Ahad, 28 Februari 2010

Mesin Masa

Dalam satu filem arahan Aziz M.Osman satu masa dulu, sebijik helmet telah dicipta di mana pemakainya boleh jadik invisible, dan secara tak sengaja telah menyebabkan sekumpulan pelajar tercampak ke kurun ke-15.

Dalam sesetengah movie omputih sendiri terlalu banyak cerita-cerita yang membolehkan manusia mengembara ke masa lepas atau ke masa depan seperti Back to the Future, animasi seperti Jimmy Neutron dan memacam lagi.

Tulisan-tulisan penulis terkemuka atau kurang terkemuka juga ada yang menyentuh berkenaan isu ini. Kalau di Malaysia, antaranya novelis thriller Ramlee Awang Murshid dalam trilogi beliau; Bagaikan Puteri-Cinta Sang Ratu-Hijab Sang Pencinta. Kisah yang bermula apabila watak heroin koma setelah kemalangan akibat diragut telah mengembara ke kurun ke-15 semasa komanya.

Andai saja, andaikan saja, ada satu peluang untuk kembali ke satu masa yang telah lepas, mungkinkah ada yang inginkan satu lagi peluang dan kembali ke masa tersebut? Dan untuk mendapatkan peluang itu, satu-satunya modal yang diperlukan adalah keberanian.

Beranikah kembali ke masa beberapa tahun dulu, dan memberi perhatian tak berbelah bagi di dalam kelas, lalu berupaya membaiki keputusan final? Dan tak perlu mengulang subjek tersebut.

Beranikah kembali ke beberapa bulan dulu, dan berhati-hati dalam percakapan, lalu hubungan cinta yang gagal akibat lidah nan lembut dapat dielakkan. Lalu apa terjadi kemudiannya?

Beranikah kembali ke beberapa minggu lepas, dan mula menulis abstrak lebih awal supaya dapat saja abstrak dihantar lebih awal. Lalu bagaimana seterusnya?

Masa yang berlalu adalah sejarah. Dan sedetik sejarah diubah, perjalanan masa depan takkan seperti hari ni.

Andai saja tak pernah gagal, apa mungkin ko tau nilainya memberi perhatian pada kelas? Apa hal nak rajin-rajin, main-main, ponteng-ponteng, study ala kadar pun lulus. Apa jaminan belajar tersengkang mata tersembul ala-ala bola ping pong boleh jadi pelajar terbaik?


Andai saja lidah nan lembut yang sering melukakan tu tak mendatangkan akibat yang boleh memberi pengarana yang tak mampu dilupakan dalam masa terdekat, apa mungkin datang kesedaran untuk mula berhati-hati saat melontar bicara? Pedulik apa orang terasa ke apa, aku tak kesah pun apa orang kata~!

Sedetik diubah, semuanya akan berubah. Andai masa lalu dapat dikembalikan, wujudkah jaminan segalanya lebih baik dari apa yang telah berlaku?

Ada sesape lagi ingin kembali ke masa lepas?

Aku? Heh~! Malas nak belajar sekali lagi dan ambik lagi UPSR, PMR, SPM dan macam-macam test lagi tuh~! =p


p/s: Nikmati apa sedang dilalui~!



save the earth...