Isnin, 31 Ogos 2009

Erti keMERDEKAAN....

apa erti kemerdekaan ke 52 ini buat anda?

1. GENTING......!!!!!
jerit satu suara.

mikrofon dihalakan pada satu lagi gerombolan anak-anak muda yg sedang lepak-lepak di suatu tempat yg berhawa sedikit sejuk.

2. bunga api! tahun ni kureng aa...

3. race aa....

jawab sekumpulan mat-mat moto yg berkumpul di satu selekoh jalan sambil mempheewitt kepada penemuramah. penemuramah segera beredar dengan kadar yg segera.

4. dating, pepegang, pepeluk, pepe aa...
ucap satu pasangan sambil duduk berhimpit-himpitan menahan sejuk.

5. enjoy!
sekumpulan anak-anak muda muka mix campo-campo sambil menari tatau-apa-nama.

6. esok cuti...!
jerit beberapa anak muda sambil baring atas jalan di sebelah moto masing-masing. penemuramah juga x pasti apakah itu sebahagian cara mengurangkan kesejukan.

7. tidur.......
jawapan seorang student sambil tersengguk-sengguk menahan kantuk.

8. bangun pepagi hari bersiap untuk perbarisan.
mereka yg menyertai perbarisan sempena sambutan hari kemerdekaan.

apa plak erti keMERDEKAAN buat anda?

p/s: buat penemuramah, sambutan kemerdekaan kali ni banyak memberi pengetahuan baru. dari jam 2130 30 ogos hingga ke 0740 31 ogos, penemuramah hanya mampu mengangguk.

salam KEMERDEKAAN.



save the earth...

Ahad, 30 Ogos 2009

2889
1430

tengah lepak depan laptop. bukak emel, baca blog dll.

triitttt...... triiitttt....

segera bangun dapatkan henset.

kak nasirah.

hello. ya kak nas?

hello, akak nak ajak bukak puasa kat kelana jaya petang ni. untuk AJK FESKUM.

ala, saya nak pegi umah pakcik la kak, dah lama x pegi ni.

x pe lah, pk dulu, nanti sebelum pukul 5 respon balik kat akak. kalau jadi, kumpul kat KPS pukul 6.

talian mati.

cane ni. sejak bukak sem ni, baru sekali gi umah pakcik, tu pun gi nk amik roadtax je. cemana ek? x pegi kang kecik ati lak pakcik tu.

tingat lak jasa-jasa pakcik yg sorang tu. penah bersusah payah dari dato' keramat ke pantai dalam semata-mata nk hntr anak sedaranya ke um yg ada kelas kat ai kul 8 pagi. pastu sesusah lak ke pantai dalam amik barang-barang anak sedaranya yang ni bila nk pindah plak.

hmm... tapi kan, heh, apa salahnya gi dedua, btol x?

fareast (artis yg wat persembahan lama tu) kat majlis bebukak pose kat kelana sentral...

aku gi je umah pakcik aku kejap, pastu cte la kat dia aku ader bukak pose kat kelana jaya petangnya. makcik aku lak ngan sempoinya cadangkan aku gi je sana, minggu depan aku leh datang bukak pose ngan doram lak. heh, cantik ah!

hazira (protokol), kak masaida (secretary) n yeni asyikin... memasing x sedar aku halakan kamera... hehe...


ooo ye... makanan yg ada makanan aran n makanan cina muslim. bleh tahan la. RM35/nett... hehe... boleh la kot.

save the earth...

Khamis, 27 Ogos 2009

Kisah Benar Sengal**

sepasang suami isteri sedang duduk-duduk selepas berbuka puasa. si isteri sibuk meleraikan pertengkaran anak-anak mereka yang berebut mainan yang sama. si suami menjeling si isteri. untuk seketika rasa kasihan membuak melihatkan si isteri yang tak menang tangan menguruskan hal rumah tangga.

si suami menggaru kepala yang tidak gatal. cemana nih....

erkk.. yang...

ya bang.

sempena bulan baik hari baik ni... abang nak berterus-terang la ngan ayang, kata si suami ngan muka jujur habess...

cakap la, ayang dengar ni...

ayang ingat x awek abang tu? yg selalu mesej abang tu?

ingat. kenapa, abang dah putus dengan dia ke? bagusla...

erk... sebenarnya yang... abang dah menikah ngan dia. kami dah ada anak sorang, dah bape bulan dah....

terkedu si isteri. matanya melingas memerhatikan anak ke-4 dan ke-5 mereka yang sedang bermain.



**notakaki**
**kisah benar di bulan Ramadhan 1430H**






save the earth...

Selasa, 25 Ogos 2009

Mengantuknya...

24 minit nak berbuka.

mengantuk betul. x sangka aku berjaga 46jam tanpa tidur. dalam kelas pun bley mantain lagi tuh. tapi last skali, masuk kelas pengajian sunnah x sempat 15minit, aku terpaksa menyerah pasrah. pelan-pelan aku bangun, tolak daun pintu dan menapak langkah demi langkah ke masjid. mintak maaf la ustaz... saya x tahan sgt ni. bukan sengaja nk tuang kelas ustaz.... bisik aku sambil berjalan dengan memejamkan mata.

masjid di bulan puasa ni.

macam aku agak, melangkah masuk je, bebudak x lagi melepak semata-mata, sebaliknya pakat menadah tafsir sesorang. fenomena biasa di bulan puasa. tapi aku mmg x larat nak join, sebaliknya rasa makin berat bila mendaki anak tangga. sampai tingkat atas, aku landing baik punya, dan pejamkan mata yang makin kelam.

selamba aku tdo, azan zuhur aku bangun, amik wudhu' dan semayang dengan bersesak-sesak. pemandangan biasa di masjid dan surau-surau ketika zohor. haha...

kendian ke kelas balik, selamba amik beg dari pija yang bukan je classmate, tapi merangkap grupmate utk Integrated Waste Management yang nk kena pezen lagi bape minit.

"gi mana tadi?" soal pija sambil tayang lesung pipit.

aku tadah muka penat tahap x hengat.

"tdo."

pija sengeh 4 garis. beg berisi laptop beralih tangan.

x lama kendian sesama merempit gaya bebas ke fak sains. sampai je berkejar ke Lab. sejam kendian tibala masa kumpulan kitang lak pezen...

pergh... masa dah la 15 minit je. sekali si Adik (ekceli ni ketua kitorang... haha) cakap dahla sopan santun, kelajuan yang sgt perlahan. dah gaya orang jalan kaki lepas bersenam 20 km x berenti...

sudah.... bisik aku dalam ati. dah la aku last pezenter. aisehmen...

x lama shan plak amik mic. adess... amoi ni... sama jugak speed dia... mati berdiri btol kali nih... pija dah stat jeling jam dah. aku masih buat bodoh jugak.

sekali bila turn pija, x sempat bape slide bell dah bunyik. bell akan berbunyik bila masa tggl 5 minit.

hape lagi..... cam x cukup jari ngan tangan kaki segala nk tekan laptop. Adik ngan shan dah macam-macam arahan keluar tang tu jugak.

aku? heh... tetap kontrol peace.

sampai turn aku, rasanya masa tinggal kurang 2 minit. apa yg aku buat ialah, aku masuk gear 4 trus lantas menyudahkan pezentation sebaik je bell dibunyikkan sekali lagi tanda masa tamat.

pehhh... tiga-tiga grupmate aku pandang muka aku. antara caye ngan tak aku menggoreng dengan mantap sekali....

mantap la sangat.... kata aku dalam ati.

huahhuahua... sekali kena tibai ngan Daddy kesayangan lean tu. kena jugak..... aku tunduk dalam ati.

i was expecting more from this group, katanya sambil menggelengkan kepala.

oo ye... tajuk entry ialah kerana aku sangat penat dan nk tdo atas tilam sambil peluk bantal merah gong xi fat choi dengan kadar yg sgt segera. tapi memandangkan pija ngan semangatnya ajak aku gi bazar kat pasar malam kat PJ plak, aku tetap gi jugak walopon mata dah hampir terkatup.

dalam pada tu aku sempat tawaf bazar kira-kira 3 kali sebelum beli ayam seketul berharga rm5 dan sebungkus air kelapa.


save the earth...

Isnin, 24 Ogos 2009

Sahur pertama bersama Housemates...

memula memang nebes nak balik KL ni, pk cane sahur, makan roti ke maggi eh? bangun sesorang ke minum nescafe je nnt? pendek kata, banyak la jugak yg mengacau kepala hotak.

yela, kalo nk dikira ngan tulus ikhlasnya, ni mmg adalah sahur pertama aku di rumah sewa. tahun lepas cam x leh nk masuk buku je... haha...

tapi, inilah makanan sahur x sampai 2 jam tadi.... =)


ada ikan yang aku suka, udang goreng kunyit (tapi aku rasa resepi adik aku jauh lagi mantapp aa... hehe), ada ketam (aku x makan sbb x penah makan & x reti makan. haha...), ada daging kak dayang beli kat pasar malam masa nk berbukak, ada ayam (dalam pinggan daging gak...) last skali ada ikan goreng. hoho...

x cukup nasik seh....


save the earth...

Kisah Benar**

Suatu hari di bulan Syaaban 1430H...

menjelang lewat petang anak muda ini menyambut tangan ibunya lantas dikucup.

anak muda : saya jalan dulu ye mak.
ibu : yelah. hati-hati memandu, jangan laju-laju.

anak muda cuma mengangguk sekali. tangannya segera meraih adik kecik berusia 2 tahun yang baru petah bercakap.

anak muda : salam abang, abang nak gi belajar ni.

si kecik menyambut tangan abangnya lalu dilayangkan ke pipi. wajahnya murung bagai memahami akan ditinggalkan sekali lagi.

kereta biru laut yang berusia lebih 10 tahun berderum meninggalkan halaman rumah. perjalanan jauh akan ditempuh anak muda itu menuju ke alma maternya nun di sintok kedah. bersama menemani teman sekampung yang turut menuntut di menara gading yang sama.perancangan asal untuk bertolak seawal pagi terpaksa ditangguhkan dek kereta yang sering merajuk-rajuk. sudahnya tatkala matahari hampir tenggelam barulah perjalanan dimulakan.

jam 3 pagi.
grik.

anak muda menjegilkan mata menahan kantuk. stereng digenggam kemas-kemas. teman di sebelah sudah lama terlena dibuai mimpi. sesekali lengan kiri mengurut leher sendiri yang sedikit lenguh. perjalanan yang selalunya hanya memakan masa 5 jam dari kota bharu ke sintok kali ini terpaksa dipanjangkan dek ulah kereta separa antik itu. namun dek hambatan kuliah, anak muda dan temannya gagahi jua.

anak muda itu kemudiannya memperlahankan kereta apabila sebuah waja bernombor pendaftaran negeri yang sama tiba-tiba memotong. namun memandangkan keadaan jalan yang tak ubah ular dipalu waja tersebut turut memperlahankan larian. anak muda sabar mengekor dari belakang meskipun darah mudanya bergelojak mahu memotong.

setelah agak lama...

anak muda : uik... apehal cam siput sedut ni?

dadanya terasa berdebar-debar. penuh dingin memercik di sekitar dahi. teman di sebelah dikerling sekilas.

anak muda : tdo pulak. nk kejut kesian plak. tapi apehal semacam je waja kat depan ni...

kala itu hujan gerimis membasahi kelam dinihari. tempias hujan yang mencuri masuk terpercik ke wajah anak muda tersebut. niat mahu mengejutkan teman di sebelahnya tidak diteruskan. degup jantung yang lebih laju dari biasa mengusik perasaannya. kereta waja di hadapan seakan sengaja mendera. kelajuan yang seperti sengaja diperlahankan menambah resah anak muda. lantas, anak muda memasang tekad.

anak muda : potong jela...

pedal minyak ditekan. kereta meluncur laju, semakin menghampiri waja di hadapan. untuk seketika, tatkala kelajuan di aras yang sama, kereta saling bersebelahan. pemandu waja tidak merapatkan tingkap kereta meski hujan rinik-rintik, malah tangannya dilabuhkan di tingkap sehingga terjuntai keluar. agak aneh, sehingga menarik perhatian anak muda. dan, anak muda itu kemudiannya sedikit tersentak saat terperasankan sesuatu.

anak muda : eh... kenapa tangan sampai nak cecah jalan?

spontan, anak muda menoleh.

bagai terhenti sekejap degup jantung...

pemandu waja memandu tanpa kepala.

sepantas kilat anak muda mengalih pandangan ke dada jalan semula. butir-butir peluh makin kasar berbintik di dahi setiap liang roma. irama jantung entah berlagu apa. pedal minyak ditekan lagi. kali ini waja di belakang. namun ada ketika seperti mahu mengejar kereta tuanya.

anak muda mengerling kepada teman di sebelah. masih terlena.

anak muda telan liur sebelum mulutnya terkumat-kamit membaca ayatul kursi. selesai bacaan pertama, waja di belakang semakin menjauh. dan begitulah seterusnya setiap kali selesai satu bacaan. akhirnya di satu selekoh, waja tidak lagi muncul-muncul. seolah-olah hilang ditelan kegelapan malam.

anak muda menghela nafas lega.

teman anak muda kemudiannya terjaga. matanya terpisat-pisat menghilangkan kantuk yang masih bergayut di kelopak mata.

teman anak muda : eh, kat mana dah ni?

anak muda : dah nak sampai dah. eh, ko perasan tak waja tadi? plat D** tadi?

teman anak muda : aha. mana dah eh?

anak muda tersenyum sedikit : hilang.

temannya terpinga-pinga seketika sebelum anak muda menjelaskan apa terjadi.

**notakaki**
**cerita di atas adalah kisah benar abang penulis.
**dialog adalah dalam slang kelantan.



p/s : nggee....! aku terimagim cemana la rupa badan x de kepala tu.... tamau jumpa la!

save the earth...

Jumaat, 21 Ogos 2009

Ramadhan bulan Puasa...

Malam 1 Ramadhan 1430H.

selepas kira-kira 6 tahun, akhirnya dapat berjemaah sekali lagi di masjid kampung ni. isk, syahdu lak! kali terakhir jemaah kat kg ni masa F4 kot, sebab masa SPM dah puasa kat KB, sbb masa tu dah tengah exam dah. tahun lepas tu plak puasa kat nilam puri, konon la, padahal hari-hari balik puasa & sahur kat rumah. tapi masa tu asik x de kesempatan nk gi terawih, plus ngan malas sesket. hehe... dan 2 tahun ni (tahun ni tahun ke-3 la) puasa kat KL plak. puasa kat KL ni bukannya best pon, masa tahun 1st dulu agak best la sbb masa tu masih duk kolej, bleh traweh sesama member, moreh sesama, bukak puasa sesama, masa terlebih rajin lak, siap sahur kat kafe. makan mee goreng mamak lagi tu.

best jugak kalo ingat-ingat masa kat kolej ni. haha.. x la sumenya pahit + kelat.

tahun kedua, puasa masa tu antara yang mencabar jiwa dan minda. masa tu, walopun teraweh sesama satu kondo kat surau yg mmg besar & best jugak, bersesak-sesak ngan telekung dalam lif, dan sesuka gelakkan geng hanzalah yg x dapat naik lif, tapi masa tu kegembiraan dan keceriaan tu sekadar kat luar je. kat dalam, betapa terasingnya. haha... x sangka, sumenya membawa kepada pelbagai perkara.

bertitik-tolakkan apa yg berlaku, masa tu aku mula menyibukkan diri ngan pelbagai macam aktiviti. ceramah, motivasi, talk, kat mana, sume segala aku pegi. balik cuma untuk tdo dan salin baju.

dari situ, aku kenal kak nas, kak wan, kak yusna, dengar cerita kak yusna, dapat khidmat nasihat dari kak nas, dan mula buat keputusan.

rentetan dari kisah di khir johari dan beranang, kisah terus terlakar di kanvas feskum 2009.

dan tahun ni, malam ramadhan aku sambut di kampung. hehe... ada jugak kesempatan ni, alhamdulillah.

semangat btol pegi masjid, walopun sampai tu dah nk semayang isya', dan masjid penuh, sampai ke pintu masuk belakang. masih jumpa kawan-kawan lama, tapi kali ni cuma senyum saling bertaut, tangan yg saling merapat, memasing kelu nk mulakan kata. dah berapa tahun memasing bawak jalan sendiri, sudahnya, setakat tu jelah. =)

oo ya. balik je, bersusun mesej kat henset. biasa la, malam ramadhan, jammed sume line. baik maxis, celcom, digi, terima kasih, jammed je sume. =p

Selasa, 18 Ogos 2009

Jom ke Zooooo....

kali terakhir insan yg sedang mengetuk papan kekunci laptop ni ke zoo ialah pada tahun 2008 iaitu zoo melaka. kali terakhir ke zoo negara yg cuma setengah jam dari alma mater sendirik pula ialah lebih sedekad yg dulu, kira-kira 12 tahun nan lampau.
zoo negara...

masa tu penulis masih comey n kecik, manakala ketinggian pulak rasanya lebih kurang je ngan sekarang. masa tu zoo negara adalah tempat yg sgt luas dan besar, dan penulis melawat semua jenis binatang yg ada pada masa tu walopon masa tu pak belang sedang dalam kesihatan yg kurang memuaskan. masa tu jugak penulis beriya men'skip'kan diri bila rombongan sekolah nk ke rumah pakcik-pakcik menjalar yg macam-macam warna.


x sangka plak, lepas 12 tahun insan ni ke zoo negara untuk kali kedua, pon dengan rombongan. bezanya masa tu dengan rombongan sekolah rendah, kali ni dengan rombongan universiti.


walopon dah tua skang ni, keseronokan yg sama masih gak dirasakan bila tgk memacam binatang kat zoo tu. cumanya, keseronokan dan keterujaan tu selalu dipatahkan oleh kekata keramat miss fauziah merangkap lecturer ethics, policy and law yg berbunyik...


"could you imaging how suffer their life inside the cage, far-far away from their home?"

atau...

"bayangkan yang berada kat dalam tu kamu semua dan diorang yg datang melawat kamu hari ni..."
bayangkan yg kat dalam ni manusia...isk!

ngee.... meremang bulu tengkuk nk membayangkan memenda tu...


kitorang mengekor je miss fauziah, dari baboon, ke spesies-spesies bergayut ni, menapak ke ikan-ikan air tawar, ada haruan, kelah, toman, dari ikan yg dikenali, sampai la ikan-ikan pelik yg x penah tau pun.

nampak x ikan dalam tu? nampak x?

sempat pose beberapa keping sementara mendengar explanation dari miss tourist guide azira.

kendian menapak keluar sempat tgk hipo kejap. hipopotamus atau badak air ni walopon digambarkan sebagai binatang yg comey dan mesra alam, sebetulnya binatang ni adalah antara yg paling garang. once hipo dah naik minyak, better run for ur life. aku penah tgk kat tv, hipo ni gigit buaya putus dua. anak hipo plak, bila menyusu, bukan kat darat cam spesies mamalia lain, tapi dalam air. masa menyusu, anak hipo tutup telinga n hidung.

hippopotamus ngah berendam... tatau la anak dia ada x dalam tuh...

pastu tgk beruang plak. ada sunbear, ada malaya bear, paling besar yg sempat tgk, beruang kutub. (agaknya la...haha)
tapi beruang ni paling kesian la. sepatutnya beruang ni tdo sepanjang musim sejuk, atau perkataan tepatnya, berhernasi. malangnya kat malaysia ni cuma ada musim panas n hujan je, so kat dalam kandang beruang ni disediakan kolam dan beruang ni akan selalu berendam je. kesian dia, dah lari dari apa yg sepatutnya. beruang ni, walopon biasanya dianggap comey n kiut, sampai aci comey je teddy bear, tapi beruang jenis ni sebetulnya suka jugak kat manusia... sebagai makanan. =)

melangkah ke savanah walk, hujan pun turun. memandangkan masa nk btolak tadinya sadin tamau dengar member pesan suh bawak payung, so berlari-lari meredah hujan. dan akhirnya berteduh kat satu kawasan berbumbung.

detik berpusing dan hadapkan pandangan, gulp... pakcik menjalar. meremang kejap segala otot san urat saraf. kalo 12 tahun dulu ada je alasan nk blah, kali ni terpaksa nampaknya. tapi lepas beberapa ketika melawat-lawat pakcik menjalar hijau, kuning, dan macam-macam kaler ni, rupanya x la menakutkan sangat.


pakcik-pakcik menjalar dan berlingkar....

pada tu sempat gak jumpa pakcik hijau dan kawan-kawannya yg sebenarnya ada macam-macam kaler. ada yg bertanduk, ada kecik comey, ada besar gedabak, ada kaler hijau cam biasanya, ada jugak kaler oren terang cam kuaz. tapi aku agak terpikir, betul ke kalo cium menda lembek ni bleh pling-pling jadi putera kacak tahap membunuh? hmmm....

comey kan pakcik hijau ni tdo... rasa cam nk wat bantal peluk lak... haha

aci-aci dah lenguh kaki, akhirnya hujan pon berenti. perjalanan diteruskan. kali ni ada flamingo, yg kendiannya aku ngan sape tah sempat bertekak, antara bangau ngan raja udang, pertekakan itu kendiannya mati cenggitu saja tanpa ada pemenang.

bila melihatkan binatang-binatang ruminant yg selalu lapar n daun-daun kayu yang cuma tinggal ranting, aku terpikir, kenapa binatang ruminant pun mesti ada kat zoo? terlupa sekejap, bukan sume org berasal dari kampung cam aku.

kendian jumpa pak belang dan sedara maranya sebelum nampak gajah n zirafah yg bleh disuap-suap. ramai jugak ~sedara-mara kak pah ni suapkan macam-macam kat kak pah ni. kak pah lak ngan selumber dan sportingnya hulurkan lidah kaler purple menyambut segala macam daun dek sedara maranya.

Tambah Imejkak pah ngan sportingnya memberikan pose yg menarik...

kak pah menyambut huluran sedara maranya... yg nmpk tgn tu inche zul...

memandangkan jam dah hampir kul 5 dan zoo plak tutup seawal jam 5, terpaksa laa rombongan cik kiah berangkat balik. tu pun, sempat lagi singgah ke kedai cenderamata, kut la ada cicak ke, lipas ke, bleh bawak balik. malangnya upin ipin je yg ada. jadi, memandangkan pintu besar dah ditutup, aku hampir jadi org last keluar dari zoo. tamat sudah perjalanan 3 jam di zoo negara.


p/s : perghhh...sebijik karangan bahasa melayu darjah 5...

Congratulations...!


miss jasmine pada hari konvo beliau...

bunga besar sebelah kiri tu aku yg kasi.. =P


Wajah-wajah penuh ceria dan lega setelah menerima skrol di pentas Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya. taniah, taniah dan taniah yg mampu diucapkan. semoga kehidupan trus sukses dan bermakna adanya.


Walopon pada asalnya bercadang nk mengabadikan gambar bersama-sama pada hari bersejarah memasing ni, tapi keadaan dan situasi nmpknya tak mengizinkan...


kak aida konvo pada hari rabu di mana ari tu aku ada kelas sejam je belah paginya dan sebaik tamat kelas iwm aku bgegas ke gerai konvo mcarik2 hadiah utk kak aida yg yoyo'oo ni. memandangkan kak aida penah kata dia tamau teddy, jadi aku mencarik memenda lain. dan akhirnya aku pun tatau apa lagi nk beli memandangkan soalan ni dah aku pk seminggu lamanya justeru pada hari berkenaan aku memutuskan aku bagi je somtin yg aku suka pada sorg kawan aku suka.


(perghh... ayat kodok hape-hape dah aku wat..)


kendiannya aku menmpuh lautan manusia yg ramai tu menuju ke tempat kak aida. jumpa je aku kasi la kat kak aida, sempat amik gambar kak aida utk dikongsikan ngan zuzack yg x dapat menyertai kitorang ni.


x sampai setengah jam mr. nice guy kak aida pun sampai nk bawak kak aida balik. so aku pun meneruskan perjalanan ke lab plak utk menyetelkan garbage enzyme...

hari konvokesyen miss jasmine lak beberapa hari pastu, iaitu sesi last pada hari last. pepagi lagi aku ke um sbb kononnya ada postmoterm.

kendian aku ngan issha nadirah merangkap boss aku menapak pelan-pelan mencarik adiah utk kak fizah g bnyk membantu masa perasmian feskum ari tu. pas memilih-milih, aku n issha wat keputusan beli je bunga sekuntum sorang utk kak fiza. pastu menapak-napak ke gerai yg ada, posing-posing segala bagai.


salah satu pose kat gerai feskum 09...

kendian, aku beli satu teddy utk miss jasmine. yg ni x pe, sbb awal-awal miss jasmine ada cakap dia nk teddy utk hari konvo beliau. memandangkan hari tu hari last, jadi aku dapat beli teddy yg agak besar dgn harga yg berpatutan utk miss jasmine. harapnya dia suka la.


ni bkn la teddy aku belikan utk miss jasmine... skadar hiasan semata-mata...

sementara menunggu miss jasmine keluar dari DTC aku n issha jejalan adanya. issha sempat main paintball, aku terkecuali memandangkan ari tu aku ngan comey n kiutnya pakai baju kurung. (bajet nk amik gambar ngan miss jasmine... haha)
kalo ikutkn ati aku nk main je, cam aa lasak sgt paintball tu, tapi memandangkan aku malas nk menjawab itu ini, so aku putuskan takpela, aku balik bilik sekre je. =(


bersedia memulakan perang paintball... issha adalah yg berbaju biru...

bila issha balik bilik sekre, aku tahan gelak je tengok tudung birunya dah hijau sana sini. kata issha teruk dia kena tembak ngan kak nas n dilah. heh, lasak! cerita issha lagi, pelutu tu sampai masuk dalam mulut beliau. pahit! aku telan liur imaging rasa peluru memenuh dalam mulut. nggee...

pukul 5 lebih kurang miss jasmine sms dia dah kluar dwn. so aku menapak ngan ayunya (memandangkan ujan baru je berenti, so ayu la sket gaya jalan..) ke sana. bg teddy kat miss jasmine dan sempat terkujat sekejap tgk abang-abang beliau.


heh, kenapa muka iras-iras ustaz akmal ni? sedara mara ke sume?


sempat kejap je ngan miss jasmine memandangkan masih ada urusan malamnya. so aku segera mintak diri.

Selasa, 11 Ogos 2009

FESKUM, Frenship, G.E, & MidSemBreak

banyak sebenarnya nk aku tuliskan kat sini. cuma biasanya masa dan keadaan selalu mengekang. hari ni, mencuri masa saat lepaskan lelah lepas berhempas pulas mengangkut sayur-mayur aku kutip petang semalam dari pasar malam, sugarcane molasses, dan kulit pisang.

segalanya agak sempurna seiring ngan ranc
angan dan andaian, hingga la bila menapak ke lab suku ke pukul 4pm, gadis manis kelahiran india tu dengan gaya selamba tahap x ingat ungkapkan ayat :

"hey, i'm sorry, i forgot to buy the brown sugar for u."

rasa nk baring kuak lentang kat situ. aku tinggal bape ari je nk setkan 3 lagi container n dat is the sentence? dah tu nk aku buat mixture tu guna gula guli ke?

nyaris punah ranah segalanya. planning nk ke pasar malam carikan baju utk adik kecik aku memandangkan kalo diizinkan Allah aku balik jugak isnin nanti trus semacam hilang dari pikiran. yg ternampak-nampak hanyala tong-tong sampah kaler itam dari giant kinrara, sugarcane molasses & brown sugar.

dari ips ke kps, dek ke~bijaksanaan kereta hitam besar nan menjalar, nyaris lagi aku ulang kisah yg sama beberapa bulan yg dulu. sebetulnya aku serik. cukup-cukup la.

sebaik sampai, helakan nafas lelah, dengan gaya x makan 3 hari aku menapak ke gerai cenderahati, amik badge yg patutnya siap semalam. perasaan yg berbelah bagi (memandangkan tu adalah kemauan sorang teman) memangnya aku x mengharap sebarang keajaiban.

cuma, detik button comel tu bertukar tangan, aku beku sekejap dalam ruang penuh ngan hasil-hasil kreatif tu. yg terpikir saat tu, ni ke? kenapa comel sgt?

kaki melangkah keluar ngan muka stim kepala berangan tah ke mana-mana. terbayang memacam.

duduk kat blok E. masih merenung badge kecik tu. rasa aneh dan pelik. antara kagum dan terharu. cecampur suka dan takut. dan rasa cuak tetap jugak hadir. heh!
ni la rupa badge tu... tatau la comey sbb badgenya mmg comey, atau sbb org kat badge.... =)

skrg ni plak, selagi G.E ni tak setel-setel, selagi tu rasa cam berdiri atas simen panas. x selesa, terloncat-loncat, gaya pocong kena ikat bawah & atas. dan tatau la, sebab ni ke yg aku x de rasa nk balik. sekali pun tiket dah beli, tapi perasaan x cam selalu.
ni la garbage enzyme yg berusia beberapa minggu. sayur pun dah hancur seluruhnya. =>