Isnin, 27 Julai 2009

Main Ombak....

sahabat, datang dan pergi. kedatangan yang x penah diundang, dan pemergian yg tak penah diharapkan. umpama hempasan ombak yang silih mengunjung pantai, tanpa ombak, apalah erti hamparan pantai saujana mata memandang.
cuma, ada ketika hempasan itu membadai, hingga pantai nyaris berbisik agar ombak berhenti bergulung. pasir yang memutih, berubah-ubah saat ditujah olengan ombak yang ada masa sengaja mengusik.
ombak bagai sahabat. hadirnya satu kemestian, atau, hilanglah keindahan pantai tanpa hempasan dan gulungan ombak. sedang ombak itu banyak ulahnya, ada detik ia begitu mengasyikkan, hingga terleka ia sebetunya biasa membinasakan. ada waktu ombak cukup menakutkan, hingga terlalai, dalam gulungan ombak yang mengganas, ada hidupan yang dikandungnya.
pantai, adalah kehidupan. ada ketika, yg indah x menjanjikan kesenangan, dan yg menyakitkan x semestinya pahit selama udara dihirup di bumi Tuhan.

~istimewa buat teman yg sering kerinduan, sahabatmu pergi saat kebahagian kalian nikmati, dan perginya dia, meninggalkan kenangan manis, indah, dan hangat untuk sentiasa diingati.

bukan sesaje aku nk bermadah, bermain ngan susunan hehuruf. cuma, untuk kali pertama, aku x ralat bila kenyataan yg selalu merabik-rabik deria ditayang sekali lagi di ruang mata. sama ada aku telah kehilangan ~aku yg selalu, atau aku memang telah ~bjaya lari dari kebiasaan. dan andai kata ini boleh dianggap sebagai perubahan yg baik dan bes, aku perlu ucapkan trima kasih n setinggi-tinggi penghargaan kepada ppr dan ahli-ahlinya kerana menjadi booster untuk apa yg telah blaku pada aku ini. terima kasih sume.

~buat miss jasmine, sebetulnya aku tak pasti sejauh mana aku mampu pergi sebelum ni. cuma, kiranya dia adalah jawapan pada permintaan aku beberapa tempoh ni, segala Puji dan Puja hanya padaNya yang Maha Sempurna merancang. hanya kiranya harapan yg ini adalah kenyataan, aku ingin sekali masa memainkan peranannya, bukan lagi urutan peristiwa mencelah di mana-mana. cuma, andaikata gulungan ombak itu yg tbaik, hanya menerima sesatunya yg ada.
~miss yoyo'oo... andaikata ~air sampah bebenar mampu melebatkan rambut, memutihkan lantai, melicinkan kulit muka, mewangikan tandas dan rumah seluruhnya, rasanya aku agak berani menawarkan diri sebagai sampel dan dijadikan tikus putih sekali lagi.

lets call it a day...

till next time....

save the day, buddy.

Ahad, 12 Julai 2009

Kewarasan


malam yang tah kenapa jemari bgitu lancar membongkar kisah rasa yg sengaja cuba dilupakan. tapi, apa yg x aku katakan adalah, sebetulnya ada sebeban pertanyaan ; apa ada sesuatu di sebalik kemesraan yg tiba-tiba ditunjukkan. mungkin benar bicara miss jasmine, mungkin nfm try menebus balik (tebus apa pun tatau la aku), atau, sekadar menunaikan janjinya untuk menerima aku adanya. tatau la. tapi, nk baik ngan aku more than she used to, pelik jugak la. tapi nothing's imposible.
cuma, ada kekata miss jasmine buat aku terkedu sket. holding a grudge?
tatau la. aku sendiri cam terlupa apa penah aku lalui. mungkin satu ketika penah aku bisikkan pada diri mau melupakan yg pahit dan kelat, justeru perlahan kenangan cenggitu menghilang dari ingatan hingga aku sendiri gagal mengingat penah satu ketika ia begitu mencengkam ruang rasa.
berdendam. penah sekali sengaja aku benamkan diri dalam laut dendam. dan sudahnya nyaris aku lemas terkapai dek gagal bertahan dalam sejukbeku dingin yg menggigit sakit. well, what goes around, comes around. sebetulnya, tu la yg selalu terjadi pada aku. bukan sekali, tapi setiap kali. setiap kali aku terpikir nk buat benda jahat, atau terlintas mau mendoakan sesuatu yg buruk dan x bes pada sesorang, perkara tu akan lebih dulu kembali pada aku. semacam aku mengharap perkara seburuk tu berlaku pada aku sendiri.
mungkin sebab ni jugak, bertitiktolakkan pengalaman, hampir setahun dulu, bila aku melangkah keluar, aku hanya tetapkan satu matlamat ; aku cuma mau diri aku terima apa saja yg dah aku lakukan sbb aku mmg dah cuba jadi sebaik yg boleh.
bab bendendam, bab nk membalas, bab nk apa yg aku rasa dirasakan balik oleh sesape, sume ni x de dalam pikiran masa tu. aku mmg bebetul nk maafkn diri sendiri, dan nk jadik kawan baik sendiri, tu je.
untuk kali pertama rasanya, aku ingin sekali menafikan hakikat seorang ~aku pada dunia. aku tamau jadi sesuatu yg hanya diperlukan. untuk sekali, aku abaikan aku sekadar sebingkis extra character.
setahun aku lalui. ditemani pelbagai watak. ada parents yg kali ini menyedari ~apa aku ini, siblings yg sengaja bisukan diri dari bertanya itu ini, uncle & aunt yg selalu mau aku trus kuat, teteman yg trus menemani, kenangan & peristiwa yg kerap pinjamkan tawa, dan Tuhan yg x penah tgglkan aku sendiri.
dan aku, berkali-kali sengaja lebarkan senyum. sengaja singkirkan rasa lain yg adamasa ingin menguasai.
selepas hampir setahun, saat disapa senyum yg penah sekali titipkan senang, aku jadi keliru. tertanya, apa ada maksud lain di sebalik kuntum semekar itu?
dan, mungkin ini sebenarnya yg melajukan bicara meluncur malam tadi. bicara yg selama ni hanya dititip di dada DNO.
rasanya jugak, aku semakin hilang daya kewarasan berpikir.
semester ni, aku cuma ingin lakukan yg lebih baik dari aku lakukan sebelum ni. apa dan sesapa saja di sisi kali ni, aku akan cuba sebaik yg mampu.
dan miss jasmine, miss yoyo'oo, zuzack, semoga simpulan yg terikat trus kental. kiranya harus terlerai, biar masa yg jadi penyebab.


the ship that put us together...
~Guminavou zou diau~

save the earth...

Ahad, 5 Julai 2009

Bukan Milik Aku lagi...

sepetang kemarin, x habis pikiran buruk mengganggu. hingga air mata bleh mengalir tiba-tiba. dan biasana bila ini yg blaku, aku akan katakan, biasalah, dah lama x menangis, air mata ni perlu jugak mengalir, nanti badan boleh sakit.

cuma, bayang-bayang aneh kerap mendatang. hingga, saat bas membelah angin malam membawa penumpangnya ke hentian putra malam tadi, perasaan trasa sebak tiba-tiba. tapi memang sengaja aku abaikan. sbb, berdasarkan sejarah sorang aku, melayan perasaan saat sendirian, adalah rutin semata.

kira-kira 0130, bas berhenti di merapoh. di situ aku bertemu zuzack. sempat minum sama. (tq 4 the tea, zu.) sempat menjawab beberapa siri panggilan dari ~en.pemimpin. dan soalan wajibnya beberapa menjak ni, ada kak aida awak kontek? dan aku menjawab seadanya. =) sempat juga pikiran-pikiran nakal menerjah dinihari begitu.

menyambung perjalanan, aku cuba lelapkan mata yg tatau laa, agak sukar kali ini. (biasanya aku mampu tidur macam baby), tapi kali ini memang agak susah.

tapi, sedar-sedar bas berhenti di hentian putra. bersama penumpang lain, aku turut berpusu-pusu mengambil beg, mengheret ke stesen putra komuter. hampir 20 minit menunggu, komuter ko port kelang tiba. detik itu, ada debar mengusik rasa. berkali-kali beg sandang aku raba, pastikan segala yg berharga dalam perhatian. hingga untuk kali pertama, begitu trasa akan ada yg bakal terlucut dari jagaan.

di stesen kuala lumpur, trasa kesayangan di pergelangan tangan melorot sedikit. sempat pandangan jatuh di situ. kuning silaunya seperti biasa aku renung.

dan rupanya, itu lah yg terakhir aku lihat.

kepenatan yg hampir membungkus seluruh tubuh, cuba aku lalikan dengan tidur yg tidak mau lelap.

hinggalah beberapa detik bila tersedar, ia bukan kepunyaanku lagi. tangis malam tadi, mungkinkah untuk ini?

Jumaat, 3 Julai 2009

Rentetan Sebuah Kisah


tatau macamana nk respond pada apa yg baru berlaku malam tadi. aku wajar untuk tersenyum, mahupun tertawa. tapi, yg terasa hanya puputan bayu yg begitu halus menyapa. ketenangan.


guess what? i've got my fren back. x penah sekali perkara ni terlintas dalam pikiran. dalam tempoh lebih kurang 5 tahun ni, aku cuba memujuk diri untuk trima apa telah terjadi. biar bermacam plot aku pusing, biar berbagai sudut aku cuba pahami, tetap kenyataan tu tak berubah-keputusan telah aku ambil, dan natijahnya aku tega melepaskan sorang sahabat yg x penah aku temui selain dia.


tak penah selain dia aku jadi sesuatu yg seselesa aku inginkan.

tak penah selain dia aku trasa begitu diperlukan.

tak penah selain dia aku ungkapkan ya saat hati katakan tidak.

dan tak penah selain dia yg paling aku harapkan bjaya dalam hidupnya.


tapi itu semua kisah 5 tahun dahulu, saat aku masih mentah dalam menyelusuri dunia hakikat. waktu aku masih gagal pahami kenapa mesti aku putuskan begitu detik itu. saat segalanya trasa sakit dan pahit. waktu semuanya masih kental dan pijar.


rentetannya, aku berhenti pasakkan perhatian pada ikatan persahabatan.


tapi yela, once we love someone, hampir seluruh hidup diperlukan utk kikis rasa tu. dan apakah aku perlu korbankan seluruh hidup hanya untuk buang sebahagian memori hidup sendiri? setelah bermacam yg terjadi, dan paling penting, apa yg terjadi di tingkat 17, antara titiktolak utk apa yg aku jadi hari ni.


aku penah sekali, mgharap, kalaulah aku mampu membisu sekali saat dihamburkan pelbagai kata, dan sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Memakbulkan. permintaan aku ditunaikan.


dan dari sini, aku blajar menerima diri sendiri, blajar menerima bukan semuanya mampu menerima bahwa dirinya diterima adanya dia.


keinginan utk menatap wajahnya kali ni, kemauan utk mendengar bicaranya kali ini, rupanya saat yg menjanjikan seberkas tenang buat aku.


sape sangka, aku berpeluang menyebutnya sebagai teman, sekali lagi.


dan, hai Allah Tuhanku... segala Puji dan Puja hanya bagiMu... siapa sangka dengan menangguh-nangguhkan kejahatan biasan hati yg terluka rupanya hadiahkan peluang kedua...


kali ni... rasanya aku bukan lagi sepasang kulit yang x yakin dengan kekuatan kacangnya...


+uhibbuki fiLLah... insyaAllah..


maaf aku pohonkan terlebih dulu... masih ada sikit kesukaran untuk aku yakini bilah kekata seindah ni...


cuma...sahabat nan sorang ni masih seperti dulu, masih ingin lakukan sesuatu yg unexpected. tapi, sesuatu yg sahabat yg ni x penah tau, x penah ada sesuatu yg dia lakukan unexpected buat aku. tingkahnya seolah dalam bacaan aku.


kelakar... tapi begitu lah. mungkin hubungan hati yg membisikkan ulahnya. haha...


cahaya cinta.


save the day...


**malam ni aku terkenang banyak kisah...