Selasa, 11 Ogos 2009

FESKUM, Frenship, G.E, & MidSemBreak

banyak sebenarnya nk aku tuliskan kat sini. cuma biasanya masa dan keadaan selalu mengekang. hari ni, mencuri masa saat lepaskan lelah lepas berhempas pulas mengangkut sayur-mayur aku kutip petang semalam dari pasar malam, sugarcane molasses, dan kulit pisang.

segalanya agak sempurna seiring ngan ranc
angan dan andaian, hingga la bila menapak ke lab suku ke pukul 4pm, gadis manis kelahiran india tu dengan gaya selamba tahap x ingat ungkapkan ayat :

"hey, i'm sorry, i forgot to buy the brown sugar for u."

rasa nk baring kuak lentang kat situ. aku tinggal bape ari je nk setkan 3 lagi container n dat is the sentence? dah tu nk aku buat mixture tu guna gula guli ke?

nyaris punah ranah segalanya. planning nk ke pasar malam carikan baju utk adik kecik aku memandangkan kalo diizinkan Allah aku balik jugak isnin nanti trus semacam hilang dari pikiran. yg ternampak-nampak hanyala tong-tong sampah kaler itam dari giant kinrara, sugarcane molasses & brown sugar.

dari ips ke kps, dek ke~bijaksanaan kereta hitam besar nan menjalar, nyaris lagi aku ulang kisah yg sama beberapa bulan yg dulu. sebetulnya aku serik. cukup-cukup la.

sebaik sampai, helakan nafas lelah, dengan gaya x makan 3 hari aku menapak ke gerai cenderahati, amik badge yg patutnya siap semalam. perasaan yg berbelah bagi (memandangkan tu adalah kemauan sorang teman) memangnya aku x mengharap sebarang keajaiban.

cuma, detik button comel tu bertukar tangan, aku beku sekejap dalam ruang penuh ngan hasil-hasil kreatif tu. yg terpikir saat tu, ni ke? kenapa comel sgt?

kaki melangkah keluar ngan muka stim kepala berangan tah ke mana-mana. terbayang memacam.

duduk kat blok E. masih merenung badge kecik tu. rasa aneh dan pelik. antara kagum dan terharu. cecampur suka dan takut. dan rasa cuak tetap jugak hadir. heh!
ni la rupa badge tu... tatau la comey sbb badgenya mmg comey, atau sbb org kat badge.... =)

skrg ni plak, selagi G.E ni tak setel-setel, selagi tu rasa cam berdiri atas simen panas. x selesa, terloncat-loncat, gaya pocong kena ikat bawah & atas. dan tatau la, sebab ni ke yg aku x de rasa nk balik. sekali pun tiket dah beli, tapi perasaan x cam selalu.
ni la garbage enzyme yg berusia beberapa minggu. sayur pun dah hancur seluruhnya. =>

Tiada ulasan: