Isnin, 26 April 2010

Buntu~

Tak berapa sabar nak habihkan exam.

Mau balik kampung lagi untuk beberapa event.

Dan ada sedikit kekeliruan dengan tindakan bakal mentua ke rumah bakal menantu untuk majlis doa selamat.

Apakah rasionalnya? Hadir sebagai siapakah? Diundang selaku siapakah?

Atau.......................

Rasa kekeliruan ni sekadar satu rasa yang disengajakan untuk mengaburi rasa cemburu yang mula menguasai?

Pernah sekali kehilangan beliau selaku seorang pelindung.

Dan kali ini bakal kehilangan beliau sekali lagi.

Mungkin untuk selama-lamanya.

Walaupun jujurnya wujud tidaknya beliau di sisi tidaklah memberi impak yang tsunami, namun terus terangnya, untuk kehilangan beliau secepat ini, bukanlah sesuatu yang pernah diimaginasikan.

Sangat benci apabila terpaksa bersaing. Walau atas sebab apa, atau dengan siapa pun.

Kerana apabila ada persaingan maupun pertandingan, pilihan yang ada hanya menang atau kalah. Dan takde siapa sukakan kekalahan. Pun camtu, kemenangan pun tak penah menjanjikan ketenangan.

Kerana itu menjauhkan diri dari pertandingan adalah apa yang selalu aku lakukan.

Semua perkara mempunyai risiko, cuma ada masa sangat tidak bersedia untuk berdepan dengan apa-apa ketidakjangkaan.






save the earth...