Rabu, 30 Disember 2009

You are really a nuisance.

You are really a nuisance.

Dapat emel ni petang tadi dari supervisor.

Terus bangun, masuk bilik air, cuci tile yang dah berkarat tu. Amik gambar sebelum cuci. Ambik gambar selepas cuci. Mula-mula cuci guna sabun biasa. Lepas tu cuci guna GE.

Kemudian masuk dapur, cuci kuali wat goreng fries. Lepas tu sidai baju basuh tadi tengahari. Masuk bilik, semayang asar.

Siap semayang, tidor dengan lena sampai pukul 1900.

Kepala masih weng. Memang sangat terkesan. Erkhhh....

Prof kasik emel camtuh, sebab emel aku sebelum tu kat dia bagitau aku tak dapat N content lagik. Tu je ayat aku, tak de la nak explain hape, kenapa, mengapa dan seumpama dengannya. Wakaka.. padan ngan muka.



P/S: Esok kena jumpa beliau. Wuhuu.....


save the earth...

Selasa, 29 Disember 2009

Selepas 2

*Ini adalah entry belajar memandangkan aku baru saje memulakan kuliah. Wakaka...

Kali terakhir kami sekumpulan adalah pada Sem 1 2008/2009. Dan sejarah menyaksikan betapa getir detik-detik terakhir semester itu untuk menyudahkan eseimen yang super banyak.

Menjelang sem 2 sesi yang sama, aku adalah satu-satu di antara yang banyak dan ramai. Umpama sesatunya IES dalam beberapa SES. Dan sebarang pertemuan tidak lagi wujud sama ada sengaja atau tak disengajakan ketidakpertemuan itu.

Sesi baru. Sesi pembetukan kumpulan yang agak menyeronokkan. Dan sepanjang penghujung sem 1 2008/2009 hinggalah separuh hari ini, yang mentemalikan kami hanyalah kerling hujung mata, dan seterusnya menerusi orang lain.

Rasanya mereka bukanlah antara SR di sini, tapi tetap jugak aku nak mengambil kesempatan ni untuk membuat sedikit penjelasan ringkas dan padat.

13 cosmate termasuk aku, umpama Super Junior... Sorry-sorry-sorry...mika-mika-mika....

Erk.. sedikit iklan lagu SuJu pulak termasuk secara tidak sengaja. Maaf, aku ulang.

13 cosmate termasuk aku, aku gembira bekerjasama dengan semuanya, tanpa ada pengecualian sorang pun. Walaupun penah antara 13 ni kadang sekadar saling tersenyum paksa, hanya menyapa sekadar melepas batuk di tangga, tapi hakikatnya, itulah kehidupan.

Sekali lagi. Aku boleh menerima semuanya, dan sikit tak aku simpan rasa ralat mahupun seumpama dengannya. Mungkin, penah ada lakaran kurang cantik dalam jalinan beberapa semester ni, tapi bak kata Maikel Shumarker, let bygones be bygones. Kita mestilah terus merempit hingga mati tersepit. Erk, maksud aku, kita mestilah meneruskan plot hidup tanpa terlalu memandang ke belakang.

Heh, tak sangka, kami sekumpulan lagi. Di semester terakhir. Mungkin ke request sedang diproses? ;P






p/s: Perlukah aku menyanyi dan menari kerana ex-leader IWM telah mencapai impian beliau untu sekumpulan dengan noona yang diminatinya? Aku la mandai, kalo dia bleh sekumpulan dengan noona itu, aku akan nyanyi sebaris lagu peberet aku lengkap dengan dance stepnya sekalik. Adakah aku dimakan sumpah??? Aigoooo....


save the earth...

Isnin, 28 Disember 2009

Simple & Sweet

Hari pertama di semester terakhir. (Heh! nak jugak mention sem last tuh! Haha...)

Salah sorang member kitorang bebudak spas blom datang kelas walopon sebenarnya kelas memang dah start hari ni. Sama ada beliau memang ada di KL sekarang dan hanya tak masuk kelas, atau belum kembali dari kampung halaman, tak dapat la aku nak pastikan.

Walaupun salah sorang member kitorang ni ada bercerita pasal dia tadi, tapi dek kerana terlalu ramai yang mengerumun, jadi aku duduk jauh-jauh tadah telinga sikit-sikit jela.

Dari jauh aku nampak la gambar-gambar yang diambik oleh member kitorang yang tengah berpanglipurlara tuh... Gambar-gambar masa majlis kawin di belah lelaki.

Heh, member kitorang yang tak masuk kelas tu baru je bergelar raja sehari tak sampai pun 2 minggu. Jadi gambar-gambar yang ditunjukkan oleh member kitorang yang pegi tuh la yang dikerumuni bebudak yang lain.

Dalam jauh-jauh terjengket-jengket sempat jugak aku tengok sekeping gambar tu. Sangat simple. Merpelai nan sepasang yang sesama cekeding setiang (heheh...) tuh, berdiri sebelah menyebelah je, sedondon berpakaian biru.

Yang lelaki tu, adala jugak rupa pengantin, dengan lengkap bertanjak bersampin. Tapi member kitorang budak SPAS merangkap pengantin perempuannya, selumber berbaju kurung, dengan bertudung labuh beliau. Takde selendang melilit bagai, kain-kain net bertampal bagai.

Very simple. Betul-betul macam beliau bila-bila masa dan di mana-mana. Baju masa majlis rumah lelaki tu silap-silap beliau pakai pegi kelas nanti. =)

Walaupun tukang cerita duk bising cakap pengantin sempoi takde nak wat aksi 18sx dan seumpama dengannya, tapi aku rasa nak tersenyum sampai ke telinga je. Sebab bebelan tukang cerita membayangkan betapa beliau jeles tahap jingga sebab dia blom kawen. Kekeke....

Nak upload gambar kawen takde ngan aku sekarang, mungkin kalau rajin aku mintak ngan tukang cerita tuh. Kalo tak rajin, tengok jela kad kawen. Hehe...




kad kawen...


p/s: Aku simpan lama la kot kad ni sebab ni kad pertama aku dapat dari kawan, walopun hanya cosmate. Haha... yang kawn-kawan lama sume kawen tak jemput, alasan sebab malu doram kawen awal.... hadesss..



save the earth...

Ahad, 27 Disember 2009

Wulan Story:: Pra-Sekolah ::

Masa : Satu hari di 1993
Lokasi : Pra Sekolah B2uty

Wulan genggam sapu tangan warna hijau biru di tangan kanan kemas-kemas. Melangkah masuk dan duduk diam-diam. Mata meliar pandang sorang-sorang budak pra-sekolah berusia 5-6 tahun dalam kelas tu satu-satu.

Sorang asik tenyeh hingus.

Sorang asik liuk-lentokkan kepala persis ratu Rock Ella.

Sorang asik kerling-kerling budak liuk lentuk.

Sorang asik tenung botol air.

Wulan tenung pulak budak-budak kecik yang satu kumpulan dengan dia.Wulan pandang budak lelaki yang duduk bertentangan. Muka toyo macam kena paksa kawen. Yang sebelah pulak muka toyo macam kena sembelit. Wulan mengeluh penuh rasa hampa.

Hopeless. Satu pun tak hensem.

Patah semangat nak datang sekolah hari-hari.

Wulan teringin buat cadangan kat pihak sekolah supaya hanya budak-budak hensem saja dibenarkan masuk pra-sekolah.

Koman-koman pun kena la iras-iras Doo Jun ke, AJ ke, HJL ke.







p/s: Kalo bebudak bertiga tu cosmate aku, harus aku tak mungkin skip kelas walo seminit. ;P

save the earth...

Sabtu, 26 Disember 2009

Yang Terakhirkah?

Mungkin kerana terlalu 'seronok' bercuti di rumah sewa bangun tidur makan layan TV movie drama segala bagai hingga terlalai Isnin ni adalah 28 Disember 2009.

28 Disember 2009... bererti, bermulanya semester 2 2009/2010.

WHATTTTT?????

aigooooo............ apa sudah terjadi???? Esok lusa je nak start kelas balik. Dan aku masih berseronok-seronok?

Motip btol aku boleh tak sedar bahawasanya lusa dah start kelas. Patutla masa ke pasar semalam ada ternampak member-member yang baru sampai dari kampung dengan menyeret beg bertayar masing-masing.

O...tidak...

Aku plak masih melayan angau yang tiba-tiba memuncak. Adeh....


Ini adalah contoh penyebab aku meroyan tah pape sampai terlupa semua menda.... isk!




Ki Kwang aka AJ aka nama lain dier... KiWi... ;P






p/s: Harap tak terlajak laik Isnin neh.... hooo...

save the earth...

Jumaat, 25 Disember 2009

100 jugak..

Setelah kira-kira setengah tahun akhirnya entry yang telah aku tulis dah pun mencecah angka seratus.

Takde la apa yang nak dibanggakan pun, haha... Tapi aku tak sangka la kiranya mampu jugak mencecah angka neh. Almaklumla, meskipun aku agak suka menulis dan merepot apa saja yang berlaku, tapi ada masa beberapa hal yang berlaku tu tak la sesuai sangat nak dikongsikan memandangkan aku agak kurang suka menulis bebenda yang menguciwakan bila dikenang. Secara tidak langsung kebanyakan idea yang datang selalu aku padamkan tanpa sempat tulis pun terlebih dahulu.

Aku berjaya mempunyai blog sendiri, thanks to zuzack yang memperkenalkan pada aku betapa mudah sebenarnya nak sign up. Dan credit to bruk yang sentiasa menyokong walau adakala beliau merajuk-rajuk manja dengan aku.

Bila tang tajuk je, aku memang tak dapat lari dari menggunakan nama ESFIE. Sebab ini adalah satu-satunya nama yang aku selalu terpikir selain nama aku sendiri. Dan biasanya orang akan bertanya apakah ESFIE. Setiap kali jugak aku akan katakan, nama ni aku jumpa masa F4 kalau tak silap. Nama yang terukir pada sebilah pedang hiasan dalam sebuah cerpen bersiri masa tu. Pemilik pedang tu pulak namanya Saifuddin. Jadi untuk memudahkan jawapan aku akan katakan je, esfie adalah nick saifuddin. Hahaha...

Emel aku sendirik, pun akan menyebabkan aku ditanya, apakah Salir?

Jawapan aku tetap panjang jugak. Salir adalah salah satu watak dalam cerpen-tak-sempat-siap yang pernah aku tulis. Kenapa jawapan aku menjadik panjang, kerana selepas jawapan sebaris di atas akan ada soalan-soalan lain yang menyusul. Antaranya:

"Ko tulis cerpen ek?"

"Ko tulis sendiri?"

"Cerpen ko pasal apa?"

"Kenapa tak publish?"

Dan macam-macam lagi.....

Pasal update plak, pada permulaan aku mengelak untuk selalu update kerana tamau gila blog. Kemudian, bila aku mula menjadi follower, aku dapati blog punya dunianya sendiri, yang mana memang mengasyikkan. Dan aku mula cuba mencipta gaya penulisan yang tersendiri. Bila dah mula selesa ngan beberapa gaya penulisan otomatik la aku dah tergila blog sikit demi sedikit, mula gila blogwalking dan makin selalu update.

Awalnya bila aku terbaca beberapa blogger menggunakan perkataan 'penulis' sebagai ganti diri, aku tertanya apakah ia satu kemestian. Kemudian, aku terbaca pula blogger menggunakan perkataan 'aku' saja dalam penulisan mereka. Dan ada beberapa yang aku temui, menggunakan singkatan nama sebagai ganti diri. Aku akhirnya memilih untuk selesa dengan diri sendiri dan tidak terikut dengan blogger-blogger otai.

Sepanjang berblog, aku selalu temui blog yang bermacam. Ada yang hanya berkisar tentang mereka dan dunia mereka, yang adamasa sangat memberi info buat aku. Ini kerana mereka bercerita tentang dunia pekerjaan, dunia keluarga, persahabatan dan seangkatan lagi. Ada jugak yang selalu berlawak, yang seringkali menyebabkan aku sakit perut akibat gelak yang melampau.

Blog-blog ini memberi inspirasi kepada aku yang hampir give up berblog waktu tu.

Follower? Hehe... aku sangat fail bila bab follower. Tapi, aku agak tak kesah pasal tu, sebab aku sedar ramai member-member aku sekadar SR. Hehe... apa nak heran, aku sendiri adalah SR yang berjaya.

Kebanyakan blog yang aku follow, aku hanya SR tanpa meninggalkan sebarang komen. Ini bukanla sebab aku tersangat malas nak meninggalkan sedikit kata-kata, malangnya adakala bruk aku sangat gemar merajuk hingga aku gagal untuk klik pada tang tinggal komen, justeru aku terpaksa redha untuk hanya jadi pelawat senyap.

Akhir kata, aku ingin terus menulis. Dan kalau boleh, hanya ingin titipkan perkara-perkara yang tidak mendatangkan kecederaan mental dan fizikal kepada penulis, pembaca, dan pengkomen (adakah perkataan ini??)...




p/s: Selama-lamanya yang pertama.... huahahhaa

save the earth...

Rabu, 23 Disember 2009

Robot Cinta: Seumur Hayat....

Sebuah robot yang dicipta untuk mencintai tuannya. Dicipta mengikut kehendak, kemahuan dan keinginan yang diimpikan tuannya.
Nak yang macamana, mata bulat, hidung terletak, pipi pauh dilayang, telinga capang. Ketinggian berapa, 180cm? 190cm? Ala-ala cecah syiling pun boleh.
Nak attitude yang macamana, setia yang amat, kuat, pandai memasak, sentiasa melindungi, selalu escort pegi balik keje dan ke mana-mana, pandai masak, super supportive, apa saja.

Manakala suis untuk menghidupkan fungsi robot cinta ni sangatlah senang. Hanya satu ciuman dan robot akan bukak mata setrusnya melafazkan ayat yang pertama, "Hello Girlfriend!"

Robot ni boleh melakukan apa saja mengikut yang telah diprogramkan, seperti mengucapkan kata-kata AI SHI TE RU 114 kali setiap hari, membawa sepanduk AKU CINTA PADAMU sepanjang masa, melekatkan kertas bertulis I LOVE YOU di dadanya sepanjang hari, dan beberapa perkara yang tidak mungkin akan dilakukan oleh seorang lelaki normal yang menganggap dirinya macho. =))

(Apakah perlu bebenda nih? Haha..)

Seterusnya, robot ni akan sentiasa menyelamatkan buah hatinya, melindungi dari gangguan lelaki-lelaki mana yang cuba mengacau dan seumpama dengannya.

Malangnya, oleh kerana terlalu mencintai tuannya, robot ni telah tiba-tiba mempunyai perasaan. Sehingga akhirnya apabila tuannya dalam dilema nak memilih robot atau manusia sejati, robot ni telah memilih untuk dimusnahkan supaya tuannya tak perlu pepening nak meilih dan tak perlu mengharungi satu kehidupan penuh kepelikan dan penipuan sekiranya tuannya memilih sang robot.

Ini kerana, robot itu sedar bahawasanya ia tak boleh tua bersama-sama tuannya, tak boleh mati sama seperti tuannya, dan tak boleh membina keluarga. Justeru, adalah lebih baik dia dimusnahkan saja untuk kebahagiaan tuannya jugak.

Tamat.

Perghhh.... segan nak kata, tapi, ni la kali pertama aku termenanes.... heh! Hilang segala macho!

Mencik.. mencik! Penangan Zettai Kerashi... Heheh...






P/S: Aku sangat fail bila tang membuat sinopsis..... erkhhhh...:(




save the earth...

Isnin, 21 Disember 2009

Daun Kapal Terbang

Daun ni banyak memainkan peranan semasa zaman kecik-kecik tengah nakal comel-comel dulu. Perkataan nakal comel-comel kerana biasanya aku bukanlah mastermind melainkan mangsa semata-mata. Mastermindnya tak lain tak bukan adalah... heh, silap channel lak. Ni bukan versi mengenang masa lalu. ;P

Kecik-kecik dulu, bila dah sentuh itu main ini, rumah pulak hujung kampung, dikelilingi daun itu, pokok ini, ranting itu, dahan ini, mula tangan kaki pun luka sana sini.

Dan selalunya, tak payah nak semangat meraung bagai panggil mama papa sume, anak-anak kecik zaman itu, getus je sehelai dua daun kapal terbang yang tumbuh melata. Lunyaikan dalam tapak tangan, nak lagi mujarab, ludah air liur sikit, kemudian, titiskan kat tempat luka tadi. Terasa la pedih sesaat dua, selang bape saat lepas tu dah sambung kain balik, dah terlupa pun kat mana lukanya.

Masa tu, sape yang tak kenal daun kapal terbang ni. Daun yang boleh je ditemui di mana-mana, lengkap dengan bau yang ala-ala dettol. Tapi hari ni, jangan kata kenal rupa, sebut nama daun kapal terbang pun harus la budak-budak hari ni gelak guling-guling tekan-tekan perut. Merapu kata diorang.

Daun ni asalnya dari India Timur, Amerika Timur dan Amerika Selatan. Pokok yang jugak beracun andai termakan, boleh mencapai tinggi hingga 2.5 meter.






Ni gambar yang aku dapat dari PakcikGoogle.



Ni plak dari depan umah aku.








save the earth...

Khamis, 17 Disember 2009

Wulan Story:: Kucing ::

Tahun : 1992
Lokasi : Tempat Jatuh Lagi Dikenang

Wulan termenung merenung ke dada langit. Telinga bingit disumbat gelak-gelak Arjuna. Peh! Dah ada member baru lupakan member lama. Benci! Wulan pandang ke bumi pulak. Yela, lama-lama mendongak ke langit kena la merenung ke bumi sesekali, sentiasa menyedari siapalah diri.

Eh, budak lima tahun berhingus pun kena sedar diri ke? Takpe la, pape jela. Wulan pusing kanan, pusing kiri. Nampak Onie tengah main pasir. Ceh, mainan budak 3 tahun, tak mencabar mental dan fizikal langsung.

Wulan pandang keliling. Tiba-tiba ternampak si Putih sedang beradu dengan amannya. Si Putih ialah seekor kucing yang sangat besar, comel, berbulu gebu sangat seronok dipeluk.

Ting! Mentol kecik warna oren menyala betul-betul tepi telinga Wulan. Macam dalam cerita-cerita kartun. Wulan nampak sebatang buluh panjang yang selalunya makcik Wulan gunakan untuk kait mangga. Wulan jalan comel-comel, tunduk dan capai buluh tu dengan yakin. Wulan senyum lebar-lebar. Melangkah mendekati Si Putih yang masih lena tanpa menyedari marabahaya sedang menghampiri.

Perlahan-lahan, dengan penuh dramatik, Wulan sorongkan buluh panjang ke bawah perut Si putih, kemudian angkat buluh tu dengan sekuat tenaga. Dua-dua tangan Wulan pegang buluh kemas-kemas. Kawal pergerakan dan tahan pernafasan. Sekejap-sekejap Wulan berenti untuk menyeka peluh. Kadang-kadang dahi Wulan berkerut nak memastikan buluh betul-betul berada di bawah perut Si Putih.

Penat jugak nak berseronok ni.

Si Putih pulak terangkat ke atas sikit bila buluh tu diangkat. Setiap kali terangkat dan tidurnya terganggu, Si Putih mengiau sambil jeling-jeling. Tak selesa betul bila bulu-bulunya kena buluh tu. Apala Wulan neh....

Wulan makin seronok. Hilang sudah kebosanan. Nyaris mati kutu sebab sangat bosan. Nasib baik ada putih.

Angkat lagi.
Lagi.
Dan lagi.
Lagi.....

Si Putih menjeling lagi. Makin lama jelingan makin tajam. Wulan kelihatan sangat kecik.

Kena kasi pelajaran sikit nih.....

Angkat lagi.
Jeling lagi.

Angkat lagi.
Jeling lagi.

Tiba-tiba.

"Warghhhh...!!!!!"
"Weoww!!! Meowwwww!!!!"

Arjuna dan Onie sama-sama melihat ke arah yang sama. Wulan terbaring sedang bergelut dengan Si Putih yang naik minyak. Si Putih cakar apa yang sempat. Wulan tahan dengan apa yang ada. Darah memancut-mancut.

Melampau pulak Si Putih nih! Warning gigit-gigit manja dah la! Onie pulak naik minyak. Terkedik-kedik Onie capai buluh yang Wulan gunakan tadi dan mula memukul Si Putih.

Ketang! Kena kepala Si Putih. Si Putih segera menoleh. Budak kecik mana pulak kacau neh?!

Onie tak sempat lari. Giliran Onie menerima serangan Si Putih. Cakar lutut. Cakar betis. Cakar lengan sikit. Banyak-banyak tak boleh nanti tak cun bila besar. Cakar muka. Berhenti tiba-tiba. Tak jadi cakar muka. Nanti ada parut, Putih tak nak disalahkan kalau Onie jadik andartu nanti sebab ada parut. Cakar kaki balik.

Darah mancut-mancut meleleh-leleh.

Tiba-tiba.. ketang!

Si Putih kena pukul lagi. Si Putih terus menoleh. Sape pulak kurang ajaran ni......

Arjuna sedang memegang buluh yang sama dalam posisi yang sangat bergaya. Si Putih nyaris tak mampu melihat wajah Arjuna dengan jelas dek cahaya yang terlalu cerah. Efek angin tiba-tiba ada menyentuh sedikit rambut Arjuna.

"Berani kau ya Si Putih!"
Arjuna berkata sambil melompat tinggi beberapa meter. Belum sempat Si Putih memahami kata-kata Arjuna, sedas lagi libasan buluh mengenai belakangnya.

Si Putih menyeringai sakit. Tetapi segera membuat serangbalas. Si Putih cuba menyerang dengan membuat Lompatan Cakar Sebelas. Badannya dilentikkan sambil menjulurkan kaki depan dengan lurus. Limpahan cahaya matahari yang tumpah ke kuku Si Putih memberi kesan silau kepada Arjuna. Tapi selaku seorang hero, Arjuna berundur setapak ke belakang dan cakaran Si Putih sekadar terkena bayang beliau.

"Wulan! Onie! Balik!"
Arah Arjuna sambil terus menepis serangan kamikaze Si Putih. Sesekali Arjuna membuat aksi akrobatik sambil menghentam Si Putih menggunakan buluh pengait mangga.

"Tapi Arjuna...."

"Balik! Arjuna boleh selesaikan."

Wulan berjalan terdengkot-dengkot balik ke rumah diikuti Onie.

Si Putih ialah seekor kucing yang sangat besar, comel, berbulu gebu sangat seronok dipeluk. Tapi Wulan terlupa, Si Putih juga merupakan seekor kucing gila.

Menjelang petang, Arjuna pulang dengan kemenangan sambil menjinjing mayat Si Putih.














Si Putih mati dilanggar dan digelek kereta semasa sedang cuba melarikan diri dari Arjuna.

p/s: Hero sepanjang zaman...


save the earth...

Ahad, 13 Disember 2009

Buat Baik Berpada-pada

Buat baik berpada-pada, buat jahat sekali-sekala.

Heh, peribahasa yang sengaja ditukar dewasa neh. Apa yang cuba dkatakan, kalau nak buat baik pada orang, bersederhana la. Tak perlulah keterlaluan cuba menjaga hati seseorang sampai mengabaikan perasaan seseorang yang lain atau sampai menyakitkan hati dan pertimbangan sendiri.

Heh, dah lama aku cuba berlagak gembira setiap kali berblog. Pada aku, cukuplah DNO merakamkan kesakitan dan kepedihan, ONB, atau ESFIE, mestilah sentiasa rasional dan selalu mendatangkan kebahagian meskipun adamasa ia hanya satu rekaan. Kerana pernah satu ketika aku disogok dengan kata-kata yang akhirnya menjadi salah satu landasan aku.

Situasi: Kelas Bahasa Arab
Tahun: 2001

"Sape lagi tak faham maf 'ul bih ni?"
Soal Ustaz kecik - sebenarnya hanya berbeza beberapa tahun dengan beliau tapi kerana ilmu yang jauh lebih tinggi beliau layak menjadi guru. Matanya merenung sesatu wajah blurr di hadapan beliau.Pandangan jatuh pada renungan aku yang tepat ke buku.

"Faham tak?"

Aku angkat muka. Mengeleng sedetik. Tadah muka blurr.

"Rasulullah." Katanya sepatah. Pandang aku. "Mana maf 'ul mana maf 'ul bih?"

Aku makin kelam. Lagilah tak faham.

"Rasul tu maf 'ul, Allah maf 'ul bih." Terang ustaz kecik lagi.

Aku masih tak faham.

"Baca sekali lagi. Hidupkan baris belakang," arah beliau.

Aku diam.

"Rasulullahi."

Tetap aku mati kutu. Langsung tak datang kefahaman. Bagaimana dalam satu perkataan boleh ada maf 'ul dan maf 'ul bih??

Maf 'ul sifirnya mesti sentiasa marfu' atau sentiasa berbaris hadapan, dan tidak mungkin bertanwin. Manakala maf 'ul bih pula biasanya selepas perkataan maf'ul dan sentiasa berkeadaan maftuh, sama ada berbaris bawah atau atas bergantung kepada perkataan itu sendiri.

Kaedah ini adalah salah satunya bertujuan menunjukkan pemilikan, contohnya "kitabu muhammadin" yang bermaksud buku kepunyaan muhammad. Sekiranya dibaca secara biasa tanpa menghidupkan baris akhir setiap perkataan, ia akan mendatangkan sedikit kekeliruan bagi mereka yang baru bergelumang dengan bahasa Arab, di mana ia mungkin membawa maksud, buku dan muhammad.

"Faham tak?" Pertanyaan ustaz kecik tetap tak mampu aku jawab walau bagaimana aku cuba untuk memahami ajaran beliau.

Mungkin kerana bosan menunggu aku faham, ustaz kecik melanjutkan bicara.

"Kalau tak faham jugak, buat-buat faham."

Dan beliau berlalu kemudiannya memberi ruang kepada ustaz sebenar meneruskan sesi pengajaran.

Ayat beliau yang terakhir, merupakan antara pelajaran termahal pernah aku dapat. berpegangkan ayat nan sebaris itu, aku melangkah setapak lagi ke depan.

Jawapan yang aku dapat?

Heh, Rasul dan Allah adalah dua perkataan, yang selalunya jarang disedari. Justeru, Rasul adalah maf 'ul, manakala Allah adalah maf 'ul bih, yang bermaksud, Utusan kepunyaan Allah.


*************************************************************************************

Dan hari ni, setelah agak lama jemari tak menggigil dek perasaan yang diusik geram dan tak puas hati, kali ni berulang lagi.

Bukan mudah berbuat baik, meski adakala terasa usaha yang telah dicurah bertimbun-timbun, peluh yang menitis sudah hamis basahi wajah.

Cuma, untuk putus asa, belum kot. Aku masih akan tetap cuba membantu selagi termampu, cuma, untuk masa akan datang, harapan perlu dikurangkan. Tak guna mengharap jilatan penuh kasih sayang andai yang dibantu adalah anjing garang yang tersepit di celahan rumpun buluh.

Adeh. Setiapkali kewalahan cenggini, aku selalu terkenang kisah di atas, walaupun jelasnya tak ada kena mengena pun.





p/s: Entry ini adalah entry separa emo. ;P



save the earth...

Khamis, 10 Disember 2009

Cat-Women

Kucing adalah sejenis binatang berkaki empat dan berbulu. Selain itu kucing juga merupakan antara makhluk yang sangat sukar untuk dibenci, sama ada seseorang itu memang sukakan kucing, atau tidak begitu menggemari kucing yang adakala bulunya boleh mendatangkan kemudharatan kepada sesetengah manusia.

Bagaimanapun, kucing sebenarnya antara binatang yang unik. Binatang yang ada pertalian darah sedara mara dengan rimau ini, di mana kucing dikategorikan sebagai karnivor, atau maging, kini makan apa saja. Nasik, ikan kembung rebus, ikan bilis, ayam mentah yang tekah disembelih dan dicabut bulu-bulunya, maupun anak ayam yang baru menetas.

Kucing dan wanita pulak, jarang dapat dipisahkan. Meski dalam sejarah penah tercatat betapa penah wujud sorang wanita yang menerima seksaan yang dahsyat di akhirat dek kerana perangainya yang mendera kucing, ironinya wanita adalah golongan yang sangat sukakan kucing.

Beberapa info menarik tentang kucing hasil tinjauan dan kajian aku secara peribadi:

1. Lebih dengar kata dari manusia sendirik

Kucing di rumah aku penah mencecah bilangan puluhan ekor. Gara-gara adik ke2 aku yang sangat-sangat sukakan kucing sejak kecik memandangkan beliau takde adik, jadi kucing memang sangat bermaharajalela di rumah aku.

Malangnya, aku adalah antara makhluk yg tidak bencikan kucing, tapi pada masa yang sam aku tak tahan kucing bermanja-manja menggesel-gesel di kaki aku, akan mendatangkan satu perasaan rimas yang sukar diungkap. Aku jugak tidak boleh menerima kenyataan bila terjaga dari tidur dek kerana seekor kucing sedang berlingkar dengan bahagianya di kaki aku. Justeru, aku telah mengeluarkan ayat penyata berbunyik :
"Kucing, bilik ni tak bley masuk!" Sambil mata merenung tepat mata kucing manakala telunjuk tepat menghala ke pintu bilik aku.

Hasilnya, kucing-kucing di rumah aku memang tak penah masuk bilik aku lelebih lagi bila aku ada dalam bilik. Andaikata ada yang cuba-cuba menjengukkan kepala, dan ternampak aku, lalu aku jegilkan mata, nescaya kucing tersebut akan segera berlenggang kangkung keluar dan tak jadi masuk.

Sedangkan, adik kecik aku yang sekarang merupakan 'musuh' aku tu, walau patratusbelas kali aku cakap, jangan masuk ini bilik, beliau tetap menonong muka tak bersalah ke bilik aku lantas melompat-lompat dengan gaya santai atas tilam aku sampai nak tercabut spring.


2. Pencetus virus gila

Kucing boleh menyebabkan seseorang menjadi 'kureng' di mata manusia lain. Contoh satu situasi. Seorang wanita ini sangat sukakan kucing. Malah beliau sangat sukakan kucing yang jual mahal.

Sedang berjalan-jalan, beliau terjumpa sekor kucing dengan bulu yang gebu tengah landing baik punya atas jalan. Lantas beliau segera menjadi sangat bahagia dan menegur kucing tersebut. Sebaliknya, kucing tersebut berlagak sedikit dengan menggerakkan ekor, menguap malas dan menjeling. Wanita ini segera bercekak pinggang dan berkata:
"Heh! Eksyen ko ye! Apa, ingat ko comelllll sangattt??"
Tanpa mempedulikan orang ramai yang sedang memerhatikan beliau.

:p

3. Makhluk yang mencederakan

Kucing gila cenderung mencederakan seseorang. Apatah lagi apabila ia diganggu sebelum itu. Kisah ini akan diceritakan dengan lebih lanjut dalam entry akan datang.












p/s: Ada sorang membe aku giler sayang kucing, tandatangan dia pun bentuk kucing... gigih berusaha mencipta tandatangan tersebut.... ;P


save the earth...

Jumaat, 4 Disember 2009

PIZZA 10 minit...

Dah lama aku tingin nak makan neh. Sejak kali pertama aku makan, aku dah menanam tekad dalam hati bahawa apabila balik akmpung aku akan makan lagik. Tapi memandangkan untuk makan aku kena tunggu ari minggu baru boleh ambik moto bapak aku, aku sellau tak dapat memenuhkan keinginan ni.

Malam tadik, tumpang abang aku ke hospital, dan mintak beliau bawak aku ke TESCO, aku nak beli, nak makan, sebab walaupun ada GIANT, PACIFIC, dan macam-macam lagik, tapi kat TESCO je ada PIZZA rm7.99 ni.

Kemain la aku buat ayat mengugut bagai, tapi hampeh...

Aku: Nak makan pizza....
Abang: Ala, kat BILLION pun ada...
Aku: Mana ada...
Abang: Ada..

Sudahnya beliau pegi BILLION. Dan memang takde. Nasib la masa tu ada pakcik ngan sepupu-sepupu aku, kalo tak harus aku tarik muka patbelasratus. Geram.

Last sekalik, petang tadi pinjam moto jiran sebelah, ngan kelajuan 40km/j, aku redah cuaca mendung gi TESCO. Heh, tingin punya pasal! Macam biasa, balik je kena hujan, hujan je masa balik. Nasib baik la x lencun sangat, basah-basah manje je.

Sekali 2 pizza aku beli. Satu yang cheese, satu yang cendawan tuna. Tak leh ambik yang ayam pasal bapak aku tak makan ayam. Nanti beliau buat alasan tamau makan sebab anak-anak beli makanan yang beliau tak makan.

Tunggu abang aku balik sikit punya lambat, last sekalik aku masak je pizza cheese tu dulu. Sape suh balik lambat kan. Masuk dalam oven, soploh minit kendian, pizza dah siap! ;P

Kat umah aku ni bukan bleh beli pun PizzaHut ke, Domino's ke, pasal famili aku memang tak makan memnda camtu. Tapi aku makan. Tak best plak nak makan sorang-sorang. So, beli je yang murah camni, senang aku cakap, tak ada pape yang pelik dalam tu, ada roti ngan cheese je. Heh, bapak aku yang selalu tak suka kitorang makan menda-menda camni, makan plak pizza rm7.99 ni. Heheh..

Berbaloi-baloi....

Licin je pizza cheese tu. Abang aku balik tinggal kotak je. Aku dah cadang nak masak yang lagik satu bila beliau balik, tapi sambil makan pizza tuna cendawan tu, abang aku wat muka kesian asik ulang-ulang dialog sama.

"Mesti yang cheese lagi sedap kan..."

Adik aku yang tengah SPM tu jawab: Tak la sangat, tawar...

Abang aku merenung ke depan. Muka kempunan telur tembakul.

"Mesti sedap...."

Tak kuasa aku nak kesian. Orang suruh bawak gi TESCO tamau. Pastu balik lambat-lambat. Sesuai la tuh. ;P



sebelum masuk oven.....



selepas 10 minit dalam oven suhu 220 darjah celcius.... ni la pizza cheese yang abang aku kononnya kempunan tuh... heheheh




yang abang aku makan, yang ni....




p/s: Sepupu aku kena denggi berdarah... Alhamdulillah dah pindah wad biasa... cept la kot sembuhnya, dah buah hati sanggup naik bas 4jam pastu bermalam kat wad lagik jagakan beliau.... hihi
Syafakallah....


save the earth...

Isnin, 30 November 2009

Nescafe 3 in 1





Minuman paling best in town.

Bancuhan paling terangkat. Bahan-bahannya:

1. Satu pek 3 in 1 Nescafe
2. 1 mug saiz sederhana
3. 1 sudu
4. Air panas 80-100 darjah celsius

Cara-cara membancuh:

1. Masukkan satu pek 3 in 1 Nescafe dalam mug.
2. Masukkan air mendidih memenuhi tiga per empat ruang dalam mug.
3. Kacau menggunakan sudu. AMARAN: Jangan sesekali mengacau menggunakan plastik pek 3 in 1 Nescafe kerana suhu panas memungkinkan pembebasan bahan kimia merbahaya yang mungkin terkandung di dalam plastik tersebut.
4. Nescafe sedia diminum.

TIPS: Untuk lebih sedap, masukkan 2 pek 3 in 1 Nescafe dalam satu mug dan penuhkan mug dengan air panas.

Peberet aku nih! Tapi 3 in 1 Nescafe Nestle jela, kalo brand lain slow sket la. Aku cuma tahu minum yang 3 in 1 je, kalau yang kena berbancuh bagai, serius aku tak reti. Ada je yang tak kena kalau bancuh. Cuma setahun lepas aku dah belajar cara buat nescafe ais yang sangat seronok diminum. Hehe...

Tetapi kerana mitos yang mengatakan kafein tak baik untuk pelajar, maka aku telah dihalang meminum nescafe sehinggalah setelah selesai menduduki SPM. Tragis btol.

Habis SPM, aku pulun nescafe hari-hari.

Tapi sekarang aku dah agak kurang minum nescafe. Sekarang addict ngan minuman yogurt plak, tapi stoberi jela. Hehe...




p/s: Tetibe terkenang nescafe bila adik aku yang kecik tu sebok nak minum nescafe. Baru 2 tahun mengada!

save the earth...

MAKHLUK SUPER GANGSTERZZ

Berkemas-kemas rumah dan apa yang ada untuk sambut raya beberapa hari lepas, terjumpa balik kertas-kertas super comel yang terlonggok di celah-celah dinding. Kertas-kertas komen dan muhasabah Majmuah 1 sewaktu masih di UM Nilam Puri.

Heh, banyaknya komen! Paling banyak aku dapat adalah pada semester terakhir di sana. Dalam 28 orang yang perlu bagi komen, aku dapat 24. Maksudnya, hampir semua orang ada sesuatu yang nak dikatakan pada aku. Betapa cemerlangnya popularity aku semasa itu. ;P

Cuma, bila sekali lagi menatap titipan tu semua, dah tak mampu lagi mengecam tulisan masing-masing, kecuali yang meninggalkan kesan dan bekas saat aku menerimanya beberapa tahun dulu.

Majoriti komen yang diberikan, dari sahabat perempuan kebanyakan meminta aku berhati-hati dalam berbicara, dalam meluahkan ketidakpuasan hati, supaya tak terjadi 'cakap tak supe bikin'. Ada juga yang meminta supaya aku tak membenci dirinya. Terpaksa la aku tersenyum waktu terbaca kata-kata tersebut.

Dari sahabat lelaki plak, lebih kurang sama juga, menasihatkan aku agar tidak terlalu telus dalam berkata-kata agar bicara lidah ni tak menyinggung mana-mana hati yang agak rapuh dalam mendengar sebarang kebenaran. Plus sikit, beberapa sahabat lelaki merangkap teman-teman sekelas menasihatkan agar menjaga aurat dengan lebih berhati-hati dan tak kurang meminta agar mengekalkan imej sopan santun ayu sebaga bagai di Nilam Puri hingga ke UM KL. Heh, aku tersengeh.

Ternyata, aku semasa semester 4 di sana telah menyakitkan perasaan banyak pihak. Apa aku buat ek? Aku agak ingat-ingat lupa la....

1. Paling meninggalkan kesan pastilah berkenaan KEM di Bukit Bakar, bila aku selamba sound bodoh ketua kelas dalam kelas depan sume orang. Mempersoalkan kewibawaan dan tindakan serta keputusan beliau yang di mata aku dah ala-ala penguasaan kuku besi. Sampai salah sorang classmate terpaksa keluar kelas masa tu, mungkin tak tahan dengan kelantangan aku. ;P (sori... masih terasa nak gelak...)

2. Kemudian, aku perasan, kawan-kawan aku ni mula ala-ala takut ngan aku bila aku perlu berbincang dengan partner aku, inche budak Pasir Mas tu. Masa tu inche dari Bentong tu ada cakap sesuatu yang menyebabkan bebola mata aku membesar hampir dua kali ganda dari saiz asal. Lantas inche dari Bentong yang sangat sukar tersenyum tu tergelak ala-ala tersipu sambil mengeluarkan dialog yang berbunyi : "Pagi ni sejuk lagi...".

Untuk kali pertama, aku ingin dedahkan kenyataannya, aku langsung tak rasa bengang ngan kekata beliau waktu tu, sebab aku lebih kepada mengawal diri dari tergelak dengan senyum malu-malu beliau yang ala-ala gaya anak dara kena risik. Tapi untuk menjaga imej selaku awek paling macho waktu tu, terpaksa la aku tegangkan muka ketat-ketat dan tayang muka tensen tak hengat. Hakikatnya, balik je bilik aku bergegas carik member kamceng aku waktu tu dan terus belasah gelak tak ingat dunia.

3. Post-moterm selepas tamat KEM 3 hari 2 malam tersebut. Aku dan member kamceng aku masa tu yang memang tak setuju ngan pengisian beberapa hari tu mengambil peluang ni untuk meluahkan ketidakpuasan hati memasing. Cumanya, sahabat aku tu lebih senang membiarkan aku yang bersuara sebagai medium, manakala beliau sendiri lebih gemar sebagai pemerhati sahaja. Justeru, sebaik tiba giliran inche Akmal (ada aku ceritakan perihal beliau di sini) membentangkan part beliau, aku dengan sengaja telah mengambil peluang mempersoalkan pelbagai perkara. Apatah lagi apabila beliau cuba mempertahankan diri, aku lagi seronok tadah muka bengang ala-ala blurr. Walhal, hakikatnya, walaupun aku sedikit kurang selesa dengan pengisian beliau, sebetulnya aku tak pedulik pun.

Cuma, kerana ada sedikit rasa geram dengan gelaran 'pembangkang' yang diberikan kepada aku dan kawan aku yang sorang tu secara underground, aku sengaja mencari pasal. Persoalkan itu ini. Alang-alang nak kata aku kaki bantah, aku jadikkan je kekata tu satu kenyataan yang tak ternafikan. Heh! Satu keseronokan untuk aku melihat wajah-wajah tension waktu itu. Agak jahat di situ. Hehe...

Kerana ketiga peristiwa inilah aku mendapat komen-komen sebegini;

"...cubalah kawal perasaan dan berhatilah dalam percakapan kerana boleh menyinggung perasaan orang lain.."

"Anda mempunyai keberanian dalam membicarakan sesuatu, tapi harus diingat tak semua harus dibicarakan takut ada yang terguris."

"...janganlah terlalu garang apabila bercakap tentang sesuatu perkara yang anda tak puas hati.."

"saya harap awak dapat kawal sikit emosi.."

"...jangan terlalu blame orang.."

"...kot ye nak marah pun cover-cover lah sikit...
"

Yang agak bersopan santun sikit begini pulak;

"Janganlah mudah berkecil hati ye..."

Dan banyak lagik......

Walaupun komen-komen tersebut banyak menjurus kepada sikap aku satu semester tu je, tapi pandangan tu telah dibawa hingga sekarang.

Aku masih dipandang umpama seekor naga yang boleh menyemburkan api dari mulut bila-bila masa. Dan aku menikmati pandangan itu. Hehe... Bukan sekadar omong kosong. Buktinya, hingga sekarang masih ada antara ex-classmate aku yang berani-berani tikus menyapa bila bertemu di mana-mana. Hehe...

Apa sekalipun, semua komen tu masih selamat dalam simpanan aku dan mungkin akan terus selamat andai dinding rumah aku tak kopak dimamah anai-anai. ;)



p/s: Baru seminggu kat kampung dah macam-macam aku jumpa, esok lusa tatau apa pulak aku jumpa...


save the earth...

Jumaat, 27 November 2009

BLUES Selamanya.....

Bila balik kampung, menyaksikan adik merangkap SPM Victim yang sedang bertungkus lumus dengan paper beliau, terkenang plak diri sendiri semasa di usia tersebut.

Gigih sungguh menjadikan satu majalah ni sebagai majalah kesayangan dan mesti beli. Sumenya bertitik tolak pada satu ari di tahun 2003. Waktu tu masih di tingkatan 4. Masa tu tersangat lah bosan tatau nak kata. Terasa nak jadikkan satu majalah ni kesayangan, ada jugak yang nak dibuat. (Gaya cam tak payah ambik SPM je masa tu. ;p)

Memula beli REMAJA. Malangnya tak berapa sesuai dengan jiwa yang tak berapa nak remaja. Ternampak BLUES Selamanya. Gambar SAHAK. Teringat, di sekolah gambar ni diharamkan. Atas musabab apa kurang pasti pulak. Maklumlah, asal yang diharamkan tu bukan ada kaitan dengan aku, suka hati la pihak sekolah nak haramkan apa sekali pun. Memang takkan menjadik kudis mahupun meninggalkan bekas. Nafsi-nafsi betul.

Tapi tak beli pun Blues ni masa tu. Sebab rasa cam terjiwang lelebih je tajuk magazinenya pun, tapi sumenya berubah bila classmate aku bagi komen membina berkenaan Blues ni. Kata beliau ;

"Majalah ni nama je BLUES, tapi isi dia ok la. Ilmiah jugak. Tak la sedahsat namanya."

Balik sekolah ari tu jugak aku singgah ke Pustaka Seri Intan, (sebuah kedai alat tulis yang femes di zaman-zaman aku bergelar pelajar) dan beli BLUES isu 44 kalau tak silap.

Bermula detik tu, aku tak penah miss beli majalah ni 2 kali sebulan, dengan harga rm4.50 sebuah. Setiap awal dan pertengahan bulan aku mesti menyerbu memana kedai jual majalah untuk dapatkan isu terbaru BLUES. Walaupun perlu kontrol sikit perbelanjaan untuk spare rm9 setiap bulan, tapi bak kata iklan, berbaloi-baloi.

Aku akan baca majalah tu dari muka depan ke kulit belakang, tanpa skip walau seayat, kecuali ruangan puisi Semberono ke Semberogo, macam tu la namanya lebih kurang. Bukanlah ruangan tu tak best, tapi aku agak tak masuk dengan puisi ala-ala Indonesia beliau, itu saja.

Yang bestnya majalah ni, ceritanya sangat best, ada cerita seram, drama, romantis, dan macam-macam lagikla. Ada lawak-lawak antarabangsa sesekali, tapi kebanyakannya tak menyebabkan diarrhea andai dibaca berkali-kali. Yang aku paling suka, cerita-cerita bersiri dalam tu.

Ada satu ruangan ditulis oleh Brader Macho kalau aku tak silap, selalu jadik mangsa hentaman kaum hawa, sebab Brad ni suka menulis mengenai insan awek-awek yang suka menayangkan aset masing-masing. Ada antara kekata Brad yang agak straight seperti kaum wanita sendiri mengundang perogol, menyebabkan mereka dan orang lain yang memandang mereka berdosa dan banyak lagi ayat-ayat yang adakala boleh meledakkan marah andai saja disalahtafsir.

Waktu sedang menduduki SPM sekalipun, aku masih tetap membeli majalah ini dan menyimpannya sehingga tamat SPM barulah dibaca. Semua gara-gara tamau terlepas walau satu isu.

Cuma, apabila memasuki Asasi di Nilam Puri, agak sukar untuk aku dapatkan majalah ni kerana sangat jarang kedai-kedai di kawasan tersebut menjual malajah seperti ini. Apatah lagik Nilam Puri adalah kawasan buku-buku agama, permintaan terhadap BLUS memanglah agak kurang. Adamasa aku terpaksa mencuri masa ke Ketereh untuk mendapatkan majalah ni. Malangnya agak sukar untuk aku ke sana memandangkan aku masih belum memiliki lesen motosikal waktu tu. Nak ke mana-mana tentu-tentu lah memerlukan kebenaran mak ayah dan mesti bersama sesatunya abang aku yang memang payah betul nak ajak ke mana-mana.

Ditambah lagi, di Asasi aku tu, majalah BLUES adalah antara yang diharamkan sama sekali. Alasannya kerana ia melalaikan. Ironinya, sebahagian kekata Brad dalam ruangannya dan kekadang intipati bicara Rodin di muka depan BLUES antara yang memenuh di dinding ruangan tazkirah mingguan asrama. Ada jugak la rasa nak bawak je majalah tersebut dan tunjukkan kat Biro berkenaan bahawasanya mereka telah meludah ke langit dan menadah dengan muka sendirik dengan menggunakan bahan dari majalah yang kononnya melalaikan menurut perkiraan kanak-kanak mereka. Tapi memandangkan waktu itu aku masih sangat pasif, jadi aku sekadar mengelengkan kepada saja. Pedulikkan, janji aku tau apa itu BLUES.

Aku cuba-cuba juga mencari jalan bagaimana mau meneruskan jadi pembaca setia majalah ni dengan cuba melanggannya, malangnya aku tak punya cara terbaik untuk menyelsaikan masalah ini pada waktu itu. Justeru, pada tahun 2007, aku berhenti membeli majalah ni pada isu 111 atau 109.

Agak sedih tapi terpaksa. Aku juga tak suka andainya majalah ni dirampas mereka yang 'berkuasa' nanti.

Balik kampung, kadangkala aku sengaja tamau memandang pun longgokan majalah nih, risau tekad tinggal tekad. Heh!

Tapi bila melihatkan adik aku yang gigih mengumpul majalah KLIK, pasti senyum tersungging, macam tu lah gigihnya aku beberapa tahun yang lepas.




sebahagian dari koleksi aku. kadang-kadang aku masih gigih menyelak helai demi helai.





antara ruangan peberet waktu tu, Kerana Kau Perempuan tulisan Brad, Hattori High School atau pape je karya Jakall, Love Make Me Crazy, kisah adik beradik yatim piatu yang kekadang sengal, karya siapa aku dah lupa.... hehe...





ni plak koleksi adik aku. tapi masih belum mampu tandingi koleksi aku tentunya. heh!





p/s: Orang beraya aku plak teringat cte lama.... adess....


save the earth...

Bertapai Ketupat

Aku masih dalam mood raya puasa sebetulnya bila terperasankan raya haji dah pun menjelang.

Raya ni mungkin agak tragis bagi adik aku budak nursing tu sebab beliau hanya akan sampai rumah menjelang pagi raya. Sekarang beliau sedang dalam perjalanan dari Kuantan ke Kelantan. Heh!

Menu esok pagi adalah nasik impit kuah kacang walopun kacangnya masih dalam kulit, perlu dikopek, digoreng, diblender sebelum perlu dimasak menjadik kuah kacang.

Tugas aku plak (selain skip dari kemas mengemas) adalah tolong bungkus tapai, test rasa ketupat ketupat, dan, makan mangga. (tak kena mengena ngan raya...)



betapa gigih aku perlu kopek kulit kacang neh.... fresh dari dalam tanah, tok sedara aku yang tanam.... kalo rebus besh neh!




pulut yang ditabur ngan ragi secukup rasa...





bahan-bahan yang diperlukan. daun pisang yang dah dilayukan, lidi yang diruncingkan hujungnya untuk jadik tutup daun pisang dan bleh jugak dijadikkan sudu nak makan nanti. jangan nak main staple je! tak sweet langsung!
amik satu sudu, taruk dalam daun pisang... kalo ngan aku, harus 3 pat sudu aku taruk. banyak, kenyang makan, dan cepat habis membungkus!






tarra...!!!! siap seperiuk besar. besh tak aku? ;P





Selamat Hari Raya AidilAdha....
Berhati-hati makan daging....
save the earth...

Khamis, 26 November 2009

Namanya....


Akhirnya dapat jugak aku carik gambar inche ini. Penat tau mencarik nama beliau. ;p

Selamat Hari Raya Aidiladha....

Tahun ni ada makan-makan kat rumah aku raya kedua. Jemput la ke rumah ye!






p/s: Tingat raya tahun 2007, bebudak laki Majmuah 1 ramai-ramai beraya kat sini. ;P

Ahad, 22 November 2009

Chicken Cordon Blue

Habih exam pukul habesan.

Balik je terus on lappy. Masuk porem. Berporem sampai lunch hour. Dah bantai nasik sambil berporem, tup-tup hosmet ajak g KL Central lak. Sapu roti steak and cheese Sub-Way lak. Kendian balik.

Pastu teman member gi Sphere, balik tu belasah sosej rebus cecah sos lagi. Malamnya kua gi Kg.Baru.

Celebrate kehabisan exm la kononnya, ingat nak makan tomyam ke, sup ekor ke, nasik goreng kampung ke... sekali singgah kat HR Steak House. Ambik. Bawak budak yang tak penah makan chicken chop pun ni masuk kedai cenggini?

Order je la ikut belasah...

"Chicken Cordon Blue. Dengan Apple juice."

Hidangan sampai. Erk...





Seharian makan je keje. Bebetul celebrate lah.




p/s: Anyway, prof Integrated Waste Management kata, bebudak IES dapat markah paling tinggi paper tuh. Sape ek? Aku bet, kalo bukan tiga sekawan Shishi, Anis n Wawa, mungkin Lean, tak pun Zai... x kesah la, aku nak ucapkan congratulation in advance.... taniah2.... super duper terer la kowang!


save the earth...

Banjir

Kira-kira jam 1230 21 November bertolak dari Ampang Jaya. Pengalaman pertama pulang ke kampung dengan sepupu. Heh,berbeza dengan balik dengan pakcik makcik. Diorang ni jenis yang tak berenti kat memana kecuali untuk ke tandas dan semayang. Makan minum sume dalam kereta.

Sebelum memulakan perjalanan, macam-macam bekal dibawak, dari megi goreng, buah-buah tiga pat jenis, asam, fries, wedges, coklat dan macam-macam bagai.

Aku macam biasa la, untuk perjalanan jauh tugas aku adalah, tidur. jadi, aku tidur di sepertiga perjalanan.

Sepanjang perjalanan hujan turun tak berenti, dari KL hinggalah ke Kelantan. Beberapa kilometer dari Kuala Krai, abang aku call dari kampung meminta kami menukar haluan dari ke ke Kuala Krai supaya ke Dabong seterunsnya ke Jeli untuk ke Kota Bharu kerana menurut beliau beberapa minit yang lalu baru je diumumkan di radio air Sungai Durian melimpah dan jalan tersebut telah ditutup untuk kenderaan ringan.

Mantap... masa tu kitorang baru je terlepas Dabong. Kerana kepenatan sepupu aku memutuskan untuk meneruskan haluan dan mencuba nasib saja. Kerana jam sudah hampir pukul 1900, jadi beliau berenti menunaikan solat maghrib terlebih dulu.

Kira-kira 1930 perjalanan diteruskan dan jalan jammed apabila menghampiri jalan yang dikatakan ditutup itu. Waktu tu kelihatan ada beberapa gerai goreng pisang yang dibuka di kiri kanan jalan. Kelihatan jugak orang-orang kampung berjalan ke sana sini dengan berpayung. Ada yang berjalan bersorang-sorang, bersaing-saing dan beramai-ramai. Sekali pandang tak ubah seperti ada pesta atau pasar malam saja.

Walhal, kenyataannya, mereka adalah orang-orang kampung yang sengaja meredah hujan untuk melihat air sungai yang telah melimpah. Beginilah tradisi di sini, musim banjir kadangkada dianggap seperti satu pesta meskipun ada masa mereka perlu berpindah apabila sungai sudah mencecah tahap bahaya.

Waktu itu hujan masih turun dengan lebat. Dan aku sempat melihat sebuah rumah yang telah ditenggelami air manakala penghuninya sedang menyelamatkan beberapa barangan dengan perahu.

Sebaik tiba di kawasan yang telah dilimpahi air sungai, kelihatan beberapa anggota polis sedang mengadakan pengawalan. Satu demi satu kereta meredah air yang kira-kira di paras betis orang dewasa. Sepupu aku hanya menggunakan gear satu untuk meredah limpahan air yang beberapa meter itu, tetapi di pertengahan tiba-tiba kereta mengeluarkan bunyi dan kereta bergegar-gegar. Ekzos yang sedikit rendah telah dimasuki air, tapi alhamdulillah enjin tak mati dan kami selamat melepasi kawasan tersebut.

Fuhh.... syukur alhamdulillah. Kalo tak harus la tidor dalam kereta. Tapi aku terperasan masa kitorang tengah meredah air paras betis tadi ada sebuah lori kecik mati enjin dan terperangkap kat situ. Pemandunya cuma mampu membuka pintu lori dan merenung lorinya yang tak boleh bergerak. Kesian pulak tengok beliau. Tapi nak tolong pun tak tau macamana. Tolong tengok jela.

Lebih kurang jam 2100 kitorang pun selamat sampai. Hujan masih turun waktu itu, dan dijangka hanya akan berhenti pada hari Selasa ni. Walaupun sungai cuma di belakang rumah aku, tapi alhamdulillah air tak pernah mencecah tangga rumah. Mungkin kerana kedudukan yang agak tinggi.

Bermula la percutian di rumah.... ;)






p/s: Namnpaknya raya haji dalam hujan tahun ni... huhu



save the earth...

Khamis, 19 November 2009

Hari Esok

Selepas pukul 1030 esok aku akan merdeka buat sementara waktu dari kekangan study. Sekejap jela sebab 23 November dah kena daftar subjek balik, dan sila jangan lupa wahai cik adik manis yang tengah menaip dikelilingi timbunan nota-nota, anda masih mempunyai hutang yang mesti dijelaskan.

Ya... aku kena jumpa supervisor aku dan bagitau bahawasanya aku sudah membuat keputusan untuk lebih menyayangi alma materku itu justeru aku memilih untuk memikul biawak hidup... maksud aku, untuk memikul risiko kemungkinan aku akan stay dia menara gading yang gah di mata Malaysia ni (erkk.... ayat sedikit eksen di situ) untuk satu semester atau lebih.

Malangnya, itu la keberanian yang belum aku ada sepenuhnya. Takut kena marah, takut nak bagi penjelasan, takut nak berdepan ngan seribu satu kritikan dan cemuhan, takut memalukan semua budak spas sgpi semata-mata kerana kepengecutan aku yang sorang...

Akhirnya aku berjaya jugak meluahkan apa yang selama ni terpaksa la aku pendam kekononnya. Aku akan berhenti.

Walaupun masa agak singkat untuk aku lakukan beberapa back up plan, tapi selagi ada masa selagi tu akan aku cuba. Hahaha... semangat Ledo nampaknya di situ...

Ada je masa yang sepatutnya aku sempat jumpa penyelaras projek, supervisor aku, atau penyelaras tinjauan alam sekitar, cuma aku sengaja beralasankan tamau ganggu mood exam, aku sadin je biarkan masa berlalu cenggitu je.

Semakin penakut nak berdepan ngan risiko la aku ni. Tak sweet langsung perangai.




p/s: sepatutnya ni cuma masuk kat DNO... tapi tah kenapa memgada lak aku publish kat sini... tarappappa la.... hahaha....

Isnin, 16 November 2009

50 sen

Pernah ada sorang penyanyi melagukan jumlah 50 sen ni. Tapi aku lupa siapa atau bagaimana lirik lagunya. Justeru aku akan terus ke intipati yang nak aku kongsikan kat sini sementara aku sedang merehatkan otak dari terus mengingati exam. Hahaha...

Tahun : 1994
Lokasi: Sek. Keb. Kor

50 sen pada zaman ni merupakan angka yang agak besar bagi kanak-kanak berusia 7-12 tahun yang datang dari keluarga sederhana. Lima posen masa ni bermaksud sepinggan nasik lauk ayam, segelas sirap, dan seketul kueh yang kalau makan kuehnya semata pun dah mampu memberi kesan kenyang setengah hari.

Zaman ni, nasik lauk ayam hanya la berharga 30 sen, dan bagi yang sedikit berselera besar boleh la melaung kat makcik kantin mintak nasik lauk ayam 40 sen yang mana nasik dan lauknya lebih banyak berbanding yang telah siap terhidang yang bernilai 30 sen.

Nasik lemak pulak berharga 20 sen dengan kombinasi nasik sepinggan yang memang cukup santan bagai, sambal bilis sesenduk besar, 1/4 telur rebus dan beberapa layang timun. Sama seperti tadi, bagi yang berselera besar dengan nasik lemak boleh jugak melaung dekat makcik kantin mintak nasik lemak berharga 30 yang berkuantiti extra dari nasik lemak 20 sen.

Pun begitu, ada jugak kanak-kanak yang dari keluarga yang sedikit susah yang mungkin ke sekolah berbekalkan 20sen atau 10sen akan mintak nasik lemak berharga seposen dari makcik kantin.

Aku masih ingat pandangan budak tu sambil berkata:

"Makcik, nasik lemak seposen boleh tak?" Sambil menunjukkan sekeping syiling seposen.

Dan makcik kantin dengan sangat baik hatinya telah mengambil sepinggan nasik lemak lalu mengurangkan beberapa bijik nasik dan menjual nasik lemak yang asalnya bernilai 20 sen kepada budak tadi dengan harga seposen. Maka dapatla budak itu makan dengan kenyang pada rehat tersebut.

Air pulak cuma berharga seposen segelas. Air yang kadang-kadang air sirap, air bandung, air oren dan macam-macam lagi.

Kueh pulak sangat la bersaiz gergasi nak dibandingkan dengan sekarang yang comel ala-ala dan kueh pulak hanya berharga seposen seketul. Tanpa makan nasik pun boleh mengenyangkan perut kanak-kanak berusia 7 tahun.

Justeru, pada masa itu, 50 sen sangat besar nilainya. Setelah makan masih boleh menyimpan seposen atau 20sen dari jumlah tersebut tanpa mengikat perut atau menelan liur melihat teteman makan dengan lahap dan seleranya. Menabung dengan gaya yang sangat santai pada ketika itu.

Sehingga lah kira-kira 3 tahun selepas itu, negara mengalami kemelesetan ekonomi, bermula tahun itu segalanya naik dengan mendadak. Tiada lagi nasik berharga 20 sen atau 30 sen. Semuanya berharga sekurang-kurangnya 50 sen, 60 sen, 80 sen atau seringgit.

Segelas kecik air juga sudah bernilai 30 sen. Dan tiada lagi makcik kantin yang baik yang mahu membantu kanak-kanak yang kekurangan wang saku untuk menikmati makanan seperti orang lain.

Waktu itu, apabila dibekalkan dengan 80 sen ke sekolah, yang terpikir, mak aku main kaya agaknya ni....

Sekarang.
Tahun: 2009

50 sen syukurnya masih lagi punya nilai. Sekurang-kurangnya masih boleh beli.............beli.........

Tisu.
Pemadam 20 sen.
.........
Tambah lagi seposen boleh la beli segelas nescafe panas dari mesin vender kat tempat letak barang library..... ;P








p/s: Habis study nanti boleh la minum nescafe 60 sen.... ;)



save the earth...

Emo....

Perhatian... ini adalah entry yang agak emo.

Seharian kat UM, dari main lib ke 12th, tak dapat-dapat siapkan skema jawapan untuk pengajian sunnah. (Pepandai je buat skema jawapan sendirik... hekhek...)

Sangat penat. Cuma, bila terperasankan entry ini... heh, tak dapat mengawal leretan bibir ke kanan kiri dengan kadar yang rata dengan titik minimum. Jumpa plak beliau gambar comel tu... hehe. Terpaksa senyum.

Cuma tinggal esok dan lusa sebelum 2 paper terakhir. Ada rasa cuak, ada rasa risau, ada rasa takut.

Memang seronok sepatutnya bila exam dah habis, tapi bagi aku, masih terlalu banyak hal yang mesti aku selesaikan. Kemungkinan untuk sekadar jadi penyambut gerombolan graduan menjelang bulan Ogos/September nanti, sebetulnya agak tinggi.

Bukan la kerisauan tu yang mengganggu tumpuan. Cuma satu ketakutan untuk memulakan langkah setapak lebih dekat dengan hakikat setiap kehidupan.

Payah rasanya. Walau ada sokongan dari beberapa pandangan, tapi kenyataan bukan la sebest dan seserunuk mimpi.

Warghhh.... aku sangat tension mungkin sampai berjaya merapu yang bukan-bukan.........









p/s: Bila baru nak berani nih......... oppa!!! Malam ni teman ai study sampai pitam, tau!! Ai tensen ni...... mencik..... isk!

save the earth...

Ahad, 15 November 2009

Kala Hujan Turun....

1500 hari ni.
Mendung.

Tengok jam.
Tengok langit kat luar.
Tengok henset.
Tengok skrin lappy. Asik tak keluar hadith lengkap yang dicarik sejak sebelum zohor.

Mengeluh.

Bangun.

Bersiap, capai kunci rumah, kunci moto, nota nak potostat, helmet. Ke UM.
Sambil bukak kunci moto, sambil tengok langit. Berdoa semoga hujan turun selepas urusan tamat.

Urusan:
  1. Potostat nota untuk Cik Sara.
  2. Beli makanan.
  3. Beli goreng pisang.
  4. Pegi UM amik duit ngan bendahari pogram ke PD beberapa minggu lepas.

Naik moto. Masuk UM. Hujan mula manja-manja berderai. Terus ke kolej Dayasari. Sambil meredah hujan, terpandang costume yang tersarung. Baju hijau lembut. Kain jenis lembut. Tudung krim. Seluar krim.

Bagus. Kombinasi yang sangat bahagia bila basah lencun dek hujan. Sesia pakai baju kalau dah kena hujan. Tension.

Sampai kolej Dayasari. Segera parking moto dan berlari ayu-ayu ke pondok pak guard.

Bendahari calling.

Hujan makin lebat. Terperangkap di bustop bersama bendahari dan sepasang kawan yang sedang menyalin nota last minit.

Merenung beberapa not rm50 yang bertukar tangan.

Pandang hujan yang sedang galak membasahi bumi.

Mengeluh.

"Nak tunggu hujan berenti, tidur sini lah," gurau adik bendahari sambil tersengeh. Risau jugak tengok beliau sengeh, nyaris hilang mata.

"Aku blah dulu, tq aa..." suara pasangan kawan di bustop yang sama yang sedang berura-ura untuk balik.

Tinggal la aku dan adik bendahari di bustop tu.

Dah macam dating pulak. Haru je....








p/s: tak pasal-pasal ada sesi bercerita kisah nilam puri.....

save the earth...

Sabtu, 14 November 2009

Sphere

Beberapa hari lepas aku ke The Sphere yang baru jugak la dibukak kat Bangsar South. Nak bagitau dengan terperinci berapa keluasan, kebesaran dan letinggian tu lainkali sebab aku sempat melawat-lawat sekejap menemani kawan aku carikan bunga untuk besday rumetnya pada 13 November.

Kemudian kitorang ke Carrefour. Beberapa perkara yang aku nak highlightedkan ialah, kat sini takde line celcom, jadi sesiapa yang suka hilang (merujuk kepada aku jugak) sila pastikan anda bawak jugak telepon maxis atau digi ke sini. kalo nak bawak telepon rumah pon boleh jugak.

Seterusnya, sila bawak seberapa banyak beg yang boleh ke sini. Rasa nak bawak luggage pon boleh terutama kalau anda ingin membeli stok selama sebulan, setahun, atau lebih. Kerana pihak Carrefour sangat environmental friendly dan tidak menyediakan walau sehelai plastic bag. Yang mereka sediakan hanyalah kotak-kotak pampers yang sangat besar dan gedabak untuk anda isi barangan anda ke dalamnya. Tapi kalau pandai carik ada jugak la kotak-kotak cinonit.

Tetapi sekiranya anda merasakan leceh nak usung beg bagai semata-mata untuk shopping, anda masih ada option selain kotak iaitu, sediakan wang syiling 50 sen sebanyak 5 keping dan anda akan dibekalkan dengan beg carrefour berwarna hijau dabel S. =P



Gaya letak barang dalam kotak....isk!








p/s: tapi serunuk je gi situ.... heheh... nampak cam ada satu tempat makan yang agak best.... tapi blom tengok dedekat lagik.....

save the earth...

Jumaat, 13 November 2009

Pantasnya!!

ENTRY PANTAS!

SAYA KENA BERSIAP DENGAN KADAR YANG SANGAT SEGERA. SETEKAH SEHARIAN BERTUNGKUS LUMUS BELAJAR MEMPOTOSTAT BUKU DI PPZ DENGAN PAKCIK YANG ASIK PANDNAG SAYA SEBAB SAYA TAK TAU MACAMANA NAK POTOSTAT, DAN SAYA KE PPZ UNTUK KALI KEDUA KERANA SEMASA SEDANG SERONOK MEMPOTOSTAT TIBA-TIBA SAHAJA JAM PUKUL DOBLAS DAN HARI NI HARI JUMAAT MAKA PERPUSTAKAAN PERINGATAN ZAABA TERSEBUT TELAH DITUTUP TEPAT KUL DOBLAS. TERPAKSA LA TUNGGU SAMPAI 1445 SEBELUM BOLEH SAMBUNG BEBERAPA PAGE UNTUK DIPOTOSTAT.

NOTA TERSEBUT UNTUK PAPER KAMES NI. NGG... SANGAT BAGUS.

SEKARAMG KENA SEGERA BERSIAP KE PASAR SEBAB NAK TENGOK MUSIC BANK PUKUL 1740.

SEKIAN, BLAH SEKARANG JUGAK!!








save the earth...

Suku Juta

Tiba-tiba je aku nak menulis pasal ni. sebelum ni ada jugak terpikir nak kata sesuatu tentang isu ni tapi asik tertangguh-tangguh sampai akhirnya aku rasa tak payah la kot aku turut menghangatkan jugak isu ni.

tapi, mungkin bila aku baca entry ni, aku agak teringin meluahkan pandangan aku sendirik plak.

"Kerugian di Stadium Bukit Jalil mencecah suku juta"

jujurnya aku agak sentap mendengar tajuk berita ni beberapa hari lepas. pertama, kerana jumlah sebesar itu. kedua, kerana mereka yang bertanggungjawab mengakibatkan kerugian sebesar itu adalah sekumpulan orang yang berabis beberapa ratus dan mungkin mencecah ribuan ringgit malaysia (kalo ribuan rupiah takpe gak) untuk ke Stadium Bukit Jalil dan sebagainya, merupakan para Kelantanese.

sebagai sorang Kelantanese jati, aku seyes berasa sangat malu ngan kejadian nih. walopon aku yang bukan peminat bola sepak ni ada terdengar dan terbaca bahawasanya pasti akan ada sesuatu terjadik selepas tamat perlawanan, sama ada menang atau kalah, pasti akan ada sesuatu kekecohan.

masa tu aku membuat assumption, Kelantan menang kot... kalo menang, mungkin tak la berlaku kekecohan semacam yang dirisau-risaukan. sebab kalo kalah, aku dapat teka la keributan takkan dapat dielakkan. apatah lagi berkaitan bola sepak.

tapi, kekalahan membuatkan para penyokong merah putih ni bertukar perwatakan kalah bebudak nakal tak dapat gula-gula.

agak menyeksakan nak menerima, ini lah penduduk negeri aku. aisehmen, seyes wat malu negeriku yang terchenta tuh. hapepun, aku selaku Kelantanese (yang kononnya tersangat asobiyah ni...) sekuman pun tak menyokong vandalisme seperti ini. sekian terima kasih.

lepas je tamat perlawanan, salah sorang member aku call. bila aku tanyakan kepada beliau berkenaan kerja-kerja pemercunan dan pembakaran kerusi, beliau dengan nada ala-ala bangganya menyatakan bukan semata-mata kerusi je yang dibakar, malah bumbung stadium sekali.

aku: dah bakar stadium nanti nak main bola kat mana plak?

beliau: ala, buat stadium baru plak...

terpaksa la aku mengeluh mendengar jawapan sebijaksana itu. nak buat reban ayam pun payah, nak buat stadium ekk???









p/s: cam take baju raya je raya aji ni... isk...


save the earth...

Rabu, 11 November 2009

Theme

*lama sangat ke aku tak mengupdate blog aku nih? tengok blog ni dah banyak entry... blog ni pun banyak jugak. yang ni pun.... apa cte?


nampaknya tema study week dan musim final kali ni agak berbeza dari sebelum-sebelum ni. takde lagi nomad ke kolej 10, kendian ke kolej 11, menapak ke library aras 3, dan seangkatan dengannya. sesi belajar menerusi ym pun semakin berkurangan. semester ni lebih sendirian nampaknya.

ada pro dan con untk memenda ni. baiknya, takla tensen ke apa ke tengok orang lain dah paham banyak, dah study habis, dah itu dah ini. yang tak baiknya, heh, exam kul 0830, 0815 aku kat rumah lagi. sudahnya paper kedua merangkap paper pertama exam kat exam building aku terpaksa berlari-lari manja memanjat anak-anak tangga ke aras dua. sekitar exam building yang biasanya tak penah surut dengan lautan manusia kelihatan sangat lengang kali ni. kalau duit seposen jatuh pun mesti dapat dengar dentingan tuh.

tiba di aras 1. pengawas yang jaga exam sedang dalam proses menutup pintu menunjukkan sume student dah pun siap siaga nak jawab exam. aku je masih di jalanan nih. berlari lagi. sambil mengeluarkan pencilcase, kalungkan kad matrik, keluarkan pembaris panjang, kalkulator, dan beg duit. berlari lagi ke aras 2.

sampai.

duduk.

bernafas.

baru nak hela nafas yang kedua...

"calon boleh mula menulis."


mantap tak aku? heh, perangai hape btol la.... ni unni-unni kat umah blom tau, kalo tak harus sebakul aku kena tadah tinga. hehe.... seyes cam bebudak pra-sekolah btol la aku... hihi...







p/s: ok, ini entry yg sangat merapu. sal exam pun nak citer. apa daa.....

*sebenar saja je nak mengupdate. hehe...



save the earth...

Selasa, 10 November 2009

Hijack

*post segera*


akhirnya berjaya jugak aku menggodek-godek blog ni sampai boleh letak komen balik. adehh.... penat!

semalam terjadi rampasan. :'(

macam yang aku bising-bising tepek gambar kek bagai kat entry sebelum ni, ahad lepas adalah besday salah sorang housemate aku. setelah berjaya memberi kejutan kepada beliau, kitorang lelepak depan tv, manakala kerana aku adalah student yang sedang dalam musim finale, terpaksa la buat-buat rajin mengeluarkan nota segala bagai dan study.

tetapi oleh kerana aku sangat mengantuk dan konon-kononnya penat, aku terpaksa mintak diri untuk melelapkan mata barang sejam dua.

kira-kira dua jam terbenam dalam alam separa mati, aku tersedar dan terperasan ada sms.

"kitorang nak pegi Tanjung Gila, meninggalkan ko.. haha.. belajar tau dongsaeng~"

aku dengan mamainya bangun berlari ke hall.

kosong.

selipar-selipar berkepala pepelik tersadai di hujung suatu sudut.

ooo~~~ ini bukan la satu mimpi. isk!

kerana telah ditinggalkan untuk memberi peluang aku study, maka aku pun study. di depan laptop yang terbukak dengan macam-macam. blog, forum, google, dan seangkatan dengannya.

kerana malam tadi ada perlawanan antara chelsea dan man.U, maka mereka itu telah pulang awal. ini kerana nc adalah peminat ManU.

aci pintu dibukak....

"hey, aku suruh belajar...!"

aku tayang sengeh sebelum sedar-sedar je bruk telah dirampas. terkulat-kulat aku dibuatnya. akhirnya aku menumpukan perhatian kepada nota di atas meja yang sebelum ni asik terperap di bawah meja. ;P














p/s: Uuuu~~~~ tak sabar nak habis examm......... isk!













save the earth...

Ahad, 8 November 2009

Terkejutkan beliau...

memberikan kejutan kepada seseorang dan beliau terkejut dengan apa yang disediakan, adalah antara yang menyeronokkan. manakala kerja-kerja mengatur kejutan pula, adalah perkara yang kadangkala menyukarkan kerana bukan semua yang dirancang akan mendatangkan pulangan yang dibayangkan. tapi bila dah jadik, heh, tu la keseronokan!

hari ini besday salah sorang hosmet aku. kebetulan besday beliau jatuh pada hari minggu, dan kitorang sumer telah berkeinginan untuk memberikan sedikit elemen kejutan kepada beliau dengan mengadakan sedikit sambutan mini.

pepagi lagi pegi pinjam helmet member aku yang baru bangun tidur, (rasa berdosa betul kacau orang tengah tidur dengan amannya) kemudian ke pantai dalam beli barang-barang dan bahan-bahan untuk dimasak. lepas siap-siap sume, aku ngan kb kua dan ke blok sebelah. sementara tu tetamu jemputan merangkap kawan forum kitorang dah pun sampai.

beralasankan nak jumpa kawan, beli sumtin dan segala macam alasan, kitorang berdua turun. jumpa tetamu jemputan dan ambik kek yang sengaja ditumpangkan di rumah kawan kb.

di rumah nc dan yang lain menghidangkan makanan siap-siap. kami kat luar plak, konon tertinggal kunci rumah, sengaja suruh besdaygurl bukakkan pintu. sengaja tekan bell patbelas kali sampai besdaygurl dah bising-bising dari dalam.

di luar, berdiri di depan pintu tetamu jemputan menatang sebijik kek tepat depan muka pintu. beberapa detik, pintu dibukak dan sebelum sempat besdaygurl jadik maknenek kat kitorang yang terlupa bawak kunci ni, kitorang terus menjerit...

"Happy Birthday...!!!"

dan beliau tumpang menjerit sama, terjeritkan nama tetamu jemputan....


Hepi besday unni..... semuga sentiasa hepi, gembira, bahagia dan sentiasa dilimpahi rahmatNya.
ni adalah orang yang membuktikan, umur sekadar angka, dan takdir bukan untuk disesali. serius telah mengubah sudut pandangan aku tentang sesuatu..... ;P


ni plak semasa proses memasak. bahan-bahan untuk memasak sup sayur. serius sedap. memang tukang masaknya dah lulus with flying kaler untuk disunting sebagai isteri mithali..... tukang masaknya ofkos la bukan aku. ;P


ayam masak kicap.... manis sket untuk sorang kelantanese macam aku yang tak dilatih makan lauk-lauk ala-ala manis. tapi , memandangkan aku adalah orang kampung yang bertekak selera kampung, jadi aku belasah je, dah tetap sedap di tekak aku. buktinya aku telah menghabiskan ketul-ketul ayam yang agak berlebihan dari orang lain.. ;P





p/s: pengkomen-pengkomen yang konon-konon (;P) nak suh tuanpunyablog tulis pasal anda, silala bagi nama penuh, alamat, jantina, ciri-ciri dan seangkatan dengannya di emel tuanpunyablog ye.....

*disquskomen terpaksa dinyahgunakan kerana beberapa masalah...... ;(











save the earth...

Khamis, 5 November 2009

Wujudkah SR??

tengah-tengah ready nak masuk DTC untuk paper pertama sem ni, tetibe ternampak gerombolan bebudak laki M1 nilam puri dulu. macam biasa, aku buat tatau jela, tengok lama-lama pun bukanla bleh dapat jawapan soalan lepas tu pun.

tapi tiba-tiba aku terperasan cam terdengar suara-suara diorang bercakap-cakap. pun aku buat tatau la, yela, diorang bukannya bisu, mesti la bercakap-cakap.

kemudiannya terdengar nama penuh aku dipanggil. aku menoleh ke belakang. saja buat muka separa ketat bila yang memanggil tu tak lain tak bukan adalah classmate masa nilam puri dulu jugak. aku tadah muka tanda tanya.

tersengeh-sengeh inche yang memanggil aku sebelum bersuara;

"lain kali tulis la pasal aku plak dalam blog ko," kata beliau.

terjungkit ke atas kening kiri aku mendengar bahasa yang beliau gunakan. heh, kalo tak berawak-saya bagai.... haha...

sebenarnya pelik jugak sebab aku tatau plak bebudak itu tau aku ada blog, maklum la blog aku tersangat la low profile berbeza sama sekalik dengan tuan yang menulisnya.

"tanak ah, awek ko dah banyak tulis pasal ko kat blog dia," balas aku sambil merujuk kepada blog ini.

"ala, aku nak dengar dari mulut ko sendirik," kata beliau lagik.

aku sengaja buat blurr dan segera menyertai gerombolan pelajar yang dah mula menyerbu DTC untuk paper masing-masing. dalam pada tu sempat terpikir....

apakah member-member lama aku tu dah membaca ni?

erkhhh....!!! aku ingat tade orang bacer..... ades! nasib baik aku tak merapu sangat, tu pun dah terdetailkan cerita sesetengah orang. nasib la...

ada SR kah di blog aku nih? cam tak percaya saje sebab biasanya aku je suka jadik SR kat blog sesape saja dan kat porem-porem....

sukar dipercayai.

berbalik kepada exam, aku sekali lagi telah keluar awal. bukan la menunjukkan aku sangat bijaksana sehingga mengabaikan masa yang masih ada dan segera meninggalkan dewan.
aku jugak tidak bermaksud nak menensenkan orang lain yang masih tekun menjawab dengan sengaja berlenggang kangkung di tepi jalan keluar dari dewan semasa exam masih berlangsung.
cuma, aku ada sedikit allergik untuk berlama-lama dalam dewan peperiksaan.

nak kata boleh muntah kalau lelama tu takla, tapi aku memang agak sengal-sengal badan bila berlama-lama dalam dewan peperiksaan.

baiklah, masa bermain-main sudah luput, kena sambung belajar sekarang untuk paper pagi-pagi esok plak.











p/s: beberapa hari lepas ex-classmate aku yang dah ke mesir tu sms bagitau beliau sekarang berada di kampung halaman dan berura-ura untuk ke KL berjumpa ex-classmatezz np dulu. sungguh aku sangat tak percaya beliau telah sms aku...



save the earth...

Perkumpulan...

kali pertama join gathering dengan forumerz yang memang tak penah dikenali selain di alam maya.

nak pegi pun siap berpeta bagai. kd sebagai tuan punya kereta merangkap pilot, miss baby merangkap co-pilot, manakala aku dan nc plak penumpang selaku penengok jalan dan segala signboard.

setelah agak kesesatan, akhirnya tiba jugak di presint 9 putrajaya. alhamdulillah.... aku dah risau tak jumpa je. tapi seronoknya dengan diorang ni, memasing masih boleh bergelak tawa. kalo ngan Arjuna, hmmm.... kompom muka beliau kalah asam limau.

sampai plak, pepening carik lift, pastu bila tiba di muka pintu, soalan pertama oleh penyambut tetamu, "siapa ni?" dengan senyum bergayut kat muka. kelakar ada, lawak ada, segan ada, nervous pun ada.

tapi bila masuk je, join ngan reramai tu, gelak tak hengat semua. makanan pulak macam-macam. maklumla buat potluck. masing-masing bawak makanan berbeza-beza. tuan rumah buat nasik ayam, ada yang bawak kek, puding kasih sayang buatan sendirik, ketupat palas buatan ibu kesayangan, salad buah campur-campur, cream-puff tempah kedai dek takde kesempatan nak memasak... (alasan!!!), KFC, dan macam bagai lagi la.

paling istimewa, bila ada yang menyambut besday esoknya, dan ada kekawannya membawa kek harijadi secara suprise. yang lain pulak dengan sangat sporting nyanyikan selamat harijadi dalam hangul memandangkan itu adalah gathering Asean Celebrities (AC).

kerana terlalu terpegun, aku terkaku dengan kamera yang tak sempat dihalakan kepada sambutan tuh...


antara makanan di meja utama yang sempat aku snap...... kek secret recipe perkongsian 4 sekawan, salad buah tatau sape yg sedap-pertama-kali-aku-rasa, coklat yang comel-comel, cream puff yang sedap berzat, ketupat palas yang aku tak rasa.....


antara yang hadir................................ada yang sanggup datang dari ipoh, naik train dinihari dan macam-macam usaha lagik.....


besday girl bersama kekawan beliau.......................


ni la kek besday gurl.................................. tapi aku tak sempat rasa pun, sebab kenyang sesangat........ dari tengahari ke petang makan je keje memang la penuh.................








p/s: entry yang takde kena mengena dengan paper yang bakal dijawab...... =p







save the earth...

Selasa, 3 November 2009

Sabah bah....

Aku tak pernah ke sabah, sarawak mahupun mana-mana tempat kat malaysia timur tersebut. tapi kali pertama aku tahu pasal keningau, aku terasa sangat-sangat nak ke sabah andai ada masa free dan ada duit yang berkepuk-kepuk.

kenyataan ini bukan la kerana buah hati pengarang jantumku berada di sana. ini adalah kerana kira-kira 5,6 tahun dulu aku telah terbaca satu tulisan Ramlee Awang Murshid yang jugak merupakan novelist thriller, aku semacam tersuka kat sabah walaupun memang tak pernah ke sana.

kemudian aku dapat tahu plak, kat sabah seafood sangat murah-murah berbanding kat bahagian malaysia lain. hutan kat sana jugak masih lagi dara berbanding sebelah sini yang sudah banyak diteroka dan dijadikan hutan batu. seterusnya, sabah jugak pemes dengan mutiaranya, gelang mutiara dan segala bagai. mutiara air tawar yang diternak sendirik, mutiara air masin yang lebih besar dan cantik. mutiara asli.

bila tengok peta, sangat takjub melihat peta malaysia timur yang hampir sama je dengan semenanjung. bila tengok tv, juga sangat terpegun dengan tradisi subang panjang yang melanjut di telinga. simbol kecantikan di sana suatu ketika dulu .

belajar di kalangan limpahan sabahan suatu masa dulu juga satu pengalaman yang selalu menyebabkan aku terpaku. sangat suka mendengar sabahan sama sabahan berdialog dalam slang sabahan mereka. confirm aku batukan diri dan menelinga. cuma bila dah sesama kat KL, ada sesetengah sabahan sudah agak hilang slang mereka, itu agak menyedihkan aku yang suka mendengar slang mereka. isk!

minggu lepas, hosmet aku plak telah outstation ke sabah, dan beliau dengan baik atinya telah membeli seutas sorang gelang dari sabah.
sementara tunggu beliau balik, aku nyaris jadik katak kering kebuhsanan dan kerisauan di rumah.....eheh

komawoyo nc ....!!!!




gelang dari sabah..... cumil cumil..... belum rasmi lagi nih! =p







p/s: aku cuba menulis tanpa gunakan singkatan...........hehek

*kokonon take 5 masa study la nih...... hihik*












save the earth...

Isnin, 2 November 2009

Kisah Benar-Benar##Kasut Mc'Donald##




lokasi: kerdau palm oil plantation
tarikh: 14 mac 2009

"korang nak masuk kilang ke ni? nah."

sambut huluran vest warna kuning jalur silver dengan topi warna kuning.

"kasut kat situ."

pandang arah yang ditunjukkan. pastu tiga-tiga pakat tengok muka masing-masing. miss sweet smile saja buntangkan mata. miss kittie pun. Wulan takat telan liur.

kasut Mc'Donald ke nih??


tak menahan...... dah la besar, super berat plak tuhh......


"cane nak pakai ni wei? dah habis sekotak tisu aku taruk asik longgar je lagik!"
miss kittie dah mula bising macam lebah pulang ke sarang.

mana tak bising, dah dekat setengah hari cuba ketatkan kasut saiz sepuluh tu ke kaki beliau yang comel bersaiz 5 atau 6. cik sweet smile pun dah agak berpeluh-peluh pikir nak pakai kasut yang besar dan berat tuh. kononnya untuk keselamatan. cuma Wulan yang agak selamat kerana kaki beliau yang agak berbeza dari kaki-kaki comel miss berdua tadi.

Wulan menung sebelum nampak mentol kecik menyala dekat kepala belah kiri. ting!

"ko ikat la tali kasut tu ketat-ketat kat kaki. belit je kat kaki, pastu jalan angkat bebetul. kena masuk jugak nih, eseimen yang menetukan masa depan nih!"
pujuk Wulan ala-ala concern yang amat.

kittie tarik muka dua posen, pastu praktikkan nasihat tersebut. begitu jugak miss sweet smile.

"dah semua? jom!"

tiga-tiga budak-budak comel pun mengekor inche trainee yang bertanggungjawab bawak diorang berjalan-jalan sekitar kilang kelapa sawit tersebut.

"jom kita turun tengok proses kat bawah plak."

miss sweet smile orang pertama mengekor, diikuti kittie dan paling belakang ialah Wulan yang x habis-habis eksen semacam photographer terbaik di abad itu.

tangga yg ala-ala kecik tu agak curam. Wulan baru je belajar menapak satu-satu bila tiba-tiba terdengar sesuatu kat hujung tangga.

"miss sweet smile....!"

miss sweet smile landing cantik di hujung tangga sambil ala-ala kaki terpeleot.

inche engineer trainee yg berjalan ala-ala model kat depan reti plak berlari-lari bapak mendapatkan miss sweet smile yang busy tersenyum-senyum sambil baca mantera 'tarappappa tarappappa...'.


di hujung tangga adalah inche engineer, di belakang beliau miss sweet smile, dan yang baru turun tangga miss kittie.


"macamana boleh jatuh tadi sweet?"
bisik Wulan pepelan. sambil konon-konon halakan kamera ke kiri, kanan, atas, bawah, depan, belakang sume utara selatan.

sambil betul-betulkan mp3, miss sweet smile menjawab.
"kasut Mc'Donald tercabut...."

terpaksa la Wulan dan miss sweet smile perlahankan gelak bila inche engineer sudah menoleh ke belakang sambil bertanya;

"korang jatuh ke?"









ps: adakah dengan mengenang dan trus mengenang bermaksud aku sedang ketinggalan masa depan?



save the earth...