Rabu, 30 Disember 2009

You are really a nuisance.

You are really a nuisance.

Dapat emel ni petang tadi dari supervisor.

Terus bangun, masuk bilik air, cuci tile yang dah berkarat tu. Amik gambar sebelum cuci. Ambik gambar selepas cuci. Mula-mula cuci guna sabun biasa. Lepas tu cuci guna GE.

Kemudian masuk dapur, cuci kuali wat goreng fries. Lepas tu sidai baju basuh tadi tengahari. Masuk bilik, semayang asar.

Siap semayang, tidor dengan lena sampai pukul 1900.

Kepala masih weng. Memang sangat terkesan. Erkhhh....

Prof kasik emel camtuh, sebab emel aku sebelum tu kat dia bagitau aku tak dapat N content lagik. Tu je ayat aku, tak de la nak explain hape, kenapa, mengapa dan seumpama dengannya. Wakaka.. padan ngan muka.



P/S: Esok kena jumpa beliau. Wuhuu.....


save the earth...

Selasa, 29 Disember 2009

Selepas 2

*Ini adalah entry belajar memandangkan aku baru saje memulakan kuliah. Wakaka...

Kali terakhir kami sekumpulan adalah pada Sem 1 2008/2009. Dan sejarah menyaksikan betapa getir detik-detik terakhir semester itu untuk menyudahkan eseimen yang super banyak.

Menjelang sem 2 sesi yang sama, aku adalah satu-satu di antara yang banyak dan ramai. Umpama sesatunya IES dalam beberapa SES. Dan sebarang pertemuan tidak lagi wujud sama ada sengaja atau tak disengajakan ketidakpertemuan itu.

Sesi baru. Sesi pembetukan kumpulan yang agak menyeronokkan. Dan sepanjang penghujung sem 1 2008/2009 hinggalah separuh hari ini, yang mentemalikan kami hanyalah kerling hujung mata, dan seterusnya menerusi orang lain.

Rasanya mereka bukanlah antara SR di sini, tapi tetap jugak aku nak mengambil kesempatan ni untuk membuat sedikit penjelasan ringkas dan padat.

13 cosmate termasuk aku, umpama Super Junior... Sorry-sorry-sorry...mika-mika-mika....

Erk.. sedikit iklan lagu SuJu pulak termasuk secara tidak sengaja. Maaf, aku ulang.

13 cosmate termasuk aku, aku gembira bekerjasama dengan semuanya, tanpa ada pengecualian sorang pun. Walaupun penah antara 13 ni kadang sekadar saling tersenyum paksa, hanya menyapa sekadar melepas batuk di tangga, tapi hakikatnya, itulah kehidupan.

Sekali lagi. Aku boleh menerima semuanya, dan sikit tak aku simpan rasa ralat mahupun seumpama dengannya. Mungkin, penah ada lakaran kurang cantik dalam jalinan beberapa semester ni, tapi bak kata Maikel Shumarker, let bygones be bygones. Kita mestilah terus merempit hingga mati tersepit. Erk, maksud aku, kita mestilah meneruskan plot hidup tanpa terlalu memandang ke belakang.

Heh, tak sangka, kami sekumpulan lagi. Di semester terakhir. Mungkin ke request sedang diproses? ;P






p/s: Perlukah aku menyanyi dan menari kerana ex-leader IWM telah mencapai impian beliau untu sekumpulan dengan noona yang diminatinya? Aku la mandai, kalo dia bleh sekumpulan dengan noona itu, aku akan nyanyi sebaris lagu peberet aku lengkap dengan dance stepnya sekalik. Adakah aku dimakan sumpah??? Aigoooo....


save the earth...

Isnin, 28 Disember 2009

Simple & Sweet

Hari pertama di semester terakhir. (Heh! nak jugak mention sem last tuh! Haha...)

Salah sorang member kitorang bebudak spas blom datang kelas walopon sebenarnya kelas memang dah start hari ni. Sama ada beliau memang ada di KL sekarang dan hanya tak masuk kelas, atau belum kembali dari kampung halaman, tak dapat la aku nak pastikan.

Walaupun salah sorang member kitorang ni ada bercerita pasal dia tadi, tapi dek kerana terlalu ramai yang mengerumun, jadi aku duduk jauh-jauh tadah telinga sikit-sikit jela.

Dari jauh aku nampak la gambar-gambar yang diambik oleh member kitorang yang tengah berpanglipurlara tuh... Gambar-gambar masa majlis kawin di belah lelaki.

Heh, member kitorang yang tak masuk kelas tu baru je bergelar raja sehari tak sampai pun 2 minggu. Jadi gambar-gambar yang ditunjukkan oleh member kitorang yang pegi tuh la yang dikerumuni bebudak yang lain.

Dalam jauh-jauh terjengket-jengket sempat jugak aku tengok sekeping gambar tu. Sangat simple. Merpelai nan sepasang yang sesama cekeding setiang (heheh...) tuh, berdiri sebelah menyebelah je, sedondon berpakaian biru.

Yang lelaki tu, adala jugak rupa pengantin, dengan lengkap bertanjak bersampin. Tapi member kitorang budak SPAS merangkap pengantin perempuannya, selumber berbaju kurung, dengan bertudung labuh beliau. Takde selendang melilit bagai, kain-kain net bertampal bagai.

Very simple. Betul-betul macam beliau bila-bila masa dan di mana-mana. Baju masa majlis rumah lelaki tu silap-silap beliau pakai pegi kelas nanti. =)

Walaupun tukang cerita duk bising cakap pengantin sempoi takde nak wat aksi 18sx dan seumpama dengannya, tapi aku rasa nak tersenyum sampai ke telinga je. Sebab bebelan tukang cerita membayangkan betapa beliau jeles tahap jingga sebab dia blom kawen. Kekeke....

Nak upload gambar kawen takde ngan aku sekarang, mungkin kalau rajin aku mintak ngan tukang cerita tuh. Kalo tak rajin, tengok jela kad kawen. Hehe...




kad kawen...


p/s: Aku simpan lama la kot kad ni sebab ni kad pertama aku dapat dari kawan, walopun hanya cosmate. Haha... yang kawn-kawan lama sume kawen tak jemput, alasan sebab malu doram kawen awal.... hadesss..



save the earth...

Ahad, 27 Disember 2009

Wulan Story:: Pra-Sekolah ::

Masa : Satu hari di 1993
Lokasi : Pra Sekolah B2uty

Wulan genggam sapu tangan warna hijau biru di tangan kanan kemas-kemas. Melangkah masuk dan duduk diam-diam. Mata meliar pandang sorang-sorang budak pra-sekolah berusia 5-6 tahun dalam kelas tu satu-satu.

Sorang asik tenyeh hingus.

Sorang asik liuk-lentokkan kepala persis ratu Rock Ella.

Sorang asik kerling-kerling budak liuk lentuk.

Sorang asik tenung botol air.

Wulan tenung pulak budak-budak kecik yang satu kumpulan dengan dia.Wulan pandang budak lelaki yang duduk bertentangan. Muka toyo macam kena paksa kawen. Yang sebelah pulak muka toyo macam kena sembelit. Wulan mengeluh penuh rasa hampa.

Hopeless. Satu pun tak hensem.

Patah semangat nak datang sekolah hari-hari.

Wulan teringin buat cadangan kat pihak sekolah supaya hanya budak-budak hensem saja dibenarkan masuk pra-sekolah.

Koman-koman pun kena la iras-iras Doo Jun ke, AJ ke, HJL ke.







p/s: Kalo bebudak bertiga tu cosmate aku, harus aku tak mungkin skip kelas walo seminit. ;P

save the earth...

Sabtu, 26 Disember 2009

Yang Terakhirkah?

Mungkin kerana terlalu 'seronok' bercuti di rumah sewa bangun tidur makan layan TV movie drama segala bagai hingga terlalai Isnin ni adalah 28 Disember 2009.

28 Disember 2009... bererti, bermulanya semester 2 2009/2010.

WHATTTTT?????

aigooooo............ apa sudah terjadi???? Esok lusa je nak start kelas balik. Dan aku masih berseronok-seronok?

Motip btol aku boleh tak sedar bahawasanya lusa dah start kelas. Patutla masa ke pasar semalam ada ternampak member-member yang baru sampai dari kampung dengan menyeret beg bertayar masing-masing.

O...tidak...

Aku plak masih melayan angau yang tiba-tiba memuncak. Adeh....


Ini adalah contoh penyebab aku meroyan tah pape sampai terlupa semua menda.... isk!




Ki Kwang aka AJ aka nama lain dier... KiWi... ;P






p/s: Harap tak terlajak laik Isnin neh.... hooo...

save the earth...

Jumaat, 25 Disember 2009

100 jugak..

Setelah kira-kira setengah tahun akhirnya entry yang telah aku tulis dah pun mencecah angka seratus.

Takde la apa yang nak dibanggakan pun, haha... Tapi aku tak sangka la kiranya mampu jugak mencecah angka neh. Almaklumla, meskipun aku agak suka menulis dan merepot apa saja yang berlaku, tapi ada masa beberapa hal yang berlaku tu tak la sesuai sangat nak dikongsikan memandangkan aku agak kurang suka menulis bebenda yang menguciwakan bila dikenang. Secara tidak langsung kebanyakan idea yang datang selalu aku padamkan tanpa sempat tulis pun terlebih dahulu.

Aku berjaya mempunyai blog sendiri, thanks to zuzack yang memperkenalkan pada aku betapa mudah sebenarnya nak sign up. Dan credit to bruk yang sentiasa menyokong walau adakala beliau merajuk-rajuk manja dengan aku.

Bila tang tajuk je, aku memang tak dapat lari dari menggunakan nama ESFIE. Sebab ini adalah satu-satunya nama yang aku selalu terpikir selain nama aku sendiri. Dan biasanya orang akan bertanya apakah ESFIE. Setiap kali jugak aku akan katakan, nama ni aku jumpa masa F4 kalau tak silap. Nama yang terukir pada sebilah pedang hiasan dalam sebuah cerpen bersiri masa tu. Pemilik pedang tu pulak namanya Saifuddin. Jadi untuk memudahkan jawapan aku akan katakan je, esfie adalah nick saifuddin. Hahaha...

Emel aku sendirik, pun akan menyebabkan aku ditanya, apakah Salir?

Jawapan aku tetap panjang jugak. Salir adalah salah satu watak dalam cerpen-tak-sempat-siap yang pernah aku tulis. Kenapa jawapan aku menjadik panjang, kerana selepas jawapan sebaris di atas akan ada soalan-soalan lain yang menyusul. Antaranya:

"Ko tulis cerpen ek?"

"Ko tulis sendiri?"

"Cerpen ko pasal apa?"

"Kenapa tak publish?"

Dan macam-macam lagi.....

Pasal update plak, pada permulaan aku mengelak untuk selalu update kerana tamau gila blog. Kemudian, bila aku mula menjadi follower, aku dapati blog punya dunianya sendiri, yang mana memang mengasyikkan. Dan aku mula cuba mencipta gaya penulisan yang tersendiri. Bila dah mula selesa ngan beberapa gaya penulisan otomatik la aku dah tergila blog sikit demi sedikit, mula gila blogwalking dan makin selalu update.

Awalnya bila aku terbaca beberapa blogger menggunakan perkataan 'penulis' sebagai ganti diri, aku tertanya apakah ia satu kemestian. Kemudian, aku terbaca pula blogger menggunakan perkataan 'aku' saja dalam penulisan mereka. Dan ada beberapa yang aku temui, menggunakan singkatan nama sebagai ganti diri. Aku akhirnya memilih untuk selesa dengan diri sendiri dan tidak terikut dengan blogger-blogger otai.

Sepanjang berblog, aku selalu temui blog yang bermacam. Ada yang hanya berkisar tentang mereka dan dunia mereka, yang adamasa sangat memberi info buat aku. Ini kerana mereka bercerita tentang dunia pekerjaan, dunia keluarga, persahabatan dan seangkatan lagi. Ada jugak yang selalu berlawak, yang seringkali menyebabkan aku sakit perut akibat gelak yang melampau.

Blog-blog ini memberi inspirasi kepada aku yang hampir give up berblog waktu tu.

Follower? Hehe... aku sangat fail bila bab follower. Tapi, aku agak tak kesah pasal tu, sebab aku sedar ramai member-member aku sekadar SR. Hehe... apa nak heran, aku sendiri adalah SR yang berjaya.

Kebanyakan blog yang aku follow, aku hanya SR tanpa meninggalkan sebarang komen. Ini bukanla sebab aku tersangat malas nak meninggalkan sedikit kata-kata, malangnya adakala bruk aku sangat gemar merajuk hingga aku gagal untuk klik pada tang tinggal komen, justeru aku terpaksa redha untuk hanya jadi pelawat senyap.

Akhir kata, aku ingin terus menulis. Dan kalau boleh, hanya ingin titipkan perkara-perkara yang tidak mendatangkan kecederaan mental dan fizikal kepada penulis, pembaca, dan pengkomen (adakah perkataan ini??)...




p/s: Selama-lamanya yang pertama.... huahahhaa

save the earth...

Rabu, 23 Disember 2009

Robot Cinta: Seumur Hayat....

Sebuah robot yang dicipta untuk mencintai tuannya. Dicipta mengikut kehendak, kemahuan dan keinginan yang diimpikan tuannya.
Nak yang macamana, mata bulat, hidung terletak, pipi pauh dilayang, telinga capang. Ketinggian berapa, 180cm? 190cm? Ala-ala cecah syiling pun boleh.
Nak attitude yang macamana, setia yang amat, kuat, pandai memasak, sentiasa melindungi, selalu escort pegi balik keje dan ke mana-mana, pandai masak, super supportive, apa saja.

Manakala suis untuk menghidupkan fungsi robot cinta ni sangatlah senang. Hanya satu ciuman dan robot akan bukak mata setrusnya melafazkan ayat yang pertama, "Hello Girlfriend!"

Robot ni boleh melakukan apa saja mengikut yang telah diprogramkan, seperti mengucapkan kata-kata AI SHI TE RU 114 kali setiap hari, membawa sepanduk AKU CINTA PADAMU sepanjang masa, melekatkan kertas bertulis I LOVE YOU di dadanya sepanjang hari, dan beberapa perkara yang tidak mungkin akan dilakukan oleh seorang lelaki normal yang menganggap dirinya macho. =))

(Apakah perlu bebenda nih? Haha..)

Seterusnya, robot ni akan sentiasa menyelamatkan buah hatinya, melindungi dari gangguan lelaki-lelaki mana yang cuba mengacau dan seumpama dengannya.

Malangnya, oleh kerana terlalu mencintai tuannya, robot ni telah tiba-tiba mempunyai perasaan. Sehingga akhirnya apabila tuannya dalam dilema nak memilih robot atau manusia sejati, robot ni telah memilih untuk dimusnahkan supaya tuannya tak perlu pepening nak meilih dan tak perlu mengharungi satu kehidupan penuh kepelikan dan penipuan sekiranya tuannya memilih sang robot.

Ini kerana, robot itu sedar bahawasanya ia tak boleh tua bersama-sama tuannya, tak boleh mati sama seperti tuannya, dan tak boleh membina keluarga. Justeru, adalah lebih baik dia dimusnahkan saja untuk kebahagiaan tuannya jugak.

Tamat.

Perghhh.... segan nak kata, tapi, ni la kali pertama aku termenanes.... heh! Hilang segala macho!

Mencik.. mencik! Penangan Zettai Kerashi... Heheh...






P/S: Aku sangat fail bila tang membuat sinopsis..... erkhhhh...:(




save the earth...

Isnin, 21 Disember 2009

Daun Kapal Terbang

Daun ni banyak memainkan peranan semasa zaman kecik-kecik tengah nakal comel-comel dulu. Perkataan nakal comel-comel kerana biasanya aku bukanlah mastermind melainkan mangsa semata-mata. Mastermindnya tak lain tak bukan adalah... heh, silap channel lak. Ni bukan versi mengenang masa lalu. ;P

Kecik-kecik dulu, bila dah sentuh itu main ini, rumah pulak hujung kampung, dikelilingi daun itu, pokok ini, ranting itu, dahan ini, mula tangan kaki pun luka sana sini.

Dan selalunya, tak payah nak semangat meraung bagai panggil mama papa sume, anak-anak kecik zaman itu, getus je sehelai dua daun kapal terbang yang tumbuh melata. Lunyaikan dalam tapak tangan, nak lagi mujarab, ludah air liur sikit, kemudian, titiskan kat tempat luka tadi. Terasa la pedih sesaat dua, selang bape saat lepas tu dah sambung kain balik, dah terlupa pun kat mana lukanya.

Masa tu, sape yang tak kenal daun kapal terbang ni. Daun yang boleh je ditemui di mana-mana, lengkap dengan bau yang ala-ala dettol. Tapi hari ni, jangan kata kenal rupa, sebut nama daun kapal terbang pun harus la budak-budak hari ni gelak guling-guling tekan-tekan perut. Merapu kata diorang.

Daun ni asalnya dari India Timur, Amerika Timur dan Amerika Selatan. Pokok yang jugak beracun andai termakan, boleh mencapai tinggi hingga 2.5 meter.






Ni gambar yang aku dapat dari PakcikGoogle.



Ni plak dari depan umah aku.








save the earth...

Khamis, 17 Disember 2009

Wulan Story:: Kucing ::

Tahun : 1992
Lokasi : Tempat Jatuh Lagi Dikenang

Wulan termenung merenung ke dada langit. Telinga bingit disumbat gelak-gelak Arjuna. Peh! Dah ada member baru lupakan member lama. Benci! Wulan pandang ke bumi pulak. Yela, lama-lama mendongak ke langit kena la merenung ke bumi sesekali, sentiasa menyedari siapalah diri.

Eh, budak lima tahun berhingus pun kena sedar diri ke? Takpe la, pape jela. Wulan pusing kanan, pusing kiri. Nampak Onie tengah main pasir. Ceh, mainan budak 3 tahun, tak mencabar mental dan fizikal langsung.

Wulan pandang keliling. Tiba-tiba ternampak si Putih sedang beradu dengan amannya. Si Putih ialah seekor kucing yang sangat besar, comel, berbulu gebu sangat seronok dipeluk.

Ting! Mentol kecik warna oren menyala betul-betul tepi telinga Wulan. Macam dalam cerita-cerita kartun. Wulan nampak sebatang buluh panjang yang selalunya makcik Wulan gunakan untuk kait mangga. Wulan jalan comel-comel, tunduk dan capai buluh tu dengan yakin. Wulan senyum lebar-lebar. Melangkah mendekati Si Putih yang masih lena tanpa menyedari marabahaya sedang menghampiri.

Perlahan-lahan, dengan penuh dramatik, Wulan sorongkan buluh panjang ke bawah perut Si putih, kemudian angkat buluh tu dengan sekuat tenaga. Dua-dua tangan Wulan pegang buluh kemas-kemas. Kawal pergerakan dan tahan pernafasan. Sekejap-sekejap Wulan berenti untuk menyeka peluh. Kadang-kadang dahi Wulan berkerut nak memastikan buluh betul-betul berada di bawah perut Si Putih.

Penat jugak nak berseronok ni.

Si Putih pulak terangkat ke atas sikit bila buluh tu diangkat. Setiap kali terangkat dan tidurnya terganggu, Si Putih mengiau sambil jeling-jeling. Tak selesa betul bila bulu-bulunya kena buluh tu. Apala Wulan neh....

Wulan makin seronok. Hilang sudah kebosanan. Nyaris mati kutu sebab sangat bosan. Nasib baik ada putih.

Angkat lagi.
Lagi.
Dan lagi.
Lagi.....

Si Putih menjeling lagi. Makin lama jelingan makin tajam. Wulan kelihatan sangat kecik.

Kena kasi pelajaran sikit nih.....

Angkat lagi.
Jeling lagi.

Angkat lagi.
Jeling lagi.

Tiba-tiba.

"Warghhhh...!!!!!"
"Weoww!!! Meowwwww!!!!"

Arjuna dan Onie sama-sama melihat ke arah yang sama. Wulan terbaring sedang bergelut dengan Si Putih yang naik minyak. Si Putih cakar apa yang sempat. Wulan tahan dengan apa yang ada. Darah memancut-mancut.

Melampau pulak Si Putih nih! Warning gigit-gigit manja dah la! Onie pulak naik minyak. Terkedik-kedik Onie capai buluh yang Wulan gunakan tadi dan mula memukul Si Putih.

Ketang! Kena kepala Si Putih. Si Putih segera menoleh. Budak kecik mana pulak kacau neh?!

Onie tak sempat lari. Giliran Onie menerima serangan Si Putih. Cakar lutut. Cakar betis. Cakar lengan sikit. Banyak-banyak tak boleh nanti tak cun bila besar. Cakar muka. Berhenti tiba-tiba. Tak jadi cakar muka. Nanti ada parut, Putih tak nak disalahkan kalau Onie jadik andartu nanti sebab ada parut. Cakar kaki balik.

Darah mancut-mancut meleleh-leleh.

Tiba-tiba.. ketang!

Si Putih kena pukul lagi. Si Putih terus menoleh. Sape pulak kurang ajaran ni......

Arjuna sedang memegang buluh yang sama dalam posisi yang sangat bergaya. Si Putih nyaris tak mampu melihat wajah Arjuna dengan jelas dek cahaya yang terlalu cerah. Efek angin tiba-tiba ada menyentuh sedikit rambut Arjuna.

"Berani kau ya Si Putih!"
Arjuna berkata sambil melompat tinggi beberapa meter. Belum sempat Si Putih memahami kata-kata Arjuna, sedas lagi libasan buluh mengenai belakangnya.

Si Putih menyeringai sakit. Tetapi segera membuat serangbalas. Si Putih cuba menyerang dengan membuat Lompatan Cakar Sebelas. Badannya dilentikkan sambil menjulurkan kaki depan dengan lurus. Limpahan cahaya matahari yang tumpah ke kuku Si Putih memberi kesan silau kepada Arjuna. Tapi selaku seorang hero, Arjuna berundur setapak ke belakang dan cakaran Si Putih sekadar terkena bayang beliau.

"Wulan! Onie! Balik!"
Arah Arjuna sambil terus menepis serangan kamikaze Si Putih. Sesekali Arjuna membuat aksi akrobatik sambil menghentam Si Putih menggunakan buluh pengait mangga.

"Tapi Arjuna...."

"Balik! Arjuna boleh selesaikan."

Wulan berjalan terdengkot-dengkot balik ke rumah diikuti Onie.

Si Putih ialah seekor kucing yang sangat besar, comel, berbulu gebu sangat seronok dipeluk. Tapi Wulan terlupa, Si Putih juga merupakan seekor kucing gila.

Menjelang petang, Arjuna pulang dengan kemenangan sambil menjinjing mayat Si Putih.














Si Putih mati dilanggar dan digelek kereta semasa sedang cuba melarikan diri dari Arjuna.

p/s: Hero sepanjang zaman...


save the earth...

Ahad, 13 Disember 2009

Buat Baik Berpada-pada

Buat baik berpada-pada, buat jahat sekali-sekala.

Heh, peribahasa yang sengaja ditukar dewasa neh. Apa yang cuba dkatakan, kalau nak buat baik pada orang, bersederhana la. Tak perlulah keterlaluan cuba menjaga hati seseorang sampai mengabaikan perasaan seseorang yang lain atau sampai menyakitkan hati dan pertimbangan sendiri.

Heh, dah lama aku cuba berlagak gembira setiap kali berblog. Pada aku, cukuplah DNO merakamkan kesakitan dan kepedihan, ONB, atau ESFIE, mestilah sentiasa rasional dan selalu mendatangkan kebahagian meskipun adamasa ia hanya satu rekaan. Kerana pernah satu ketika aku disogok dengan kata-kata yang akhirnya menjadi salah satu landasan aku.

Situasi: Kelas Bahasa Arab
Tahun: 2001

"Sape lagi tak faham maf 'ul bih ni?"
Soal Ustaz kecik - sebenarnya hanya berbeza beberapa tahun dengan beliau tapi kerana ilmu yang jauh lebih tinggi beliau layak menjadi guru. Matanya merenung sesatu wajah blurr di hadapan beliau.Pandangan jatuh pada renungan aku yang tepat ke buku.

"Faham tak?"

Aku angkat muka. Mengeleng sedetik. Tadah muka blurr.

"Rasulullah." Katanya sepatah. Pandang aku. "Mana maf 'ul mana maf 'ul bih?"

Aku makin kelam. Lagilah tak faham.

"Rasul tu maf 'ul, Allah maf 'ul bih." Terang ustaz kecik lagi.

Aku masih tak faham.

"Baca sekali lagi. Hidupkan baris belakang," arah beliau.

Aku diam.

"Rasulullahi."

Tetap aku mati kutu. Langsung tak datang kefahaman. Bagaimana dalam satu perkataan boleh ada maf 'ul dan maf 'ul bih??

Maf 'ul sifirnya mesti sentiasa marfu' atau sentiasa berbaris hadapan, dan tidak mungkin bertanwin. Manakala maf 'ul bih pula biasanya selepas perkataan maf'ul dan sentiasa berkeadaan maftuh, sama ada berbaris bawah atau atas bergantung kepada perkataan itu sendiri.

Kaedah ini adalah salah satunya bertujuan menunjukkan pemilikan, contohnya "kitabu muhammadin" yang bermaksud buku kepunyaan muhammad. Sekiranya dibaca secara biasa tanpa menghidupkan baris akhir setiap perkataan, ia akan mendatangkan sedikit kekeliruan bagi mereka yang baru bergelumang dengan bahasa Arab, di mana ia mungkin membawa maksud, buku dan muhammad.

"Faham tak?" Pertanyaan ustaz kecik tetap tak mampu aku jawab walau bagaimana aku cuba untuk memahami ajaran beliau.

Mungkin kerana bosan menunggu aku faham, ustaz kecik melanjutkan bicara.

"Kalau tak faham jugak, buat-buat faham."

Dan beliau berlalu kemudiannya memberi ruang kepada ustaz sebenar meneruskan sesi pengajaran.

Ayat beliau yang terakhir, merupakan antara pelajaran termahal pernah aku dapat. berpegangkan ayat nan sebaris itu, aku melangkah setapak lagi ke depan.

Jawapan yang aku dapat?

Heh, Rasul dan Allah adalah dua perkataan, yang selalunya jarang disedari. Justeru, Rasul adalah maf 'ul, manakala Allah adalah maf 'ul bih, yang bermaksud, Utusan kepunyaan Allah.


*************************************************************************************

Dan hari ni, setelah agak lama jemari tak menggigil dek perasaan yang diusik geram dan tak puas hati, kali ni berulang lagi.

Bukan mudah berbuat baik, meski adakala terasa usaha yang telah dicurah bertimbun-timbun, peluh yang menitis sudah hamis basahi wajah.

Cuma, untuk putus asa, belum kot. Aku masih akan tetap cuba membantu selagi termampu, cuma, untuk masa akan datang, harapan perlu dikurangkan. Tak guna mengharap jilatan penuh kasih sayang andai yang dibantu adalah anjing garang yang tersepit di celahan rumpun buluh.

Adeh. Setiapkali kewalahan cenggini, aku selalu terkenang kisah di atas, walaupun jelasnya tak ada kena mengena pun.





p/s: Entry ini adalah entry separa emo. ;P



save the earth...

Khamis, 10 Disember 2009

Cat-Women

Kucing adalah sejenis binatang berkaki empat dan berbulu. Selain itu kucing juga merupakan antara makhluk yang sangat sukar untuk dibenci, sama ada seseorang itu memang sukakan kucing, atau tidak begitu menggemari kucing yang adakala bulunya boleh mendatangkan kemudharatan kepada sesetengah manusia.

Bagaimanapun, kucing sebenarnya antara binatang yang unik. Binatang yang ada pertalian darah sedara mara dengan rimau ini, di mana kucing dikategorikan sebagai karnivor, atau maging, kini makan apa saja. Nasik, ikan kembung rebus, ikan bilis, ayam mentah yang tekah disembelih dan dicabut bulu-bulunya, maupun anak ayam yang baru menetas.

Kucing dan wanita pulak, jarang dapat dipisahkan. Meski dalam sejarah penah tercatat betapa penah wujud sorang wanita yang menerima seksaan yang dahsyat di akhirat dek kerana perangainya yang mendera kucing, ironinya wanita adalah golongan yang sangat sukakan kucing.

Beberapa info menarik tentang kucing hasil tinjauan dan kajian aku secara peribadi:

1. Lebih dengar kata dari manusia sendirik

Kucing di rumah aku penah mencecah bilangan puluhan ekor. Gara-gara adik ke2 aku yang sangat-sangat sukakan kucing sejak kecik memandangkan beliau takde adik, jadi kucing memang sangat bermaharajalela di rumah aku.

Malangnya, aku adalah antara makhluk yg tidak bencikan kucing, tapi pada masa yang sam aku tak tahan kucing bermanja-manja menggesel-gesel di kaki aku, akan mendatangkan satu perasaan rimas yang sukar diungkap. Aku jugak tidak boleh menerima kenyataan bila terjaga dari tidur dek kerana seekor kucing sedang berlingkar dengan bahagianya di kaki aku. Justeru, aku telah mengeluarkan ayat penyata berbunyik :
"Kucing, bilik ni tak bley masuk!" Sambil mata merenung tepat mata kucing manakala telunjuk tepat menghala ke pintu bilik aku.

Hasilnya, kucing-kucing di rumah aku memang tak penah masuk bilik aku lelebih lagi bila aku ada dalam bilik. Andaikata ada yang cuba-cuba menjengukkan kepala, dan ternampak aku, lalu aku jegilkan mata, nescaya kucing tersebut akan segera berlenggang kangkung keluar dan tak jadi masuk.

Sedangkan, adik kecik aku yang sekarang merupakan 'musuh' aku tu, walau patratusbelas kali aku cakap, jangan masuk ini bilik, beliau tetap menonong muka tak bersalah ke bilik aku lantas melompat-lompat dengan gaya santai atas tilam aku sampai nak tercabut spring.


2. Pencetus virus gila

Kucing boleh menyebabkan seseorang menjadi 'kureng' di mata manusia lain. Contoh satu situasi. Seorang wanita ini sangat sukakan kucing. Malah beliau sangat sukakan kucing yang jual mahal.

Sedang berjalan-jalan, beliau terjumpa sekor kucing dengan bulu yang gebu tengah landing baik punya atas jalan. Lantas beliau segera menjadi sangat bahagia dan menegur kucing tersebut. Sebaliknya, kucing tersebut berlagak sedikit dengan menggerakkan ekor, menguap malas dan menjeling. Wanita ini segera bercekak pinggang dan berkata:
"Heh! Eksyen ko ye! Apa, ingat ko comelllll sangattt??"
Tanpa mempedulikan orang ramai yang sedang memerhatikan beliau.

:p

3. Makhluk yang mencederakan

Kucing gila cenderung mencederakan seseorang. Apatah lagi apabila ia diganggu sebelum itu. Kisah ini akan diceritakan dengan lebih lanjut dalam entry akan datang.












p/s: Ada sorang membe aku giler sayang kucing, tandatangan dia pun bentuk kucing... gigih berusaha mencipta tandatangan tersebut.... ;P


save the earth...

Jumaat, 4 Disember 2009

PIZZA 10 minit...

Dah lama aku tingin nak makan neh. Sejak kali pertama aku makan, aku dah menanam tekad dalam hati bahawa apabila balik akmpung aku akan makan lagik. Tapi memandangkan untuk makan aku kena tunggu ari minggu baru boleh ambik moto bapak aku, aku sellau tak dapat memenuhkan keinginan ni.

Malam tadik, tumpang abang aku ke hospital, dan mintak beliau bawak aku ke TESCO, aku nak beli, nak makan, sebab walaupun ada GIANT, PACIFIC, dan macam-macam lagik, tapi kat TESCO je ada PIZZA rm7.99 ni.

Kemain la aku buat ayat mengugut bagai, tapi hampeh...

Aku: Nak makan pizza....
Abang: Ala, kat BILLION pun ada...
Aku: Mana ada...
Abang: Ada..

Sudahnya beliau pegi BILLION. Dan memang takde. Nasib la masa tu ada pakcik ngan sepupu-sepupu aku, kalo tak harus aku tarik muka patbelasratus. Geram.

Last sekalik, petang tadi pinjam moto jiran sebelah, ngan kelajuan 40km/j, aku redah cuaca mendung gi TESCO. Heh, tingin punya pasal! Macam biasa, balik je kena hujan, hujan je masa balik. Nasib baik la x lencun sangat, basah-basah manje je.

Sekali 2 pizza aku beli. Satu yang cheese, satu yang cendawan tuna. Tak leh ambik yang ayam pasal bapak aku tak makan ayam. Nanti beliau buat alasan tamau makan sebab anak-anak beli makanan yang beliau tak makan.

Tunggu abang aku balik sikit punya lambat, last sekalik aku masak je pizza cheese tu dulu. Sape suh balik lambat kan. Masuk dalam oven, soploh minit kendian, pizza dah siap! ;P

Kat umah aku ni bukan bleh beli pun PizzaHut ke, Domino's ke, pasal famili aku memang tak makan memnda camtu. Tapi aku makan. Tak best plak nak makan sorang-sorang. So, beli je yang murah camni, senang aku cakap, tak ada pape yang pelik dalam tu, ada roti ngan cheese je. Heh, bapak aku yang selalu tak suka kitorang makan menda-menda camni, makan plak pizza rm7.99 ni. Heheh..

Berbaloi-baloi....

Licin je pizza cheese tu. Abang aku balik tinggal kotak je. Aku dah cadang nak masak yang lagik satu bila beliau balik, tapi sambil makan pizza tuna cendawan tu, abang aku wat muka kesian asik ulang-ulang dialog sama.

"Mesti yang cheese lagi sedap kan..."

Adik aku yang tengah SPM tu jawab: Tak la sangat, tawar...

Abang aku merenung ke depan. Muka kempunan telur tembakul.

"Mesti sedap...."

Tak kuasa aku nak kesian. Orang suruh bawak gi TESCO tamau. Pastu balik lambat-lambat. Sesuai la tuh. ;P



sebelum masuk oven.....



selepas 10 minit dalam oven suhu 220 darjah celcius.... ni la pizza cheese yang abang aku kononnya kempunan tuh... heheheh




yang abang aku makan, yang ni....




p/s: Sepupu aku kena denggi berdarah... Alhamdulillah dah pindah wad biasa... cept la kot sembuhnya, dah buah hati sanggup naik bas 4jam pastu bermalam kat wad lagik jagakan beliau.... hihi
Syafakallah....


save the earth...