Isnin, 31 Ogos 2009

Erti keMERDEKAAN....

apa erti kemerdekaan ke 52 ini buat anda?

1. GENTING......!!!!!
jerit satu suara.

mikrofon dihalakan pada satu lagi gerombolan anak-anak muda yg sedang lepak-lepak di suatu tempat yg berhawa sedikit sejuk.

2. bunga api! tahun ni kureng aa...

3. race aa....

jawab sekumpulan mat-mat moto yg berkumpul di satu selekoh jalan sambil mempheewitt kepada penemuramah. penemuramah segera beredar dengan kadar yg segera.

4. dating, pepegang, pepeluk, pepe aa...
ucap satu pasangan sambil duduk berhimpit-himpitan menahan sejuk.

5. enjoy!
sekumpulan anak-anak muda muka mix campo-campo sambil menari tatau-apa-nama.

6. esok cuti...!
jerit beberapa anak muda sambil baring atas jalan di sebelah moto masing-masing. penemuramah juga x pasti apakah itu sebahagian cara mengurangkan kesejukan.

7. tidur.......
jawapan seorang student sambil tersengguk-sengguk menahan kantuk.

8. bangun pepagi hari bersiap untuk perbarisan.
mereka yg menyertai perbarisan sempena sambutan hari kemerdekaan.

apa plak erti keMERDEKAAN buat anda?

p/s: buat penemuramah, sambutan kemerdekaan kali ni banyak memberi pengetahuan baru. dari jam 2130 30 ogos hingga ke 0740 31 ogos, penemuramah hanya mampu mengangguk.

salam KEMERDEKAAN.



save the earth...

Tiada ulasan: