain dah ada peberet penulis novel omputih, aku lak terkial-kial lagik. Tapi, better late than never, kan? Keke..

Memandangkan aku dah skip satu buku RAM, jadik sangat tak sabar nak tunggu buku baru neh. Aku skip buku lanjutan kronologi Bagaikan Puteri, sebab aku tak rasa nak ikuti lagik kisah Haryani ngan Sunan.

Bagaikan Puteri - best, tapi takla aku suka sangat. Pertama sebab kesempurnaan Sunan. Haihh... agak impossible seseorang sesempurna tuh. Kedua, Haryani. Aisehh..

Cinta Sang Ratu - aku suker! Sebab sifat-sifat manusia Sunan dalam ni, sangat jelas. Dan best. Oh, aku suka ending Dani confess kat awek Indonesia yang tolong dia tuh. Tu la namanya life. Watak Haryani pun kuat dalam neh.

Hijab Sang Pencinta - hanya dibaca untuk melengkapkan kisah dorang. Dan as expected, memang tak bape suker sebab Sunan dah jadik supernatural balik.

Jadi sengaja skip yang latest, tajuk pon luper, keke.

P/S: Rayyan ~ must be somtin different. Hopefully. ^^nmEsfiehttp://www.blogger.com/profile/13746158646779621483noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8714249141433830989.post-54247171167962326812010-11-29T09:11:00.000+08:002010-11-29T09:11:43.124+08:00KIsah Floor : Mr TeeHari-hari penat bersembang mambang, bercakap dan bercakap. Tapi lately life getting better, keke...

Mana tak better, selama nih yang mendatangkan tensen bukan la customer, tapi orang-orang sekeliling dan environment. Justeru, bila sekeliling dah makin menyenangkan, yang menyampah cam smpah pon dah tak menyakitkan hati sangat.

Salah sorang TL neh, selama neh sangat la bermuka tensen tak hengat, seyes bagai nak rak. Tapi sari dua neh, dah pandai senyum, dan tak tahan, dan reti buat lawak tak leh blah.

Selalunya aku bereempat, termasuk Nerdy, Mentholyn ngan Icy, akan duduk dedekat. Satu ari tuh tatau la apehal mr.Tee merangkap mr skema-tak-hengat neh, tetibe bagitau kitorang takleh duk sesama due to memacam unreasonable excuses.

Nak elak dari call beeping, nak jaga service level supaya tak turun, nak itu, nak ini. Dan nak bagi budak baru duduk kat seat tuh.

Uff... opkos la cuak tetiber. Apakah ini sumerr.... apa salah kitorang?

"Korang dah tableh duduk sini tau, mulai esok sume kena duduk asing-asing."

"Ahh.. tade, nak duk sesama jugak." opkos la aku akan menayang muka degil tak leh blah.

Tapi dalam hati toksah cakap, cuak tak hengat.

Esoknya empat-empat kitorang gigih datang awal, semata-mata nak pastikan seat tuh tak diambik orang. Aci sampai je, huh, tenang je seat tuh. Barang sape pon tade kat situh. Haip, cam dah terkena je.

Sampai la dah setengah hari jawab call, baru la Mr Tee tuh pandang kitorang, kendian sambil tersenyum sambung lawak tak kelakar beliau.

"Ni kenapa duk sesama neh, kan sayan dah cakap kena duk asing-asing?"

Huh, antara nak gelak dan nak cuak, tak menahan kelakar beliau. Dek kelakar tuh la kitorang bereempat penat risau apa nak buat kalau bebetul kena duk asing-asing, haip~!

P/S: Mr Tee... beliau bukan la Chinese... ^^nmEsfiehttp://www.blogger.com/profile/13746158646779621483noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8714249141433830989.post-44150558188654780472010-11-24T00:13:00.000+08:002010-11-24T00:13:59.768+08:00SheMale..... yang Feminin,Erk... tapi sebelum tuh, boley ke pakai perkataan shemale untuk merujuk depa yang sebenarnya pompuan yang menafikan jantinanya tuh?

Ikut Wiki, lebey kurang tu la maksud shemale neh.

Huh, baikla, aku hanya nak cerita pasal shemale yang sorang neh. Memula aku kenal dia aku sangka dia straight, means hanya luaran je la ala-ala eksen kameng penuh kelelakian bla3, aku ingat dalaman dia still keperempuanan.

Rupanya, she male yang sorang neh, ada gelfren.

Uff.

Yang menariknya, pada masa yang sama, aku perasan, dia neh sukakan sorang mamat neh. Dan yang membuatkan perkara tuh obvious, bila mamat tuh mintak tolong somtin, memang dia akan sangat teruja, sampai keluar la perangai pompuannya; menggedik dan mengada.

Oh, kalau dia adalah pompuan yang menerima hakikat bahawasanya dia adalah sorang pompuan, rasanya aku akan buat tatau je. Yang menyebabkan dia neh menarik untuk gelagatnta diikuti, adalah kerana appearancenya tuh la. Punya la hard rock cafe punya imej, tapi menggedis.

Uff... umpama sorang jejaka gagah perkara meliuk lintuk memintal-mintal hujung tie. Boleh bayangkan cemana?

P/S: Perempuan ok pe.... nape nak jadik laki lak?nmEsfiehttp://www.blogger.com/profile/13746158646779621483noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8714249141433830989.post-39030119976478774872010-11-22T00:39:00.000+08:002010-11-22T00:39:05.363+08:00I My Me Mine~Sesi luahan perasaan.

1. Penat.

Antara keje seharian, balik hanya mampu tidur dan bangun semula untuk rutin yang sama, takde masa untuk manjakan diri sendiri, hanya punya kesempatan untuk tergelak kekadang; jauh lagi mampu dihadapi dari perlu berdepan ngan perangai dna ulah yang tak terlayan.

Motip pape hal mesti aku yang jadik alas kubur? Masa susah pandai carik aku, reti bukak mulut nak suruh itu ini, bila dah kononnya senang sikit, uff, aku jugak yang salah sebab kononnya tah pape ye?

Nope. Kali ni decision is made by me. The END.

2. Menyampah.

Antara mengadap timbunan sampah, perlu asingkan, asingkan ikut jenis dan spesies, timbang, kemudian longgokkan semula; lagi mudah dilalui dari mata berat menatap pemandangan nan menyakitkan, apatah lagi dah bebuih ala-ala mabuk todi mulut mengulang bicara nan serupa tapi telinga yang mendengar kalah tembok kayu batu dan besi yang tak berotak untuk pahami pape bahasa.

3. Berat.

Apa masalahnya dengan the way of my life? Apa kesahnya as long as semuanya aku tanggung sendiri? Apa perlunya prihatin nan kononnya tuh andai penghujungnya sinis sinikal menyindir tak hengat?

Yo may advice me, but those advice may be accepted, may be not. My choice.

P/S: Uff... bulan ni baru beli berus gigi sebatang. Isk~nmEsfiehttp://www.blogger.com/profile/13746158646779621483noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8714249141433830989.post-27172815806158543922010-11-15T00:19:00.000+08:002010-11-15T00:19:07.516+08:00Mission...... COMPLETED~!!Hari ni adalah hari terakhir aku double shift. Ufff... seyes tak sangka masih mampu bernafas dengan baik selepas menamatkan tempoh 'takde-life' neh.

Seronok, walopun memang sangat penat.

Suka, walopon sungguh tak larat.

Gembira, walopun cukup tensen.

Tapi, antara sebab masih ada tenaga untuk tersenyum kerana life yang mulai ada kat tempat keje.

Uff... life tuh termasukla para TL, dari yang strict, skema, comel cam teddy, cute cam doraemon, macho cam Rajnikan, atau iras-iras SRK, hingga la ke TL yang sengal mengalahkan kekanak ribena.

Oh.. dan tentu la termasuk Orangie dan Micky yang selalu jadik tatapan mata bebila datang nakal dan gatal.

Eh.... mr sweet pon tentu lah masuk list.

Dan.... tentu la sebab memember dabel shift neh jugak. ^^

Hari last dabel shift, kitorang jalan berlengang menapak ke LRT. Cik kak nna senga sorang tuh sempat karoake pelbagai lagu korean, dari NOBODY Wonder Girls ke LOVE C.N Blue.

P/S: Life. This is it.nmEsfiehttp://www.blogger.com/profile/13746158646779621483noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8714249141433830989.post-33090999728872092642010-11-14T00:52:00.000+08:002010-11-14T00:52:17.290+08:00Keje dan Belajar : Mana Tension?Antara kerja dan belajar, mana lebih penat?

Sebelum ni aku tak penah ada jawapannya, tapi hari ni aku dah tau.

Seyesly, belajar jauh lebih penat!

Keje hanya menggunakan kudrat tulang pat kerat, dan sebaik balik, mandi dan tidur, bangun lagi ulangi rutin yang sama, sambil gelak kadang-kadang, tensen tak la sampai menghenyak pundak sampai tak mampu nak tersenyum.

Dan belajar yang kononnya lebih menyeronokkan ngan kekawan, sentiasa bergelak tawa, selalu bersama ke mana-mana, gap antara kelas je pasti terisi ngan macam-macam kisah. Kelihatan begitu membahagiakan. Tensen hanya tatkala exam menjelma.

Tapi seyes, balajar yang memaksa otak berfikir, sangat meletihkan.

Tak cayer?? Sejak 13 hari lepas aku keje double shit, dari 0800 sampai 2130. Adakala sehari call hampir cecah 200, dengan macam-macam kerenah, jarang-jarang ada masa untuk bergelak, tapi masih mampu on lappy hingga satu pagi baru tidur sebelum esoknya mengulang urutan peristiwa yang sama.

Hari ni, hanya luangkan masa 2 jam 30 minit untuk MTeST, baliknya langsung tak mampu buka mata.

Collapse!

P/S: Sape kata study life simple?nmEsfiehttp://www.blogger.com/profile/13746158646779621483noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8714249141433830989.post-26665538262263342292010-11-13T00:50:00.000+08:002010-11-13T00:50:53.339+08:00Melayu & TattooWajahnya Melayu.

Namanya memang Melayu.

Percakapannya confirm sungguh dia Melayu.

Tapi dia bertatu.

P/S: Teori tak leh blah ialah, apakah dia itu baru port in atau pernah ported out dan baru port in semula?nmEsfiehttp://www.blogger.com/profile/13746158646779621483noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8714249141433830989.post-45475869100030584862010-11-09T23:49:00.000+08:002010-11-09T23:49:29.979+08:00Kisah Floor~Satu floor tersunyi sekejap tadi bila tetibe tah suara sape meledak. Sampai terbeku sekejap deme yang sedang melayan panggilan macam-macam soklan.

Selang seminit, terdengar plak kusi berlaga sebelum headset yang sebelumnya melekat comel di kepala bertukar kedudukan terdampar atas meja. Hentak sepatu dua inci memecah hening kemudiannya.

Dan sosek-sosek pun mula kedengaran sama.

Uff... aku hanya terfikir satu soalan. Andai sesatu nombor tuh sangat penting untuk sesorang, wajar ke andai nombor tuh tak bertopup langsung sehingga 3 bulan? Kat mana menunjukkan nombor tuh penting?

Bak kata minnie, masa ada kat depan mata tak hargai, bila dah hilang tak mampu digapai baru terkial-kial merasa penting.

P/S: Mentimun dan durian. Akukah mentimun yang tak penah sedar kekurangan?nmEsfiehttp://www.blogger.com/profile/13746158646779621483noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8714249141433830989.post-9162289242196562642010-11-08T00:10:00.000+08:002010-11-08T00:10:43.575+08:00Tak Bape Paham...Kadang tak paham. Bila terduduk melutut terhenyak dek cerita merapu hingga semua mata yang memandang hanya merenung dengan pandangan penuh curiga, beriya-iya telinga dipaksa mendengar sesriri lengkap bebel penuh nasihat tah pape kononnya mesti bangun tatkala kita adalah benar. Mesti kukuh saat pundak menampung pelbagai tekanan. Mesti tegak, kerana yang benar itu adalah putih, meski adamasa hampir kelam dek debu penuh tipu.

Tapi, bila masanya untuk aku berdiri, menyuarakan sesuatu yang memangnya benar, sekali lagi dipaksa mendengar cecehan penuh menyakitkan; apa salahnya diam dan menerima?

Uff.

Aku menerima apa adanya walau pahitnya amat, tapi completely salah sebab tak berusaha memisahkan yang benar dan yang salah.

Waktu aku mengangkat wajah dan penuh yakin meletakkan jarak antara yang salah dan benar, juga salah kerana wajarnya aku diam dan tidak bersuara.

Tidak, ini bukan luahan marah. Hanya satu hakikat yang suka atau tidak mesti aku pahamkan sendiri. Sooner or later. Cuma tak mampula kot nak nafikan bahawasanya aku kecewa.

P/S: Dari saya, yang masih belajar tentang sepak terajang dunia.nmEsfiehttp://www.blogger.com/profile/13746158646779621483noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-8714249141433830989.post-24645427161693118112010-11-07T00:17:00.000+08:002010-11-07T00:17:07.557+08:00Agak Laaa....Baik la, aku marah hari ni.

Uff... aku tidak berpuas hati sebetulnya.

Tak suka kena marah untuk benda yang bukan salah aku.

Erghh.... ada ke orang suka kena tuduh melakukan sesuatu yang dia tak buat?

Tak suka bila aku tengah meluahkan perasaan ngan menanes cam anak-anak 4 tahun tetiba ada orang datang tah dari mana memujuk konon cam sangat memahami.

Adeh... cliche~!

Dan, aku tak suka orang tanya sampai bila aku nak keje neh.

Aku punya suka, boleh?

P/S: Well, mana ada keadilan, since orang yang bercakap tentang adil dan undang-undang tu sendiri dah umpama ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus.nmEsfiehttp://www.blogger.com/profile/13746158646779621483noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8714249141433830989.post-31068474692151294322010-10-30T22:48:00.000+08:002010-10-30T22:48:39.258+08:00Tragedi Menjelang GajiSehari sebelum gaji masuk...

Jalan-jalan lenggang penuh bahagia ke ATM. Masukkan kad dengan tenang. Kawal air muka supaya nampak penuh sopan semasa cek baki akaun. Senyum pun agak-agak supaya tak ketara hati sedang melompat-lompat.

Baki akaun tertera di skrin.

Huh? Baikla, gaji masih belum masuk.

Mengeluh penuh tenang. Senyum masih agak-agak supaya tak ketara hati sedang kuciwa.

Ingin teruskan urusniaga?

Tidak.

Tritttt... tritttt....

Tetibe skrin gelap. Sesaat kemudian cerah semula. Macam-macam kod antarabangsa tak dipahami tertera satu demi satu.

[F2 for setup]

Oh?

Skrin gelap semula.

Temporarily not in service.

Ah?

Kad saya mana?

Senyum mati. Hati melompat-lompat semula.

Kad ATM ditelan dengan rakus. Hanya mampu merenung dengan pandangan penuh sayu lagi sendu.

P/S: Pulangkan balik~!nmEsfiehttp://www.blogger.com/profile/13746158646779621483noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8714249141433830989.post-1151744436331032712010-10-23T23:43:00.000+08:002010-10-23T23:43:51.712+08:00Shopping~!Kain untuk baju raya.

Check.

Tudung untuk baju baru.

Check.

Kotak untuk pos kain pasang ke kampung.

Erkk...

Tiket untuk balik kampung.

Ufff....

Apply cuti untuk raya.

Erkkghhh.....

P/S: Lupa apply cuti~!!nmEsfiehttp://www.blogger.com/profile/13746158646779621483noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8714249141433830989.post-6890391604099568572010-10-22T23:30:00.000+08:002010-10-22T23:30:22.291+08:00PukalUpdate pukal untuk seminggu.

Kewalahan dek OT yang compulsory sejak awal bulan.

Tapi tape la, hujung bulan neh besh sket tengok payslip. Hehe...

Salah sorang colleagues yang mc selama dua minggu berturut kerana masalah kesihatan. Dek ketidakselesaan sebab lama tak datang keje, beliau memutuskan untuk resign saja. Namun alasan yang beliau kemukakan tidak cukup kukuh. Akibatnya, resignation letter tersebut dikoyak lapan di depan mata beliau sendirik.

Scene of the day-lah~!

Tengah-tengah minggu plak, uff, dapat nescafe tarik free dari TL sebab mengantuk di pagi-pagi hari. Tinggal satu minit nak log in, mata masih rapat tak mampu nak angkat. Sudahnya TL belikan nescafe tarik, pemangkin semangat katanya. Hah~!

Lenkalik leh wat lagik tuh. Haha..

Penyeri minggu. Tentu la sebab ada seken suwit pain. Hahaha...

P/S: Tak sabar nak shoppim raya esok hari~!nmEsfiehttp://www.blogger.com/profile/13746158646779621483noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8714249141433830989.post-39015863144786745282010-10-21T22:29:00.000+08:002010-10-21T22:29:21.940+08:00Selamat Pengantin Baru~Banyak pulak view dekat blog neh bila tak update, pelik. Tapi tape la, huhu.

Beberapa hari ni ditag pada kad jemputan kawen salah sorang cosmate. Huh, macam tak pecaya saja beliau dan tunang akan menamatkan zaman bujang dorang tak bape lama je lagi. Kalo tak silap selepas raya haji neh.

Taniah dan semoga dirahmati hendaknya.

Uff, kadang kebusanan melayan pelbagai kerenah orang. Paling tak suka tentula orang yang kerek.

Paling tak tahan, jenis yang sangat la menganggap diri sendiri adalah hebat. Sampai tanyakan, do you understand english? Uff... saya penat btol.

P/S: Uff, ada sesiapa suka mereka yang kerek?nmEsfiehttp://www.blogger.com/profile/13746158646779621483noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8714249141433830989.post-19881044165723001362010-10-11T23:51:00.000+08:002010-10-11T23:51:32.393+08:00Terkenang Daku Teringat..8-10 October 2010 ada career fair kat Mid Valley. Sengaja ringankan kaki ke sana. Salah satu hall dipenuhi dengan peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat post-graduate.

Terpegun sekejap. Bukan dengan kesesakan manusia, tapi dek terkejut.

Salah masuk fair kah? Uff... bukan datang untuk sambung belajar neh~!

Kemudian lega semula bila dapati career fair adalah hall bersebelahan. Tapi, sepulangnya dari sana, satu demi satu kenangan zaman belajar datang bertandang.

Aduhh.... tetibe rasa tergugah mengenangkan beberapa teman yang masih bertungkus lumus di meja studi dek melanjutkan pelajaran. Sedang aku gigih tamau menggunakan peluang yang ada.

Alasannya, penat sudah dengan dunia belajar yng penuh teori. Sekarang masanya untuk menempuh dunia realiti!

Erkhgh.. Kenangan, sila berlalu.

P/S:nmEsfiehttp://www.blogger.com/profile/13746158646779621483noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8714249141433830989.post-31072007655036208612010-10-09T02:02:00.000+08:002010-10-09T02:02:04.412+08:00Mad at Wrong Person?Uff.... dah lama tak kena sound ngan customer cetek akal. Sari dua ni dapat balik.

Makcik sorang tuh, call je trus dia cakap nak cakap ngan supervisor. Uff?? As an agent, tersangat la carik pasal kalo sesuka je nak pass call kat SV. Kalo tak kena jeling, tak sah!

Lepas korek-korek, akhirnya customer tu setakat nak tau caj roaming saja. Tapi memang sukar nak handle beliau, sebab no pon dia tamau kasik. Uff... terpaksa la aku cakap je apa yang patut. Tanya sket aku lak dibantainya tak paham bahasa.

"Cik nak tau caj sms ke caj call neh cik?"

"Eh, you ni tak faham bahasa ke? Takkan la I nak sms je kat sana, mestilah nak call sekali!"

Errkhghhhh.....

Kendian, ada lak sorang akak neh, nak pakai Blackberry,pastuh guna internet, bila kedit kena tolak, boleh pulak dia call dan cakap tak puas hati dengan caj tuh.

Bila aku cek, caj tu memang caj betul. Takde la overcharged ke hape, bila aku explained, katanya dia tak puas hati sebab masa dia beli Blackberry dia tuh dia tak diberitahu kalo browse internet kena caj.

"I tak puas hati la, kenapa nak kena caj, I pakai Blackberry, kenapa nak caj I. I tak peduli, I malas cakap banyak, I nak you hantar case I nak refund."

Motip nak sume free? Tandas awam pon 30 sen sekali masuk sekarang neh tau.

Dan, satu call dari sorang amoi yang ngamuk-ngamuk bila kena caj singgit untuk 2 sms. Bila cek, dia hantar kat nomo antarabangsa, memang la caj singgit sebab international sms memang la 50 sen sekeping.

"I will terminate this no! You know what, I will ask my friend to stop using maxis! I will post this on facebook! You stupid....blah..blah..blahh..~!"

Ufff.... marah-marah agent cam aku apa maknanya kot, habeh-habeh pun ujung bulan aku tetap dapat gaji.

Deme yang gigih call semata-mata meluahkan amarah dan amukan tuh? Kena caj 30 sen seminit lagi ada la... Hati sakit, marah membuak, malah kredit pun luak.

Tapi tak sumer customer macam tuh, yang senteng akal macam di atas tuh ada la segelintir. Sikit je pun. Ramai lagik yang sopan santun dan baik. Maksudnya, orang baik, memang masih ramai atas muka bumi neh.

Boleh ke buat kesimpulan camtuh? Keke..

P/S: First call aku ke customer service maxis 5 tahun dulu, dan aku masih ingat cemana sempoinya agent tuh. Such a sweet thing to recall.nmEsfiehttp://www.blogger.com/profile/13746158646779621483noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8714249141433830989.post-91394380278257300782010-10-07T22:22:00.000+08:002010-10-07T22:22:33.291+08:00CHINTA : Negara Apa Aku Tinggal Neh??Tak penah pon menonton cte neh. CHINTA yang dibintangi Fasha Sandha. Kisah sorang mangsa sumbang mahram yang kemudiannya berdendam ngan takdir. Erti kata lainnya, berdendam ngan Tuhan, Pemilik takdir tuh sendiri.

Arini kebetulan tertengok sambil sembang-sembang dengan hosmet. Dan aku terkejut dengan dialog yang dilontarkan para pelakon.

"Orang sekarang ni pakai tudung pun bukan sebab tuntutan agama, tuntutan masyarakat je!"

"Tulah, i dulu pun, masa kat kampung, i pakai tudung, solat, semua sebab terpaksa..." Suara penuh kecewa.

Dan beberapa lagi rentetan dialog yang aku rasa aneh sungguh. Mungkin ke aku terlalu kolot? Huh, tatau.

Dan aku perasan ada satu dialog Fasha Sandha dimutekan. Malah sub BI yang sebelum ni mengiringi setiap perjalanan cerita jugak tak muncul di screen. Setelah menadah telinga dan gigih menafsir, dialog tersebut ialah..

"...kalau nak marah, marah la kat Tuhan."

Dengan muka penuh mengejek.

Aku pening neh. Apakah ini sume? Aku jarang tengok cte Melayu sebenarnya, since duduk rumah sewa lebih banyak ngadap lappy. Tapi takde la tak follow trus cte Melayu sebab aku peminat cte Melayu gak.

Cuma akhir-akhir ni aku perasan, bebas sungguh para pengkarya berkarya. Sampai langsung mengenepikan norma-norma beragama. Aku rasa masih ada banyak lagi cara lain yang boleh menonjolkan tema dendam terhadap takdir tuh.

Dan yang aku tertanya-tanya, bagaimana ngan akidah para pelakon? Memang la dorang hanya berlakon, berpura-pura, tapi, dengan mengucapkan dengan nyata ayat-ayat yang mempersoalkan Tuhan, mana sebenarnya kedudukan agama neh?

Kolot ke aku bila aku terpikir macam neh?

P/S: Teringat satu dialog cerita Melayu yang mengatakan Tuhan, agama, solat, puasa, dan zikir hanya untuk mereka yang miskin papa kedana. Aduhhhhh...nmEsfiehttp://www.blogger.com/profile/13746158646779621483noreply@blogger.com0