Ahad, 28 Februari 2010

Mesin Masa

Dalam satu filem arahan Aziz M.Osman satu masa dulu, sebijik helmet telah dicipta di mana pemakainya boleh jadik invisible, dan secara tak sengaja telah menyebabkan sekumpulan pelajar tercampak ke kurun ke-15.

Dalam sesetengah movie omputih sendiri terlalu banyak cerita-cerita yang membolehkan manusia mengembara ke masa lepas atau ke masa depan seperti Back to the Future, animasi seperti Jimmy Neutron dan memacam lagi.

Tulisan-tulisan penulis terkemuka atau kurang terkemuka juga ada yang menyentuh berkenaan isu ini. Kalau di Malaysia, antaranya novelis thriller Ramlee Awang Murshid dalam trilogi beliau; Bagaikan Puteri-Cinta Sang Ratu-Hijab Sang Pencinta. Kisah yang bermula apabila watak heroin koma setelah kemalangan akibat diragut telah mengembara ke kurun ke-15 semasa komanya.

Andai saja, andaikan saja, ada satu peluang untuk kembali ke satu masa yang telah lepas, mungkinkah ada yang inginkan satu lagi peluang dan kembali ke masa tersebut? Dan untuk mendapatkan peluang itu, satu-satunya modal yang diperlukan adalah keberanian.

Beranikah kembali ke masa beberapa tahun dulu, dan memberi perhatian tak berbelah bagi di dalam kelas, lalu berupaya membaiki keputusan final? Dan tak perlu mengulang subjek tersebut.

Beranikah kembali ke beberapa bulan dulu, dan berhati-hati dalam percakapan, lalu hubungan cinta yang gagal akibat lidah nan lembut dapat dielakkan. Lalu apa terjadi kemudiannya?

Beranikah kembali ke beberapa minggu lepas, dan mula menulis abstrak lebih awal supaya dapat saja abstrak dihantar lebih awal. Lalu bagaimana seterusnya?

Masa yang berlalu adalah sejarah. Dan sedetik sejarah diubah, perjalanan masa depan takkan seperti hari ni.

Andai saja tak pernah gagal, apa mungkin ko tau nilainya memberi perhatian pada kelas? Apa hal nak rajin-rajin, main-main, ponteng-ponteng, study ala kadar pun lulus. Apa jaminan belajar tersengkang mata tersembul ala-ala bola ping pong boleh jadi pelajar terbaik?


Andai saja lidah nan lembut yang sering melukakan tu tak mendatangkan akibat yang boleh memberi pengarana yang tak mampu dilupakan dalam masa terdekat, apa mungkin datang kesedaran untuk mula berhati-hati saat melontar bicara? Pedulik apa orang terasa ke apa, aku tak kesah pun apa orang kata~!

Sedetik diubah, semuanya akan berubah. Andai masa lalu dapat dikembalikan, wujudkah jaminan segalanya lebih baik dari apa yang telah berlaku?

Ada sesape lagi ingin kembali ke masa lepas?

Aku? Heh~! Malas nak belajar sekali lagi dan ambik lagi UPSR, PMR, SPM dan macam-macam test lagi tuh~! =p


p/s: Nikmati apa sedang dilalui~!



save the earth...

Jumaat, 26 Februari 2010

Bunga Dedap VS Bunga Pucat


Ros Merah si Bunga Dedap...



Jasmin si Bunga Pucat...

Bunga Dedap, simpulan bahasa yang biasanya ditujukan kepada seorang wanita, perempuan, gadis, atau kaum aweks-aweks yang memiliki rupa paras yang menawan, comel, jelita, atau cantik, tetapi mempunyai sikap, perwatakan atau akhlak yang buruk, hodoh, atau tidak sopan.

Biasa terdengar kata-kata seperti;

"Pergh~! Tuan lawa, cantik, kulit licin, senyum manis, tapi perangai... kalah jantan~!"

Yang membawa maksud, seorang gadis atau perempuan yang cantik wajahnya namun perlakuan lebih kasar dari seorang lelaki yang azalinya gagah perkasa, kasar dan kurang sopan.

"Budak tu memang cun, putih melepak, mata bulat, bibir merah. Tapi bila bercakap aduh... satu bangunan boleh dengar~!"

Yang bererti, seorang wanita yang sangat jelita tetapi mempunyai lontaran suara yang bukan sahaja boleh menggegarkan telinga malah tutur kata yang kasar dah kurang elok.

Bunga dedap dari segi bahasanya, sesuai dengan perumpamaan-perumpamaan di atas, di mana bunga dedap adalah bunga yang cantik bentuk dan mempunyai warna yang sangat menarik, tetapi hampir tidak mempunyai bau atau tidak mempunyai bau langsung. Bunga dedap biasanya membiak dengan debunganya disebarkan oleh serangga lain. Serangga ini menjadi medium untuk mengekalkan kemandirian spesies bunga dedap. Walaupun kebanyakan bunga dedap tidak mempunyai bau, tetapi warna yang cantik telah berjaya menarik perhatian serangga-serangga.

Contoh bunga dedap antaranya, bunga ros, bunga matahari, orkid, raflessia dan sebagainya. Bunga ros antara yang paling termasyhur di kalangan wanita walaupun hakikatnya bunga ini hampir tidak mempunyai bau langsung. Tetapi, mana-mana wanita apabila ditemukan dengan bunga ini secara refleksnya akan segera mendekatkan hidung kepada kelopak bunga ros dan otomatik bibir akan bergerak ke kiri dan kanan lalu membentuk lengkung titik minimum. =)

Manakala bunga-bunga yang mempunyai bau yang wangi dan menyegarkan selalunya tidak mempunyai warna yang menarik atau bentuk yang lawa. Malah sesetengahnya mempunyai saiz yang sangat kecil. Antaranya, bunga kemboja dan melur. Kehadiran bunga-bunga ini walaupun jarang disedari di pandangan, namun bau yang menyegarkan selalunya akan dikagumi selepas itu. Dan jenis ini, aku dengan sukahatinya menamakan sebagai, Bunga Pucat.

Kesimpulannya, perumpamaan yang mengandaikan wanita seperti bunga, adakalanya sangat relevan. Wanita yang cantik sering dipandang dan dikagumi kerana rupa parasnya, manakala wanita yang tidak memiliki kelebihan dari sudut fizikal pula, akan dikagumi kerana kelebihan lainnya, yang selalunya perlu dikenali terlebih dahulu sebelum terserlah.

Bunga dedap, dan bunga pucat. Kedua-duanya istimewa kerana saling memberi nilai yang tak tertara.

Sukakan warna yang terang dan membahagiakan? Pilihlah bunga dedap. Dan berhenti mengharapkan wangian yang menyenangkan.

Maukan suasana yang penuh keharuman? Pilihlah bunga pucat. Dan pejamkan mata saat menikmati segarnya udara.




p/s: Bunga dedap & Bunga pucat, aku suka kedua-duanya selaku kawan~!

p/s/s: Salah satu Bunga Pucat selaku kawan = Miss Jasmine
;p


save the earth...

Rabu, 24 Februari 2010

Handphones...


Dua telefon aku, satu hitam dan satu putih.

Bagaimanapun yang putih tu housing asalnya adalah biru. Satu monofonik dan satu lagi polifonik. Kedua-duanya tak memiliki apa-apa ciri-ciri istimewa seperti mp3, mp4, lamera, recorder dan sbagainya. Tapi istimewa keduanya adalah kerana kedua-duanya sentiasa berkredit. Kemampuan ini adalah kerana selain tarikh expired yang lagi 2 tahun, kedua-duanya juga jarang digunakan. =)

Kedua-dua alat keperluan ni aku beli menggunakan ongkos sendirik. Yang putih merupakan telefon pertama aku miliki dan dibeli pada awal 2005, selepas mendapat keputusan SPM. Justeru, aku memang tidak pernah memiliki telefon bimbit pada zaman persekolahan dan sikit sebanyak aku agak sukar memahami mengapa adik-adik aku beriya memerlukan alat komunikasi tanpa wayar ni sebelum menamatkan sesi persekolahan memasing.

Waktu tu telefon yang sekarang ni dah tak wujud di pasaran ni bernilai kira-kira RM250. Telefon ni dah beberapa kali bertukar tangan dan sangat berbakti pada seluruh famili. =) Hingga sekarang housingnya telah bertukar beberapa kali dan beberapa bulan ini telefon putih terpaksa menggunakan khidmat bateri NOKIA 6101.

Awal 2007 aku beli pula telefon hitam, yang masih kekal dengan housing asal. Telefon ni sangat disukai oleh MAW, justeru telah mencecah ratusan kali terhempas, dihempas, dihempuk, terhempuk, terlontar mahupun dilontar oleh beliau.

Mengapa aku perlu ada dua handphone sekali gus? Kerana aku mempunyai 2 nombor, satu maxis dan satu lagi celcom. Keluarga aku rata-rata menggunakan celcom, cuma bapak aku menggunakan maxis. Justeru, bapak aku akan call aku menggunakan talian maxis manakal yang lain akan menghubungi aku di talian celcom.

Tapi jujurnya, aku memang sangat tidak gemar memikul kedua-dua handset ke sana sini kerana aku sangat malas memegang banyak menda di tangan. Justeru, aku pernah memiliki handphone dual sim.




Handphone buatan Malaysia yang berharga RM98.75 ini sangat best. Mempunyai radio, mp3, recorder, ada slot mini SD, handsfree, malah sangat ringan. Cuma, aku hanya sempat menggunakan handphone ini selama kira-kira sebulan, kerana ini adalah antara barangan yang diragut tempohari.

Lalu, aku kembali menggunakan kedua-dua telefon hitam dan putih.



save the earth...

Dalja Spring & Cacing

Kisah sorang andartu (anak dara tua) atau andalusia (anak dara lanjut usia, Oh Dalja, yang berusia 33 tahun, mempunyai pekerjaan tetap dan memiliki taraf kehidupan yang stabil. Namun beliau adalah sorang yang masih mencari-cari kebahagiaan dan cinta. Jatuh hati pada sorang lelaki yang memiliki ciri-ciri idaman beliau; hensem, kaya, kedudukan stabil, namun hanya setelah beliau menyatakan bahawa beliau tertarik pada lelaki ini, baru diketahui rupanya lelaki tersebut telah beristeri.

Pun begitu, hakikatnya, lelaki tersebut sedang dalam proses penceraian dengan isterinya dan tinggal berasingan sejak 2 tahun yang lalu.

Isteri lelaki tersebut malangnya seorang yang psiko dan telah melakukan beberapa serangan psikologi terhadap Dalja, yang mana setelah beberapa babak Dalja secara tak sengaja telah terlibat dengan seorang lelaki yang kemudiannya menjadi fake boyfriend beliau dengan bayaran tertentu dan syarat tertentu. Antara syarat tersebut termasuklah sekiranya salah seorang dari mereka jatuh hati pada salah seorang, kontrak selaku pasangan kekasih akan terbatal secara automatik.

Bagaimanapun, selepas date demi date dan sesi meluahkan perasaan dan sebagainya, Oh Dalja dan fake boyfriendnya yang 6 tahun lebih muda dari beliau telah sama-sama suka antara satu sama lain seterusnya terbatallah kontrak mereka.

Menariknya cerita ni dari cerita lain, fake boyfriend Dalja dengan yakinnya membatalkan kontrak mereka secara sah dan berterus terang untuk memikat Oh Dalja. Pada masa yang sama, lelaki yang telah beristeri tadi juga turut jatuh hati pada Oh Dalja serta telah berjaya menguruskan penceraiannya.

Heh~! Dah jadik sinopsis sepanjang alam dah~!

Aku biasanya selalu suka pada second hero, cuma kali ni aku tatau sama ada fake boyfriend Oh Dalja ni 1st hero atau 2nd hero, tapi aku mewar-warkan bahawasanya aku suka watak ini. Wakaka...

Untuk kali pertama aku bertanya pada pakcik Google dengan segera setelah tamat menonton episod malam ni. Dan hasilnya....



Lee Min Ki... sorang model, pelakon dan seterusnya baru saja debut selaku sorang penyanyi pada Ogos tahun lepas.

Berusia 25 tahun, sebaya Arjuna. Tapi tentu lah Lee Min Ki jauh lebih comel dari Arjuna. Hehe... Tapi apakah kecomelan ini natural sejak lahir atau telah diubah di sana sini under knife, kurang usul periksa pulak. Tapi apalah nak diharap dari artis dari Korea pasal ni kan.

Ok, esok pagi ada test, aku dah study sepantas kilat, jadi harap boleh jawab esok. =)




p/s: Kepada Pija, bertabahlah~! 33-year-old Dalja tak penah putus asa dan masih terus mengejar mimpi untuk berumahtangga dengan jejaka idaman beliau, justeru, selaku 23-year-old Pija, kena terus jugak kukuh, utuh, dan gigih~! Percaya la, Pija akan setia ditunggu~! Erk.. maksudnya... projek Pija akan berjalan lancar dengan cacing-cacing yang sehat dan bahagia...~! ;p



save the earth..

Selasa, 23 Februari 2010

Kekata Sesaja

Terasa macam dah lakukan segala-galanya semata untuk penuhi keinginan untuk berjaya.

Korbankan masa untuk sesama kekawan, lupakan masa berpoya berjalan-jalan, abaikan kemauan bersuka-suka, berkejar memaksa diri beri perhatian pada sesuatu yang sangat membosankan.

Dan semua 'pengorbanan' tu, dibalas dengan kata sinis pandang penuh tragis.















Huh~! Tu la namanya jadik sorang student.

p/s: Sila nikmati kesukaan jadik student ya~!




save the earth...

Sabtu, 20 Februari 2010

Tarappappa~~!!

Aku balik kampung jugak akhirnya. Hahahaha.... Walaupun cuma sehari, tapi takpela, janji dapat balik.

Balik je aku baru pasan betapa mak aku dah jadi petani sayur yang berjaya. Sayur aku tak jugak besar-besar, sayur mak aku dah sehat gebu sejahtera dah~!

MAW, huh, eksen tak hengat~~! Ada ke kejar aku keliling rumah ngan gigi beberapa kerat yang ada tu nganga-nganga ugut nak gigit aku semata-mata aku kejutkan dia bangun tidur? Bukan la awal sangat aku kejut, pukul 0550. Aku sampai je aku kejut, dah la liat yang amat nak bangun, nak gigit orang lagi, huh~!

Ooo ye... aku baru pasan, aku dah paham bahasa MAW. Tak le lama sangat aku tinggal,
cecah 10 minggu je pun aku tinggal, alih-alih dah berubah bahasa beliau.

Hoo...kalo tak de aral, petang kang stimik masuk le umah aku. Jadi, tak payah la aku bergigih lagi pikul lappy ke lib, ke KDK, ke 11th dan seangkatan dengannya. Wehehehe....


Kebun sayur mak aku...... jauh beza ngan aku punyen... ;p



Berbumbungkan langit berbumikan kampung....isk~!



p/s: Bapak aku tarappappa..alhamdulillah...ubat pun beliau tak makan, wat pameran je. Huh, terjawab sudah kenapa aku alergik ngan ubat~!
save the earth...

Rabu, 17 Februari 2010

Selamat Balik Kampung

Meskipun cuti pertengahan semester hanya berbaki beberapa hari, tapi rata-rata member aku baru saja kembali ke kampung memasing. Pija, Una, Salehan (merangkap member yang berkongsi supervisor ngan aku) baru saja tiba atau masih dalam perjalanan ke kampung masing-masing.

Pija, yang sepatutnya menaiki train jam 2330 pada 15/02/2010, pada saat-saat akhir terpaksa membeli tiket keesokan harinya waktu yang sama. Ini adalah kali pertama beliau balik menaiki train, justeru beliau dengan bahagianya telah packing sesiap, dan dengan belum bertiket, beliau dengan yakinnya ke KL Central dan mendapati tiada lagi tiket untuk malam tersebut.

Justeru, beliau terpaksa membeli tiket keesokan harinya dan oleh kerana rumah aku bersebelahan stesen LRT yang terdekat dengan UM, maka malamnya beliau berada di rumah aku. Kalau tak, ada harapan beliau terpaksa kembali ke UM semula atau lebih best perlu menetap di surau KL Central.

Bak kata cerdik pandai, setiap apa saja ada hikmah di sebaliknya. Beberapa jam selepas itu, Pija menyedari bahawasanya beliau tertinggal charger lappy di kolej. Jadi, esoknya setelah kembali ke kolej untuk mendapatkan charger Pija, kurang sejam sebelum train dijadualkan bertolak, kitorang ke KL Central. Dan perjalanan Pija ke kampung beliau berjalan dengan aman.

Pagi 16/02/2010, iaitu kira-kira 15 jam sebelum Pija memulakan perjalanan ke kampung, ketua kumpulan IPM kitorang; si kecik Una telah pun bertolak ke kampungnya di Perak menaiki kenderaan UM. Kepulangan beliau ke kamoung bukanlah semata untuk bercuti, sebaliknya ia adalah sebahagian dari projek tahun akhir beliau di mana projek beliau bertempat di kampung halaman beliau sendiri. Segalanya baik sehinggalah menjelang tengahari semasa berhenti rehat di R&R, ketua kumpulan yang berkaliber ini telah tertinggal purse beliau di situ.

Dan kisah perjalanan ke balai polis-JPN-JPJ akan bermula sekali lagi. Cuma kali ini watak utamanya adalah Una, manakala aku akan menjadi watak pembantu dalam babak ini. Sekali lagi, bijak pandai ada mengungkapkan, pengalaman itu guru terbaik. Justeru, pengalaman aku diragut yang menyebabkan terpaksa berulang ke JPN-JPJ-Bank akan digunakan sebaik mungkin untuk membantu Una kali ni. Sebelum terlupa, takziah untuk Una. Dan... bertabahlah~~!!

17/02/2010, member yang berkongsi supervisor dengan aku pula akan kembali ke kampung.

Ketiga-tiganya, aku tak pasti bilakah mereka akan kembali ke UM semula. Yang pasti, Isnin 22/02/2010 kelas sudah bermula. Dua hari selepas itu adalah hari test Waste Minimization and Pollution Prevention. Ketiga-tiga cikgu tak rasmi aku dah balik kampung, lalu ngan siapakah aku nak menuntut nanti? Adehh...

Aku, tetap jugak setia di KL. Hari-hari ke IPS selaku petani berjaya, ditemani Unta yang agak sehat sekarang ni. Semoga beliau terus sehat dan tak lagi terlupa sape beliau dan betapa pentingnya beliau pada aku. Ingat tu Un~~!!



Pija ketika di Shah Alam..



Una si ketua kumpulan yang berkaliber gigih panjat pokok cinonit semata-mata nak tangkap pest.....




p/s: Bertabahla~!! Jangan dikenang kampung nan jauh di sana~~



save the earth...

Kemalangan

Sebetulnya aku mau publish entry lain, tapi aku dahulukan entry ni.

Kerana aku memang amat payah bangun pagi, dan sangat suka tidur lewat malam, maka sambil layan Gokusen 2, aku study sikit sebanyak dan akibatnya hampir 0500 baru lah aku masuk tidur.

Justeru, waktu adik aku merangkap budak yang sedang mengambil diploma nursing di Kuantan yang kini berada di kampung menelepon kira-kira 1100, aku masih malas menjawab telepon. Sengaja buat suara paling malas sampai beliau cuak dan menyerahkan telepon kepada mak kitorang.

"Balik tak?"

Soalan yang entah kali ke berapa disua sejak aku katakan aku tak dapat balik kampung.

Masih dengan mata separuh pejam aku menjawab separa rajin.

"Tak balik, kena siram pokok." Merujuk kepada projek tahun akhir aku.

"Kenapa tidur lagi, tak de kelas ke?" Menyoal soalan yang sama lagi.

"Kan cuti..." Memberi jawapan yang sama jugak.

Dan untuk kali pertama talian mati begitu je tanpa kekata penutup seperti, Okla, babai. Atau, takpela, diikuti salam.

Rupanya, tujuan panggilan tu bukanlah sekadar satu rasa ketidaklengkapan kerana ketiadaan sesatunya ahli keluarga iaitu aku, sebaliknya, ada sesuatu telah berlaku.

Jam 1530++ sekali lagi mak aku call.

"Ayah eksiden pagi tadi."








p/s: Ada sesapa yang tolong gantikan aku siram sayur sementara aku balik kampung? Satu hari je aku nak balik....



save the earth...

Ahad, 14 Februari 2010

Rupa Baru


Rupa baru lappy aku sekarang. Adakah terlalu kegilaan? Erkk.. maksud aku, adakah terlalu kejiwaan dan kejiwangan? Sampai sume orang tersenyum kambing?


Ni adalah rupa lappy aku sekarang setelah berusia lebih 2 tahun. Adakah ini terlalu kejiwaan atau dalm erti kata lain apakah ia terlalu kejiwangan? Aku sedikit confuse dengan beberapa komen dari beberapa member yang mengatakan aku semakin jiwang akhir-akhir ini apatah lagi dengan rupa baru lappy ini.

Lappy ni dah lama telah menerima saranan abang aku supaya diubah rupanya. Namun memang sengaja aku kekalkan rupa lappy atas alasan malas menampal bagai. Tapi hakikatnya, aku adalah seorang yang sangat gagal dalam tampal menampal dan pastinya akan menyebabkan kecacatan di mana-mana kiranya aku cuba jugak menampal. Tapi, bila ke DigitalMall tempohari, tetibe aku tersuka mendalah ni. Kebetulan hanya RM9.90, so aku bedal je satu.

Dan pelbagai komen aku terima, yang rata-rata tersenyum sumbing melihatkan wajah baru lappy aku.

Tapi, aku merumuskan, suka hati la, janji aku suka. Wahaha...




save the earth...

KO-K

2 minggu yang sudah aku ke Ulu Gombak, untuk menyudahkan 2jam kredit KO-K yang aku amik; FASILITATOR atau PEMUDAHACARA. Perjalanan yang kira-kira 50 minit bermula dari UM aku lalui hanya dengan tertidur-tidur sepanjang perjalanan dan sesekali terlentok atas bahu sape tah kat sebelah. Sebaik sampai, 37 orang peserta sesama bersarapan selepas check in bilik dan dorm. Aku kebetulan dapat bilik berkongsi 5 orang di mana 2 daripadanya merupakan sorang isteri dan ibu. Heh, mantap~~!!

Ice-breaking yang agak memenatkan otak apabila perlu menyebut semua nama 37 orang termasuk nama sendiri seterusnya diikuti kembara ke hutan dan bermain lumpur. Setakat panjat memanjat, terjun menerjun takla terlalu sukar buat aku yang sedikit perasan lasak ni, tapi apabila tiba pada bab meredah selut dan lumpur yang pekat likat lengkap dengan bau yang yang menyengat, errkghh... nyaris angkat bendera putih jugak la. Kemudian tiba di bahagian paling ditunggu-tunggu, meredah lumpur berkedalaman melebihi paras dada bagi mereka yang berketinggian sekitar 150cm.

Memasing semakin lawa dan segak setelah melepasi lumpur tersebut. Setelah beberapa sesi posing dan bergambar, para peserta dibawa ke air terjun. Membersihkan diri sebelum meneruskan perjalanan ke air terjun yang lagi best.

Tiba di dorm menjelang 1730. Masing-masing buat-buat lupa tugasan untuk membuat beberapa siri persembahan menjelang malam dek kepenatan meredah hutan. Usai mandi masing-masing terbongkang kelelahan, dan hanya terjaga apabila hidung diserbu bau menggoda makan malam menjelang 1830.

Dalam sesi ice-breaking terdahulu paginya, para peserta telah dibahagikan kepada 8 kumpulan yang mengandungi 4-5 peserta dengan cara masing-masing mengambil serangkap lagu. Dan entah bagaimana percaturan aku, aku tersekumpulan dengan 4 jejaka dan hanya aku satu-satunya spesies yang berbeza. Persembahan pula terbahagi kepada 3 segmen; sketsa dan lagu, lagu pilihan, dan lagu undian.

Sketsa dan lagu, setiap kumpulan harus menyanyikan lagu dan melakonkan lagu tersebut, manakala lagu pilihan terserah kepada para peserta untuk menyanyikan apa jua lagu. Lagu undian pula, setiap kumpulan perlu mencabut undi, dan lagu-lagu tersebut antaranya rock kapak, rap, dangdut, dan joget. Kumpulan aku pula dengan bahagianya telah terpilih lagu joget. Nyaris terjojol bijik mata setelah undian ditentukan. Apatah lagi dengan jejaka kumpulan aku, 3 daripadanya berbangsa Cina. Apakah terjadi dengan persemabahan malamnya??

Kira-kira 1850 baru lah kelihatan kumpulan-kumpulan memulakan latihan masing-masing. Menjelang 2030 semua peserta berganding bahu menghias dewan, justeru latihan hanyalah kurang dari dua jam. Malam persembahan yang diberi nama Malam 1001 Ragam bermula kira-kira 2130.



Sesi taklimat selepas breakfast hari pertama.... cameraman adalah lecturer sendirik, di mana kenyataannya kitorang sume sekadar pandang ke depan semata-mata untuk gambar kekonon sedang khusyuk dalam kelas.... wakaka..



Sesi ice-breaking...



Sedikit berbeza dengan kumpulan-kumpulan lepas, kumpulan aku mengembara dalam hutan dan lumpur pada petang hari pertama...



Erkhhhh... paling tak suka part ni, meredah PARIT. Bau lumpur sangat kuat menerjah lubang hidung.



Peratikan kedalaman dan kepekatan lumpur tuh.... ngggg... hanya KO-K yang memungkinkan aku melalui mendalah nih....



Bergambar selepas bersalut lumpur. Habih sama warna je sume orang.


Lepas bermain-main lumpur kitorang sume ke air y=terjun dan bermain-main kat situ pulak. Tapi kerana aku rasa tak de apa yang istimewa ngan gambar-gambar tersebut melainkan aksi-aksi main air, aku tamau letak. Haha... Nak letak gambar-gambar persembahan plak...



Aku paling suka group neh, 4-4 sporting~!! 3-3 segemn dorang memang best gilezzz la....

Inilah terjadi pada group aku, Joget Kelanchi-Joget Kelantan + Taichi. Sepatutnya aku wat step joget tapi dek keterkejutan sume orang asik gelak tak hengat, aku belasah nyanyi je, huh~~!!


Habesss..... sume orang lulus. Haha...





save the earth...

Khamis, 11 Februari 2010

Balik la Kampung...

Tak dapat balik kampung leh wat orang nanes ke? Tak best giler.

Sabtu ni dah start cuti midsem UM. Petang tadi, malam ni, esok pagi, ramai kekawan aku memulakan perjalanan menuju kampung halaman memasing. Jauh dekat, sejam, dua jam, 7-8 jam, naik ketapi, bas, kete, dan macam-macam lagi. Sumenya bermatlamatkan kampung.

Kali pertama di cuti sem aku akan menghabiskan masa di UM. Hehe, sebenarnya, sepanjang hayat ni adalah kali pertama aku berada selama ni di perantauan. Takla lama mana, skang masuk 9 minggu berada 8 jam perjalanan dari kampung.

9 minggu je pun.

Tapi tengahari tadi, bapak aku tipon. Bapak aku ni memang sangat jarang tipon, biasanya yang menelepon hanyala mak aku. Tapi tadi, bapak aku tipon untuk tanya adakah aku balik walaupun hakikatnya dah beberapa kali aku bagitau aku tak balik. dan bila sekali lagi aku bagitau aku tak dapat balik, bapak aku sedikit mengeluh.

Ini tak lain tak bukan sebab cuti seminggu nanti hanya aku yang tak balik. Abang aku dengan adik aku budak nursing tersebut akan balik. Sekarang pun sebetulnya abang aku dalam perjalanan ke kampung. Justeru hanya aku yang tak ada di rumah.

Lebih dua dekad hidup, aku hanya menjalankan tanggungjawab menuntut ilmu dalam jarak yang sangat dekat dengan famili.

Sekolah pertama aku hanyalah 5 minit naik basikal, sekolah kedua aku pra-sekolah pulak hanya 5 minit berjalan kaki, begitu juga dengan sekolah rendah.

Sekolah menengah sedikit jauh di mana kira-kira setengah jam naik bas. Menjelang tempoh memasuki asasi, jarak semakin kurang, di mana hanya 15 minit berjalan kaki aku dah pun selamat sampai di rumah.

Hanya 3 tahun yang lalu, aku mendaftarkan diri di UM KL dan bak kata mak aku satu masa dulu sebaik aku memasuki sekolah menengah agama atas kehendak bapak aku, tak payah la sampai ke Mesir langkah aku, paling jauh pun cukupla KL. Dan memang di sini aku berada, Kuala Lumpur.

Setakat ni aku masih kukuh menahan perasaan untuk balik, masih mampu tersenyum bila mendengar memasing akan balik kampung. Hatta housemates aku sume sekali balik kampung. Justeru, itulah antara sebab utama aku berkampung di library UM memalam buta macam ni. Sebab adalah tidak sopan untuk aku bermuram durja bagai di rumah tanpa ada sebab yang konkrit.

Waaahhhhh~~~~

Rasanya esok aku kena memulakan proses mengulangkaji supaya dapat jawab test Prof Aga dengan baik menjelang bukak sem balik. Dan sepatutnya fokus pada projek. Setelkan walaupun memang tak de perasaan langsung nak pedulikkan tu sume.






p/s: Agak-agak MAW masih ingat aku tak bila aku balik lepas poster presentation 12 mac nanti? Mungkin tak dia pandang aku ngan gaya amnesia?




save the earth...

Isnin, 8 Februari 2010

Hotel @ Kemensah

Hotel @ Kemensah

Sebuah hotel bertaraf berbintang-bintang akan didirikan bersebelahan air terjun di Kemensah. Hotel setinggi kira-kira 5 tingkat tersebut akan memuatkan 101 bilik dan memiliki beberapa kemudahan lain seperti kolam renang, spa, pusat gimnasium, tempat bowling, dan seumpama dengannya. Lebih menarik, lokasi pembinaan hotel tersebut yang dijadualkan berada di tengah-tengah hutan dijangka akan menarik minat ramai pencinta alam sekitar untuk memnginap dan menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan.

Pembinaan hotel ini yang dijangka akan bermula awal tahun hadapan sedang dalam proses pemantauan oleh pihak berkenaan. Lokasi pembinaan telah dilawat untuk menjalankan Environmental Impact Assessment (EIA) atau Pemantauan Alam Sekitar.

Pemantauan ini bertujuan untuk meminimakan kesan akibat pembinaan hotel ini terhadap alam semulajadi di kawasan tersebut terbahagi kepada Physical and Chemical, Biological Environment, dan Human Environmental. Physical and Chemical lebih tertumpu kepada pencemaran yang bakal berlaku kepada persekitaran seperti kualiti air, kualiti kebisingan dan sebagainya. Manakala bahagian Biological Environment memberi perhatian kepada spesies flora dan fauna di kawasan tersebut seterusnya bahagian Human Environmental pula memberi tumpuan kepada pandangan dan pendapat penduduk di sekitar kawasan tersebut.

Pemantauan yang diketuai CEO Syarikat sendiri membuktikan syarikat Golden Group Holding Sdn Bhd ini tidak hanya berorientasikan bisnes semata-mata malah turut memandang penting penjagaan alam sekitar.

Tugas-tugas tersebut berakhir setelah beberapa data yang diperlukan dikumpul.



Pemantauan kualiti air oleh Miss Una & Miss Anis.... mata mata merewang ke mana-mana je cik una tuh... ;p



Lokasi Hotel 101 bilik....



Yang terlibat memantau.... muka akibat kelaparan.... ;p







p/s: Ini adalah assignment EIA grup aku. ;p




save the earth...

Ahad, 7 Februari 2010

TEsT

*Sekali lagi, menaip sesiap dalam notepad sambil mengadap nota dan hanya publish bila tiba di UM. Sume sebab bruk dah selamat bersemadi dengan tenang. Insya Allah seminggu dua lagi bila stemik dah selamat bergelimpangan di hall rumahku surgaku, akan kembali aktip di ruang blog. Setakat ni memang hanya mampu menjengah blog-blog yang difolllow tanpa boleh selesa berlama-lama... *

********************************************************************

Kadang-kadang test memang memenatkan. Khamis adalah hari test IPM dan notanya plak, sampai 8 lecture. Tak la banyak mana, tapi memang cukup banyak takrif, nama-nama saintifik dan beberapa lagi perkara yang boleh menyebabkan aku muntah tanpa sebab. Aku bukan la insan yang dilahirkan berkebolehan mengingati nama-nama saintifik yang kekadang nyaris patah gigi menyebutnya!

Lari dari topik test, teringatkan plak cosmate merangkap member yang sesama berkongsi supervisor. Kesian beliau, sampai tensen tahap tak hengat, sampai kena jumpa doktor bagai (walaupun tujuan utama beliau jumpa doktor tu masik tak diketahui berikutan beliau memilih untuk merasikan buat masa ni). Beliau kena buat balik dari mula projek beliau. Nak explain lelebih pun aku memang ta arif bagaimana projek beliau berjalan dek perbezaan tajuk antara kitorang. Keje beliau dalam lab, bersama mesin-mesin dan beberapa menda lgik, aku plak berada di rooftop, bersama tong-tong sampah berisi garbage enzyme dan polybag berisi black soil dan benih-benih sawi serta balsams.

Yang sedikit ralat, beliau kena buat balik, hanya kerana kesentengan dan keselambaan mulut sorang budak post graduate. Malang lagi, kekata tah pape budak itu dipercayai dan kekata tu plak bertentangan ngan result yang member aku ni dapat. Apa yang mampu member aku buat ialah menemui sv dan membuat penjelasan, namun penjelasan beliau dipersoalkan. Hanya kerana beliau adalah under graduate. Teramat la typical cara menilai orang.

Motif betol kan, yang straight A's dalam PMR, SPM, diagung-agungkan sampai mengenetepikan terus mereka yang hanya mampu meraih lulus. Yang dapat pointer 3.7, 3.8 dan 4.0 dipuji melambung-lambung nyaris nak gugur jantung dan pada masa yang sama yang hanya peroleh CGPA 3.0, 2.8 dipandang enteng seremeh-remehnya seolah-olah yang dapat 3.0, 2.8 ni tak berusaha langsung untuk berjaya.

Nak kata aku bias dalam membicarakan soal ni, be free to think so.

Hakikatnya, aku memang sangat kurang gemar dengan penilaian macam ni. Exam hanyalah kertas soalan yang perlu dijawab dalam masa maximum 2 jam 30 minit dan jawapannya pula berdasarkan pelajaran selama 14 minggu. Cuma, apakah hanya dengan kepintaran mengadakan jawapan seiras skema, menjamin sesorang boleh mandiri dalam kenyataan hidup? Dapat straight A's boleh bagi pelajaran atau pengalaman pada beliau untuk handle emosi bila tetibe beliau dumped? Dapat 4.0, atau, 3.7, dan layak untuk terus apply PhD memampukan beliau bertahan bila diasak dengan provokasi?

Cuma, by hook or by crook, atas nama sorang student, for sure exam adalah penentu. Tapi orang yang sepatutnya sangat berpengalaman, menilai buku dari kulitnya, ada sedikit kekuciwaan dan kepedihan di situ. Tak best.


p/s: Mood yang sedikit turun naik dek blom habes study. Giler banyak takrif nak kena ingat! Berpotensi memengsankan!



save the earth...

Selasa, 2 Februari 2010

Bruk Tiada Lagi

Bruk dah ditamatkan perkhidmatan. Nenanti lah aku update blog. Masih sedang dalam kekalutan dek test yang lagi dua hari akan berlangsung. Sepatah pun aku blum baca~~!!

Ooo ye.... ada banyak je nak cte. Baru balik camping, satu group 5 orang, aku je lain jantina~! Pastu dapat lagu joget. Apakah~~~????

Nggg.... akan ceritakan dengan lebih jelas, tapi bukan ni entry kali ni. Hehe...



save the earth...