Isnin, 5 April 2010

Final Presentation.Sweet.Sour.

Pembentangan terakhir selaku pelajar undergraduate UM. Waste minimization and pollution prevention. Memasing sampai awal, bersemangat menamatkan semuanya dengan bahagia.

Pembentangan pertama bagaimanapun membawa sedikit unsur mendebarkan apabila salah sorang group member tidak muncul hinggalah pembentangan bermula.




Diikuti kumpulan kedua yang menggondol the best grup dan the best presenters. Pembentangan yang dimulakan dengan video dan diakhiri juga dengan video yang menarik.



"Too interesting," ulas Prof di akhir pembentangan mereka.

Group ketiga, best group masa mid-sem pezen. Memasing dengan outfit baru.....wehehe.




Group keempat lak menyusul. Memasing tak sabar untuk membentangkan hasil kajian selama satu semester. Kumpulan ini agak teruk kena bashing dengan Prof masa mid-sem pezen. Kali ini memasing mampu menghela nafas lega apabila Prof kelihatan berpuas hati dengan pembentangan mereka.

"Prof baik gila kali ni," ujar ketua kumpulan ini usai pembentangan keseluruhan.




Sesi pembentangan berehat sebentar untuk minum pagi, 3 keping kuih dan secawan teh, RM3. Sila jangan banyak komplen walaupun rasa cam mahal je.




Oh ya, Pija tumpahkan air. ;p
Siap terpercik ke kaki ngan kain aku lak tu. Nasib baik kena sikit je, kalau tak harus Pija kena denda. ;p




Giliran kelima, kumpulan yang kehilangan seorang ahli kerana ahli tersebut menghadiri MASUM. Nama panjangnya mintak mahap aku kurang pasti, tapi cam majlis sukan-sukan kot. Jadi yang berlima tinggal berempat. Jujurnya aku sangat sukakan kombinasi pakaian kumpulan ni. Apatah lagi non-malay yang berbaju kurung sentiasa nampak sweet di mata aku. :)




Giliran keenam, kumpulan aku. Heh, kerana ada sedikit masalah teknikal, loceng menandakan hanya tinggal 5 minit dan waktu itu pembentang ketiga masih mempunyai baki 4 slide. Justeru, dalam masa kurang lima minit pembentang keempat menyudahkan bahagian beliau dengan sangat bergaya selaku penerima anugerah pembentang terbaik pada pembentangan poster tempohari diikuti aku selaku pembentang terakhir. Rasanya giliran aku hanya memakan masa seminit. Yang pasti aku tamatkan pembentangan sebelum loceng menandakan masa tamat dibunyikan. Phew~!



Kumpulan ketujuh membentangkan hasil kerja mereka. Slide yang sangat cantik sebab banyak gambar makanan. Tema mereka mungkin adalah merah dan hitam. ;p




Diikuti satu-satunya pembentang individu selaku pembentangan terakhir. Tahniah antara pembentangan yang terbaik.




Tahniah kepada semua pembentang terbaik dan kumpulan terbaik. Yang terakhir tentulah sesi bergambar beramai-ramai.




Tak payah la susah-susah cari muka aku kerana aku adalah photographer bertauliah. Walopun sikit ralat takde dalam gambar beramai-ramai, tapi happy jugak sebab gambar ni cantik. Mau tak cantik, aku siap panjat kusi nak amik gambar neh~! Haha..




p/s: Adakala mereka yang berusaha bagai nak gila hanya dihadiahkan kegagalan demi kekecewaan. Sedang mereka yang hanya menangguk dia air keruh dilimpahi nikmat dan kebahagiaan. Hanya Tuhan yang Maha Mengerti kenapa dan mengapa ini terjadi. Selaku manusia, menerima dan pasrah adalah satu-satunya pilihan nan bijak. Umpamanya, untuk apa ditangisi sesuatu yang belum dimiliki.





save the earth...