Khamis, 17 Disember 2009

Wulan Story:: Kucing ::

Tahun : 1992
Lokasi : Tempat Jatuh Lagi Dikenang

Wulan termenung merenung ke dada langit. Telinga bingit disumbat gelak-gelak Arjuna. Peh! Dah ada member baru lupakan member lama. Benci! Wulan pandang ke bumi pulak. Yela, lama-lama mendongak ke langit kena la merenung ke bumi sesekali, sentiasa menyedari siapalah diri.

Eh, budak lima tahun berhingus pun kena sedar diri ke? Takpe la, pape jela. Wulan pusing kanan, pusing kiri. Nampak Onie tengah main pasir. Ceh, mainan budak 3 tahun, tak mencabar mental dan fizikal langsung.

Wulan pandang keliling. Tiba-tiba ternampak si Putih sedang beradu dengan amannya. Si Putih ialah seekor kucing yang sangat besar, comel, berbulu gebu sangat seronok dipeluk.

Ting! Mentol kecik warna oren menyala betul-betul tepi telinga Wulan. Macam dalam cerita-cerita kartun. Wulan nampak sebatang buluh panjang yang selalunya makcik Wulan gunakan untuk kait mangga. Wulan jalan comel-comel, tunduk dan capai buluh tu dengan yakin. Wulan senyum lebar-lebar. Melangkah mendekati Si Putih yang masih lena tanpa menyedari marabahaya sedang menghampiri.

Perlahan-lahan, dengan penuh dramatik, Wulan sorongkan buluh panjang ke bawah perut Si putih, kemudian angkat buluh tu dengan sekuat tenaga. Dua-dua tangan Wulan pegang buluh kemas-kemas. Kawal pergerakan dan tahan pernafasan. Sekejap-sekejap Wulan berenti untuk menyeka peluh. Kadang-kadang dahi Wulan berkerut nak memastikan buluh betul-betul berada di bawah perut Si Putih.

Penat jugak nak berseronok ni.

Si Putih pulak terangkat ke atas sikit bila buluh tu diangkat. Setiap kali terangkat dan tidurnya terganggu, Si Putih mengiau sambil jeling-jeling. Tak selesa betul bila bulu-bulunya kena buluh tu. Apala Wulan neh....

Wulan makin seronok. Hilang sudah kebosanan. Nyaris mati kutu sebab sangat bosan. Nasib baik ada putih.

Angkat lagi.
Lagi.
Dan lagi.
Lagi.....

Si Putih menjeling lagi. Makin lama jelingan makin tajam. Wulan kelihatan sangat kecik.

Kena kasi pelajaran sikit nih.....

Angkat lagi.
Jeling lagi.

Angkat lagi.
Jeling lagi.

Tiba-tiba.

"Warghhhh...!!!!!"
"Weoww!!! Meowwwww!!!!"

Arjuna dan Onie sama-sama melihat ke arah yang sama. Wulan terbaring sedang bergelut dengan Si Putih yang naik minyak. Si Putih cakar apa yang sempat. Wulan tahan dengan apa yang ada. Darah memancut-mancut.

Melampau pulak Si Putih nih! Warning gigit-gigit manja dah la! Onie pulak naik minyak. Terkedik-kedik Onie capai buluh yang Wulan gunakan tadi dan mula memukul Si Putih.

Ketang! Kena kepala Si Putih. Si Putih segera menoleh. Budak kecik mana pulak kacau neh?!

Onie tak sempat lari. Giliran Onie menerima serangan Si Putih. Cakar lutut. Cakar betis. Cakar lengan sikit. Banyak-banyak tak boleh nanti tak cun bila besar. Cakar muka. Berhenti tiba-tiba. Tak jadi cakar muka. Nanti ada parut, Putih tak nak disalahkan kalau Onie jadik andartu nanti sebab ada parut. Cakar kaki balik.

Darah mancut-mancut meleleh-leleh.

Tiba-tiba.. ketang!

Si Putih kena pukul lagi. Si Putih terus menoleh. Sape pulak kurang ajaran ni......

Arjuna sedang memegang buluh yang sama dalam posisi yang sangat bergaya. Si Putih nyaris tak mampu melihat wajah Arjuna dengan jelas dek cahaya yang terlalu cerah. Efek angin tiba-tiba ada menyentuh sedikit rambut Arjuna.

"Berani kau ya Si Putih!"
Arjuna berkata sambil melompat tinggi beberapa meter. Belum sempat Si Putih memahami kata-kata Arjuna, sedas lagi libasan buluh mengenai belakangnya.

Si Putih menyeringai sakit. Tetapi segera membuat serangbalas. Si Putih cuba menyerang dengan membuat Lompatan Cakar Sebelas. Badannya dilentikkan sambil menjulurkan kaki depan dengan lurus. Limpahan cahaya matahari yang tumpah ke kuku Si Putih memberi kesan silau kepada Arjuna. Tapi selaku seorang hero, Arjuna berundur setapak ke belakang dan cakaran Si Putih sekadar terkena bayang beliau.

"Wulan! Onie! Balik!"
Arah Arjuna sambil terus menepis serangan kamikaze Si Putih. Sesekali Arjuna membuat aksi akrobatik sambil menghentam Si Putih menggunakan buluh pengait mangga.

"Tapi Arjuna...."

"Balik! Arjuna boleh selesaikan."

Wulan berjalan terdengkot-dengkot balik ke rumah diikuti Onie.

Si Putih ialah seekor kucing yang sangat besar, comel, berbulu gebu sangat seronok dipeluk. Tapi Wulan terlupa, Si Putih juga merupakan seekor kucing gila.

Menjelang petang, Arjuna pulang dengan kemenangan sambil menjinjing mayat Si Putih.














Si Putih mati dilanggar dan digelek kereta semasa sedang cuba melarikan diri dari Arjuna.

p/s: Hero sepanjang zaman...


save the earth...