Selasa, 29 September 2009

Terduga... isk

"aku baru lepas jumpa supervisor kita."

"ha, macamana? apa katanya?"

"dia kata, dia rasa nak tarik diri jadi supervisor kita."

trasa nak hempuk kepala ke tilam membaca ayat ini.

penjelasan beliau adalah, kitorang yg buat projek under dia ni x buat keje ikut cara dia. dan kitorang ni x buat keje.

erkhh..... sedih btol.

aku : kemain la hari-hari (kecuali bila hujan dan tersangat x sempat) pegi rooftop lab semata-mata nak bukak tong sampah, kacau, dan tutup semula selama sebulan.

kawan aku : kemain la singkatkan masa beraya, balik um awal-awal semata-mata berulang-alik ke lab untuk siapkan projek.

kawan aku : kemain la cari sifu bertauliah dan x bertauliah semata-mata nak lago expert dengan projek yang sedang dibuat.

aku : kemain la susah-payah pikir dan carik info apakah bebenih plant paling seswai nak diapply ngan GE. bersengkang mata tadah telinga dan jiwa memahamkan apa itu proses bercucuk-tanam.

"supervisor nak tarik diri sbb kita x buat kerja ikut cara dia."

isk... dugaan student yang buat projek.

tapi apakah aku dan kawan-kawanku akan berpatah arang berkerat rotan ngan supervisor hanya kerana beliau keciwa ngan performance kitorang?













sama sekali tidak.

GE, here i come.




p/s: nampaknya mungkin aku terpaksa berkampung lama sket kat sini sem-break nanti demi masa depan.... isk. x pe la... akan aku try untuk redha.. rela... dan pasrah!









save the earth...

Isnin, 28 September 2009

Dari Kerana Mata...

dari kerana mata...
aku tergoda...
aku tergoda terkeciwa...

baru je konon-konon bahagia sampai kl, x sampai setengah hari sampai, mata dah trasa lain macam. bila suluh je ke cermin, warghhh!!! dah merah berurat-urat. ooo...tidak!!

isk!

aku terjangkit sakit mata...

pagi ni, pegi satu kelas je, lepas tu pegi klinik. jumpa doktor, dia cakap hati-hati, nnt terjangkit kat house members...

dia bagi list ubat, dan mc. 28 sept - 30 sept.

haha... cam demam malaria plak dapat mc sampai 3 hari.

ubat dapat jugak 3 jenis. titis, dan telan. dan ubat yg paling aku x suker ialah antibiotik sbb kena habiskan. kalo best cam gula-gula x pe jugak.
(andaikata adik aku yg tgh wat dip nursing dengar statement ni, gerenti nk kena ceramah kesihatan berkajang-kajang..haha)

malam ni, patutnya ada grup discussion, ngan G3 IWM, tapi memandangkan aku kena la menkuarantinkan diri sendirik, supaya org lain x kena sakit ini jjugak, jadi terpaksa la aku duk umah je, tgk tv. haha...

semuga housemates aku sume ada antibodi yg cukup kuat supaya doram sume x terjangkit ngan aku memandangkan aku bukan spesies leh kuarantinkan diri dalam bilik je. hehe...

oo ye.... aku dah officially one of T.S MY. hehek...
kd_ys yang ajar.. haha...




p/s:erk...kenapa bila titiskan ubat mata trasa pahit sampai ke anak tekak?

save the earth...

Sabtu, 26 September 2009

Terakhir di Sini...

post terakhir dalam mood aidilfitri 1430H di rumah terchenta. isk, cam dah xkan bukak blog plak. hehe... dramatik la kononnya... haha.

malam ni aku akan ke kl balik, berbekalkan benih-benih sawi, bunga-bunga impatiens balsamina dan lantana camara serta polybag. sumenya bapak sayer yang bertungkus-lumus mencarik sume mendalah tu khas untuk anaknya yang bijaksananya telah bagitau baru semalam. haha...

menda-menda tu sume untuk projek aku yang mesti disudahkan semester ni jugak dan aku mesti memulakan tugas-tugas menanam ni dengan segera andaikata ada hasrat nak balik raya haji nanti. heh, bahaya betul jadik student buat projek nih!

dan jugak, sebenarnya, prof dan budak master yang tolong aku ngan projek ni pun dah agak tertanya-tanya ngan status projek aku ni. doram takut terbengkalai sbb GE ni makan masa 3 bulan sebeum leh digunakan, aku lak senyap seadanya x kontek hape pun ngan doram. jujurnya aku bukan tamau kontek ngan doram, cumanya bila aku jenguk aku punye GE ni, aku selalunya agak mengejar masa, jadi biasanya aku x gi jumpa la budak master yang tolong aku tuh.

prof plak, aku selalu je jumpa beliau 2x seminggu masa kelas, jadi aku sesukanya beranggapan aku x de poblem ngan projek aku jadi x payahla mengganggu beliau yang mmg sibuk ngan segala bagai. hehe...

hadei, dah nak kul 7, belum mandi nak bersiap segala bagai. tapi dah siap packing, wedges dah masuk beg, apa lagi... ha, ketupat untuk pakcik aku kat sana, blum masuk beg lagi. halamak, beskut raya pun belum masuk lagi jugak la.

kena blah dulu. selamat tinggal ye kampung halaman. isk.. ader rezeki kang aku tumpang la sesape balik masa deepavali nanti. hehe....

kl, here i come! (ooo... tidak.... eseimen berlambak...)


impatiens balsamina..... biasa budak-budak tingkatan 4 atau 5 aliran sains tulen akan carik untuk eksperimen doram....

lantana camara..... biasa makcik-makcik kat kampung tanam depan umah pasal bunga dia cantik walopun baunya kurang mesra di hidung....


save the earth...

Rabu, 23 September 2009

Hari Lebaran **XPDC Raya

alhamdulillah... akhirnya berjaya jugak meneruskan xpdc raya yang dah dirancang bulan puasa hari tu. walopun hanya disertai aku dan miss yoyo'oo serta 'tunang'nya saja, still ok la daripada kensel trus.

miss jasmine selaku mastermind jugak x dapat nak join memandangkan terdapat beberapa halangan yang tak dapat dielakkan, begitu jugak mimie dan zuzack yang terpaksa berdepan ngan beberapa rintangan.

tapi kira puas hati la dapat ke rumah miss jasmine, kendian ke pasir mas rumah along (member miss yoyo'oo), pastu ke rumah inche pipit, ke teratak zuzak dan persinggahan terakhir adalah rumah aku sendirik sebelum miss yoyo'oo kembali ke kediaman beliau.

yang agak kelakar, bila je miss yoyo'oo sampai ke rumah aku pagi tadi, terkedu seketika melihatkan outfit masing-masing yang bukan saja berkongsi warna, tapi nadanya amat sama. malah, bila tiba di rumah miss jasmine, beliau juga mengenakan pilihan kaler yang serupa. heh, sehati sejiwa barangkali.

saat memohon diri, abang miss jasmine sempat memberi peta ringkas untuk mengelakkan jammed di roundabout p.mas yang sangat femes dengan kebejatan jalan raya di musim perayaan cenggini.

"jem-jem gini bahaya kalau x de roti..."
oceh miss yoyo'oo dengan bahasa basah santai sambil melangkah masuk ke dalam kereta.

roti? aku sempat mengerutkan dahi sebelum kekata tersebut disambut abang miss jasmine.

"aa, memang la, kena bawak roti, jem dah ada."
juga dalam bahasa basah yang santai sambil senyum bergayutan.

aku terpaksa senyum panjang bila maksudnya aku paham.

perjalanan diteruskan ke p.mas sebelum singgah di wakaf che yeh dan kemudiannya ke rumah zuzack.

terpecahkan balang beskut di pasir mas (macam dalam rancangan TV3...), minum dan habiskan kueh di wakaf che yeh, makan mee goreng di rumah zuzack.

terakhir, ke rumah aku.

cumanya, xkan ada sebarang gambar sebab zuzack awal-awal tamau bergambar.

"dah banyak amik gambar masa kita praktikal ari tu..."

alasan beliau.













save the earth...

Isnin, 21 September 2009

Selamat Hari Lebaran

selamat berhari raya....

sambutan raya yang sempurna. dimulakan dengan semayang sunat raya (tanpa kena paksa bangun di pagi raya...hehe) dan kendiannya ke rumah nenek (juga tanpa paksaan) seterusnya menerima kunjungan jejiran dan sanak sedara. (part paling best ialah bila x yah kena kerah masuk dapur dan x kena sound. ahahaha... jangan contohi perangai ini ye..)

raya yang bahagia... masih menerima kiriman sms raya walopun dah menjelang raya kedua. tenkiu... tenkiu....

pun, masih ada yang sedikit x best. salah sorang kawan since 6 years old, dengar kabar sedang ditahan di ppum bila beliau jatuh pengsan dua hari sebelum raya di mana malamnya beliau dijadualkan menaiki bas balik ke kampung. dan hingga sekarang berita terbaru yang diterima beliau telah dimasukkan ubat dan dijangka akan berada di ppum untuk beberapa hari lagi. cuba hubungi beliau menerusi telefon bimbitnya malangnya x berjawab. semoga Allah terus memberi kesihatan dan peluang kepada beliau. amin..

jadual diri sendiri pula, sebenarnya agak teruk sedikit. sementara adik-adik sedang sibuk melayan tamu di luar, diri sendiri plak dengan baik dan sopannya melayan movie yang sebenanrnya dah berkali-kali ditonton. x bersemangat raya btol...

dan, ada sedikit risau soal nak menanam-nanam bila balik um beberapa hari lagi. benih tomato dan bunga belum cari lagi. ish, masa semakin suntuk ni! nak buat projek ke tak ni?? gaya macam nak mengulang sejarah mereka yang fail jer.... mintak dijauhkan! =)

esok atau lusa mungkin nak ke rumah kawan-kawan. tapi masih belum ada kepastian. tapi x pe la. masih nak melayan movie... hehe...







save the earth...

Sabtu, 19 September 2009

Aidilfitri 1430H

sambutan aidilfitri kat rumah aku tahun ni agak baik berbanding tahun-tahun sebelumnya yang biasanya kelam kabut dan kelam ribut.

tahun-tahun sebelum ni, pasti malam raya x mungkin ada ruang untuk tonton itu ini kecuali takbir raya. gerenti rumah sekadar dipenuhi jerit arah itu ini. kemas rumah, isi kue raya dalam balang, basuh balang, basuh baju raya, tukar sampul kusyen dan memacam lagi.

dan biasanya aku hanya akan buat apa yg aku nak buat saja dengan mengabaikan kesemua yang lain. (heh, jangan contohi perangai ini!)

alhamdulillah tahun ni, tahun ketiga perlu menempuh perjalanan hampir 8 jam untuk kembali ke kampung halaman untuk menyambut raya, agak baik.

beberapa hari nak raya rumah dah dikemas. kueh dibuat seadanya, sekadar semata. baju raya dah basuh, kering dan dah siap diiron sumenya. telekung pun dah dibasuh tinggal nak bawak esok pagi saja. sarung kusyen ditukar dengan gaya sangat santai dan tiada tekanan langsung. juga boleh menaip satu entry raya. =)

oo ye, kek batek plak belum dibuat. andai kata adik aku yang ke kedai sekarang balik ngan bahan-bahannya, insyaAllah berkek batek jugak la raya ni, kalo x, memadai la ngan apa yg ada. haha...

berikut adalah gambar-gambar yang sengaja aku snap semasa proses mengemas rumah untuk raya dan hari-hari seterusnya.













tapi nampaknya brukben aku agak slow, jadi nanti2 la aku upload ye...




save the earth...

Kasut Raya & Motor Bapak saya...

setelah 2 hari berturut-turut ke kb mencarik kasut raya untuk spm victim ni, akhirnya berjaya jugak adik aku membeli sepasang kasut untuk beraya dan tujuan-tujuan berjalan-jalan serta menayang kepada member beliau. (macam la kakaknya ini tatau tujuan utama beliau bersusah-payah memilih kasut...)

hari kedua berada di rumah untuk menyambut raya iaitu hari khamis aku ngan adik aku kua kb untuk carik tudung dan kasut raya untuk adik aku, budak yg baru pas trial spm ni, & adik kecik kitorang, si MAW.

baru 3 minggu sejak kali terakhir menjejakkan kaki ke kb, aku nyaris menjadik rusa baru terlepas zoo ngan traffic light dan jejalan kat kb sbb sumenya berubah. banyak one way dan banyak jalan ditutup serta banyak jalan-jalan yg baru dibukak. sumenya gegara parkson yang baru je dibukak. kini giant pun dah ada kat kb.

hampir sume kedai kasut di kb kitorang masuk, tapi adik aku gagal jatuh hati ngan kasut-kasut yg berlambak tuh.

sudahnya, esoknya lepas semayang zohor, sekali lagi aku n adik aku ke kb, kali ni ke kbmall plak meneruskan pencarian. maklumla, andaikata x dapat kasut beliau, harus beliau buat muka donald duck sepanjang raya.

setelah hampir sume kedai menjual kasut kitorang jelajah, akhirnya beliau terkenan ngan sepasang kasut yang.. tatau nk explain. tgk jela kasut tu ye.

balik tu aku saja lalu jalan jauh sket, dan kesilapan kurang cerdik telah aku lakukan. meter minyak moto bapak aku dah rosak, dan aku plak dengan tawakalnya telah tidak memeriksa keadaan minyak dalam tangki.

apa yg terjadi ialah, kira-kira kurang 10 minit nak sampai ke rumah aku, tetibe moto tersebut telah mengeluarkan bunyi yg aneh yang mana seperti akan mati enjinnya bebila masa. saat tu baru terpikir pasal minyak.

tapi aku cuba berlagak cool. mempraktikkan saranan adik aku, aku memperlahankan larian moto. setelah melalui beberapa minit yang mendebarkan, akhirnya moto tu selamat sampai di kedai runcit di kampung kitorang yg ada menjual minyak.

sementara menunggu adik aku beli minyak, aku membuka tangki dan... kering.

itu la kali pertama aku melihat dasar tangki. x penah terjadi sepanjang hayat aku.

setelah menuang sebotol minyak moto ke dalam tangki tersebut, aku cuba hidupkan moto dengan menendang starter seperti biasa. malang buat aku, mungkin tendangan yg terlalu bertenaga, atau moto itu saja-saja nk bergurau senda, justeru selipar yg aku sarung telah terputus. nasib baik tinggal sepelaung je lagi nak sampai rumah.

balik je cam biasa bila diberitahu, mak aku bising bagai x cukup tanah.

huahaha.... nasib la labu. rakan-rakan sekalian jangan diikut sikap dan peel ini ye...

kasut-kasut dan selipar di parkson yang baru dibukak....

"hmmp..... kasut cemana nak beli ni... rambang giler dah ni!"

lambakan kasut-kasut yang gagal memikat hati adik aku... kasut yang malang atau adik aku yg x reti memilih? haha...

"cam nak spm lak pilih kasut ni... payah btol."

kasut-kasut yang x sesuai untuk beliau, kata adik aku...

antara kasut yang dicuba adik aku... gaya ustazah kasut ni katanya... ye ke??

akhirnya adik aku beli jugak kasut ni... mahal dari wedges aku lak tuh! rm39.90...

selipar yag putus... seb baik leh sumbat masuk balik.... =)



save the earth...

Khamis, 17 September 2009

iWM... Intebiu

kira-kira 0640, aku ngan pakcik & makcik aku pun memulakan perjalanan balik ke kampung. azan zohor kami selamat sampai ke kampung. 5 jam perjalanan aku habiskan ngan pejamkan mata dan menutup telinga. justeru aku tidak tahu bagaimana perjalanan dari kuala lumpur ke kelantan. tahu-tahu saja aku dah pun masuk ke machang. haha...

sehari sebelum tu, aku ngan grup iwm ke hotel grand season untuk sesi menemubual stakeholder seterusnya iaitu pihak CIDB. dari stesen universiti ke kl sentral dan kemudiannya amik plak monorail ke chow kit. seterusnya berjalan kaki beberapa langkah menyelusuri jalan pahang sebelum selamat tiba di hotel tersebut.

meskipun mulanya agak cuak dengan lokasi tersebut tapi apabila bertemu ngan pihak cidb kerisauan pun menghilang ngan kebaikan puan tersebut menjawab soalan demi soalan yang meluncur dari shan dan pija. inche ali plak masih ada mood nak mengenakan shan dan aku semasa sesi tersebut. syukur la masih dalam keadaan formal, kalo x harus ada yang balik dengan dahi berbenjol.

sesi temubual tamat kira-kira jam 1220. menapak keluar dengan muka bahagia masing-masing sempat berposing di sekitar hotel tersebut.

kemudian, dari chow kit kami sengaja berjalan kaki hingga ke masjid jamek dan kemudiannya berpisah di situ kerana aku masih ingin shopping buat kali terakhir sebelum balik beraya di kampung.

sesi interview... sila perhatikan wajah cik pija kita... =)

sila lihat pula aksi tatau-label inche ali...

bersama wakil CIDB yang sangat baik hati... dan jugak encik photographer yg sangat sporting...

bersama cosmate merangkap grupmate bertemankan papan tanda nama CIDB...

semasa berjalan-jalan selepas tamat sesi intebiu... gambar yg sempat disnap. perhatikan air muka inche ali semasa intebiu, sesudah dan selepas... haha..














sekarang masa untuk buat kueh raya!


save the earth...

Ahad, 13 September 2009

Bila Jatuh Cinta....

2 pasang kasut dari dua kedai berlainan pada satu malam....

wedges untuk raya (kononnya...) dan waktu-waktu memerlukan gaya ala ladies manakala peep-toe untuk ke kelas dan jejalan....

kasut hitam jenis peep-toe tu aku dah bekenan sejak 2 minggu lepas masa aku tengok kat SOGO. tapi bukan la kasut yang sama, jenis je lebih kurang. masa tu kasut kat SOGO tu berharga rm79.90 atau rm89.90. masa tu plak aku ada kira-kira rm100 kat tangan. so andai kata aku nak mmg boleh je . walopun aku adalah student tapi sebab aku ni jarang memanjakan diri ngan bebenda mahal so sesekali tingin nak pakai yang mahal sket mmg aku tak ralat sangat la.

tapi aku pun tak pasti kenapa aku x amik je kasut tu masa tu. mungkin jugak sbb masa, keadaan dan situasi serta mood ketika itu la. (haha...)

hari ni, bila sampai ke berjaya times square 3rd floor, bila je masuk satu kedai ni, tetibe aku terjatuh hati kat peep-toe ni. aku sarung, ngam. antara perkara yang jarang berlaku pada aku, bila aku menyarung kasut dan kasut tu ngam ngan cantiknya di kaki aku.

ok, tengok harga.

rm49.90.

duit kat tangan, rm80++. dan ada extra rm50 ngan housemate yang tengah cari cd atau dvd SS501.

tiba-tiba ternampak plak wedges ala-ala kain jeans kaler hitam. amik jap. test.

halamakkkk.... ngam jugak!

rm59.90.

tapi agak kurang stabil plak.

hmmm.... peep-toe leh wat gi kelas, jenjalan, dan paling penting, boleh wat stat moto.

peep-toe. =)

antara sebab aku memilih peep-toe, selain peep-toe boleh nyamar jadik formal, tapak peep-toe yang nampak best ni membuat aku memilih kasut ni. hehe...

tapak yang elastik, tahan lasak, dan batu-batu kecik takkan berani melekat kat situ... pilihan yang secara teorinya adalah yang terbaik. =)

keluar kedai, singgah satu lagi kedai yang macam tgh sale gegila. ramai sgt orang tgh test kasut kat situ dan kasut sangat berterabur-rabur.

housemate aku beli satu wedges. cantik. tetibe ternampak satu wedges yang comel. ala-ala gunnybag, halahai... giler aku minat dari dulu.

(hantu betul aku ngan something yang baru tapi nampak season. aku jugak hantu dengan bebenda terutama kasut yang berkain jeans walopon aku x pakai jeans. kiranya aku leh dikategorikan orang yang sukakan jeans tanpa memiliki jeans tu sendirik. macamana tu? papehal jela... =p)

sekali housemate aku yg dah beli wedges tu berkenan plak ngan wedges yang aku dah pilih tu. dia pun pilih yang sama.

apa nak buat.... kitorang JATUH HATI pada wedges yang sama!

wedges tu berharga rm39.90. tapi bila beli dua pasang dapat rm70.

2 pasang wedges yang sebijik sama dalam satu rumah dengan 2 saiz berbeza. penangan SHOE'I. cuba teka mana satu aku punya... heheh! sape teka betul sekali ngan justifikasinya aku banje bukak pose! 00oooo...yeah!!!

bila dah jatuh cinta pada sesuatu, pape je bukan la masalah. jadi hari ni, spesifiknya malam ni, aku shopping sepasang peep-toe dan sepasang wedges. lebih kurang rm90 untuk kaki. heh, bila aku jatuh cinta!

credit to my ex-housemate for teaching how to fall in love before ended spending money worthly. =)

ooo ye, sebelum ended up beli 2 pasang kasut sekaligus kat timesquare, terlebih dulu ke carrefour subang, trus ke jalan tar, masjid jamek dan sogo untuk semayang maghrib dan bukak puasa. pastu baru la ke timesquare.

tapi masa kat subang, ada satu hal sengal berlaku.

kat carrefour subang, cari beg la konon, tapi kendiannya beg yang aku nak x de, so aku cadang nk beli air yogurt je nak wat stock. kebetulan BLISS ada pomosi. buy 2 for rm6. so aku beli je 2. bila bayar cashier tu scan dedua botol air tu, aku lak saje ngada nak tanya.

"air tu 2 botol untuk rm6 kan?"

cashier tu pandang air tu sebelum jawab dengan panjang lebar.

"tak. air ni satu rm3.69, botol kedua utk rm2.31."

"bukan promosi 2 untuk 6 ringgit ke?"

dan sekali lagi cashier tu ulang ayat yang sama.

akhirnya aku angguk. rasanya cashier tu mmg kurang paham apa yg aku tanyakan so dia just jawab apa yg dia tau walopun sebenanya dia bleh je savekan masa dengan setakat mengangguk, atau berkata, ya!

BLISS stoberi yang berharga rm6 untuk dua botol.... yogurt atau minuman yogurt, aku minum stoberi je, sebab x reti minum perisa lain. hehe...





p/s: hari ni aku blaja kenal peep-toe, wedges, & heel. selama ni tatau pun. haha... ooo ya, masa nak beli wedges tu aku ditanya dengan seryes sekali, kenapa tetibe nak pakai heel ni. aku terpaksa fokuskan pikiran sebelum memberi jawapan yang sangat jujur ikhlas sekali. saya mmg pakai heel, cuma lately saya pakai yg flat sejak naik moto, senang nak stat. hehe...




save the earth...

Jumaat, 11 September 2009

Kecik-Kecik Cili Padi....

kecik-kecik cili padi, kecik lagi nanoteknologi.

nanoteknologi ialah satu bidang sains yang membawa bidang sains yang ada hari ni ke skala nano yang berukuran 1nanometer. kejayaan teknologi ni telah menghasilkan losyen-losyen pelindung matahari yang lebih baik dan lebih berkesan serta jugak pakaian kalis air.

kat malaysia dah banyak ipt yang memulakan penyelidikan dalam teknologi ni tapi buat masa sekarang paling femes adalah usm yang mana dah berjaya menghasilkan nanotiub karbon berdinding berlapis dan sedang berusaha menghasilkan nanotiub karbon dinding tunggal. nanotiubkarbon atau CNT (carbonnanotube) ni merupakan basic kepada penghasilan alatan baru dalam bidang elektronik contohnya monitor komputer atau laptop yang nipis, ringan dan bermutu tinggi, menukarkan henset yang satu masa dulu sama besar dengan cordless phone kepada henset yang nyaris-nyaris hilang dalam genggaman. kewujudan memori kad yang boleh menyimpan segala bagai menda dari gambar, video, lagu, dan seangkatan dengannya.

dalam rancangan malaysia ke8 kerajaan dah pun memperuntukkan USD38juta bersamaan RM144 juta. dan sekarang ni sedang ingin menubuhkan satu pusat penyelidikan khusus plak.

aspek penting dalam kajian nano ni sekarang adalah CNT dan dalam pasaran US dan Jepun CNT ni ni sekarang bernilai kira-kira USD700juta yang jugak lebih kurang RM2.66billion. tapi Malaysia nan terchenta ni cuba mengurangkan kos setinggi tu dengan memanfaatkan sumber gas asli mudah diperoleh untuk menghasilkan CNT ni, iaitu dengan menggunakan metana.

maanfaat dan faedah teknologi ni pulak bersusun-susun bagai mangkuk tingkat antaranya save ruang, save masa, mudah, cepat dan pantas.

tapi kata mana ada kebaikan tentu-tentu la ada keburukannya.

memandangkan nani adalah sesuatu yg tersangat amat kecik, jadi penyelidik nanoteknologi berisiko menyedut masuk hablur-hablur seni ni ke dalam sistem tubuh memasing yang mana memungkinkan kesan buruk dalam jangka masa panjang. selain tu plak, setakat ni belum ada yang membincangkan cemana nak disposekan sisa nano ni.

x kan nak dumped kat landfill kot?

dalam Islam plak, setakat ni blum ada sebarang fatwa atau pendapat khusus mengenai naoteknologi ni, mungkin sbb teknologi ni masih baru dan masih belum jelas apa yg teknologi ni mampu bagi pada dunia, baik atau buruknya.

so, selagi ia mendatangkan kebaikan, no hal la... btol x?



p/s:pergh.... ilmiah jugak aku ye! hehe... tapi bila ditanya beza kimoterapi dan teknologi nano dalam mengendalikan masalah kanser dan sebagainya, mintak mahap... aku telah menjawab sesuka hati aku adanya.... =)
jadi, andai kata ada yg terpercaya ngan jawapan aku, lagi sekali, sempena bulan pose yg mulia dan penuh rahmat ni, maapkan aku ye....

save the earth...

Khamis, 10 September 2009

Kepada Semua

entry ni adalah satu jawapan kepada soalan member-member yang bermurah hati meluangkan masa menjenguk blog ini. (haha...)

1st of all... (erk, ayat bajett...) tenkiu, tenkiu susah-susah aje tinggalkan jejak korang kat ulasan, komen dan seangkatan dengannya.

tersenyum sorang la aku bila membaca komen-komen tu.

kepada cik shafiza aka pija, lain kali saya tambahkan sekali mangkuk tingkat, mangkuk gulai, mangkuk pinggan dan sebagainya ye... =)

kepada cik hasni plak.... tq atas keprihatinan anda. cumanya, aku bukan la sedih, jauh sekali rasa kuciwa. cuma, menatap blog ko & sarah, aku teringat saat-saat manis yang lebih kurang sama cam korang sedang nikmati sekarang. hehe, aku tumpang hepi untuk korang... =)
plus, kalaupun dalam sesikat pisang tu ada yang busuk, tapi masih ada yang boleh dimakan atau sekurang-kurangnya dilenyek-lenyek dengan tepung dan digoreng, btol x? so, aku sekadar mengenang yang best-best dengan mengabaikan yang pahit kelat.

ooo ye... maaf la ye, aku x dapat nak komen di blog-blog orang lain termasuk la blog aku sendirik. pilihan profile x keluar dan aku x boleh nak post komen. sesatunya blog yang aku boleh komen ialah blog HapaCrita.
jadi, andai ada yang tau nk betulkan blog aku ni, boleh la ajarkan ye...tQ!

lagi satu, aku pun bermasalah nak menengok sapa la yang jadik follower kat blog ni.

tambah plak, pengetahuan aku pasal blog dan cara-cara mencantik serta mengeditnya, sangat la terhad. (erk... segannya mengaku. haha..)









save the earth...

Tiket Bas

triiiiittt.... triiiittt.....

Mumm calling.

"assalamualaikum, ma,"

"waalaikumussalam." kelam-kabut. "kak raya ni balik ngan ayah ji' ke?"

"aa, sebelum subuh 16hb ni. kenapa ma?"

"ni, tiket dah book, 16hb malam atau 17 hb pagi. nanti kak gi ambik kat stesen tau."

"ha?"

hmm, kurang seminggu nak balik tetibe dapat tiket plak. sebelum ni kemain aku planning nak ponteng kelas sehari suntuk rabu sebab nak balik tumpang pakcik. sekarang ada tiket plak?

tapi.... tiket tu dah booked. kena amik jugak, kalo tak kesian lak driver bas yg tolong book tu, rosak nama dia kalo aku x gi amik.

tapi.... pakcik aku amik cuti 16hb tu technically sbb aku jugak, kalo tak dia nak balik awal lagi.

ish... serabai betul la.

kalo balik ngan pakcik, x payah sesusah naik bas, heret beg, duk sebelah ngan tah sesapa. sampai trus kat rumah, x payah bgtau pakcik bas nk turun kat mana-mana, tak payah ngadap muka pakcik bas yg kekadang mukanya ngalahkan orang meroyan. dan x payah nak bersahur dalam perjalanan sesorang.

boleh tdo ngan gaya bebas kat seat belakang, boleh berenti bebila masa bila tetibe pundi rasa senak. dan, x payah beli tiket.

tapi... tiket dah booked.

ish!

"ermm... ma, nak balik ngan ayah ji' jugak... bla3...."

"x pe la, ma cakap balik ngan driver bas pasal tiket tu."

yess!!!

alhamdulillah... balik ngan pakcik!

ooo......yeaahhhhhh!!!!!




save the earth...

Pantun Pemantun

budak-budak main mercun,
main mercun malam raya,
mintak maaf mintak ampun,
andai ada terkasar bahasa.

doa restu maaf dipinta,
sesama insan di pagi raya,
kekalkan persaudaraan yang ada,
semoga sejahtera kita bersama.

kueh yang ada silala makan x perlu dipilih-pilih,
dihidang dalam bekas nan cantik lagi kukuh,
buang yang keruh amik la yang jernih,
moga persahabatan terus utuh.

pulau pandan jaub ke tengah,
gunung daik bercabang tiga,
hari lebaran disambut meriah,
bermaaf-maafan kita bersama.

anak gajah berwajah cun,
nampak tikus terus lari,
jangan la anda bermain mercun,
kang x pasal-pasal luka sana sini.


p/s : dah masuk soploh terakhir ramadhan ni rupanya...



save the earth...

Isnin, 7 September 2009

Fire....! Fire...!

hampir gempar jugak blok bioinfomatik bila 11 orang berpakaian serba hitam-merah-hitam berlegar-legar seawal jam 8 pagi. pelekat-pelekat berlabel 'music trading' plak sederet memenuhi sebahagian lantai simen, manakala anak panah berwarna merah senada dengan uniform memasing jugak kelihatan di sebahagian dinding.

jam 0911, satu jeritan terdengar dari tingkat paling atas bangunan tersebut.

"fire! fire!"


pun begitu, jeritan tersebut kedengaran sedikit macho dan tidak terdapat nada cemas di situ.

namun, sesaat kemudian jeritan loceng kecemasan memanjang.

beberapa detik kemudian segerombolan pelajar berbondong-bondong menuruni anak tangga.
wajah masing-masing kelihatan tenang dan ada sesetengahnya sempat meleretkan senyuman kambing detik melangkah ke assembly point.

gaya jalan ayu habis....!!

seminit 46 saat kemudian sekumpulan pelajar berkumpul di assembly point yang hanya beberapa langkah dari tangga terakhir. di situ mereka diberi taklimat ringkas oleh salah sorang anggota berpakaian hitam-merah-hitam berkenaan fire estinguisher dan lain-lain. di sebelahnya terdapat seorang lagi yang berpakaian sama sedang memegang first aid. manakala 9 orang yang lain sedang berdiri sederet berhadapan dengan kumpulan pelajar yang sedang mendengar penerangan tersebut. setiap orang dipanggil namanya kemudiannya.

sebaik sahaja tamat, tepukan bergemuruh. (walopun sebenarnya x la bergemuruh sgt pun..)


tamat tugas kumpulan 2 kelas OSH yang mesti mengadakan firedrill di blok D iaitu blok bioinfomatik.


giliran lecturer bagi komen....


"so far so good.." katanya sedikit tersenyum, matanya masih pada helaian kertas kat tangan.


"tapi pada kumpulan 3 dan 4 jangan bunyikan alarm tu continuesly cam tadi ye, nanti satu bangunan pulak keluar," sambungnya lagi dalam bahasa ibunda AS. sengeh bergayutan di wajahnya.


** imbas kembali**

kriiiiiiiiiiiiiiiiiiiingggggg!!!!!
kriiiiiiiiiiiiiiiiiiiingggggg!!!!!

** tamat imbas kembali**

heh, memang macam firedrill btol panjangnya!

tepukan kembali kedengaran sekali lagi sebelum dismiss.


akhirnya! setel sudah firedrill. boleh beraya dengan bahagia!

ooo ye. sebenarnya kelas ni semua orang kena buat firedrill sebagai eseimen. nanti kena siapkan report plak. kumpulan kitorang sepatutnya kumpulan 1, buat kat bangunan B atau bangunan ISB, tapi memandangkan ada kumpulan lain yang bersemangat nak bangunan tu maka kitorang ngan baik hatinya bagi jela. (haha)

tapi memandangkan kumpulan tersebut telah melakukan sedikit kesilapan di mana mereka dah tertinggal list name pelajar, jadi mereka dah tertinggal satu prosedur iaitu membuat roll-call atau memanggil sume nama pelajar. so, ada marks deduction barangkali.

justeru, kitorang dah agak mengambil iktibar dari perkara tersebut dan telah melakukan beberapa siri meeting dan list check up sebelum berlangsungnya firedrill ni. alhamdulillah, dan ngan perasannya aku ngin menobatkan kumpulan aku telah membuat kumpulan-kumpulan yg lain jeles dan ingin mencontohi kumpulan ni. (hehekkk...)

buktinya sebaik je habis, ada je kumpulan lain yg nak pinjam peralatan kitorang. selain tu jugak, ada je yg nak pakai merah cam kitorang gak. heh, best x? hihi....


pra-persediaan sehari sebelum kejadian sebenar.... sila lihat inche zul yang berpakaian kemas baru balik dari masjid jamek membeli kain pasang untuk.... =)

pelajar-pelajar dan anggota hitam-merah-hitam...

inilah anggota-anggota bomba khas yang telah bertugas pada hari tersebut.... anggota bomba yang ke 4 dari kiri telah menunjukkan semangat yang tak berbelah bagi dengan telah membeli baju tersebut khas untuk kejadian ini... tahniah kepada beliau...


save the earth...

Terkenang sesuatu

sesuatu yg dah lama berlegar dalam pikiran ; rumah sewa dan kehidupan. tumpang gumbira rasanya membaca entry-entry cik sarah ngan cik hasni yg sedang menikmati alam honeymoon di rumah sewa.

masak memasak, balik sesama, makan sesama, dan banyak yg dibuat bersama. membaca tulisan doram, x dapat tidak mengembalikan ingatan pada kisah yg sama yang penah aku lalui kira-kira setahun nan dulu. hehe...

(malam ni aku melankolik sket!)

daa.... aku pun ada kisah yg sama gak.

satu masa dulu, aku jugak x sabar nak balik ke rumah, walopun ada msa terpaksa bersesak-sesak dalam bas, ketinggalan bas, tapi dek hati yg penuh ngan kebahagiaan (perghhh...) sumenya x menyusahkan sikit pun.

balik, sesama masak, try masakan lelain org, dan yg paling best, aku blaja banyak resepi baru. tapi memandangkan aku ni mmg spesis x makan dedaun, jadi agak sering la aku terkena leteran sila makan daun-daun ini dan itu. tapi cam biasa la, x penah ada sape leh wat aku wat somtin yg aku x suka whoever the person is. hahakkk...

antara yang aku masih ingt sampai sekarang, ikan cencaru sumbat. pergh... mmg terangkat habis la.

bila aku yg masak, redha jela org lain sbb aku kononnya nk variasikan hidangan, tapi selalu jadik hidangan yg pelik buat org lain. hehe... maklum la, aku mmg budak baru belaja, kalo salah tolong ajarkan....

ada satu rasa keseronokan dan ketenangan yg tak terungkap bila apa yg aku masak dimakan. heh, rasa bahagia habis la!

bila aku kat sini plak, aku mmg tersangat amat la jarang masak. bulan puasa ni ada sekali je baru aku masak, kangkung goreng iaitu sesatu spesis daun yg aku makan, haha. aku masak tu pun sbb kak azie cuti, dia borink & dia nak masak nasi goreng. so dia suh aku goreng kangkung, kalo x rasanya aku x masak langsung kot. haha...

sebelum ni plak, aku biasanya masak (yg time jarang2 amat masak tu la) bila nobody's home & aku tersangat malas nk turun beli makanan serta aku x keluar hari tu. so aku masak la. haha...

penah skali, aku tgh makan nasik yg aku gorem, tetibe kak fara (sekarang kak fara dah x de kat umah dia, dia dah kua sbb dia kawin..) balik, tanya kat mana aku beli nasik tu. aku ngan sesegan lututnya cakap :

"saya buat tadi..."

sambil gigit sudu.

kak fara trus buat muka terkejut.

"awak masak...???!"

heh! malu cam siput sedut rasa nk sorok kepala bawah meja jepun je. nada sindir tu....... huhu.

adeh! lalut sal nasik goreng lak.... tamau tulis dah....



p/s: andaikata ada satu permintaan yg aku boleh buat, aku harap, hanya aku yg perlu mengalami apa yg telah berlaku. semoga sarah & mamek trus bahagia happily ever after.....



***KTANGGG...!!! wei!!! ingat skrip drama minggu ini ke woitt???!!!!



save the earth...

Sabtu, 5 September 2009

Group 3 IWM 09/10

entry kali ni aku nak bercerita pasal kumpulan aku dalam integrated waste management atau bahasa melayunya pengurusan sisa bersepadu.

berbeza ngan intro to waste, kali ni aku rasa agak dapat bernafas memandangkan tumpuan kitorang cuma dekat kampus sendirik. (sebenarnya banyak jugak yg x puas ati ngan grup kitorang yg mengikut sesetengah pendapat sekadar buat keje senang.)

tapi apakah aku kesah ngan kekata itu? sama sekali tidak. well, dak grup aku dapat markah tinggi la jugak. heh!

ooo ye... kali ni aku nak perkenalkan sesorang grup aku ni.
sebenarnya grup kali ni agak menyeronokkan dan aku kerap x rasa macam tengah menyiapkan satu popbl yg kalo ikut pengalaman sem lepas mmg menakut dan mengerikan. (haha...)


position : ketua kumpulan
nick : ali @ adik pija (wahahaha)

selaku seorang ketua, individu ini sangat bijak mengatur plan mengenakan shan dan ahli grup yg lain. cara-cara beliau mengenakan grup membernya adalah dengan menskipkan namanya sendirik bila membahagikan tugas.

info tambahan, beliau adalah kawan yg rapat dengan shan (watak ini akan dikembangkan selepas ini) dan selalu mengusik shan. beliau juga alergik dengan perempuan chantek di mana pandangan beliau boleh berpusing 360 darjah dari kerja-kerja pembincangan yg sedang dilakukan sekiranya ada yang melintas.

tapi kredit harus diberikan kepada beliau kerana berjaya mengendalikan sesi temuramah dan temubual dengan stakeholders dengan jayanya.
ayat beliau di setiap soalan adalah :
"boleh tak kalau saya nak tanya...."
atau
"boleh tak kalau saya nak tahu......"

shan di sebelah kanan...

position : grup member 1
nick : shan

ini boleh dikatakan mastermind kepada hampir keseluruhan di mana beliau selalu akan seyes dalam tindakannya. beliau jugak merupakan seorang pekerja.

info tambahan, beliau yg kecik molek ini selalu menjadi mangsa buli kepada inche ali sperti yang telah diterangkan sebelum ini. walaubagaimanapun, pada satu hari akhirnya inche ali telah berjaya dibuli oleh shan apabila inche ali terpaksa berjumpa dengan supervisor mereka keseorangan.

shan dan inche ali adalah satu pasangan yg selalu bersama sejak dahulu lagi. =)

ooo ye. shan adalah seorang peminat horlick dan warganegara malaysia yg akan berhadapan masalah apabila meminum teh.

berposing bersama beskal pakcik jaga rimau bintang di zoo...

position : grup member 2
nick : pija

beliau memiliki satu rangkaian adik yang bersusun bagaikan mangkuk tingkat bertingkat-tingkat baik di kampus, di kolej mahupun di mana-mana. beliau adalah seorang kakak yang amat berjaya sekali.

beliau juga merupakan salah seorang kakak kepada inche ali. selain itu, beliau turut berperanan sebagai seorang penasihat kepada inche ali.

info tambahan, sama ada beliau tersenyum atau bermuka prune, dalam keadaan tergelak atau bergelak ketawa, lesung pipit akan terbentuk di pipinya. justeru, beliau banyak menerima ugutan untuk menanggalkan lesung pipit tersebut. diklasifikasikan keadaan beliau adakala bahaya dan adakala kritikal dek kerana lesung pipit tersebut.


sari sebelum pezentation ari tu...........



save the earth...

Jumaat, 4 September 2009

Jihu Sanbae (BOF) di One Utama...

399

beberapa minit nk ke jam 3 tetibe kak dayang mesej.

"awak ada kat rumah x?"

aku reply.

"ada, tgh bersiap nk keluar kejap."

x sampai seminit tipon menjerit minta diangkat.

hello, awak ada kat rumah x?

soalan sama kak dayang.

ada.

pun jawapan sama jugak aku kasi.

akak nk pinjam kamera boleh x?

boleh.

kebetulan aku baru pas cas bateri.

akak nk gi mana?

saja gatal mulut bertanya.

akak mungkin nak gi tengok Ji Hu.

jawab kak dayang selumber habis.

wahhhhh.......

aku dah teruja.

(perhatian, Ji Hu atau nama sebenarnya Kim Hyun Joon ketua kumpulan SS501 adalah salah sorang pelakon hensem tahap maut dalam drama korea Boy Over Flowers atau dalam versi mandarin, Meteor Garden. justeru, kepada yg tatau menau mengenai drama ini boleh segera membuat kajian, time kasih.)

aku x join, aku gi umah pakcik aku berbukak & teraweh kat sana. bila aku balik umah, duk kejap balik la kak dayang n 2 lagi hosmate aku, respon doram ialah....

kak dayang : meleleh makkk........................

dengan gaya squid-quid terlebih cecair.

kak azie : hensemnya......... woo bin tolak tepi jap.

(perhatian : woo bin adalah salah sorang watak dalam BOF jugak.)

azee (yg selama2 ni minat heroin je) : hensemnya doram.....................

juga dengan gaya tanpa tulang belakang.

kepada cik sara plak, jangan la bersedih hati sbb bebudak BOF tu sume adik2 kita.
huahahahahakkkkk......



p/s: sesekali citer sal korean bley tahan gak. haha

save the earth...

Rabu, 2 September 2009

SPAS_SGPI


Spasian SGPI di kedai ayam golek di Pantai Dalam...

masa ni ada sorang lagi x datang (yg rumahnya paling dekat) pastu lagi sorang mmg x datang (yang rumahnya paling jauh).

kitorang kumpul makan reramai sesaja je, selain meraikan jugak kesihatan inche Zai Hazreen (hujung sekali x tgk kamera) yang baru jugak kua dari spital masa tu.

masa ni kitorang dibelanje oleh sedari2 yg baik hati iaitu lean (bertudung pink & tgh tongkat kepala ngan tangan) serta cik pija dari baling (sebelah lean, bertudung hitam ala-ala tgh tersengeh).

tQ... tQ...

lean adalah orang yg bertanggungjawab mencari tempat (cadangan oleh aku, haha) serta mengumpulkan kitorang sume.

2 tahun lepas aku x penah terpikir pun kitorang bley duduk semeja reramai macam ni. masa memula masuk spas dulu, aku isolate je. cuma di hujung-hujung sem 1 tahun 2 aku baru tersedar yg bukan doram yg tanak kawan ngan aku, tapi aku yg sengaja tamau kawan ngan orang. (haha...)

kebetulan menjelang final exam, kitorang study sesama dan bermula la keakraban ni. masa tu aku insaf la, aku yg x sudi nak sambut huluran tangan orang, bukannya orang yg sengaja pinggirkan aku. heh! truk aa perangai. hehe...

ada satu kejadian yg buat aku makin tersedar la. benda ni berlaku penghujung sem 2 tahun 2. baru jela jugak...

masa tu aku ngah lelepak, aku baru pas hntar repot intro to waste setelah berhempas pulas menyiapkan repot tersebut dengan tenaga 3 org. tengah aku lelepak depan tv henset bebunyik. aku capai je.

PIJA calling.

pija call?? kenapa?

hello... ji....

suara pija selebet habis. terbayang muka muram tahap tatau.

kenapa pija?

pija blum hantr repot....

pija x sempat hantar repot sbb prof dah balik. pija gi hantar selepas office hour dan dia x sempat nk hantar apatah lagi nk tandatangan borang penghantaran repot. repot tu mengandungi 40 markah manakala final exam yg x berapa hari pastu 60 markah.

dia tgh sedih & down giler & orang yg dia call adalah aku.

untuk kali pertama pas kejadian baring gaya bebas atas jalan aku terasa macam kewujudan aku disedari. dan pija adalah org bertnggungjawab mengembalikan rasa kemanusiaan tu balik pada aku. =)

sem ni plak, sem 1 tahun 3, banyak eseimen yg menemukan aku & pija. pada masa yg sama jugak, ada sorang lagi budak spas yg selalunya sgt payah nk tengok dia tersenyum & kalo dia bukak mulut yg kluar adalah sarcastic semata, sem ni berubah tahap 360 darjah.

dari awal sem, senyummmmm. dan dia tegur sume org. dan x sarcastic & dia bleh join org lain.

heh, antara kejutan jugak, bila dia tegur aku. (haha... sbb dia nmpk cam ada poblem ngn aku sebelum ni...)

oo ye... aku jadi teringin menulis entry ni sbb pagi ni kitorang ada group discussion untuk firedrill minggu depan & inche yg dah berubah tu jadik ketua & conduct perjumpaan ngan jayanya.



save the earth...