Jumaat, 21 Ogos 2009

Ramadhan bulan Puasa...

Malam 1 Ramadhan 1430H.

selepas kira-kira 6 tahun, akhirnya dapat berjemaah sekali lagi di masjid kampung ni. isk, syahdu lak! kali terakhir jemaah kat kg ni masa F4 kot, sebab masa SPM dah puasa kat KB, sbb masa tu dah tengah exam dah. tahun lepas tu plak puasa kat nilam puri, konon la, padahal hari-hari balik puasa & sahur kat rumah. tapi masa tu asik x de kesempatan nk gi terawih, plus ngan malas sesket. hehe... dan 2 tahun ni (tahun ni tahun ke-3 la) puasa kat KL plak. puasa kat KL ni bukannya best pon, masa tahun 1st dulu agak best la sbb masa tu masih duk kolej, bleh traweh sesama member, moreh sesama, bukak puasa sesama, masa terlebih rajin lak, siap sahur kat kafe. makan mee goreng mamak lagi tu.

best jugak kalo ingat-ingat masa kat kolej ni. haha.. x la sumenya pahit + kelat.

tahun kedua, puasa masa tu antara yang mencabar jiwa dan minda. masa tu, walopun teraweh sesama satu kondo kat surau yg mmg besar & best jugak, bersesak-sesak ngan telekung dalam lif, dan sesuka gelakkan geng hanzalah yg x dapat naik lif, tapi masa tu kegembiraan dan keceriaan tu sekadar kat luar je. kat dalam, betapa terasingnya. haha... x sangka, sumenya membawa kepada pelbagai perkara.

bertitik-tolakkan apa yg berlaku, masa tu aku mula menyibukkan diri ngan pelbagai macam aktiviti. ceramah, motivasi, talk, kat mana, sume segala aku pegi. balik cuma untuk tdo dan salin baju.

dari situ, aku kenal kak nas, kak wan, kak yusna, dengar cerita kak yusna, dapat khidmat nasihat dari kak nas, dan mula buat keputusan.

rentetan dari kisah di khir johari dan beranang, kisah terus terlakar di kanvas feskum 2009.

dan tahun ni, malam ramadhan aku sambut di kampung. hehe... ada jugak kesempatan ni, alhamdulillah.

semangat btol pegi masjid, walopun sampai tu dah nk semayang isya', dan masjid penuh, sampai ke pintu masuk belakang. masih jumpa kawan-kawan lama, tapi kali ni cuma senyum saling bertaut, tangan yg saling merapat, memasing kelu nk mulakan kata. dah berapa tahun memasing bawak jalan sendiri, sudahnya, setakat tu jelah. =)

oo ya. balik je, bersusun mesej kat henset. biasa la, malam ramadhan, jammed sume line. baik maxis, celcom, digi, terima kasih, jammed je sume. =p

1 ulasan:

joegrimjow berkata...

slamat berpuasa ya