Ahad, 31 Mei 2009

Sebermula

encik ~pemimpin nampaknya agak ok menjelang hari 1st minggu ke-4 praktikal ni. kak zu pun dah masuk opis balik pas seminggu jaga baby qayyum yg keracunan dek kecuaian babysitter yg sambil lewa ngan kebersihan botol susu baby kecik tuh. inche newcomer pun nampaknya dah dapat ~mulut pas beberapa ari sekadar meleretkan garis bibir ke kiri-kanan & matikan di titik minimum. hmm... nampaknya sumenya semacam dah kembali ke asal.


berbalik pada inche~pemimpin. kak zu dah balik kan, apalagi, cte laa kat kak zu pasal apa yg terjadik bermula aku & zuzack duk kat meja kak zu yang menjadi sebab ter~sepinya opis hingga ke akhir minggu. inche ~pemimpin meme gtu... kata kak zu. petikan 3 perkataan tu diolah hingga melahirkan beberapa bentuk kekata yg menunjukkan ke~sepian minggu lalu amat dirasai, bukan takat aku je, termasuklah kuncu-kuncu praktikal yg lain.


(aii... skempus plop ayat2 di atas..)


kesimpulannya, biasanya tawa dan wajah ceria slalu disalah erti. dianggap sesuatu yg manis & dikatakan intipati sebuah kenangan. muram, murung & ~sepi, sesuatu yg slalu cuba dilupakan atas alasan mendukacitakan, pedih & meyakitkan.

walhal, yg kononnya menyakitkan tu laa yg sering jadik penyebab makin kukuh atau rapuh sesatu ikatan. tapi aku taklaa menafikan langsung peranan momen-momen gelak tawa tu satu sebab makin bestnya sesatu masa, cuma, kenangan biasanya akan lebih terkesan bila berlakunya sesatu yg selalunya kita tafsirkan pahit & proses mengatasi kepahitan yg mebawa kepada satu momen tamatnya ~kepahitan tu, rasanya momen tu jauh lebih bermakna dari saat gelak tawa senyum sesaja.

cuma, yelaa, bila terjadinya yg pahit-pahit, mind-set laa yg selalu jadik penyebab nasik yg hampir masak bleh jadik bubur. walopon bubur tu masih bleh dimakan, tapi bape ramai yg sukakan bubur berbanding nasik. habih-habih pun, bubur bleh tambah bilis, tambah sup, tapi takkan nak sama ngan nasik walopon sekadar berlaukkan ikan kering atau ikan bilis goreng. lebih-lebih nasik, bleh jugak digorem wat bekal ke opis. (cam miss-sweet-smile praktikkan...)
tapi bubur?

padahal, yg manis-manis, x lebih ukiran aising. cantik, menarik, kreatif, & colourful, mmg manis & menggiurkan di mata, tapi di mulut? bape ramai yg letakkan aising dalam mulut sebanyak aising yg berwarna macam-macam tu memenuh di ruang mata?

ramai yg sedar ngan hakikat cenggini. cuma, x ramai yg berani gadaikan kemanisan untuk ~kepahitan yg belum pasti manisnya terkecap.

tak payah cakap orang laa. aku sama gak. sedar, tapi masih tak cukup brani risikokan kesakitan utk sesuatu yg secara teorinya lebih kekal kalau aku mampu lepasi palang tu. masih takutkan kecederaan walaupun x laa ngeri ngan sangat lelehan darah.

sekalipun hari ni apa yg aku kendong hampir kosong, & menara yg aku jejak hanya sekaki dari bumi, tapi ketakutan & kesakitan masih menggamit. apatah lagi mereka yg memiliki hampir segalanya, teorinya x mungkin sanggup terjun semata-mata mencari kemanisan dalam kesakitan.

tapi, memandangkan aku sekadar menggendong bakul yg hampir tak berisi, rasanya aku tringin mencalonkan nama sendiri untuk jadik sukarelawan untuk uji teori di atas. kalo salah pun, at least, x laa rugi sangat. =)

so... bertitiktolakkan post ni, sekali lagi aku isytiharkan, aku meneruskan apa yg penah aku usahakan. satu usaha yg penah aku jedakan, kali ni aku truskan semula, cuma, dengan objektif yg berbeda, objek dan subjek yg berbeza.

cumanya... jgn gopoh cam dulu. lagikan Tuan Sadon bleh sabar sampai berbelas-belas tahun, apatah lagi aku yg rasanya baik laa sket dari Dickens tuh...

Tiada ulasan: