Selasa, 18 Ogos 2009

Jom ke Zooooo....

kali terakhir insan yg sedang mengetuk papan kekunci laptop ni ke zoo ialah pada tahun 2008 iaitu zoo melaka. kali terakhir ke zoo negara yg cuma setengah jam dari alma mater sendirik pula ialah lebih sedekad yg dulu, kira-kira 12 tahun nan lampau.
zoo negara...

masa tu penulis masih comey n kecik, manakala ketinggian pulak rasanya lebih kurang je ngan sekarang. masa tu zoo negara adalah tempat yg sgt luas dan besar, dan penulis melawat semua jenis binatang yg ada pada masa tu walopon masa tu pak belang sedang dalam kesihatan yg kurang memuaskan. masa tu jugak penulis beriya men'skip'kan diri bila rombongan sekolah nk ke rumah pakcik-pakcik menjalar yg macam-macam warna.


x sangka plak, lepas 12 tahun insan ni ke zoo negara untuk kali kedua, pon dengan rombongan. bezanya masa tu dengan rombongan sekolah rendah, kali ni dengan rombongan universiti.


walopon dah tua skang ni, keseronokan yg sama masih gak dirasakan bila tgk memacam binatang kat zoo tu. cumanya, keseronokan dan keterujaan tu selalu dipatahkan oleh kekata keramat miss fauziah merangkap lecturer ethics, policy and law yg berbunyik...


"could you imaging how suffer their life inside the cage, far-far away from their home?"

atau...

"bayangkan yang berada kat dalam tu kamu semua dan diorang yg datang melawat kamu hari ni..."
bayangkan yg kat dalam ni manusia...isk!

ngee.... meremang bulu tengkuk nk membayangkan memenda tu...


kitorang mengekor je miss fauziah, dari baboon, ke spesies-spesies bergayut ni, menapak ke ikan-ikan air tawar, ada haruan, kelah, toman, dari ikan yg dikenali, sampai la ikan-ikan pelik yg x penah tau pun.

nampak x ikan dalam tu? nampak x?

sempat pose beberapa keping sementara mendengar explanation dari miss tourist guide azira.

kendian menapak keluar sempat tgk hipo kejap. hipopotamus atau badak air ni walopon digambarkan sebagai binatang yg comey dan mesra alam, sebetulnya binatang ni adalah antara yg paling garang. once hipo dah naik minyak, better run for ur life. aku penah tgk kat tv, hipo ni gigit buaya putus dua. anak hipo plak, bila menyusu, bukan kat darat cam spesies mamalia lain, tapi dalam air. masa menyusu, anak hipo tutup telinga n hidung.

hippopotamus ngah berendam... tatau la anak dia ada x dalam tuh...

pastu tgk beruang plak. ada sunbear, ada malaya bear, paling besar yg sempat tgk, beruang kutub. (agaknya la...haha)
tapi beruang ni paling kesian la. sepatutnya beruang ni tdo sepanjang musim sejuk, atau perkataan tepatnya, berhernasi. malangnya kat malaysia ni cuma ada musim panas n hujan je, so kat dalam kandang beruang ni disediakan kolam dan beruang ni akan selalu berendam je. kesian dia, dah lari dari apa yg sepatutnya. beruang ni, walopon biasanya dianggap comey n kiut, sampai aci comey je teddy bear, tapi beruang jenis ni sebetulnya suka jugak kat manusia... sebagai makanan. =)

melangkah ke savanah walk, hujan pun turun. memandangkan masa nk btolak tadinya sadin tamau dengar member pesan suh bawak payung, so berlari-lari meredah hujan. dan akhirnya berteduh kat satu kawasan berbumbung.

detik berpusing dan hadapkan pandangan, gulp... pakcik menjalar. meremang kejap segala otot san urat saraf. kalo 12 tahun dulu ada je alasan nk blah, kali ni terpaksa nampaknya. tapi lepas beberapa ketika melawat-lawat pakcik menjalar hijau, kuning, dan macam-macam kaler ni, rupanya x la menakutkan sangat.


pakcik-pakcik menjalar dan berlingkar....

pada tu sempat gak jumpa pakcik hijau dan kawan-kawannya yg sebenarnya ada macam-macam kaler. ada yg bertanduk, ada kecik comey, ada besar gedabak, ada kaler hijau cam biasanya, ada jugak kaler oren terang cam kuaz. tapi aku agak terpikir, betul ke kalo cium menda lembek ni bleh pling-pling jadi putera kacak tahap membunuh? hmmm....

comey kan pakcik hijau ni tdo... rasa cam nk wat bantal peluk lak... haha

aci-aci dah lenguh kaki, akhirnya hujan pon berenti. perjalanan diteruskan. kali ni ada flamingo, yg kendiannya aku ngan sape tah sempat bertekak, antara bangau ngan raja udang, pertekakan itu kendiannya mati cenggitu saja tanpa ada pemenang.

bila melihatkan binatang-binatang ruminant yg selalu lapar n daun-daun kayu yang cuma tinggal ranting, aku terpikir, kenapa binatang ruminant pun mesti ada kat zoo? terlupa sekejap, bukan sume org berasal dari kampung cam aku.

kendian jumpa pak belang dan sedara maranya sebelum nampak gajah n zirafah yg bleh disuap-suap. ramai jugak ~sedara-mara kak pah ni suapkan macam-macam kat kak pah ni. kak pah lak ngan selumber dan sportingnya hulurkan lidah kaler purple menyambut segala macam daun dek sedara maranya.

Tambah Imejkak pah ngan sportingnya memberikan pose yg menarik...

kak pah menyambut huluran sedara maranya... yg nmpk tgn tu inche zul...

memandangkan jam dah hampir kul 5 dan zoo plak tutup seawal jam 5, terpaksa laa rombongan cik kiah berangkat balik. tu pun, sempat lagi singgah ke kedai cenderamata, kut la ada cicak ke, lipas ke, bleh bawak balik. malangnya upin ipin je yg ada. jadi, memandangkan pintu besar dah ditutup, aku hampir jadi org last keluar dari zoo. tamat sudah perjalanan 3 jam di zoo negara.


p/s : perghhh...sebijik karangan bahasa melayu darjah 5...

1 ulasan:

StingRay berkata...

karangan ni aku bagi B+.



ha ha ha