Isnin, 26 April 2010

Buntu~

Tak berapa sabar nak habihkan exam.

Mau balik kampung lagi untuk beberapa event.

Dan ada sedikit kekeliruan dengan tindakan bakal mentua ke rumah bakal menantu untuk majlis doa selamat.

Apakah rasionalnya? Hadir sebagai siapakah? Diundang selaku siapakah?

Atau.......................

Rasa kekeliruan ni sekadar satu rasa yang disengajakan untuk mengaburi rasa cemburu yang mula menguasai?

Pernah sekali kehilangan beliau selaku seorang pelindung.

Dan kali ini bakal kehilangan beliau sekali lagi.

Mungkin untuk selama-lamanya.

Walaupun jujurnya wujud tidaknya beliau di sisi tidaklah memberi impak yang tsunami, namun terus terangnya, untuk kehilangan beliau secepat ini, bukanlah sesuatu yang pernah diimaginasikan.

Sangat benci apabila terpaksa bersaing. Walau atas sebab apa, atau dengan siapa pun.

Kerana apabila ada persaingan maupun pertandingan, pilihan yang ada hanya menang atau kalah. Dan takde siapa sukakan kekalahan. Pun camtu, kemenangan pun tak penah menjanjikan ketenangan.

Kerana itu menjauhkan diri dari pertandingan adalah apa yang selalu aku lakukan.

Semua perkara mempunyai risiko, cuma ada masa sangat tidak bersedia untuk berdepan dengan apa-apa ketidakjangkaan.






save the earth...

Jumaat, 23 April 2010

Teringin lagi~

Sangat tidak mempunyai kekuatan untuk study. Satu ari suntuk layan Idol Army Season 3. Adosss....

Tetibe plak rasa nak balik kampung.

Hehe... mementang ada gap lagi 5 ari. Wehehe... Apakah perangai ini, buat KL-KB cam library ngan kolej 11.

Sekali balik ranap satus hengget. Tapi bila nak balik KL balik, dapat balik duit tiket, tu yang tak terasa je nak balik. Wehehe...

Sebelum ni aku duk kutuk-kutuk si Arjuna yang suka balik 2 minggu sekali, buat Sintok-KB cam Kadok-Kor. Apadaa... such a baby yang tak leh berenggang ngan umah. Tak macho langsung...

Sekali aku lak buat menda sama, perjalanan lagik lama dari duk umah. Bak kata orang, roda tu bulat, arini ko mengutuk, esok lusa ko plak la kena kutuk. Wehehe..

Yang terbaru aku balik seminggu lepas, dah la balik suka hati beli tiket on da spot buat macam nak naik bas dari stesen Universiti nak ke Mid Valley, nasib baik la ada tiket. Lepas tu, duk umah semalaman je pun, balik pun sekadar mengadap lappy siapkan tesis, tak dulik pape sampai MAW buat onar, sengaja mengacau, carik perhatian la konon. Huh~

Sebelum ni pun penah je aku balik suka hati beli tiket on da spot. Dan dah siap naik bas baru call cakap aku balik. Pangai cam hape je.

Bila hati dah kat kampung, apa je depan mata pun dah tak jalan. Hatta DooJoon pun, masih tetap aku balik jugak. Wakaka....

Masa balik ari tu, sekali mak aku hidang pengat pisang. Waaa... walopon sebenanya aku tak berapa sangat ngan pengat pisang, tapi sangat terharu bila mak aku siap hidang kat depan hidung, padahal kalo tak, nak makan sila masuk dapor sendiri amik ye... Tapi sebab aku tengah bertungkus lumus ngan tesis agaknya, maka mak aku siap letak depan mata lagik...~ Komawo omma...~


Sangat manisss.... wehehe... last sekali adik aku yang sebok makan gak, pape je..

Ni plak bila budak kecik menangis. Buruk. Cam hape je. Hangin giler beliau bila snap gambar beliau tengah nangis, kekecik dah eksen nak suh amik gambar comel sesaja. Ingat diri sendiri sangat comel la tuh~



Lepas tu gigih peluk mak bagai.... dah la dari mana datangnya dia sorang je duk panggil mama mama bagai~





Teringin nak balik kampung lagi.
Lagi.
Lagi...
Lagi.....
Lagi.......








save the earth...

Rabu, 21 April 2010

Usai~

Akhirnya aku balik kampung jugak. Walaupun cuma balik 2 hari satu malam. Walaupun sampai kampung trus ngadap lappy dari jam 10am sampai 2am, sambung balik esoknya dari 11am sampai 6pm, akhirnya tesis siap sepenuhnya.

Alhamdulillah. Setelah sekian lama, akhirnya menyiapkan sesuatu dengan tak rasa tertekan. Walhal, satu draf lengkap pun aku tak hantar kat SV. Hanya chapter 1-3 yang aku hantar. Wekeke...

Isnin, sebaik sampai KL, sesiap dan print tesis, setel semuanya waktu asar hampir muncul, walaupun hakikatnya aku print sejak jam 0800.

Tapi syukur alhamdulillah semuanya setel sudah. Dah cukup baik.

Projek yang hampir tak mungkin disiapkan dek semangat yang pernah luntur, dek masalah yang bertimpa-timpa dan aku yang pengecut berdepan dengan halangan demi halangan, alhamdulillah setinggi-tingginya, tesis berjaya jugak disiapkan.

Serius, aku sangat berterimakasih pada yang selalu ada, berkongsi suka waktu gembira, tumpang berduka saat kecewa.

Pija selaku antara terawal menyemarakkan semangat Malaysia Boleh. Una yang selalu aku jadikan teladan untuk teruskan projek, Salehan yang sangat bersemangat, Shishi yang adamasa berdepan dengan masalah yang bukan kecil. Sama ada mereka sedar atau tidak, apa yang mereka hadapi, sepanjang semester ni, tu lah yang selalu menjadi booster untuk aku melangkah setapak ke depan setiapkali sangat teringin untuk drop projek yang membawa nilai 8 jam kredit ni.

Mungkin satu hari ikatan ni akan terlerai, mungkin luntur dek jauhnya jarak, atau kekangan masa, namun sekurang-kurangnya, apa yang ada di depan mata buat masa ni, aku sangat berterima kasih.

Menjejakkan kaki ke UM kira-kira 5 tahun dulu, tak penah terpikir untuk miliki sahabat, kerana pada aku, aku masih jauh dari kelayakan untuk miliki sahabat. Tapi, rentetan takdir tu sungguhnya sangat tak terduga. Aku mungkin tak miliki sorang besfren, tapi, aku ada kawan-kawan yang sangat baik. Aku mungkin tak punya sorang teman yang amat pahami apa ini aku, tapi aku punya segerombolan kawan-kawan yang menghargai ikatan persahabatan.

Komawo. Arigato.

Walopun aku adalah sorang kawan yang adakala menjengkelkan, tapi anehnya, kejengkelan tu bagai diterima selaku ia sebahagian dari diri yang susahnya nak dipisahkan.

Baiklah, bukan nak teremo-emo di sini, wehehe... tapi ni adalah apa yang aku nak sampaikan pada kekawan. Sedozen SPASIAN SGPI, dan berdozen-dozen SPASIANS. Serta, extra berdozen-dozen kekawan lain.

Finally, bakal meninggalkan UM tanpa sebarang ralat dalam ikatan.

Oh? Aku memang tak ralat ngn sesape, andai ada yang ralat dengan aku, hehe... Mohon maafkan aku, supaya ko juga dapat melangkah dari UM tanpa ad tusukan sembilu nan berbisa.

Sembilu kalo tak dikeluarkan, boleh jadi nanah tau~! Bahaya.....



Apakah? Menunjukkan study depan lappy? Wehehe.... tatau bila masa terconteng, tamau ilang lak tuh...wehehe




save the earth...

Jumaat, 16 April 2010

Balik.Mau Balik.

Tiba-tiba sangat teringin mahu balik kampung.

Sangat2 sangat2 nak balik.

Tapi tesis belom siap sepenuhnya. Bagaimanakah? Dan kat rumah takde intenet sebab dah tak menggunakan perkhidmatan brukben.

Justeru...

Sedangkan tesis ni perlukan intenet untuk disiapkan. Dan rumah sangat jauh. 8 jam perjalanan. Bagaimanakah?

Tiba-tiba rasa mau nangis. Mau balik, tapi tak mampu.

Aku nak balik. Tapi tesis ni 8jam kredit.

Balik seronok satu hari. Gembira dan otak jadi tenang.

Abaikan tesis. Kalau result nanti teruk, sesal bertahun-tahun.

Satu hari. VS Bertahun-tahun.

Tapi aku ingin balik.

Seyes aku rindukan budak kecik MAW. Mampukah lakukan sume ni?



p/s: Aku ingin balik.


save the earth...

Khamis, 15 April 2010

Blurr is Me?

Semalaman berjaga untuk 3 chapter. Heh, baru 3 chapter siap, Isnin ni submit? Dahsatttt.....

Tak kira lah, dahsat ke tak dahsat, tak mampu rasanya nak memerah otak menaip macam-macam. Penat sudah.

Untuk kali pertama, aku sangat teringin study, dan tamau lagik ngadap lappy sambil menaip, menaip, menaip, dan menaip. Sangat tamau~!


Akhirnya menemui SV petang tadi. Soklan pertama beliau berbunyi lebih kurang:

"Isnin ni nak kena hantar baru nak tunjuk draf?" sambil membelakangkan aku. Adeh...

Selama mengomen-ngomen draf tesis aku yang tak brapa ada rupa tu, beliau berkata:

"You should meet me one month ago so I can tell you all this flow."

Membatu ala-ala kena tegur Sang Kelembai je anak muridnya neh kat belakang.

Untuk kali pertama SV aku sampai tersasul-sasul bercakap ngan aku. 90% ayat beliau adalah dalam Bahasa Melayu. Dan rasanya tu la kali pertama aku dengar beliau yang berbangsa India itu berbahasa Melayu sebanyak itu.

Tapi ayat beliau tetap akan berkesudahan begini:

"Understand or not?"

Nyaris terseliuh tengkuk aku angguk baru lah beliau meneruskan percakapan. Dan masih dalam Bahasa Melayu.

Erk. Blurr sangat ke muka aku bila berhadapan ngan beliau?





p/s: Hari tu aku buat 4 page intro, katanya sikit sangat. Sekurang-kurangnya 7-10 page katanya. Hari ni aku hantar 8 page, katanya 6 page sudaaaa... Apakah...


save the earth...

Sunan Wannabe

Penat.

Kali pertama bersembang via YM dan menyebabkan goosebumps. Nggg... Kenapakah setiap kekata beliau menyebabkan segala urat saraf terasa tegang?

Ayat yang digunakan tersangat la Sunan. Pada aku, Sunan hanya ada di trilogi RAM saja, tak mungkin ada di dunia nyata, dan sebarang kenyataan yang menunjukkan seseorang cuba menjadi Sunan, adeh, susahnya nak diterima akal nan serabai ni.

Tapi, bak kata orang, sume orang ada hak untuk bermimpi, berangan, dan membina impian. Justeru biarkan je la kan.

Sunan adalah rekaan. Nan sempurna selaku manusia. Yang rasanya sukar yang amat untuk ditemui, walaupun tak lah mustahil.

Kun Fayakun.

Nothing is impossible. Cuma, kalo dah pangai umpama Haryani yang kurang sana-sini, miliki Sunan hanya dalam mimpi la jawabnya. =p


**Sunan: Watak utama trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu & Hijab Sang Pencinta

**RAM: Ramlee Awang Murshid, novelis thriller Malaysia, katanya..;p




p/s: Baik, dah lepas tensen kononnya, sambung tesis, sekian timekasih.
save the earth...

Rabu, 14 April 2010

Doh & Donut: Prolog

Sekumpulan sahabat nan akrab dan erat. Bagai mouse dan pc, umpama touch-pad dan laptop. Begitulah simboliknya ikatan antara meraka.

Doh, si sengal yang sering menceriakan keadaan. Berperwatakan ceria, gemar mengusik, namun mempunyai mood yang mudah berubah tatkala tekanan menghentak pundak.

Donut, si gadis berperwatakan matang dan selalu di landasan kenyataan. Juga gemar mengusik, namun mempunyai skala tertentu. Seperti Doh, Donut juga adakala menghadapi kesukaran tatkala tekanan memuncak. Namun, keseluruhannya, Donut lebih mampu mengawal keadaan dan emosi meski ada masa terpamer juga riak di wajah.

Talam, sahabat keduanya, berperwatakan sedikit pendiam, tapi adakala sedikit gila-gila. Seorang yang selamba dan normal selayaknya seorang manusia.

Alis, seorang teman di kalangan mereka, berperwatakan comel dan sedikit pendiam, namun masih mempunyai sense of humour.

Bis, salah seorang di antara mereka, berpenampilan menarik, berperwatakan manja dan lemah lembut.

Di sini kisah mereka bermula, tatkala keakraban antara mereka menimbulkan sesuatu yang lebih erat dari ikatan persahabatan.

Si sengal yang ceria, di sebalik kebahagiaan dan senyuman, rupanya ada cerita yang tersimpan. Kekecewaan lalu mendorong adanya perubahan, hingga batasan tak lagi terlihat selaku kekangan yang membawa erti, malah sekadar jelas di kerlingan yang kadang kala.

Dek perwatakannya mungkin, Alis yang sedikit pemalu menyimpan angan, Doh bukan hanya teman dalam pandangan. Sedang Doh hanya bercanda dalam kebanyakan tutur kata. Lalu tergantunglah Alis kelemasan cuba menggapai bayang. Alis yang terus bermimpi, sedang Doh, tanpa mengerti bahasa renungan Alis, terus melangkah tanpa gelisah, terus berlari di landasan hakiki.

Dalam sengal Doh, selaku manusia yang tak lepas dijentik rasa, juga menyembunyikan rahsia. Dalam usik dalam gurau, Doh tergawang-gawang apabila Bis bak pawana yang sering menyapa lembut rasa yang paling dalam. Namun, selaku gadis nan misteri dan sedikit aneh, Bis hanya memandang ke depan, tanpa sedar diri diperhati.

Talam, wataknya bukan di sini bermula. Tetapi hadirnya, bakal merubah kisah yang telah bermula.

Donut, gadis nan matang ini, dalam manis tawa, bakal mengubah kehidupan seorang yang pernah kecewa dengan kisah silam nan melukakan.

Cuma antara mereka, apabila rasa itu mula diutamakan, yang terluka pasti ada.

Kisah mereka dijedakan sementara.






save the earth...

Selasa, 13 April 2010

Darah yang Comel.. :D

Capai pinggan kat rak tepi sinki.

Kedegang..~!

Pandang sinki.

Mangkuk colgate kaler biru comel je tersadai dalam tu. Pecah.

Cepat-cepat kutip, letak comel-comel tepi plastik sampah.

Basuh tangan.

Uik?

Adeh, tiba-tiba rasa cam dalam scene cte-cte Melayu, aci pinggan pecah jari kena kaca. Aci kena kaca jari pun luka.

Comel kan darah warna merah.... :D



Sayang tol mangkuk comel ni....


Tak pepenah luka tangan taim kutip kaca pecah, kali ni luka plak... ;p






save the earth...

Arjuna Story: Pilihan nan Pasti?

Berpagi-pagi lagi Wulan dapat kol. Pagi dalam kamus Wulan adalah bila beliau bangun sebelum pukul 1000 dan siap mandi dan membasuh baju serta sarapan depan TV sebelum 1030.

1 missed call.

Huh? Mummy?

Wulan cek kredit yang tinggal. RM8.56. Baik.

Wulan kol balik.

"Yuhuu mummy my daling, you called me aa?"

"Yuhuu Wulan, just wanna tell you aa, it's about Arjuna."

Arjuna? Kenapakah?

"Next 2 months dia suda mau bertunang sama itu budak perempuan aa."

"Ha?? Which one?"

"The bakal cikgu one la..."

"Ooo... the Kelantanese one aa?"















Tetibe dah tukar bunyi macam Cina cakap. Tetibe jugak Wulan rasa sebak. Rasa nak nanges guling-guling.

Wulan patah hatikah?

Oooo Arjuna.... bebetul dah sampai jodohkah anda?





save the earth...

Isnin, 12 April 2010

Kawan & Persahabatan

Bila berkenaan kawan dan persahabatan, memang perkara yang bakal berlaku adalah sukar untuk diteka.

Di mata dunia, sepasang sahabat kelihatan terlalu akrab untuk dipisahkan. Kelihatan terlalu rapat untuk dijarakkan. Terlalu bahagia untuk merasa makna derita. Terlalu memahami untuk saling melukakan.

Malangnya, adakala keakraban itu, hanya satu tontonan untuk sebuah lakonan. Kebahagiaan itu, cuma satu perlakuan yang mesti diteruskan untuk menutup telinga dari mendengar bibir yang berbicara. Saling mengerti itu, hanya satu lafaz kata usah bertanya kerana hati tak pernah sudi untuk berterus terang tentang apa rasa sebenar yang bersarang.

Saling mendiamkan kebenaran, saling menidakkan kenyataan, saling mengaburkan hakikat. Namun yang benar akan muncul, meski nyalaannya kelihatan hampir padam. Kenyataan akan terbentang, meski warnanya hampir sirna. Hakikat akan terus kekal, meski dalam kelam.

Ucap nista dari seorang teman, umpama sembilu yang menusuk.

Ungkap benci dari seorang sahabat, bagai belati yang menghiris.

Kata cerca seorang paling akrab, seperti badai yang menghempas.

Selamanya akan terpahat. Dan hanya masa yang akan memudarkan ingatan dari terus mengenang. Sedang kenangan takkan pernah hilang.

Namun siapalah seorang manusia untuk mengharapkan seorang teman yang sempurna sedang manusia itu sendiri sifatnya pelupa.

Siapalah seorang untuk mengharap sahabat yang setia sedang teman itu sendiri sifatnya sementara.

Siapalah sahabat untuk mengharap seorang teman yang mengerti sedang sahabat itu sendiri sifatnya menemani kala jiwa dirundung duka semata.

Apalah persahabatan saat semua yang membahagiakan dilupakan tatkala hati terasa disakiti.

Apalah sahabat saat semua yang meyenangkan dipadam tatkala terasa diri didustai.

Umpama melupakan budi sang hujan membasahi bumi menghidupkan pepohon yang menjadi punca rezeki tatkala hujan muncul saat ingin berpacaran.

Kesempurnaan yang diharapkan adalah mustahil. Kerana manusia itu sendiri hanya satu ciptaan Tuhan. Hanya Dia yang Maha Sempurna, justeru siapalah manusia untuk terlalu kecewa tatkala kehilangan sesuatu yang bukan milik hakiki.

Bak kata Luqmanul Hakim, jadilah sahabat, sebelum mencari sahabat. Andai ini dipateri di ingatan, tentu saja keluh kesah yang menyoal mengapa sahabat sukar ditemui tak mungkin didengari.

Tulisan ni dah lama jadik simpanan, dan dititip satu masa dahulu tatkala sebuah cereka kehidupan tertayang di depan mata. Sepasang sahabat yang entah kenapa tiba-tiba adanya jurang. Jurang yang mulanya seinci makin melebar, membesar lantas membentuk satu juram nan dalam.
Sayangnya, mereka saling menidakkan hakikat perlunya kejujuran. Masing-masing lebih ingin mempertahankan apa yang dinamakan sebagai keegoan. Dan mungkin kerana perpisahan lebih baik buat mereka, maka kini mereka bukan sahaja dipisahkan tempat dan jarak, malah masing-masing sudah mengabaikan apa yang dikatakan sebagai kenangan.




P/S: Ini bukan balasan untuk sebuah titipan yang lain, sekadar menyuarakan apa yang pernah terpahat dalam fikiran.



save the earth...

Incik Stimik...Sihat la cepat...

Streamix kat umah aku tetibe jadik pelik. Dapat connect tapi tak dapat internet. Saja je. Ni dah masuk beberapa hari tak dapat online dari rumah.

Kena pulak dengan musim-musim nak hantar tesis ni, ketiadaan beliau agak menyukarkan, tapi takla sukar sangat, cuma malas nak bersesak di libraray sajerk.

Heh, padahal dulu-dulu bahagia takde komplen-komplen walopun tiap-tiap hari berkampung kat library. Lupa budi lib sungguh.

Tapi... lib dulu besh~! Lib sekarang dalam construction, sangat tak selesa~! Ramai orang suka lepak kat tingkat 3 setengah yang banyak plug, meja baru, kerusi selesa, tapi aku lebih sukakan tingkat 3 yang mejanya tersorok di tepi dinding, plugnya ada satu-satu saja. Kalau nk study pun lebih seronok, duduk di meja paling hujung dan pedulikkan sesape saja.

Sekarang, kembali melepak di library. Dan macam biasa, setengah jam pertama kalau dah gigih memikul lappy, jangan harap la nak start study terus, ada je menda nak dilaghokan. :P




p/s: Hari ni, report terakhir dah selamat dihantar. Walaupun asalnya takde masalah, tapi tetibe jadik tak bermood apabila dapat mesej arahan yang sedikit huru hara. Sekejap suruh ke bilik bacaan, sekejap mintak ke 12th nak print report. Dah tak mampu nak mencerna arahan dengan baik. Tak pasal-pasal tiru Onew wat muka donald duck tadi. Belum jugak reti-reti mengawal riak supaya jangan ada yang terasa.



save the earth...

Khamis, 8 April 2010

Di Ambang Cinta: Jangan Ganggu Beliau~!

Di Ambang Cinta sudah banyak menderita kerana menurutkan perangai dan telatah aku. Setakat berhujan, berpanas, telinga dipulas-pulas, belakang dipijak-pijak, ditoreh, leher dipatah-patah, semuanya alah bisa tegal biasa. Hanya kerana aku.

Awal berkongsi hidup bersama beliau, beliau selalu menjadi mangsa amuk dan rungutan aku. Apabila beliau meminta perhatian sesekali, pasti aku marah-marah tanpa belas kasihan. Jika beliau enggan menurut arahan aku untuk ke sana dan ke sini, tanpa berpikir panjang aku tinggalkan saja beliau.

Pernah aku tinggalkan beliau kesunyian di Akademi Pengajian Islam hanya kerana beliau berada dalam keadaan tidak sihat dan tak mampu menemani aku. Setelah tamat urusan barulah aku mendapatkan beliau semula. Malangnya, bukannya aku nak memujuk bersembang mesra sepeti pasangan lain, malah senyum pun tidak. Waktu itu, Di Ambang Cinta hanyalah suatu batu loncatan saja pada pandangan aku. Tak lebih dari itu. Kerana itulah aku selalu membentak dengan beliau.

Tapi, lama kelamaan, aku mulai sedar bahawasanya beliau sangat baik dan bertolak ansur. Meskipun pada awal semester ini beliau kelihatan sengaja mengada-ngada dan sering memalukan aku apabila enggan bertugas seperti selalu, hingga semua pujuk aku dipandang sebelah mata.

Sekarang aku sudah semakin memahami beliau. Apa yang berlaku tempohari, bukanlah kehendak beliau. Di Ambang Cinta memang disabotaj sejak awal. Beliau telah diganggu sehingga gagal berfungsi dengan baik. Lebih kesian, aku tak memahami kata-kata beliau bahawasanya beliau tidak bersalah.

Tapi Di Ambang Cinta, kali ini aku dah tahu. Memang ko x bersalah. Sape yang bersalah, biarkan saja. Mungkin satu keseronokan menjadi orang ketiga antara kita. Asalkan kita saling mempercayai antara satu sama lain, apa saja rintangan yang mendatang pasti kita dapat tempuhi bersama. Percaya la~!



Wahai orang yang mendajalkan Di Ambang Cinta kesayangan aku, anda kalo ada masalah dengan aku cari la aku, sila la jangan mengapa-apakan Di Ambang Cinta, beliau tidak bersalah. Lain kali, ada apa-apa masalah dengan aku, cari aku saja, ye.




save the earth...

Rabu, 7 April 2010

Arjuna Story: SMS

Arjuna memicit-micit kepala. Resah bukan main. SMS yang asyik masuk dari tadi begitu mengganggu ketenangan beliau. Hilang macho selaku lelaki paling laku di atas muka bumi.

Tutt!! Tutt!!

Isyarat SMS berbunyi lagi.

Arjuna menghela nafas. Keras dan tak teratur. Rambut yang menyentuh permukaan dahi lonjongnya disibak ke belakang. Tak keruan sungguh.

Handphone dicapai, antara mahu dengan tidak menekan-menekan butang kombinasi untuk membaca kiriman teks pendek yang diterima.

I New Message.

Read.

"Aiwah ya sodiq.. ud'u fi sihhati wal afiat warrahmah.."

Arjuna terasa ingin tepuk dahi dengan mug. Terasa nak masuk sekolah pondok dan-dan tu jugak. Terasa menyesal tiba-tiba zaman remajanya dulu gagal memasuki sekolah Arab dek kegagalan membaca tulisan Jawi.

Inilah padahnya terlalu kacak bergaya lagi macho. Budak sekolah Arab sangkut, budak MRSM sangkut, budak tak sekolah pun sangkut. Arjuna berpikir sendiri sambil memandang syiling. Mana lah tahu tiba-tiba cicak lalu bawak banner translate apa maksud SMS tu.

Arjuna duduk. Berpikir.

Takkan nak balas, Saya pun rindu awak juga.
Tak kena~!

Arjuna baring. Berpikir lagi.

Garu-garu kepala.

Dan selepas berpikir dengan pelbagai posisi akhirnya Arjuna menekan-nekan butang di handphone.

Send~!

Delivered.

Sesaat.

Sepuluh saat.

Setengah minit.


Tutt!! Tutt!!

1 New Message.

Read.

"Maksudnya, hai my fren, saya harap awak dalam keadaan sehat sejahtera.
Balas: Aiwa aiwa... Kaifa hal, arraja' bisihhah aidhon. Maksudnya Awak ape kabar, harapnya sehat jugak."

Arjuna sengeh sampai ke telinga.

SMS tersebut diedit dan dihantar kepada pengirim asal.

Arjuna sengeh lagi. Kena la balas SMS dalam bahasa yang sama, baru lah kelihatan macho dan anggun sentiasa.


Nun di KL pada masa yang sama Wulan sedang merenung skrin handphone hitam putih beliau.

"Arjuna sengal~! Nak main mesej aku yang kena translate~!"

Wulan capai mug nescafe lalu meneguk sekali nafas sebelum sambung membebel.

"Nasib baik ada pakcik gugel translate~!"





save the earth...

Selasa, 6 April 2010

I love to thank my coordinator.

"You should write at least 10 pages."

Chapter 1 thesis aku yang hanya 4 helaian diselak-selak. Nyaris nak tercabut staple yang melekat di bahagian atas helaian tersebut.

"This is not good," sambung supervisor aku dengan muka berkerut.

Pen dicapai dan beliau mula mencoret-coret sesuatu.

"You should first define.... bla... bla.. bla.." katanya dengan sungguh bersemangat.

Aku angguk-angguk, nyaris nak jatuh kepala tergolek sebab terlalu asyik mengangguk.

"Do you understand?"

Aku angguk lagi.

Beliau mengangguk sekali, berpuas hati mungkin. Kemudian beliau ke bahagian penghargaan.

Ayat pertama. My sincere thanks to my supervisor...

Beliau angguk.

Tapi tetibe, "I also love to thank my coordinator__"

Tetiba saja SV aku gelak besar. Terkejut unta aku dibuatnya.
















I also love to thank my coordinator for helping me during my difficulties of continuing this project.

Salah tang mana ayat aku tu?

Kenapa SV aku gelak besar? Aku tak pahammmmm............ :'(





p/s: Katanya nak 80 ms, aku skang ada 24 je. Ottoke.........nanes guling-guling la gini.


save the earth...

Isnin, 5 April 2010

Jom Makan~!

Sungguh bosan dan menyakitkan hati apabila selama dua hari mengadap laptop langsung tak dapat siapkan eseimen mahupun sebarang chapter thesis. Lalu bagaimanakah? Bukannya tak berusaha langsung, tapi idea tak kunjung tiba. Sampai suara yang ayu pun dah bertukar macho. Batuk-batuk, anak tekak geli-geli plak tu. Ish, mintak dijauhkan H1N1, sekurang-kurangnya selepas submit thesis dan segala bagai. Study pun blom stat lagi, aduhai....

Kerana tamau membuang masa begitu saja, aku teringin publish entry berkenaan makanan sekali lagi. Sebab sungguh mengujakan tengok makanan, dan sungguh membahagiakan walaupun sekadar membaca nama makanan.



Ni kombinasi makanan di kolej 12. Seronok kan? Harga sume sekali, RM4. Nasik, sayur kangkung dan lauk RM 3, teh ais RM1. Kedai yang paling aku suka sebab antara yang murah dan sedap.

Oo, lauknya ialah ayam dipotong kekecik dan dimasak menda tah, jangan tanya dengan detail kerana aku memang gagal dalam mengenalpasti, yang aku tau, sedap. Fullstop.



Ini jugak antara lauk yang selalu jadik pilihan. Asalnya, masak asam pedas macam ni, hanya masakan mak aku saja aku makan, tapi pada satu hari aku sangat teringatkan masakan mak aku dan lauk ni antara dihidangkan di kafe fakulti aku, Akademi Pengajian Islam, jadi saja try.

Dan aku melekat. Hehe. Justeru, setiap kali aku sangat tingatkan ikan keli asam pedas masakan mak aku, dan kebetulan masakan asam pedas ada waktu tu, memang itulah pilihan.

Harganya, sama ada RM3.50 atau RM4. Minuman masih tetap teh ais. Terbaik~!

Seterusnya, sejak awal sem ni, kelas selalu habis petang, dan aku pulak perlu menyiram sayur di lab IPS yang hanya berhadapan dengan kolej 12. Justeru sepanjang sem ini boleh dikatakan kerapkali aku, Pija, Una dan kadang-kadang disertai Lean, akan dinner sesiap di kolej 12.


Dan ini antara hidangan kami bertiga, tanpa Lean. Cam penah aku publish sebelum ni, nasik paling bahagia dan ceria itu adalah nasik Pija, nasik aku adalah nasik goreng kampung.

Kemudian, satu hari semasa sesi konon-konon study dengan Pija dia bilik beliau, rumet Pija tengah menyantap cikencop. Seperti yang penah aku mention, tekak aku adalah tekak tradisional, justeru aku hanya memandang tanpa perasaan. Apatah lagi tekak aku tak mampu menerima rasa sayur kecuali sayur kangkung dan beberapa jenis saja, sedangkan cikencop ada koslo. Tapi pada satu hari yang lain, entah macamana tiba-tiba hati melompat-lompat untuk mencuba bagaimanakah rasa cikencop itu.

Jadi, aku mencuba.


Harga RM4.90. Tambah singgit dan dapat segelas yogurt. Kerana keenakannya, aku sangkut lagi, dan asik meracau mahukan cikencop sampai Pija buhsan.


Itu sume makanan di UM. Bila weekend, aku selalu jugak kua dengan hosmet, kadang-kadang kua beli barang-barang rumah, kadang-kadang kua jalan-jalan, kadang-kadang kua jumpa kekawan lain, dan macam-macam lagik, makanannya lain pulak.

Tapi antara yang paling menarik ialah teh ais ni, berharga RM1.80. Rasa tehnya terasa, kombinasi dengan susu yang sangat ideal, dan jugak sikit rasa berkrim. Aku lupa kat mana lokasinya tapi kalau tak salah, The Curve.

Nampak sangat menyelerakan kan?

Disember bulan lepas pula, kali pertama menonton wayang kat Mid Valley bersama ex-housemate yang kecik tu, singgah lunch kat RasaMas. Kerana itu sekali lagi merupakan kali pertama melangakh masuk ke RasaMas, maka hidangan pilihan aku waktu Sunny apa tah, merupakan cadangan beliau.


Harganya RM7.90. Rasanya boleh tahan la sebab aku habiskan semua, tinggal kuah je.


Selain tu, menda yang pertama kalinya jugak aku dapati adalah sedap ialah donut Big Apple. Hoh, gelak~! Dulu aku selalu tengok orang beratur panjang semata nak beli donut yang pada aku kenapakah mesti berharga berpuluh-puluh ringgit hanya untuk 12 bijik. Tapi setelah merasa sendirik aku memahami perasaan itu. Haha...

Justeru, sesi Big Apple~! Oo ye, walopun The Alien tu best, tapi aku rasa lagi suka De La Cheese. ;p



Kendian, kali pertama gak menapak masuk ke Johny's menda tah, makan mende tah masa tu. Tapi tanpa gambar, sebab aku terlalu sibuk berpikir macamana nak makan dan apa nak makan masa tu.

Lepas tu, masa ke Ampang Point, singgah makan pulak kat kedai ahjumma atau dalam bahasa melayunya, makcik. Kedai ahjumma korean yang menghidangkan masakan korean. Apa menda la aku makan masa tu aku pun tatau tapi agak sedap dan boleh diterima anak tekak.

Ooo ye, aku pun penah ke Seoul Garden, One Utama. SG ni, memang sangat pemes di kalangan fans korean jepun, maklumla asik perasan nak jadi orang sana katakan. Haha. Jadi, pada satu hari aku dengan hosmet serta dua orang member forem santap la kat sana. Kerana waktu tu weekend, mahal la sikit, RM33++ kalau tak silap. Makan le sampai meletup. Kalau weekdays, bawak lak kad matrik, leh je dapat diskaun.

Tapi kat situ sangat menarik, pelanggan diingatkan jangan mebazir, kalau membazir jugak, setiap 5gram makanan yang dibazirkan, akan didenda RM5. Perghh...


Waktu ni mood untuk snap gambar sangat kurang berikutan kepenatan mungkin, jadi ni je yang sempat aku snap.


Baik la, aku akhiri dengan gambar kek-kek hari jadi hosmet aku.








p/s: Suka makan-makan ni....;p


save the earth..

Teppanyaki. Big Apple@Tanjung Gila

Boleh kot ni diibaratkan sebagai mini sweet escape. Meskipun cuba menyiapkan eseimen dan segala bagai, tapi sikit sebanyak keupsetan usai final presentation masih bersisa, justeru pelawaan keluar menghirup udara luar adalah sesuatu yang tak wajar disia-siakan.

Ke One Utama, sekadar berjalan-jalan. Makan tengahari di Teppanyaki. Teppanyaki ni in generalnya adalah style masakan tradisional Jepun yang memasak atas kuali bulat yang leper. Teppan adalah kuali besi, manakala yaki ialah cara memasak sama ada memanggang, menyalai atau memasak atas kuali. Jadi, teppanyaki ialah masak lauk atas kuali besi nan leper termasukla steak, udang, ikan, ayam, daging, unta, arnab hatta gajah.

Baik, gajah ialah penambahan.

Ooo, sume orang memang tau apa itu teppanyaki? Takpe, info ni penting untuk aku sebab selama ni aku salu menganggap teppanyaki adalah masakan dan makanan Jepun yang tetentunya tak sesuai untuk tekak Melayu macam aku. ;p

Sementara tunggu pesanan khusyuk pulak perhatikan kecekapan tukang masaknya yang memasak depan mata. Berskill sungguh. Memula beliau siram minyak sket atas kuali nan leper ala-ala kuali masak beger, pastu taruk daing ayam, daging, sotong. Pastu potong daging ayam ngan daging tadi kekecik. Taruk perasa. Gaul. Taruk planta. gaul lagi.

Siap~!

Teppanyaki chicken. RM9.50. Ayamnya banyak lagi, terlindung bawah sayur tu haa...

Suapan pertama, sedap~! Paling sedap adalah sayurnya. Heh, aku dah pandai makan sayur ye sekarang, jangan nak mencebek.

Lepas makan dan lepas pusing-pusing, akhirnya ke Big Apple dan destinasi berikutnya, Port Klang. Tanjung Harapan~! Kali ni sempat snap waktu sunset.

Dari kiri ke kanan, matahari semakin tenggelam dan akhirnya menghilang terus.

Menikmati Big Apple bersama teh tarik. Wajarkah kombinasi ini? Huh, lantak le, terpaksa, simptom demam dah mula terasa, terpaksa la lupakan ais nan sejuk nan best.

Dah kurang hensem donut tu sebab goyang-goyang gerudi masa dalam kete.



p/s: Nampak I-CITY yang berwarna-warni masa on the way balik. Kalerpulnya.......

save the earth...

Final Presentation.Sweet.Sour.

Pembentangan terakhir selaku pelajar undergraduate UM. Waste minimization and pollution prevention. Memasing sampai awal, bersemangat menamatkan semuanya dengan bahagia.

Pembentangan pertama bagaimanapun membawa sedikit unsur mendebarkan apabila salah sorang group member tidak muncul hinggalah pembentangan bermula.




Diikuti kumpulan kedua yang menggondol the best grup dan the best presenters. Pembentangan yang dimulakan dengan video dan diakhiri juga dengan video yang menarik.



"Too interesting," ulas Prof di akhir pembentangan mereka.

Group ketiga, best group masa mid-sem pezen. Memasing dengan outfit baru.....wehehe.




Group keempat lak menyusul. Memasing tak sabar untuk membentangkan hasil kajian selama satu semester. Kumpulan ini agak teruk kena bashing dengan Prof masa mid-sem pezen. Kali ini memasing mampu menghela nafas lega apabila Prof kelihatan berpuas hati dengan pembentangan mereka.

"Prof baik gila kali ni," ujar ketua kumpulan ini usai pembentangan keseluruhan.




Sesi pembentangan berehat sebentar untuk minum pagi, 3 keping kuih dan secawan teh, RM3. Sila jangan banyak komplen walaupun rasa cam mahal je.




Oh ya, Pija tumpahkan air. ;p
Siap terpercik ke kaki ngan kain aku lak tu. Nasib baik kena sikit je, kalau tak harus Pija kena denda. ;p




Giliran kelima, kumpulan yang kehilangan seorang ahli kerana ahli tersebut menghadiri MASUM. Nama panjangnya mintak mahap aku kurang pasti, tapi cam majlis sukan-sukan kot. Jadi yang berlima tinggal berempat. Jujurnya aku sangat sukakan kombinasi pakaian kumpulan ni. Apatah lagi non-malay yang berbaju kurung sentiasa nampak sweet di mata aku. :)




Giliran keenam, kumpulan aku. Heh, kerana ada sedikit masalah teknikal, loceng menandakan hanya tinggal 5 minit dan waktu itu pembentang ketiga masih mempunyai baki 4 slide. Justeru, dalam masa kurang lima minit pembentang keempat menyudahkan bahagian beliau dengan sangat bergaya selaku penerima anugerah pembentang terbaik pada pembentangan poster tempohari diikuti aku selaku pembentang terakhir. Rasanya giliran aku hanya memakan masa seminit. Yang pasti aku tamatkan pembentangan sebelum loceng menandakan masa tamat dibunyikan. Phew~!



Kumpulan ketujuh membentangkan hasil kerja mereka. Slide yang sangat cantik sebab banyak gambar makanan. Tema mereka mungkin adalah merah dan hitam. ;p




Diikuti satu-satunya pembentang individu selaku pembentangan terakhir. Tahniah antara pembentangan yang terbaik.




Tahniah kepada semua pembentang terbaik dan kumpulan terbaik. Yang terakhir tentulah sesi bergambar beramai-ramai.




Tak payah la susah-susah cari muka aku kerana aku adalah photographer bertauliah. Walopun sikit ralat takde dalam gambar beramai-ramai, tapi happy jugak sebab gambar ni cantik. Mau tak cantik, aku siap panjat kusi nak amik gambar neh~! Haha..




p/s: Adakala mereka yang berusaha bagai nak gila hanya dihadiahkan kegagalan demi kekecewaan. Sedang mereka yang hanya menangguk dia air keruh dilimpahi nikmat dan kebahagiaan. Hanya Tuhan yang Maha Mengerti kenapa dan mengapa ini terjadi. Selaku manusia, menerima dan pasrah adalah satu-satunya pilihan nan bijak. Umpamanya, untuk apa ditangisi sesuatu yang belum dimiliki.





save the earth...

Sabtu, 3 April 2010

Banyaknya~!

Ramainya orang sama nama ngan aku~! Tak penah terpikir~!

Nggg.... rupanya bila search nama aku kat pakcik Gugel, bersusun keluar sume post aku kat porem, bahaya giler tuh~!

Cemana neh... perlukah aku buat nick baru kat porem dan bermula sebagai newbie lagi sekalik?

Tanak~!

Pakcik Gugel tolong la..... jangan la kua sume menda tu lepas ni.........~!


Alahai.................


save the earth...

Hampir Ke Situ~

Pejam celik pejam celik, rupanya semester penuh seksa ni hampir berakhir. Walaupun tesis... erk, abaikan perkataan itu, teruskan je dengan apa yang sedang bermain di pikiran.

SHES 3062.
Bermula dengan group formation yang sedikit mengujakan. Mulut yang sedikit ngengada menyebabkan terjanji bukan-bukan hingga terpaksa menebalkan muka menunaikan janji untuk serangkap lagu feberet lengkap dengan dance stepnya sekali. Heh, tapi berjaya melepaskan diri dengan baik tanpa budak kecik merangkap ketua kumpulan boleh memaksa adegan itu diulang tayang. Hehe....

Aku buat ok~! Dengan helaan senafas dan pandangan sekilas. Wahaha...





Seterusnya adegan duduk semeja berenam buat kali terakhir dengan pandangan yang hanya merenung bumi, yang membawa kepada adegan ala-ala gaduh manja di DK MELOR usai kelas dek keputusan yang kelihatan agak kejam pada sesetengah pihak. Walaupun segalanya berakhir dengan agak baik, namun bak pokok yang ditakik, meskipun tak memendekkan hayat sang pokok, tapi parut kesan takikan tetap ada. Selaku penakik, hanya mampu berharap sang pokok terus sihat dan segar bugar menghasilkan buah yang sihat dan berkhasiat tanpa sebarang implikasi.






Dan selepas itu adalah sesi pengembaraan yang berulang-ulang. Adakala sambil bergelak bagai berlima, ada masa berposing bagai berempat di tasik nan permai, ada ketika berkaliber penuh karisma menemubual dan menjadi pendengar kisah kenangan opah-opah, dan ada juga waktu tercongok menunggu hujan turun.




Orang kata, dalam suka tentu ada dukanya. Dalam gembira, tentu ada detik amarah meraja. Ada ketika-ketikanya apabila tekanan menyesak fkiran, suara meninggi jugak yang jadi pilihan. Tapi bak kata jiwang-jiwang, yang best-best, ukirla atas batu, yang sakit-sakit senak-senak, ukir je atas air. Jadi, abaikan saja beberapa peratus yang tak mendatangkan paedah untuk dikenang tuh. ;p

Yang tak mengeringkan gusi dan melenguhkan gigi, memang sangat banyak sampai sesetengahnya dah terhilang dari ingatan, melimpah-limpah. Sesi adik kesayangan dan kakak kesayangan, sesi mengenakan adik kesayangan si kakak kesayangan, sesi kakak kesayangan dikenakan si adik kesayangan. Dan sesi melalut tah pape sampaikan tutor sekali dilalutkan.

Sesi cek slide bersama tutor.....


Lagi beberapa jam, 0900 adalah pembentangan.


save the earth...

Khamis, 1 April 2010

Bertabahlah...Pija & Una~!

Kurang sejam nak kena submit eseimen Integrated Pest Management, charger laptop Una meletup, disusuli beberapa charger laptop kekawan yang lain yang ketika itu berada di kolej 11, UM.

Tak lama kemudian, charger lappy Pija mengalami perkara yang sama. Satu bunyi letupan kedengaran diikuti asap dan bau hangit.

Kedua-duanya terpaksa menggunakan khidmat CC kolej 11 yang kebetulan mengalami kesemputan untuk capaian internet. Alhamdulillah, berjaya jugak eseimen dihantar meskipun terlambat 5 minit dari waktu yang ditetapkan. Timekasih kak tutor yang masih menunggu meskipun masa ditetapkan telah berlalu.

Namun, episod lappy dan charger yang meletup akan menjadi bebanan buat sementara waktu ini memandangkan esok Una dan Pija masih mempunyai eseimen yang perlu dihantar. Malah, Sabtu adalah hari pembentangan. Minggu depan mau atau tidak perlu submit draf thesis pada SV.

Justeru, sesama la mendoakan semoga deduanya bertabah menghadapi ujian dan cabaran ini.

Una, Pija.... la tahzan, innallaha ma'aa na.

Jangan risau ye Pija, kalau duit Pija dah kesempitan sebab terpaksa beli charger baru, jangan lupa bahawa Pija mempunyai adik kesayangan yang MESTI membantu kakak kesayangannya yang dalam kesusahan.







save the earth...