Khamis, 11 Jun 2009

Mendung yang Melanda

tempoh dua bulan, aka 8 minggu, logiknya takkan sempat membuahkan pape yg besar atau ~menakutkan selain kes minggu ketiga ari tu yang mana dah pun ~diam cenggitu menjelang pertengahan minggu keempat.



tapi rupanya ~cornflakes cukup mudah pecah dan berderai. walau sekadar terhentak ke lantai, terpijak pulak sampai berkecai.



baru mencecah sebulan tempoh di sini, bermacam aktiviti dah sesama kitorang lalui. dari sesama breakfast, sesama naik kompaktor, kendian sesama plak ke pcb, dari gotong royong yang menjadi gotong ~rayau, sesama ke kbmall, meratah ayam & cheeze wedges, berkongsi float, sesama dapat ~telur mas hj.din, & sesama ber~binggo.

cuma bila deretan ~sesi luah meluah berlanjutan, panas yang mulanya menarik dan menghangatkan mula bertukar mendung. angin plak x lagi menyapa senang, sebaliknya mula bertiup kasar dan menbentuk puing-puing kecil. silap langkah yang diatur, bleh terbang melayang timbunan kertas maupun timbunan minitesis yang ik lambakkan.

bertitik-tolak dari senyum yang sengaja dilempar tawar, terseret jadi segaris senyum yang sengaja melindung sakit. bermula dengan tidak senang yang sengaja diukir sekadar menambah babak-babak sehari-hari, berlanjutan jadi sakit yang tak terubatkan.

api yang sengaja dihidupkan sekadar menghangatkan kedinginan, dan suka-suka menambah lempar segala jenis kertas dan bahan mudah bakar, hingga terlupa sedang berada dalam bangunan yang masih ramai masyarakatnya, alpa api dah mula marak tak terkawal. terlalai, angin yang sukar ditebak tiupannya turut jadi sebab nyalaan makin membahang. hilang seketika dari ingatan, walau ia tak penah minum sebaliknya hanya makan, tapi ia sebenarnya sentiasa kelaparan.

api makin marak.

tapi air tak kedapatan di mana-mana.

sempatkah bangunan ni bertahan 3 minggu lagi?

kesengajaan yang sedang memakan diri. mau membenci atau pun mau menyukai, terserah korang. tapi saat memilih untuk membenci dek hanya kehilangan sesuatu yg tak penah pun dimiliki, tersasar sudah pilihan itu. umpama sengaja mengusik k.zu yang bebila masa bleh berikan tamparan maut. =)

justeru, nyalakan unggun kalau mau. tapi bersedialah untuk turut terbakar sama.

well... save the earth! and stop BANGAU-ing, plis!



Tiada ulasan: