Jumaat, 26 Februari 2010

Bunga Dedap VS Bunga Pucat


Ros Merah si Bunga Dedap...



Jasmin si Bunga Pucat...

Bunga Dedap, simpulan bahasa yang biasanya ditujukan kepada seorang wanita, perempuan, gadis, atau kaum aweks-aweks yang memiliki rupa paras yang menawan, comel, jelita, atau cantik, tetapi mempunyai sikap, perwatakan atau akhlak yang buruk, hodoh, atau tidak sopan.

Biasa terdengar kata-kata seperti;

"Pergh~! Tuan lawa, cantik, kulit licin, senyum manis, tapi perangai... kalah jantan~!"

Yang membawa maksud, seorang gadis atau perempuan yang cantik wajahnya namun perlakuan lebih kasar dari seorang lelaki yang azalinya gagah perkasa, kasar dan kurang sopan.

"Budak tu memang cun, putih melepak, mata bulat, bibir merah. Tapi bila bercakap aduh... satu bangunan boleh dengar~!"

Yang bererti, seorang wanita yang sangat jelita tetapi mempunyai lontaran suara yang bukan sahaja boleh menggegarkan telinga malah tutur kata yang kasar dah kurang elok.

Bunga dedap dari segi bahasanya, sesuai dengan perumpamaan-perumpamaan di atas, di mana bunga dedap adalah bunga yang cantik bentuk dan mempunyai warna yang sangat menarik, tetapi hampir tidak mempunyai bau atau tidak mempunyai bau langsung. Bunga dedap biasanya membiak dengan debunganya disebarkan oleh serangga lain. Serangga ini menjadi medium untuk mengekalkan kemandirian spesies bunga dedap. Walaupun kebanyakan bunga dedap tidak mempunyai bau, tetapi warna yang cantik telah berjaya menarik perhatian serangga-serangga.

Contoh bunga dedap antaranya, bunga ros, bunga matahari, orkid, raflessia dan sebagainya. Bunga ros antara yang paling termasyhur di kalangan wanita walaupun hakikatnya bunga ini hampir tidak mempunyai bau langsung. Tetapi, mana-mana wanita apabila ditemukan dengan bunga ini secara refleksnya akan segera mendekatkan hidung kepada kelopak bunga ros dan otomatik bibir akan bergerak ke kiri dan kanan lalu membentuk lengkung titik minimum. =)

Manakala bunga-bunga yang mempunyai bau yang wangi dan menyegarkan selalunya tidak mempunyai warna yang menarik atau bentuk yang lawa. Malah sesetengahnya mempunyai saiz yang sangat kecil. Antaranya, bunga kemboja dan melur. Kehadiran bunga-bunga ini walaupun jarang disedari di pandangan, namun bau yang menyegarkan selalunya akan dikagumi selepas itu. Dan jenis ini, aku dengan sukahatinya menamakan sebagai, Bunga Pucat.

Kesimpulannya, perumpamaan yang mengandaikan wanita seperti bunga, adakalanya sangat relevan. Wanita yang cantik sering dipandang dan dikagumi kerana rupa parasnya, manakala wanita yang tidak memiliki kelebihan dari sudut fizikal pula, akan dikagumi kerana kelebihan lainnya, yang selalunya perlu dikenali terlebih dahulu sebelum terserlah.

Bunga dedap, dan bunga pucat. Kedua-duanya istimewa kerana saling memberi nilai yang tak tertara.

Sukakan warna yang terang dan membahagiakan? Pilihlah bunga dedap. Dan berhenti mengharapkan wangian yang menyenangkan.

Maukan suasana yang penuh keharuman? Pilihlah bunga pucat. Dan pejamkan mata saat menikmati segarnya udara.




p/s: Bunga dedap & Bunga pucat, aku suka kedua-duanya selaku kawan~!

p/s/s: Salah satu Bunga Pucat selaku kawan = Miss Jasmine
;p


save the earth...