Isnin, 29 Jun 2009

Awal dalam Akhir


selepas hampir dua bulan aku berjaya jadik luben, tetibe hari ni tah kenapa bara yg kononnya bjaya aku kawal, membahang. sekadar pandang tak punya erti, tapi tatau kenapa trasa bgitu nyeri.
sorang kakak yg tatau kenapa seolah bgitu membenci, walhal penah sekali diungkap kata mau mengingati. memang la, aku sedar, bukan apa yg dikata akan dikota. bukan sume janji layak dipatri. tapi soalan kenapa dan mengapa, yg seminggu dua ni rasanya dalam samar agak jelas puncanya, hari ni menyebabkan beberapa tahun sebelum ni kembali dalam diri. sungguh, sikit aku tak sedar tahun-tahun yg sengaja aku luputkn dari kenangan tu mampu bila-bila masa kembali saat rasa dibalik-balik. jugak, sungguh, aku tamau bebenda yg dah di~dispose tu balik ke sini.
che ~Nab yg ter~ganggu ng mr.PA, terbejat detik mau luahkn kata, aku sikit ada rasa ~frust. kemain aku tertunggu-tggu dialog arini, tup-tup, tersekat. tatau la, personally, aku sukakan kombinasi miss yoyo'oo & mr.~pipit ni.
(apa daa pipit... x paham aku cik kak yg kasi nick ni...)
sambung ayat di atas, pada aku, gabungan 2 tu, nmpk comel & ~pink. x puas mata memandang, x boring otak nk mengusik. dan tatau jugak kenapa, senyum pasti tersimpul saat keduanya tergugap-gagap. semacam sarang tebuan-dicelup dalam bancuhan, kendian dimasukkan dalam minyak panas. kembang, cantik, rangup dan wangi. heh, elaboration utk senyum yg tersimpul. =')
hari yg seolah pjg. sorg kawan yg masih ingin menemani saat aku hampir lepaskan beban lelah. waktu aku hampir hilang daya kawal. a bit suprising, rupanya ada selain ~sweet lady ~brani pertaruhkan hari utk jadi teman detik cenggini. ada rasa tergugah seketika. utk seorang aku, apa yg tjadi arini, meski aku tak bgitu sedar, sebenar adalah satu anugerah.
cuma... apa ini jawapan pada soalan yg sering mendatang?
kiranya aku mmg diberi kesempatan sebegini, sekali lg, aku juga masih tak pasti, apa aku akan mengubah idealogi, demi babak-babak yg blum pasti aku miliki.
aisehmen... tatau la.
cuma, kiranya aku sorang yg ingin dinobatkan teman, jgn sekali kagumi apa yg dilihat umpama kelebihan. dan... klau mungkin, aku tamau benci jdi hadiah terakhir sbuah persahabatan.
sungguhpun benda tu hampir rutin buat aku, tp tatau la, aku masih mgharap ~sumpahan tu akn berakhir. malangnya aku bukan laa mawas yg bleh pulih hny ngan kawen ngan org yg mencintai mawas seadanya.
sumpahan. yg bukan sengaja diberi saja-saja. aku masih dalam proses cuba menerima, meski ada masa cukup payah menahan rasa.
belajar dari pengalaman orang, utk sediakan diri. tp bila kita sendiri terjatuh, saat tu baru tau, apa rasa terjatuh, cemana rasa sakitnya, dan macamana mau bangun semula.
cuma, jgn malu utk bangun. sbb di mana-mana, sentiasa ada ruang buat kita. sama ada mau trus curigai apa yg terbentang, atau mula berhati-hati, dan cuba terima apa dah terjadi bukan satu ilusi.


p/s: buat zuzack, sharing the hurt, is not a fault. buat k.aida, ur words, adamasa semacam hujan masa panas. bila turun, pelangi akan muncul.

** aku feeling sket mlm ni...

save the day...

Jumaat, 26 Jun 2009

Buntu...



-> gaya poyo 2 member...
+aku baru dapat mesej.

-apa?

+member kita cakap prof nk repot on Tuesday, 3 days from now.

-wat??


terasa nak ternganga bila poses bertanya kabar tetibe disulam ngan berita tak best gini. lagi 3 ari repot kena ada atas meja prof. haiya... alamat jgn tdo laa gamaknya.


tapi, takpela, insya Allah sempat. aku cuma nk cerita apa terjadik sepanjang minggu ni. minggu ke7 ni aka 2nd last week, rasanya bleh kot aku namakan, minggu yg pelbagai. bermula ngan hari 1st ngan compactor, ceramah-ceramah kesedaran tentang kewajaran dan kehidupan yg makin lari dari landasan, mimi yg buat OT, adegan tepuk menepuk, cerita yg mengganggu hampir separuh minggu, mesej2 utk miss jasmine (aka miss sweet smile), dan kemuncaknya bila rabu yg memuntahkan lahar. bersesak-sesak dalam lori, dingin sesejuk panas ais, jumpa bos, amuk sorang member, the happiest day, dan air kelapa.


dan khamis yg sinis.


jumaat? yg penuh konflik.


tapi, buat masa ni, ada satu kepastian yg sedang bergayut ; sume ni satu masa akan jadik kenangan yg tamau aku lupakan. well, bkn sumenya manis dan indah, tapi sape kata kemanisan dan keindahan tu hanya pada kuntum bungan purple yg cantik dan menarik? putih pucat melur, tanjung dan kemboja, rasanya, punyai daya tarikan yg tak kurang hebat ngan haruman yg mmg memikat.


so, sape kata cuma hitam je bergaya? putih, sesekali, sesuai meski dipakai saat menaiki lori pembentungan.


warhgg... aku kena buat air, malam ni kena try taip sebanyak yg boleh. jom!

Khamis, 18 Jun 2009

seminggu yang keliatan kosong tapi sebetulnya agak tak terkejar. bermula ngan pagi nyaman yang menyaksikan aku baring lentang di simpang 3 kg. belukar, yg kemudiannya membawa kepada episod che' Nab, minyak gamat yg sjuk dan suap demi suap ke mulut, cuti 3 hari yg unexpected, keterserlahan ulah ~miss-kiddy2, panggilan di pagi hari, kedatangan prof yg mengejutkan, fogging yang di luar rancangan, singgah di p.pekan, mimi di kg.kor, panggilan yg mengisahkan beberapa adegan, jumpa boss, saranan yg sedikit di luar rencana, dan satu hari yg tiba-tiba menyukarkan pandangan.

kali ketiga yang aneh, yg menyaksikan kriss menghentak kia spectra, sebuah pertembungan yg pada perkiraan aku, sekurang2nya aku takkan mampu ke opis cam sediakala atau kriss yg bakal bermandi kepingan not 50. pandangan pertama yg jatuh di jari yg pedih dan sedikit terluka dek geseran di dada jalan, dan dihidangkan soalan yg pada perkiraan aku agak ~kelakar, hampir menggagalkan aku untuk berfikir dalam keadaan sedar. cuma selepas beberapa detik, di situ lah aku mengesan keanehan. ada lintasan, ini ujian, atau peringatan? juga ada bisik dalam diam, ini tanda, atau bunga-bunga balasan?

sehari yg menyaksikan ketiadaan aku.

kehadiran prof yg nyata sedikit menggusarkan. tapi hari yg penuh dengan macam-macam perkara di luar jangkaan. langkah yg panjang hingga ke pasir pekan, bawak moto ke kem kijang, join fogging, dan mihun sup tanpa belut. heh!

kendian, 'miniprojek' yg pada aku agak terlambat dan sedikit terlewat. tapi, apa la guna bicara kalo kekata hanya mengundang bencana. so, tergolek atau digolek, sakitnya pasti!

dan, khamis yg tatau cemana, semacam karak yg tersentuh langsir kain. bebenang pantas dihinggap nyalaan membahang. mujurnya, marak belum menggila. sekadar sedikit rasa bengang dek sekujur diri yang enggan menunduk meski kedudukan semakin rapuh di ranting yg mulai keguguran dedaun.

penyudahnya, sebuah panggilan yg memunculkan sebuah lintasan. umur memang sekadar angka. berkali-kali frasa ni jadi pengubat, tapi kali ni ia di luar jangkaan sama sekali. dan sebuah lagi kisah rentetan dari kisah-kisah diperdengarkan. kali ni hanya kelu, dan terkedu.

ringkas kata, minggu yg bakal menjelang moga jadi pengubat untuk ~inche pemimpin, dan jugak jadi pendamai buat kuncu-kuncu praktikal.

dan... to compactors, here we come!

save the earth, dude.

Khamis, 11 Jun 2009

Mendung yang Melanda

tempoh dua bulan, aka 8 minggu, logiknya takkan sempat membuahkan pape yg besar atau ~menakutkan selain kes minggu ketiga ari tu yang mana dah pun ~diam cenggitu menjelang pertengahan minggu keempat.



tapi rupanya ~cornflakes cukup mudah pecah dan berderai. walau sekadar terhentak ke lantai, terpijak pulak sampai berkecai.



baru mencecah sebulan tempoh di sini, bermacam aktiviti dah sesama kitorang lalui. dari sesama breakfast, sesama naik kompaktor, kendian sesama plak ke pcb, dari gotong royong yang menjadi gotong ~rayau, sesama ke kbmall, meratah ayam & cheeze wedges, berkongsi float, sesama dapat ~telur mas hj.din, & sesama ber~binggo.

cuma bila deretan ~sesi luah meluah berlanjutan, panas yang mulanya menarik dan menghangatkan mula bertukar mendung. angin plak x lagi menyapa senang, sebaliknya mula bertiup kasar dan menbentuk puing-puing kecil. silap langkah yang diatur, bleh terbang melayang timbunan kertas maupun timbunan minitesis yang ik lambakkan.

bertitik-tolak dari senyum yang sengaja dilempar tawar, terseret jadi segaris senyum yang sengaja melindung sakit. bermula dengan tidak senang yang sengaja diukir sekadar menambah babak-babak sehari-hari, berlanjutan jadi sakit yang tak terubatkan.

api yang sengaja dihidupkan sekadar menghangatkan kedinginan, dan suka-suka menambah lempar segala jenis kertas dan bahan mudah bakar, hingga terlupa sedang berada dalam bangunan yang masih ramai masyarakatnya, alpa api dah mula marak tak terkawal. terlalai, angin yang sukar ditebak tiupannya turut jadi sebab nyalaan makin membahang. hilang seketika dari ingatan, walau ia tak penah minum sebaliknya hanya makan, tapi ia sebenarnya sentiasa kelaparan.

api makin marak.

tapi air tak kedapatan di mana-mana.

sempatkah bangunan ni bertahan 3 minggu lagi?

kesengajaan yang sedang memakan diri. mau membenci atau pun mau menyukai, terserah korang. tapi saat memilih untuk membenci dek hanya kehilangan sesuatu yg tak penah pun dimiliki, tersasar sudah pilihan itu. umpama sengaja mengusik k.zu yang bebila masa bleh berikan tamparan maut. =)

justeru, nyalakan unggun kalau mau. tapi bersedialah untuk turut terbakar sama.

well... save the earth! and stop BANGAU-ing, plis!



Ahad, 7 Jun 2009

Member-member...


Satu saat aku diusul supaya melupakan, mengabaikan, bolayan, & buat bodo. aku jugak dimintak supaya memaafkan, tak marah, tak amik ati, tak trasa & trima je seadanya. aku dicadangkan berlagak biasa, selamba, & anggap laa takde pape.

tapi bila inche ~kacangtanah yg beriya nasihatkan aku supaya gitu gini, bila dia sendirik tertusuk duri dek terusik semalu, tau plak betapa susah nk ~hilangkan ingatan tu. mungkin member aku yg sorang ni terlupa, darah bleh berenti mengalir, luka pun bleh kurang pedihnya, parut pun ada je harapan nk hilang (rajin-rajin la letak bio-oil ye... =p)

bila dah trasa?

minum ais pn bleh je trasa panas. mandi pun bleh rasa rimas. makan nasik pun bleh rasa mamah pasir.

bagi nasihat, cukup best. macam macam petik jari & dapat sume tanpa bukak mulut. dengar nasihat plak banyak level. 1st, dengar nasihat dari miss-know-everything. perghh... rasa cam nk terjun dari tingkat 7. atau, rasa cam nk berkurung dalam ~bilik kecik. pun, rasa nk tgk tb wat tatau apa dia duk bebel. rasa nk carik plaster lekatkan kt mulut dia pun ada gak. 2nd, dengar nasihat dari miss-tooooooo-rasional. "kiter kena anggap ni ujian, ada hikmahnya kat memana... bla3..." kalo wat karangan maunya 4 cawan kopi dr.ismail kena minum nk baca sampai habis. 3rd, miss-philosophy. yg ni ala-ala nk pitam la. beralas-alas bahasa. blum campur ngan bunga-bunga, breathbaby la, daisy la, okid, bla3. 4th, miss-koya-paham. "saya tau... saya paham... saya pun dulu..." erkghhh.... ingat sesi bercerita kisah anda ke? yg kelima lak... miss-try-2-understand. kekadang ok, kkadang mengundang rimas yg tak sikit.

aku paling bingang bila jumpa ngan miss-know-everything. not forgoten miss-toooooooo-rasional. sikit aku tak nafikan, sume apa yg terjadik sume adalah ujian, test & ingatan Tuhan untuk kita. cuma, kekadang, org yg bercakap melihat org yg sedang menanggung beban masalah sebagai org yg nill pasal hakikat ni. (tingat masa F4 aku penah sound sorang classmate pasal being tooooo-rasional ni la... sori ye..)

berbalik pada member ~kacangtanah aku tu. dia pun perlukan ungkapan kata pohon maaf. memang dia bleh berlagak biasa, cam takde pape, tapi tak bleh nk tipu diri sendirik betapa ada rasa seksa menanggung rasa sakit ati tu.

bukan nk pulangkan buah keras ke hape ke, cuma saja, saja nk ajak member aku tu supaya ingat balik apa yg dia katakan. & kalo rajin, cuba letakkan diri pada tempat aku masa dia utarakan pendapat dan pandangan dia. aku cukup berterimakasih atas ke~ambilberatan dia masa tu, masa di mana aku dipandang semacam, rasa semacam. member aku ni plak antara yg nk dengar apa yg aku nk kata. antara yg masih mau jadik member pada masa org lain terpinga-pinga memandang aku. justeru (perkataan peberet aku sejak aku tau maknanya...he), kalo member aku ni terusik dek sesuatu yg mungkin tak disengajakan, aku plak diusik sesuatu yg mungkin disengajakan. (siottt... sebak lak, leceh!)

ketidaksengajaan tu (mungkin tak sengaja...) pun mampu mengharubirukan member aku ni sekejap, apa lak ngan kesengajaan (pun mungkin laa...), nyaris ~penambahan cam aku ni berubah total. dari hijau semata, nyaris aku jadik kameleon yg sukasuka tukar-tukar kaler.

so my fren, memaafkan mmg tak susah. yg susah, nk lupakan sepatah, sebaris, maupun seperenggan kata. well, org kata, tajam mata pedang, mata parang dan mata pisau, bisa lagi lidah nan lembut melentok.

save the earth!