Rabu, 2 September 2009

SPAS_SGPI


Spasian SGPI di kedai ayam golek di Pantai Dalam...

masa ni ada sorang lagi x datang (yg rumahnya paling dekat) pastu lagi sorang mmg x datang (yang rumahnya paling jauh).

kitorang kumpul makan reramai sesaja je, selain meraikan jugak kesihatan inche Zai Hazreen (hujung sekali x tgk kamera) yang baru jugak kua dari spital masa tu.

masa ni kitorang dibelanje oleh sedari2 yg baik hati iaitu lean (bertudung pink & tgh tongkat kepala ngan tangan) serta cik pija dari baling (sebelah lean, bertudung hitam ala-ala tgh tersengeh).

tQ... tQ...

lean adalah orang yg bertanggungjawab mencari tempat (cadangan oleh aku, haha) serta mengumpulkan kitorang sume.

2 tahun lepas aku x penah terpikir pun kitorang bley duduk semeja reramai macam ni. masa memula masuk spas dulu, aku isolate je. cuma di hujung-hujung sem 1 tahun 2 aku baru tersedar yg bukan doram yg tanak kawan ngan aku, tapi aku yg sengaja tamau kawan ngan orang. (haha...)

kebetulan menjelang final exam, kitorang study sesama dan bermula la keakraban ni. masa tu aku insaf la, aku yg x sudi nak sambut huluran tangan orang, bukannya orang yg sengaja pinggirkan aku. heh! truk aa perangai. hehe...

ada satu kejadian yg buat aku makin tersedar la. benda ni berlaku penghujung sem 2 tahun 2. baru jela jugak...

masa tu aku ngah lelepak, aku baru pas hntar repot intro to waste setelah berhempas pulas menyiapkan repot tersebut dengan tenaga 3 org. tengah aku lelepak depan tv henset bebunyik. aku capai je.

PIJA calling.

pija call?? kenapa?

hello... ji....

suara pija selebet habis. terbayang muka muram tahap tatau.

kenapa pija?

pija blum hantr repot....

pija x sempat hantar repot sbb prof dah balik. pija gi hantar selepas office hour dan dia x sempat nk hantar apatah lagi nk tandatangan borang penghantaran repot. repot tu mengandungi 40 markah manakala final exam yg x berapa hari pastu 60 markah.

dia tgh sedih & down giler & orang yg dia call adalah aku.

untuk kali pertama pas kejadian baring gaya bebas atas jalan aku terasa macam kewujudan aku disedari. dan pija adalah org bertnggungjawab mengembalikan rasa kemanusiaan tu balik pada aku. =)

sem ni plak, sem 1 tahun 3, banyak eseimen yg menemukan aku & pija. pada masa yg sama jugak, ada sorang lagi budak spas yg selalunya sgt payah nk tengok dia tersenyum & kalo dia bukak mulut yg kluar adalah sarcastic semata, sem ni berubah tahap 360 darjah.

dari awal sem, senyummmmm. dan dia tegur sume org. dan x sarcastic & dia bleh join org lain.

heh, antara kejutan jugak, bila dia tegur aku. (haha... sbb dia nmpk cam ada poblem ngn aku sebelum ni...)

oo ye... aku jadi teringin menulis entry ni sbb pagi ni kitorang ada group discussion untuk firedrill minggu depan & inche yg dah berubah tu jadik ketua & conduct perjumpaan ngan jayanya.



save the earth...

1 ulasan:

hasni berkata...

sapa y sarcastic tu
let me guest
shishi ka
haha