Khamis, 15 April 2010

Sunan Wannabe

Penat.

Kali pertama bersembang via YM dan menyebabkan goosebumps. Nggg... Kenapakah setiap kekata beliau menyebabkan segala urat saraf terasa tegang?

Ayat yang digunakan tersangat la Sunan. Pada aku, Sunan hanya ada di trilogi RAM saja, tak mungkin ada di dunia nyata, dan sebarang kenyataan yang menunjukkan seseorang cuba menjadi Sunan, adeh, susahnya nak diterima akal nan serabai ni.

Tapi, bak kata orang, sume orang ada hak untuk bermimpi, berangan, dan membina impian. Justeru biarkan je la kan.

Sunan adalah rekaan. Nan sempurna selaku manusia. Yang rasanya sukar yang amat untuk ditemui, walaupun tak lah mustahil.

Kun Fayakun.

Nothing is impossible. Cuma, kalo dah pangai umpama Haryani yang kurang sana-sini, miliki Sunan hanya dalam mimpi la jawabnya. =p


**Sunan: Watak utama trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu & Hijab Sang Pencinta

**RAM: Ramlee Awang Murshid, novelis thriller Malaysia, katanya..;p




p/s: Baik, dah lepas tensen kononnya, sambung tesis, sekian timekasih.
save the earth...