Isnin, 5 April 2010

Jom Makan~!

Sungguh bosan dan menyakitkan hati apabila selama dua hari mengadap laptop langsung tak dapat siapkan eseimen mahupun sebarang chapter thesis. Lalu bagaimanakah? Bukannya tak berusaha langsung, tapi idea tak kunjung tiba. Sampai suara yang ayu pun dah bertukar macho. Batuk-batuk, anak tekak geli-geli plak tu. Ish, mintak dijauhkan H1N1, sekurang-kurangnya selepas submit thesis dan segala bagai. Study pun blom stat lagi, aduhai....

Kerana tamau membuang masa begitu saja, aku teringin publish entry berkenaan makanan sekali lagi. Sebab sungguh mengujakan tengok makanan, dan sungguh membahagiakan walaupun sekadar membaca nama makanan.



Ni kombinasi makanan di kolej 12. Seronok kan? Harga sume sekali, RM4. Nasik, sayur kangkung dan lauk RM 3, teh ais RM1. Kedai yang paling aku suka sebab antara yang murah dan sedap.

Oo, lauknya ialah ayam dipotong kekecik dan dimasak menda tah, jangan tanya dengan detail kerana aku memang gagal dalam mengenalpasti, yang aku tau, sedap. Fullstop.



Ini jugak antara lauk yang selalu jadik pilihan. Asalnya, masak asam pedas macam ni, hanya masakan mak aku saja aku makan, tapi pada satu hari aku sangat teringatkan masakan mak aku dan lauk ni antara dihidangkan di kafe fakulti aku, Akademi Pengajian Islam, jadi saja try.

Dan aku melekat. Hehe. Justeru, setiap kali aku sangat tingatkan ikan keli asam pedas masakan mak aku, dan kebetulan masakan asam pedas ada waktu tu, memang itulah pilihan.

Harganya, sama ada RM3.50 atau RM4. Minuman masih tetap teh ais. Terbaik~!

Seterusnya, sejak awal sem ni, kelas selalu habis petang, dan aku pulak perlu menyiram sayur di lab IPS yang hanya berhadapan dengan kolej 12. Justeru sepanjang sem ini boleh dikatakan kerapkali aku, Pija, Una dan kadang-kadang disertai Lean, akan dinner sesiap di kolej 12.


Dan ini antara hidangan kami bertiga, tanpa Lean. Cam penah aku publish sebelum ni, nasik paling bahagia dan ceria itu adalah nasik Pija, nasik aku adalah nasik goreng kampung.

Kemudian, satu hari semasa sesi konon-konon study dengan Pija dia bilik beliau, rumet Pija tengah menyantap cikencop. Seperti yang penah aku mention, tekak aku adalah tekak tradisional, justeru aku hanya memandang tanpa perasaan. Apatah lagi tekak aku tak mampu menerima rasa sayur kecuali sayur kangkung dan beberapa jenis saja, sedangkan cikencop ada koslo. Tapi pada satu hari yang lain, entah macamana tiba-tiba hati melompat-lompat untuk mencuba bagaimanakah rasa cikencop itu.

Jadi, aku mencuba.


Harga RM4.90. Tambah singgit dan dapat segelas yogurt. Kerana keenakannya, aku sangkut lagi, dan asik meracau mahukan cikencop sampai Pija buhsan.


Itu sume makanan di UM. Bila weekend, aku selalu jugak kua dengan hosmet, kadang-kadang kua beli barang-barang rumah, kadang-kadang kua jalan-jalan, kadang-kadang kua jumpa kekawan lain, dan macam-macam lagik, makanannya lain pulak.

Tapi antara yang paling menarik ialah teh ais ni, berharga RM1.80. Rasa tehnya terasa, kombinasi dengan susu yang sangat ideal, dan jugak sikit rasa berkrim. Aku lupa kat mana lokasinya tapi kalau tak salah, The Curve.

Nampak sangat menyelerakan kan?

Disember bulan lepas pula, kali pertama menonton wayang kat Mid Valley bersama ex-housemate yang kecik tu, singgah lunch kat RasaMas. Kerana itu sekali lagi merupakan kali pertama melangakh masuk ke RasaMas, maka hidangan pilihan aku waktu Sunny apa tah, merupakan cadangan beliau.


Harganya RM7.90. Rasanya boleh tahan la sebab aku habiskan semua, tinggal kuah je.


Selain tu, menda yang pertama kalinya jugak aku dapati adalah sedap ialah donut Big Apple. Hoh, gelak~! Dulu aku selalu tengok orang beratur panjang semata nak beli donut yang pada aku kenapakah mesti berharga berpuluh-puluh ringgit hanya untuk 12 bijik. Tapi setelah merasa sendirik aku memahami perasaan itu. Haha...

Justeru, sesi Big Apple~! Oo ye, walopun The Alien tu best, tapi aku rasa lagi suka De La Cheese. ;p



Kendian, kali pertama gak menapak masuk ke Johny's menda tah, makan mende tah masa tu. Tapi tanpa gambar, sebab aku terlalu sibuk berpikir macamana nak makan dan apa nak makan masa tu.

Lepas tu, masa ke Ampang Point, singgah makan pulak kat kedai ahjumma atau dalam bahasa melayunya, makcik. Kedai ahjumma korean yang menghidangkan masakan korean. Apa menda la aku makan masa tu aku pun tatau tapi agak sedap dan boleh diterima anak tekak.

Ooo ye, aku pun penah ke Seoul Garden, One Utama. SG ni, memang sangat pemes di kalangan fans korean jepun, maklumla asik perasan nak jadi orang sana katakan. Haha. Jadi, pada satu hari aku dengan hosmet serta dua orang member forem santap la kat sana. Kerana waktu tu weekend, mahal la sikit, RM33++ kalau tak silap. Makan le sampai meletup. Kalau weekdays, bawak lak kad matrik, leh je dapat diskaun.

Tapi kat situ sangat menarik, pelanggan diingatkan jangan mebazir, kalau membazir jugak, setiap 5gram makanan yang dibazirkan, akan didenda RM5. Perghh...


Waktu ni mood untuk snap gambar sangat kurang berikutan kepenatan mungkin, jadi ni je yang sempat aku snap.


Baik la, aku akhiri dengan gambar kek-kek hari jadi hosmet aku.








p/s: Suka makan-makan ni....;p


save the earth..