Isnin, 27 Julai 2009

Main Ombak....

sahabat, datang dan pergi. kedatangan yang x penah diundang, dan pemergian yg tak penah diharapkan. umpama hempasan ombak yang silih mengunjung pantai, tanpa ombak, apalah erti hamparan pantai saujana mata memandang.
cuma, ada ketika hempasan itu membadai, hingga pantai nyaris berbisik agar ombak berhenti bergulung. pasir yang memutih, berubah-ubah saat ditujah olengan ombak yang ada masa sengaja mengusik.
ombak bagai sahabat. hadirnya satu kemestian, atau, hilanglah keindahan pantai tanpa hempasan dan gulungan ombak. sedang ombak itu banyak ulahnya, ada detik ia begitu mengasyikkan, hingga terleka ia sebetunya biasa membinasakan. ada waktu ombak cukup menakutkan, hingga terlalai, dalam gulungan ombak yang mengganas, ada hidupan yang dikandungnya.
pantai, adalah kehidupan. ada ketika, yg indah x menjanjikan kesenangan, dan yg menyakitkan x semestinya pahit selama udara dihirup di bumi Tuhan.

~istimewa buat teman yg sering kerinduan, sahabatmu pergi saat kebahagian kalian nikmati, dan perginya dia, meninggalkan kenangan manis, indah, dan hangat untuk sentiasa diingati.

bukan sesaje aku nk bermadah, bermain ngan susunan hehuruf. cuma, untuk kali pertama, aku x ralat bila kenyataan yg selalu merabik-rabik deria ditayang sekali lagi di ruang mata. sama ada aku telah kehilangan ~aku yg selalu, atau aku memang telah ~bjaya lari dari kebiasaan. dan andai kata ini boleh dianggap sebagai perubahan yg baik dan bes, aku perlu ucapkan trima kasih n setinggi-tinggi penghargaan kepada ppr dan ahli-ahlinya kerana menjadi booster untuk apa yg telah blaku pada aku ini. terima kasih sume.

~buat miss jasmine, sebetulnya aku tak pasti sejauh mana aku mampu pergi sebelum ni. cuma, kiranya dia adalah jawapan pada permintaan aku beberapa tempoh ni, segala Puji dan Puja hanya padaNya yang Maha Sempurna merancang. hanya kiranya harapan yg ini adalah kenyataan, aku ingin sekali masa memainkan peranannya, bukan lagi urutan peristiwa mencelah di mana-mana. cuma, andaikata gulungan ombak itu yg tbaik, hanya menerima sesatunya yg ada.
~miss yoyo'oo... andaikata ~air sampah bebenar mampu melebatkan rambut, memutihkan lantai, melicinkan kulit muka, mewangikan tandas dan rumah seluruhnya, rasanya aku agak berani menawarkan diri sebagai sampel dan dijadikan tikus putih sekali lagi.

lets call it a day...

till next time....

save the day, buddy.

Tiada ulasan: