Isnin, 5 April 2010

Teppanyaki. Big Apple@Tanjung Gila

Boleh kot ni diibaratkan sebagai mini sweet escape. Meskipun cuba menyiapkan eseimen dan segala bagai, tapi sikit sebanyak keupsetan usai final presentation masih bersisa, justeru pelawaan keluar menghirup udara luar adalah sesuatu yang tak wajar disia-siakan.

Ke One Utama, sekadar berjalan-jalan. Makan tengahari di Teppanyaki. Teppanyaki ni in generalnya adalah style masakan tradisional Jepun yang memasak atas kuali bulat yang leper. Teppan adalah kuali besi, manakala yaki ialah cara memasak sama ada memanggang, menyalai atau memasak atas kuali. Jadi, teppanyaki ialah masak lauk atas kuali besi nan leper termasukla steak, udang, ikan, ayam, daging, unta, arnab hatta gajah.

Baik, gajah ialah penambahan.

Ooo, sume orang memang tau apa itu teppanyaki? Takpe, info ni penting untuk aku sebab selama ni aku salu menganggap teppanyaki adalah masakan dan makanan Jepun yang tetentunya tak sesuai untuk tekak Melayu macam aku. ;p

Sementara tunggu pesanan khusyuk pulak perhatikan kecekapan tukang masaknya yang memasak depan mata. Berskill sungguh. Memula beliau siram minyak sket atas kuali nan leper ala-ala kuali masak beger, pastu taruk daing ayam, daging, sotong. Pastu potong daging ayam ngan daging tadi kekecik. Taruk perasa. Gaul. Taruk planta. gaul lagi.

Siap~!

Teppanyaki chicken. RM9.50. Ayamnya banyak lagi, terlindung bawah sayur tu haa...

Suapan pertama, sedap~! Paling sedap adalah sayurnya. Heh, aku dah pandai makan sayur ye sekarang, jangan nak mencebek.

Lepas makan dan lepas pusing-pusing, akhirnya ke Big Apple dan destinasi berikutnya, Port Klang. Tanjung Harapan~! Kali ni sempat snap waktu sunset.

Dari kiri ke kanan, matahari semakin tenggelam dan akhirnya menghilang terus.

Menikmati Big Apple bersama teh tarik. Wajarkah kombinasi ini? Huh, lantak le, terpaksa, simptom demam dah mula terasa, terpaksa la lupakan ais nan sejuk nan best.

Dah kurang hensem donut tu sebab goyang-goyang gerudi masa dalam kete.



p/s: Nampak I-CITY yang berwarna-warni masa on the way balik. Kalerpulnya.......

save the earth...