Rabu, 7 April 2010

Arjuna Story: SMS

Arjuna memicit-micit kepala. Resah bukan main. SMS yang asyik masuk dari tadi begitu mengganggu ketenangan beliau. Hilang macho selaku lelaki paling laku di atas muka bumi.

Tutt!! Tutt!!

Isyarat SMS berbunyi lagi.

Arjuna menghela nafas. Keras dan tak teratur. Rambut yang menyentuh permukaan dahi lonjongnya disibak ke belakang. Tak keruan sungguh.

Handphone dicapai, antara mahu dengan tidak menekan-menekan butang kombinasi untuk membaca kiriman teks pendek yang diterima.

I New Message.

Read.

"Aiwah ya sodiq.. ud'u fi sihhati wal afiat warrahmah.."

Arjuna terasa ingin tepuk dahi dengan mug. Terasa nak masuk sekolah pondok dan-dan tu jugak. Terasa menyesal tiba-tiba zaman remajanya dulu gagal memasuki sekolah Arab dek kegagalan membaca tulisan Jawi.

Inilah padahnya terlalu kacak bergaya lagi macho. Budak sekolah Arab sangkut, budak MRSM sangkut, budak tak sekolah pun sangkut. Arjuna berpikir sendiri sambil memandang syiling. Mana lah tahu tiba-tiba cicak lalu bawak banner translate apa maksud SMS tu.

Arjuna duduk. Berpikir.

Takkan nak balas, Saya pun rindu awak juga.
Tak kena~!

Arjuna baring. Berpikir lagi.

Garu-garu kepala.

Dan selepas berpikir dengan pelbagai posisi akhirnya Arjuna menekan-nekan butang di handphone.

Send~!

Delivered.

Sesaat.

Sepuluh saat.

Setengah minit.


Tutt!! Tutt!!

1 New Message.

Read.

"Maksudnya, hai my fren, saya harap awak dalam keadaan sehat sejahtera.
Balas: Aiwa aiwa... Kaifa hal, arraja' bisihhah aidhon. Maksudnya Awak ape kabar, harapnya sehat jugak."

Arjuna sengeh sampai ke telinga.

SMS tersebut diedit dan dihantar kepada pengirim asal.

Arjuna sengeh lagi. Kena la balas SMS dalam bahasa yang sama, baru lah kelihatan macho dan anggun sentiasa.


Nun di KL pada masa yang sama Wulan sedang merenung skrin handphone hitam putih beliau.

"Arjuna sengal~! Nak main mesej aku yang kena translate~!"

Wulan capai mug nescafe lalu meneguk sekali nafas sebelum sambung membebel.

"Nasib baik ada pakcik gugel translate~!"





save the earth...