Sabtu, 31 Oktober 2009

Muslimat M1............summarize

lokasi: nilam puri
masa:2007



3 yang berdiri, cuma sorang yang tinggal kat nilam puri, yang jugak merupakan antara yang paling rapat ngan aku masa kat nilam puri. pengapit beliau yabg berdua tu dapat offer pASUM dan ni adalah rehlah terakhir kitorang sesama.

yang buat peace tu pun turut ikut jejak sama. manakala yang duduk kedua dari kiri tu plak, keluar jugak, sebab dapat offer SPA. serius aku x percaya akan terpsiah ngan beliau yang jugak merupakan antara kawan paling baik, sopan santun segala.

lepas amik result sem 2, beliau ke rumah aku yang cuma kira-kira 1km dari UM nilam puri.

beliau: kita dah x jumpa sem depan ni tau.
aku: eh, kenapa? pegi pasum ke?
beliau senyum je.

"saya dapat buat nursing."

sepanjang hari lepas beliau balik aku cam terpenyek je tepi dinding. x leh trima btol kenyataan tersebut.

bila bukak sem, cuma tinggal 12 orang pompuan, 17 lelaki. sekaligus mencatat sejarah kelas yang lelakinya paling ramai dan pompuan paling sikit. tapi tiapkali kelas, nampak cam sama ramai je.... tatau la kenapa. =p


hanya ni yang tinggal.....

teringat satu hal. aku bertiga masa tu dengan sorang member jawa dan lagi sorang sabahan. bila bercakap, masing-masing bercakap dalam loghat sendirik. jadi bila kitorang bersembang bunyinya lebih kurang macam ayam bercakap ngan itik.

tapi speselnya, masing-masing paham apa yang dicakapkan. hehe...






ps: tingat pipah yang pendiam buat lawak... x payah la susah-susah buat air, jus pun x pe....



save the earth...

Terkenang Nilam Puri

malam ni tetibe tercerita panjang ngan member pasal kisah-kisah kat nilam puri. kisah muslimin muslimat dulu. kisah masing-masing muka x menahan masuk kelas. kisah jalan asing-asing, tunggu bas senyap-senyap. kisah munaqasyah, kisah saling bertikam lidah, kisah saling mengerling ke kanan kiri.

korang sume yg terlibat, izinkan aku terbitkan kisah kenangan nih.




barisan budak laki....

aku stat dari kiri sekali...

akmal. sgt tinggi. haha... orang wangsamaju, masa raya tahun lepas kitorang reramai ke rumah dia. kira-kira 3 tahun dulu kat UM nilam puri, ada sekali ni, kitorang punya eseimen kelas kena buat pogram untuk bebudak selama 3 hari 2 malam.

beliau nmpk sangat enjoy la. ada sekali sorg budak ni mintak tali kad matrik yg bertulisan UNIVERSITI MALAYA, beliau ngan sengeh memenuh kat muka kasik je.

akmal: (sambil kasik tali tersebut) nah. tau tak nama abang?

budak tu amik sambil pandang akmal dengan muka terkulat-kulat. pastu pandang kekawan dia. muka blurr. akmal ulang sekali lagik soklan dia. budak tu pun masih dengan reaksi yg sama.

aku dah x tahan nak tergelak.

aku: akmal, cakap slow sket.

akmal: (muka pndang aku gaya terkejut.)ha??

akmal mungkin ingat aku suruh perlahankan suara, tapi aku sebenarnya suruh dia perlahankan speed percakapan beliau.

dengan slanga bandarnya, cakap cam peluru berpandu, memang agak sukar untuk bebudak kelantanese yang tak penah bergaul dengan orang-orang berbahasa slanga bandar untuk paham.

akmal ulang sekali lagi soklan beliau, sepatah-sepatah. dan akhirnya budak tu jawab.

"tak tahu."

aku terpaksa tahan gelak sekali lagi.

adeh, baru sorang dah panjang, cemana??

yg keempat dari kiri, berbaju hitam, masa kat nilam puri dulu selalu jadik mangsa perbualan aku ngan member aku yg sorang nih. sebab, beliau tersangat la masam mukanya. dan beliau penah cakap, beliau x suka belajar kat situ. katanya, x suka naik bas jauh-jauh. tapi bila result, gempak je. tipu kan, saja cakap x suka belajar la, x paham la. tipu la anda ni. =p

ooo ye, beliau penah membuat sorang kawan kitorang nangis. hehe....

yg ke-7 dari kiri berspek mata, adalah subjek yg selalu menyebabkan aku bengang masa tu. beliau bagaimanapun sekarang sedang berada di............. mana ek? mesir kot. haha.... yang pasti, masa kitorang sume buat satu majlis perpisahan suprise untuk beliau, beliau telah menangis. aku sangat.................... suka hati. hehe.

sebelah beliau yg berambut aproo ala-ala tu adalah ketua kelas. jangan silap paham, kami sume sebaya saje. beliau hanya berusia 19 tahun pada ketika ini.

yang ketiga dari kanan. beliau adalah kelantanese yg agak mempunyai bilangan peminat yang berlemon-lemon manyaknya. kenapa aku begitu pasti? kerana salah sorang kawan aku adalah peminat beliau.

aku: apesal ko minat dia? kurus je aku tengok......

kawan aku: sebab nama dia kiut. (tangan pintal tudung, mata pandang atas terkelip-kelip sambil sengeh ngengada...)

info tambahan, salah sorang peserta pogram 3 hari 2malam tu plak, angau habis ngan inche kelantanese nih. tiapkali sms aku gerenti bertanya pasal abangnya yg sorang nih, sampai naik lenguh aku menaip pasal beliau. =)

yg kedua dari kanan.

heh, aku selalu confuse bila beliau bercakap. slanga beliau, aku kadang-kadang terpikir... adakah beliau dari rantau panjang??? =p
tapi bila beliau mula berhujah, aku terpaksa salute.

bersambung di entry akan datang.........

*pasal muslimat lak lain kali.....*




p/s: kenangan bertimpa-timpa..... tapi kena cerita lain kali plak....










save the earth...

Khamis, 29 Oktober 2009

-NorulHusna-

lokasi: DK 2, API
masa: kelas terakhir sem 1 2009/2010

Wulan: nanti nak mintak nota...

Snow: nota kita pun macam ni..... (sambil belek-belek nota)

Wulan: xpe, x pe, nanti kita pakat gabung la.... (gelak)

Wulan tarik selai kertas dari buku. tenung Snow lama-lama, gilir-gilir kertas kat tangan. senyum comel tiba-tiba.

Wulan: sekejap aa....... (tunduk fokus kat kertas)













beberapa minit.....

Wulan: nah. (sengeh)

Snow: apa ni?













"Nirmala sepi menyapa
Ombak menghempas mesra
Rimbun pepohon beralun suka
Umpama irama tak bernama
Lembut berbisik mengusik rasa
Hangat gigitan mentari senja
Ulah beburung terbang bersama
Suasana alam penuh makna
Namun semua semakin sirna
Alam merana kerana manusia"


Snow: pasal alam ek?

Wulan: (sengeh sambil coretkan sesuatu lagi.)

snow senyum kendiannya bila menatap sekali lagi coretan spontan tuh.















N-Nirmala sepi menyapa
O-Ombak menghempas mesra
R-Rimbun pepohon beralun suka
U-Umpama irama tak bernama
L-Lembut berbisik mengusik rasa

H-Hangat gigitan mentari senja
U-Ulah beburung terbang bersama
S-Suasana alam penuh makna
N-Namun semua semakin sirna
A-Alam merana kerana manusia













p/s: aku kebuhsanan........................menda gini pun saja nk publish gak... =p

Rabu, 28 Oktober 2009

Pisang Belayar

pisang emas dibawa belayar,
masak sebijik di atas peti,
hutang emas boleh dibayar,
hutang budi dibawak ke mati...


bertitik-tolakkan pantun 4 kerat ni la agaknya sekarang ni ada pisang yang boleh belayar ke tengah laut....


8+1..................... sume muka cuak............... ;P


sebelum naik baca doa dulu.... yg x tahan aku ingat nak baca doa selamat ke apa, rupanya pembaca doa bantai baca doa naik kenderaan. naik kenderaan pun naik kenderaan la.... pembaca doanya plak duk atas bot, jadik jurugambar x bertauliah... haha...


pisang membelah lautan..................





berterabur je sume bila dijatuhkan................


peace.................. setelah berjaya mengharung 15 minit......................







p/s: kekeringan perkataan................................. malangnya..........



save the earth...

Selasa, 27 Oktober 2009

Dear.......




MAW.... akak x balik tau study week ni.. akak kena siram sayur sawi ngan bunga balsams. so, ko jaga bantal besar hadiah sem last akak masa kat UM nilam puri tu bebaik tau, jangan nak wat mandi ngan bantal tu plak.

MAW... sementara akak x balik ni, maknanya ko x kan dapat la baju baru rege rm5 sepasang upin ipin ke, ben sepuloh ke, spongebob ke, kaler merah yg ko suka ke, kuning yg ko minat ke, biru yg ko asik nk pakai tu ke..... jadik ko jangan nak main-main air selang 20minit plak, jenuh la mak nk tukar baju ko tu tau....

MAW.... memandangkan memember ko dah pindah, ko jangan la nak memanjang-manjangkan kaki ke rumah atok doram ye, nanti jenuh la mak nk cari ko cam ari tu. ko bleh je sadin duk dediam kat belakang pintu sampai nangis-nangis mak carik ko tuh, pastu bleh je timbul cam gitu, ngan muka inosen x tahan....

MAW... bila akak dah balik nanti, ko jangan lak nak main kesat-kesat air liur bagai kat baju akak, cam ari tu. 5 minit pertama akak balik ko bleh je wat muka memalu bagai, pastu x sampai setengah jam ko dah turun kejar akak ngan tangan bersepah air liur tu kan. ngan orang lain ko x wat, ngan akak je ko sesaje ngengada banyak kan....

MAW... nanti kalo akak dah balik, ko kalo nak main gusti bagai tu, pepelan la sket. suka kan debik belakang akak, gaya dah cam hulk campak kete je kan. pepelan la sket, lebam belakang akak ko jugak yg akak kejar satu rumah nanti....

MAW... nanti kalo akak sampai pepagi hari sebelum subuh cam aritu, ko jangan ngengada nk cakap 'biar la... jangan la...' bila akak kejut ye. cam akak dulik ko nak bangun ke x, akak kacau je sampai ko bangun ok.... hade akak kesah ko nak nangis bagai cam budak 2 bulan??

MAW... akak malas la nak beli mainan ngan makanan kat ko, akak beli ni ko x makan, akak beli tu ko sepak wat bola. jadik kalo akak balik kang akak belikan baju rm5 sepasang cam selalu je la ye....

MAW... akak ader discussion kejap lagi, sekarang dah masuk maghrib, akak blah dulu la ye...

MAW.... akak harap bila akak balik ni ko x bertambah comot.... jadik hensem sket, baru senang ati sket akak nak bawak berjalan.... =p


bergaya ngan otromen baru........ tapi x lama rasanya tuh......


ps: dalam mood tingat kampong...............







save the earth...

Isnin, 26 Oktober 2009

GaramPembunuh

Garam adalah antara bahan wajib bila ada aktiviti masak memasak di dapur, di ruang tamu, piknik dan semacam lagi. garam jugak boleh digunakan dalam poses mendera tahanan atau dalam cte2 seram ngeri dengan menaburkan garam di atas luka yang mana boleh menyumbang kepada kelangsingan bunyik jeritan. dalam pada masa yg sama, garam jugak berpotensi membunuh nyamuk.

caranya?

taburkan garam di atas alas pinggan mangkuk sebelum letakkan pinggan mangkuk di atasnya. bagaimanapun petua ini hanyalah untuk mereka yg tidak mengelap pinggan mangkuk selepas dicuci, seperti aku. =p

selepas satu minggu, angkat semula pinggan mangkuk dan anda akan dapat melihat takungan air jernih tanpa ada bebenda terjentik-jentik berwarna merah yg agak menggelikan saraf di situ.

anda akan terselamat dari gigitan nyamuk aedes dan jugak dari disaman oleh Jabatan Alam Sekitar yang membuat rondaan mengejut.

sekian, terima kasih,












ps: akhirnya x payah nk cuci mendalah alas tu 2x seminggu...............

Ahad, 25 Oktober 2009

TelukKemang

2 taun lebih duk KL, tapi kali pertama ke PD. pegi plak bkn sbb bersuka ria berpiknik bagai, tapi kerana 20 markah yang dijanjikan lecturer ethics, policy & law. =)

0725 bertolak, penuh ngan bising gegak gempita bagai, ada sesi bergambar cam selalu, dan jugak sesi makan kepek pisang dan segala bagai menda yg ada. x lama pastu memasing dah terlelap sebelum sesedar kul 0900 dah pun sampai kat Teluk Kemang.

bila sampai tu mulakan hehapa yg patut, ada yg susun-susun kusi, gantung banner bagai, so aku mengumpulkan 'sandwich team' utk siapkan sandwich, kononnya breakfast la untuk sume orang...

kendian ada sket ucapan perasmian dan pastu bermula la 'Beach Cleaning Programme' kat Teluk Kemang. kitorang yg satu bas ni dibahagikan kepada 3 kumpulan dan mula mengutip hehapa yg dianggap sampah. aku ngan member aku jumpa beberapa diapers yg terbenam cantik dalam pasir pantai.

sumpah ni kali pertama aku ke pantai yang bila air pasang ombaknya cuma beberapa inci dari benteng. dan beberapa kerja penambahan benteng untuk menahan hakisan jugak sedang dijalankan masa tuh.

kira-kira sejam lebih kendian kitorang selesai mengerjakan sesampah yang ada di pesisir pantai (sambil snap gambar mana yg patut) kitorang kembali ke stage balik untuk penentuan sampah saper paling banyak untuk dinobatkan sebagai pemenang.

walopun kitolrang begitu teruja untuk wat ucapan selaku juara, malangnya majlis perbandaran pd memutuskan kumpulan 2 telah memenangi pertandingan ni memandangkan sampah doram terlalu banyak. cessttt... tapi x pe, sebab hamper sume dapat. haha....

lepas zohor aku akhirnya join satu aktiviti yg sumpah aku x penah buat dan rasanya mmg x penah terpikir pun nak buat. tapi aku dah pun join kekawan aku dan menda tu mmg serunukkkk....

tapi lain post la aku citer. =p
bila tu x dapat dipastikan sbb study week dah pun bermula............. haha


'sandwich team'...... sapu planta kat roti, sapu sadin yg dah aku siapkan malamnya, letak timun ngan tomato beberapa layang, tutup ngan roti lagi, potong..... siap!


dirasmikan oleh Dr. Pozi Millow.... pensyarah BioMonitoring masa tahun 2..... sadin je beliau membaca teks... hihi.... papehal, tqvm Dr. sbb sudi datang..............


kumpulan aku sumenya..... inche yg berspekmata kat blakang adalah ketua kump..... posing selepas berjaya ke hujung pesisir pantai..... paling kiri, cik Pah, beliau demam sebenarnya, tapi tetap join menunjukkan sokongan x berbelah bagi! aja-aja fighting Pah!


memasing bising..... hehe.... sampah yg berjaya kitorang kumpulkan......


pemandangan dalam perjalanan balikkk............ kul 1600 bertolak balik & kul 1725 sampai UM...... penat, tapi seronok.... =p







ps: balik kena wat repot plak...... apakah sumbangan anda? aku jawab.......... wat sandwich??? bleh time x?? =)





save the earth...

Jumaat, 23 Oktober 2009

ArJuna Si Perancang Onar

Tahun: 1992
Lokasi: Sekitar rumah kampung


Arjuna mundar-mandir gaya sangat susah hati. Jenuh tumbuk-tumbuk tapak tangan. Muka berkerut macam kena sembelit.

"tak boleh jadi ni..."

Arjuna segera membuat keputusan dan mula merancang.

1. Misi hendakla dilaksanakan selepas 0830. (sebelum tu masih sangat sejuk dan mush masih berlegar-legar di kawasan target.)
2. misi mesti diselesaikan sebelum 1630. (selepas itu kawasan target akan kembali berbahaya dan kemungkinan untuk tertangkap amat tinggi.)

bagaimanapun sebelum melaksanakan misi ini perlu la mencarik kuncu-kuncu terlebih dulu. tapi Arjuna x risau kerana beliau sangat bijak dalam menghasut dan mempsiko orang.

"tanak la Arjuna... nanti kena tangkap bleh kena hukuman mandatori tau!"
Wulan cuba menakut-nakutkan Arjuna.

"Wulan x payah la risau pasal tu, Arjuna dah ada plan bila musuh ada dan x de. kita mulakan misi lepas musuh dah beredar, selamat punya!"

Wulan diam. berpikir dengan sirius.

"Lagipun seronok tau... rugi lah Wulan x ikut..."
Arjuna tayang senyum paling menggoda.

"Oni macamana?"
Wulan pandang Oni yang tengah kesat hingus.

"Oni ikut Wulan."

Wulan pikir lagi. Dongak pandang dada langit kot-kot ada eskrem perisa vanilla jatuh.

"Ala Wulan... jomla," gesa Arjun. penat la tunggu Wulan pikir lama-lama. "lagipun, papehal jadi nanti, kita tanggung la sesama..."
pujuk Arjuna lagi. dah x tahan nak memulakan misi. Dah menggeletar kaki memikirkan misi yang akan berjaya.

"OKla."

Akhirnya! Arjuna sengeh puas hati. kecik-kecik dah pandai memujuk. besar-besar nanti ada harapan jadik lelaki tampan ada aweks ramai. Arjuna sengeh lagi panjang.

"Cepatla!" Arjuna terpisat-pisat. terberangan plak, heh!

1600: MISI BERMULA.

tak berapa lama....

"Arjuna...! Wulan...! Oni...!"

"Alamak... musuh dah datang!" Arjuna cuba menyorok.













PAPPP!! PAPPP!! PAPPP!!

bunyi gemersik ranting pokok rambutan singgah di betis Arjuna, Wulan dan Oni.

"Lain kali mandi kolam lagi.... habis keruh air, macamana ikan keli papa nak idop??"











p/s: ArJuna adalah mastermind.....


save the earth...

Khamis, 22 Oktober 2009

ArJuna

Tahun: kira-kira 1988
Lokasi: Depan umah kampung...


Arjuna renung air dalam parit dalam-dalam. memerhati penuh perasaan. riak-riak kecik yang terbentuk tiapkali angin bertiup. air yang mengalir perlahan. jernih sampai batu-batu kecik di dasar nampak jelas. Arjuna ketap bibir sikit. ketap kuat-kuat nanti sakit.

"mummy, basuh tangan cikit!"

ArJuna tenung muka mummy dengan mata bercahaya-cahaya. mummy senyum tengok budak kecik umur bape tahun pastu angguk.

Arjuna kembali merenung air dalam parit depan rumah. celup satu jari. Arjuna pejam mata, menikmati rasa sejuk dan nyaman. celup sume jari. ngg.... Arjuna menggeletik. tersenyum miang.

"mummy... basuh kaki cikit!"

"mumy... basuh cikit lagi!"

diam.

senyap.

mummy mula x sedap ati.

pusing tengok Arjuna.

KECEBURR!!!!!

"Arjuna.........!!!!"

Arjuna tersengeh dari dalam parit dengan cuma kepala yg terjengul. paras dada ke bawah dah selamat dalam air.

"mummy.... mummy... tobat mummy...."

Arjuna yang basah lencun jalan tersenget-senget dengan telinga dipiat mummy. kurang macho.




p/s: tingin mengabadikan cite zaman kekecik... =)
mana la taw tetibe aku terhilang ingatan tetibe.....












save the earth...

Final Presentation...!!!!

tarikh: 22 Okt 2009
lokasi: SE.9, MUCED

hari presentation IWM. 20 minit setiap grup, 5 minit sesi soal jawab, x termasuk masa prof nak bg komen dan segala bagai lagi.

penat, dan seronok pada masa yang sama. hehe... pezen stat pukul 0900 dan berakhir kira-kira 1430. perghhh... masa nk pezen plak, cabut undi dan dengan bgus sekali grup aku dapat giliran yang kesepuluh, yg terakhir. ngg..!!!!!!!!

wahhh... aku penat.... tapi tingin nk letak gambar manyak2......



kump pertama pezen... yg jugak merupakan kumpulan terbaik.... bentang pasal minyak masak yg dah digunakan kepada biodiesel....

ni bukan dodol walopun rupanya iras-iras.... ni adalah minyak masak yg dah digunakan dan dah melalui beberapa poses yg kendiannya bertukar menjadik sabun..... siap ada demo basuh tangan guna mendalah ni......


kump kedua pezen.... membawa isu Pay As You Throw, bleh ke implement kat mesia? buleh ke??


kump keempat... hitam sungguh baju2 doram nih....


break sekejap.... minum pagi...


kump seterusnya... aiseh... sape menyorok kat blakang tuh?? my ex-groupmates.... hehe....


sesatunya group yg ahlinya x penah bertukar-tukar...contoh yg sgt setiakawanissszzz....... doram ni pezen pasal plastik. tu yg memenuh atas meja memacam spesies plastik tuh......

susah btol aku nk amik gambar kump ni... inche berbaju putih tu asik perasan aku nk amik gambar dia, saje nk kena denda banje nasik ayam agaknya tuh....


kumpulan pembentang ke 8... ketuanya tuh berketinggian 180cm... doram wat pasal heavy metal, ada satu tumbuhan tu nak meneutralkan kandungan heavy metal kat landfill, punya la tinggi, ada kot 2x ketinggian mr.leader tu.... *slide asik ada gambar dia je....* huhu...


ni lak pembentang ke-9.... ketuanya tuh, dari stat pezen kul 0900 lagi duk bising apa la. seat beliau blakang aku dan kekejap dia bebel, jadi aku tompang sekaki bebel-bebel ngan dia.... =p
doram ni wat pasal Tesco.


ooo... yeahhh!!!! dah habeh pezen.... inche berbaju batek ijau ialah daddy cosmate aku... hahakk... Prof P. Agamuthu.... merangkap supervisor projek aku.... tgk amoi yg berbaju kurung tu, iaitu cik shan, baju beliau telah dihadiahkan oleh cik pija yg sgt baik ati balik raya n suh mak beliau jahitkan utk cik shan.......


pose selepas habis seksa pezen berjam-jam... nggg...... seb baik ujan, kalo x gerenti x sempat nak amik gambar.... hahahhha





p/s: exam time......!!!! taniah kepada best presenter.... cik lean, cik anis, dan miss wen ji.... =p




save the earth...

Rabu, 21 Oktober 2009

Asap....

habis kelas aku cecepat balik. yela, watpe tunggu lama-lama, lama-lama nanti disambar orang! eh, silap lagu. sambung.

aku cecepat balik, kua pagar kampus, pusing-pusing, tukar-tukar gear ngan kaki, benti kejap kat trapiclite merah, gerak balik, wat u-turn, masuk pagar umah. lalu je blok sebelah blok aku, terkujat sekejap.

asap tebal giler berkepul-kepul. asap putih, macam cerita bunian nak turun ke bumi.

terus teringat member aku yg duk kat blok tu cite blok tu baru bape ari lepas tingkat paling atas terbakar, panggil bomba bagai.

harus aku risau, apatah lagi ngan angin yang tengah kuat bertiup, kencang dah macam kudaku lari gagah berani... (silap lagu lagi..)

tiba-tiba aku terperasankan somtin. bau hape nih? hidung segera bergerak-gerak mengikut arah angin. kendiannya aku tersedar...

cett!! orang fogging daa..... ades.....

apa motipp fogging time angin tengah super kencang? hengat nyamuk tu lepak-lepak manja tunggu mabuk asap nak suh mati ke? adeiii.... aku x dapat paham....


semburan fogging..... gaya nak bunuh orang trus! bagaimanapun ni bukanla fogging kat blok tempat aku duk pun... hihi... ni kat kem kijang....


ni menda yg digunakan semasa poses fogging.... haha.. sirius aku lupa apa nama dia...


bila fogging, kena pakai penutup tinga tau, sbb menda ni super bising..........nmpak tanda tuh??





p/s: gambar2 ni gambar masa praktikal.... hehe....







save the earth...

Selasa, 20 Oktober 2009

Bapak yang Taat

tarikh: 19 Oktober 2009
lokasi: Istana Balai Besar, Kota Bharu

kira-kira jam 0945 aku ngan bapakku serta sahabat beliau tiba di depan istana. lepas parking kete kitorang segera masuk ke istana.

perghh... siot sejuk. kalo aku tau aku seret je shawl masuk dalam nih. ni adalah kali kedua aku masuk ke istana larangan ni, selepas kali pertama bersama rombongan lebih 100 orang kira-kira 3 tahun dulu. kali ni, aku masuk selaku tetamu jemputan merangkap pasangan penerima pingat di majlis istiadat penganugerahan pingat dan surat kepujian oleh pemangku raja yang juga merupakan putera mahkota negeri kelantan.

iyer.... inila tujuan utama my mumm beriya suh aku balik sampai kena la aku ponteng kelas ari isnin (aisehh.... hengat ada orang masuk minang ke haper.... isk!) pasal bapak aku adalah antara penerima pingat sempena keputeraan sultan negeri kelantan. majlis ni sepatutnya diadakan bulan 5 hari tu, dan sebab masa tu aku tengah praktikal dekat kampung sendirik so aku ngan sukahatinya telah memberi persetujuan jadik pasangan bapakku di majlis ini, tetapi apabila sultan jatuh gering tetiber, majlis ni telah ditangguhkan hinggala ke tarikh ini. majlis ni jugak bagaimanapun telah disudahkan oleh anakanda beliau... err... baginda.

memandangkan aku dah sampai awal, jadik aku dan isteri member bapak aku, kak ros, berjaya memilih tempat yang sgt strategik. istana ni memanjang, justeru jarak antara putera dan rakyat jelata ni mmg jauh la, tapi untuk mengatasi masalah ini, 2 tv besar dah diletakkan di sisi kanan dan kiri. jadik, kitorang telah memilih seat yang bebetul sebelah tv di mana kitorang dapat melihat dengan jelas istiadat penganugerahan pingat itu nanti. bagaimanapun, seat tersebut bebetul di bawah ekon, jadi suhunya agak mencecah tulang sumsum. kalo bukan bapak aku antara penerima pingat, harus aku berpikir patpuluh kali untk duk kat situ. lainla kalo setiap kali aku menggigil gugur sekeping dinar emas kelantan. suh duk pat lima jam lagi pun sanggup.

majlis dijadualkan bermula 11 pagi, aku lak ngantuk, masa masih ada kira-kira sejam, hapalagi, aku pun memulakan aktiviti memeluk tubuh dan memejamkan mata sampaila akhirnya putera mahkota tiba kira-kira 1125.

dan apa yang aku kagum ngan putera ni, baginda berjalan ngan sangat laju, kiranya x dulik pun orang angkat sembah bagai ke x, dan segera ke kerusi persemayaman.

sebaik saja lagu Selamat Sultan selesai dinyanyikan (oleh kaset), majlis segera bermula. kekaguman aku bertambah bila majlis diselesaikan dalam kurang sejam, kira-kira 55 minit baginda berjaya menganugerahkan lebih 200 pingat.

antara pingat yang dianugerahkan Pingat Bakti, Pingat Seri Kelantan (cam silap je ni....), Pingat Taat, Pingat Perangai Baik, dan Surat Kepujian. pingat-pingat ni dianugerahkan berdasarkan tempoh perkhidmatan dan jawatan. contohnya Surat Kepujian diberikan kepada jaga, pekerja rendah am dan seangkatan dengannya.

majlis tersebut berakhir dengan sangat segera sebab cara yang sangat pantas dan cekap. setiap 8 orang penerima pingat dipanggil dan mereka akan berbaris serta melangkah terus ke hadapan pemangku sultan sehingga kira-kira tiga langkah jarak dari baginda. masing-masing mengangkat sembah hamoir serentak sebelum sorang demi sorang akan ke hadapan untuk dipakaikan pingat. masing-masing dah dibekalkan ngan sejenis pin yang sedia disemat ke dada sebelah kiri di mana pingat hanya perlu disauk ke pin tersebut tanpa perlu pemangku sultan menyematkan satu demi satu pingat ke dada mereka. cara yang sangat pantas dan tangkas. seterusnya setelah selesai kelapan-lapannya, mereka akan melangkah setapak ke belakang, mengangkat sembah, melangkah lagi tiga langkah ke belakang dan segera ke sebelah kanan.

begitula seterusnya sampai selesai majlis.

ada satu scene yang agak kelakar bagi aku. bila tiba tang penerima surat kepujian. penerima pertama ni agak nerbes barangkali. bagi penerima surat kepujian, mereka akan menerima surat tersebut dalam bentuk skrol yang macam konvo tu. penerima pertama ni nampak agak berusia, tapi masih segak ngan baju melayu hitam beliau. selaku penerima skrol, beliau hendakla melapik tangan kanan dengan tangan kiri seraya dihulurkan kepada putera mahkota.

tapi beliau kelihatan agak nebes di mana tangan kiri berada di atas instead of sebaliknya. kelakarnya, bila je skrol hampir diletakkan ke tangan beliau, beliau terperasan beliau silap lapik tangan, otomatik beliau menukar tangan yang bertindih tu... walhal masa tu skrol dah pun diletakkan atas tangan beliau, seb baik putera mahkota blom lepas lagik.

satu dewan tahan gelak, tu pun ada gak yang terlepas. dan aku terperasan putera mahkota sendirik menahan senyum.



ni adalah pin yang sedia disemat kat dada kiri so pingatnya nnt sauk je kat situ....

kotak yang berisi pingat taat....


pingat taat yang telah diletakkan dalam kotak....


19/10/09... tarikh bertuah! kali pertama aku bjaya amik gambar bapakku ini tanpa beliau protes tamau bergambar.... ni selepas majlis selesai.....


penerima-penerima pingat yang sedang bertegur sapa sesama sendirik sebelum memasing melangkah masuk ke ruang istana.....





p/s: hii.... kalut tah pape je malamnya bapak aku carikkan kasut hitam utk aku... walhal bkn pape pun.... haha....

save the earth...

Ahad, 18 Oktober 2009

Tanjung Gila

tarikh: 17 Oktober 2009
masa: selepas sambutan diwali (auta!)

bergegas mengucapkan selamat tinggal kepada forumerz yang super sporting di putrajaya sebaik selesai menunaikan solat asar di rumah puan penganjur gathering.

dari presint 9 putrajaya, kitorang bergerak ke kl semula.

"kita nak gi mana ni?"
nc mula bersuara.

"kita gi makan."
jawab miss ys. mata menumpu ke jalan raya.

uik? bukan baru balik umah terbuka ke nih???

nc: "ha??"

"jauh kita nk pegi ni, bila sampai sana gerenti korang sume dah lapar balik."
kata cik ys ngan kompiden sekali.

co-pilot di sebelah beliau senyum-senyum manja. aku angguk laju-laju. orang nak bawak makan x leh nak bising-bising, nanti rezeki lari.

perjalanan mmg bleh tahan jauh, pasal aku sempat terlelap kejap masa masing-masing berkaraoke lagu "oo yeah oo yeah" serta lagu-lagu wajib setiap kali keluar. kali ni aku x leh nk menyumbangkan suara sebab masih dalam mood sakit tekak bahana demam terkejut.

tau-tau je aku terbau air yang banyak. nak kata bau masin, x jugak. nak kata air terjun, x fresh pun baunya. justeru bau hapekah ini?

aku panggung kepala, julurkan ke luar tingkap yang mmg sengaja dibukak.
perghhh......
Tanjung Harapan.

signboard yang aku nampak sebelum kereta cik ys memarkirkan kereta merah beliau beberapa minit selepas itu.

tanjung harapan ni kat area north port. bila aku google baru la tau rupanya sekitar kawasan ni adalah kawasan perindustrian. patutla aku ada nampak kontena-kontena besar masa nak sampai tu.

bila keluar kereta je aku terpegun kejap. woo... cantiknya. x sangka aku ada peluang nak ke tempat cantik gini masa masih bergelar student.

ooo ye... selain tanjung harapan, tempat ni jugak dikenali sebagai Esplanade pada tahun 90-an dulu dan orang-orang Klang atau mereka familiar ngan tempat tersebut memanggilnya sebagai Tanjung Gila.

heh, dari cik ys yang sering ke sini, kata beliau nama tanjung gila tu lekat sebab bebudak muda selalu jadikkan jalan-jalan kat situ sebagai tempat race. aksi-aksi drift ala-ala impak maksima biasa disaksikan kat situ satu masa dulu sehingga la inche-inche polisi mengambik tindakan mengadakan pelbagai operasi untuk membanteras aktiviti ni.

kata cik ys jugak, sekarang walopun memenda tu dah x de, tapi beliau tetap memanggil tanjung gila.

menurut cik ys, beliau selalu ke sini ala-ala senja gitu untuk menyaksikan matahari terbenam sambil menikmati makanan. (ooo ye... makanan mmg lambat gila sampai, bayangkan teh tarik aku sampai sejuk baru nak sampai nasik aku order...).
malangnya hari tu kitorang sedikit terlambat, matahari dah pun terbenam, tapi tetap sempat tengok kaki langit yang berwarna saga.




dh ala-ala nak merah....

sebelum makan, aku cam biasa la ngengada nak amik gambar dulu, dan unni-unni aku ngan tabah dan sabarnya melayan kerenah doengsaeng doram nih. hehe... komawo unni-unni!!!

lepas makan, bergerak ke hentian putra. aku mendapat arahan supaya mesti berada di kampung menjelang 19 oktober.


teh tarik kat situ best jugak le...





p/s: x leh upload gambar-gambar posing kat tanjung gila sebab dah kena sound jangan nak publish gambar doram.... hihi...


save the earth...

Jumaat, 16 Oktober 2009

Kisah Benar Sengal**003

tarikh: 11 syawal 1430H
masa: 2100
lokasi:stesen bus jalan hamzah

orang berpusu-pusu di setiap kaunter bas umpama ada nasik minyak free untuk setiap sorang. masing-masing memegang tiket bas tambahan berdestinasikan kuala lumpur, shah alam dan seangkatan dengannya. semuanya ingin kembali ke opis dan kampus masing-masing lepas beberapa hari beraya kat kampung halaman. oleh kerana tiket di tangan adalah tiket bas tambahan maka haruslah berkhemah di kaunter tiket sehinggala mendapat arahan dari petugas dan pekerja kat kaunter tersebut nak kena naik bas mana.

selaku seseorang yang kali pertama menaiki bas tambahan, maka bapakku dengan penuh karisma tanyakan tiket untuk anaknya kat kaunter tersebut.

"nanti dia panggil nak bagi tiket betul tau, tggu je kat sini."

"ayah nk gi maner?" menyoal gaya baby 4 taun takut kena tinggal.

"ayah nak gi parking ferrari merah kita bebetol sket, mana tau ada orang bekenan ker..."

aku : saja tarik muker ngengader.

"tggu tau, nanti ayah datang balik, ayah takkan balik sebelum anak ayah naik bas!"
bersemangat sekali, ala-ala ucapan ahli politik nak bertanding lagi 2 hari.

beberapa saat selepas bapakku pergi, segera aku bertukar watak. dari chibi yang comel, kiut dan ayu, segera menjadik shin-chan yg sgt pandai mengambik kesempatan.

tak berlengah aku segera menyelit-nyelit hingga berada betul-betul depan batang hidung inche yang sedang membahagi-bahagi tiket bas. trus aku suakan tangan mintak tiket.

pergh.... tiket bas mutiara jam 2130, lagi 25 minit. hape lagi, dapat je tiket, tak bertangguh aku bukak langkah seribu bayang mencarik bas yang dimaksudkan.

seminit kendian aku terpacak la depan bas yang dimaksudkan. hehe... perut tempat letak bag pun x dibukak lagi. chantekkk...

erkk... mana bapakku heroku nih?

abatiii.... call.

tutt...tuttt.....

awek kertu jawab.

sila cuba sebentar lagi...

x kurang 12 call aku buat x termasuk panggilan rindu ke nombor telepon tangan bapakku. kalah aku yg nak hantar bapakku naik bas.

hingga la panggilan terakhir aku mintak bapakku balik jer sbb bas yg aku naik pun akan bertolak dan aku mmg dah selamat bersedia untuk melelapkan mata atas bas.

"ok la, ayah pun dah pening nak carik bas, dah tatau kat mana ni. ayah balik dulu ye."

"ok daddy..."

dan bas pun memulakan perjalanan yang panjang. sepanjang malam aku pejam mata berselimutkan shawl. bas terus bergerak dan berhenti beberapa tempat untuk amik beberapa lagi penumpang.

bila bas berenti di greenwood dinihari pagi esoknya, aku berura-ura untuk tidak lagi melayan kantuk sebaliknya bersedia untuk tiba di hentian putra subuhnya. tapi saat bas mahu bergerak semula, tiba-tiba beberapa orang lelaki hott di pasaran naik. masing-masing muka penat tahap x hengat. di tangan masing-masing plak ada beg.

salah seorang lelaki menoleh ke arah aku, tapi aku lebih terfokus kepada lelaki yang paling hadapan yang sedang berbicara sesuatu yang penting dengan pakcik driver bas. saja aku tadah telinga luas-luas.

rupa-rupanya mereka jugak menaiki bas tambahan seperti aku, cuma mereka turun bukan di tempat sepatutnya dan mereka bertanya kiranya boleh mereka menumpang bas tersebut untuk mereka selamat sampai di destinasi yang sepatutnya.

terbit rasa kesian pada mereka. lelebih lagi melihatkan muka masing-masing yang keletihan.

cuma, ada sedikit rasa hairan mendengarkan percakapan mereka. orang mana cakap macam ni ek?

*********ulang tayang***********

bila pakcik bas mengangguk-ngangguk, mereka segera sama-sama tundukkan sedikit kepala gaya bow sambil mengucapkan terima kasih.

terima kasih?

kamsahamnida!! KAMSAHAMNIDA!!!!

uik?

aku segera memandang lelaki yang dari awal merenung ke arah aku.

eh?????
apa ni? aku mimpi ke? aku sedang tidurkah ini????

ledo....?
HJL???
omo...... kim hyun joong???!!!

aku bukak mata. cepat-cepat pandang tangga bas.




lima orang lelaki yang naik bas nk mintak tumpang masa tuh.... yg tgh2 adalah yg merenung aku.... =p
sirius, x tipu!!!!













kosong.
tiada sesiapa di situ.
toleh kiri kanan.
traffic light sedang merah.


adessss.......
aku mimpi.
MENCIK.








*p/s:gambar adalah SS501, bandboy dari korea... mempunyai tahap kegorjesan tahap dewata raya.

p/s/s: patutla masa dia cakap tu aku pasan ada subtitle je kat bawah.....='(

save the earth...

Ahad, 11 Oktober 2009

Kisah Benar**002

dada langit mula bertukar kaler. dah mula merah-merah manja sebelum benar-benar bertukar merah tembaga. seorang pemuda berkulit hitam manis yang hanya berseluar slack masih khusyuk meneruskan kerja-kerja beliau. tangan beliau sudah kehitaman bersalut minyak dan segala macam. perodua kancil 2nd hand di hadapan beliau direnung penuh perhatian, bersilih ganti dengan block di tangan kanannya. dahi beliau berselirat kedut memikirkan formula matematik yang mesti digunakan untuk memastikan kereta cumil tersebut bergerak dengan kadar yang laju, lebih laju dari biasa.

"nk pakai pecahan x wajar pastu darab ngan 100 jadik peratus ke, nk pakai persamaan 14h-25=55h?"

monolog beliau sendirian. kepala yg x gatal diketuk dengan spanar T berkali-kali.

"Allahuakbar.... Allahuakbar..."

pemuda tersebut menekan-nekan pedal minyak, menderum-derum bunyiknya.

"kira ok la dulu, kang aku ejas balik la..."

desis beliau. senyum menguntum dan terserlah la lekuk kecik di pipi beliau. saat ini hanya barisan gigi yang jelas kelihatan kerana warna kulit beliau yang tidak berbaju itu sudah sebati dengan persekitaran yang mula kelam.

clockk!! clockk!!

spontan pemuda itu menoleh ke kiri. merenung pintu yang tiba-tiba terkunci.

"tarappappa... tarappappa..."
bisiknya sorang sambil cuba menyanyi lagu nasyid.

pemuda tersebut terus menekan-nekan jam di dashboard. sesekali merenung ke luar melihat dada langit yang semakin memerah.

clockk!! clockk!!

pemuda itu perlahan-lahan memerhatikan keempat-empat pintu yang tiba-tiba terkunci sekali lagi.
ish... maghrib-maghrib nih...
beliau perlahan-lahan membuka pintu, capai anak kunci dan melangkah setapak demi setapak menjauh.

"abangg!!!! maghrib!! dh lewat nihhhh!!!"

kusss..... semangat. wajah adik beliau terjengul di muka tingkap. masam bagai tertelan prune.

clockk!!! clockk!!

x menoleh lagi, pemuda tadi trus mengorak langkah seribu gaya ninja turtle membelah awan. 2 saat kemudian beliau sudah pun berada di tengah ruang tamu. di hadapan beliau kelihatan adik beliau yang mencecah usia 2 tahun sedang duduk lepak-lepak santai dengan segala macam permainan yang berterabur kalahkan tongkang karam. di tangan adik kecik beliau kunci pendua perodua kancil beliau.













"engkau rupanya!!! aku hengat makhluk halus mana la nak mengurat aku tadi. wat penat je lari naik! cesttt!!"
maki hamun beliau sambil mengurut dada.

"saje nk suh abang naik semayang maghrib tuhh...."
balas adik beliau yg lagi sorang sambil mengadap buku matematiknya.

niat pemuda tersebut untuk melayangkan flying kick ala-ala wolverine terbantut bila mendengar dehem ibunya yang tenang mengadap mesin jahit sambil jari telunjuk tepat ke muka jam di dinding.







save the earth...

Sabtu, 10 Oktober 2009

Otromen...


hakuto.....!!!!

minami....!!!

bergabung!

"otromen dh datang nk selamatkan bandar kita! matilah awak raksasa!"


otromen. mata dh takde, tangan dah patah, lampu emergency kat dada dia pun dah tenggelam, kaki berbalut, pinggang pun dah patah riuk.

tenat yg amat otromen ni.....

tapi tu la otromen yg dikilik ke hulu ke hilir dek budak sorang nih.....


macamana otromen tu x tenat camtu skali??


**mintak mahap peminat otromen kalo nama-nama di atas dh salah... dh lama tggl maaa... aku dh luper...... =)

save the earth...

Khamis, 8 Oktober 2009

Kisah... nan Sengal...

agak-agak, ada x orang yang sangat sibuk hingga beliau x sempat nk balas mesej dalam masa sehari?

terkedu suku minit.

ada.

andai kata mesej yang diterima adalah "salam. lamanya x dengar cerita! sehat ke?"

atau...

"hi! watpe tu?"

dan masa tu plak, penerima mesej tengah bergelut ngan sakit perut melampau dek melantak 4 mangkuk mee kari hari terbuka sehari sebelum tu.

dan menjelang petang baru la penerima mesej berasa sedikit lega setelah hampir cramp kaki dek mencangkung kat mangkuk tandas seharian.

bila beliau baru saja mau melabuhkan punggung di kerusi nan empuk, setimbun fail ala-ala longgokan pinggan mangkuk kenduri menyapa pandangan. mati niat nk cek henset.

selesai satu fail...

"beb, boss panggil le.. pi cepat!"

penerima mesej segera tersenyum. kena senyum dulu nk jumpa ngn big boss. mana tau dapat bonus setahun ke.

aci masuk bilik boss...

"assalam............."

"buat balik repot ni. bm dapat berapa dulu, 9?"

telan liur. capai fail yg dimaksudkan dan melangkah keluar dari bilik boss ngan gaya samurai menyerang musuh. lebih kurang gaya tikus lari bila nampak kucing menerkam.

mesej sebaris tadi dilupakan trus.












p/s: masih perlu ke penghantar mesej merajuk hentak-hentak kaki muncungkan bibir iras-iras donald duck?


save the earth...

Isnin, 5 Oktober 2009

Home Sweet Home..

rumah aku rumah kayu. terletak di hujung kampung, dekat dengan hutan. salah sorang makcik aku x berapa nak datang ke rumah aku masa anak-anaknya masih kecik sebab beliau takut anak-anaknya tersampuk ngan segala psesies jembalang yang mungkin bermastautin di sekitar rumah aku.

zaman kecik-kecik dulu, setakat terserempak harimau akar kat belakang rumah, atau inche menjalar yang tersesat dalam rumah, adalah antara perkara biasa. masih ingat, ayah aku penah berdepan ngan tedung yang mengembangkan kepalanya, kat tgn ayah aku plak sebilah buluh yang diruncingkan hujungnya.

bukak bilik, dan di belakang pintu ada gulungan inche menjalar yang bernyawa, juga beberapa kali sempat aku saksikan.

tapi tetap, itula rumah terbaik aku. walaupun bila hujan lebat kitorang jadik bagai wonderpets yg bekerjasama memunggah segala bagai baldi, bekas dan seumpama dengannya untuk menadah hujan yg membasahi bahagian dalam rumah dek atap yang bocor. walaupun kadang-kadang masa syok-syok tidur terdengar bunyi macam-macam.

rumah yang bakal menyembah bumi esok lusa tu tetap tempat terbaik yang aku ada.

bila di rumah, makan ikan kering je pun tara hal. tgk tv tanpa ada astro jugak bukan la poblem besar.

sebab tu adalah syurga aku.

(sedikit melankolik nampaknya di situ...)

dan seminggu di rumah sempena cuti raya tempohari, mak aku sempat masak beberapa masakan spesel untuk anak-anak beliau.

untuk aku, tentu la ikan sungai espeseli keli masak asam pedas. gerenti aku akan makan bertambah-tambah. langsung lupa pesan doktor suh makan dengan sehat. berat nak naik? naik la... janji x ralat. =)

untuk abang aku plak, ikan bakar dan segala yg berbakar. kalau bergoreng pun mesti la yg dah diperap dengan rempah.

betol x tipu, abang aku adalah antara manusia paling cerewet bab makan yang penah aku jumpa. justeru, aku amat x suka masak pape yang beliau suka makan sbb beliau akan bagi komen tanpa belas kasihan. cuma, sejak akhir-akhir ni beliau sudah sedikit bijak dalam mengutarakan ketidaksedapan makanan yg ditelannya.

ironinya, andai kata abang aku dihidangkan telur kacau masak ngan budu (terutama yg dimasak oleh adik aku si AD), beliau akan segera mengadap nasik tanpa sebarang bunyik.

dan hidangan untuk semua, tentu la sayur goreng atau masak air. famili aku makan sayur air je, kalo yg ada santan, masak lemak dan seumpama dengannya, payah sket la nak habis.

sayur plak, aku cuma makan sayur kangkung saja. kangkung tu plak, andai kata digoreng dengan kadar kuah yg sedikit, tambah cili padi, letak plak ikan bilis kecik-kecik, aku boleh makan nasik x payah berlauk lain.

sayur lain, aku makan jugak pucuk paku goreng. tapi cuma pucuk paku yang ditanam oleh ayah aku kat belakang rumah dan dimasak pada hari ia dikutip... (haha... auta je, aku makan je...).

andai kata sayur tersebut dibeli, mesti la dah keras meras, jadi aku akan makan dengan kadar yang sedikit perlahan...

(kenapa aku cerita pasal makanan nih?? dah terpengaruh dengan cik dihatisara ke?)

hidangan terakhir kat rumah sebelum aku bertolak kembali ke KL malamnya...

peberet sume orang... ni masakan adik aku si ET... taburan bilis yang sgt mengganggu tumpuan... kalo dh ngadap gerenti x angkat muka sebelum habis....

peberet abang aku, AD, ET, dan MAW. aku biasa-biasa je... apetah lagi dh ada kangkungku... ayam percik pun belum tentu aku pandang... haha... ni masakan ma aku, kalo AD, lagi pekat dan lg berterabur cili tuh... masakan si AD mmg super pedas, abg aku penah terpaksa mencangkung je depan tandas dek penangan si AD... haha...

ayam masak pedas... masakan mak aku jugak... aku tgk je...








p/s : asik mak aku, AD, ET. mana masakan aku? hehe... aku tukang sedia bahan je... bab masak memasak aku serahkan pada yang pakar! (dah terpaksa baru la aku masuk campur...hehe...)







save the earth...

Ahad, 4 Oktober 2009

Sambutan Hari Raya PMKUM

waahhh... sirius aku mengantuk! tapi nak menaip jugak. haha...

ari ni ada sambutan raya untuk anak-anak kelantan um anjuran persatuan mahasiswa kelantan um. dari jam 0830 sampai 1200. aku dah siap kul 0900 lagi tapi sebab kat luar nampak mendung semacam, berpikir beberapa puluh minit sebelum sejam kendian aku pegi jugak.

bleh tahan la kehadiran, tapi kalo nak dibandingkan ngan ahli berdaftar, rasanya dalam 10% je kot yang pegi. dan aku rasa, ajk yang ada lebih ramai dari ahli berdaftar biasa cam aku ni.

dalam pikiran, aku bajet sekadar majlis makan-makan, duduk mana suka, makan, dan balik. tapi luar jangkaan, ada majlis agak formal la. cam majlis sambutan raya artis-artis tu, ada pengacara yang mengacau orang-orang ngah makan, ada pengacara kat stage, panggil orang-orang ke stage, pilih sampul, buat memenda pelik dan seangkatan dengannya.

sesorang aku duduk je sambil makan roti jala dan tengok je muka-muka yang rata-ratanya aku x berapa kenal. maklum la aku dah agak season, muka-muka ajk plak kebanyakan bebudak first year.

overall, aku rasa aku puas ati la. seronok, santai... cuma, andai kata mc yang mengacau-ngacau ahli yang datang tu x approach ajk2 je, aku rasa sambutan tadi akan lebih menarik dan mencapai objektif. pendapat peribadi aku la.. haha... so kat situ aku agak keciwa la.

bukan la keciwa sbb aku x ditanya teka-teki, x berpeluang menyampaikan ucapan raya, ataupun x cukup bertuah untuk dapat lucky draw. cuma, sepanjang aku konon-kononnya terlibat ngan memacam perkara yang kononnya terlibat ngan masyarakat ni, aku cuba mencarik majlis yang betul-betul melibatkan diri ngan masyarakat dalam erti kata yang sebenar. malangnya, sehingga ke hari ni aku masih gagal jumpa walau sorang yang berani mengotakan apa dikata.

majlis tadi sendiri sebagai contoh, mc tu dengan obvious nya, hanya memanggil dan menyapa ajk-ajk yang beliau sedia kenal. walhal, andai kata dia memanggil sesiapa secara rawak, aku jamin, beliau x kan di'boo', atau kalau pun orang yang beliau panggil menolak pelawaan untuk ke pentas, tindakan tersebut akan terkesan untuk satu jangkamasa yang panjang.

perghh... apakah yang sedang aku bebelkan ini?

haha... tadi ada satu pentomen, persembahan dari barisan pimpinan. pentomen tersebut mengenai sorang anak tunggal yang bjaya ke menara gading, yang dah pun bertunang, dan kemudiannya terjebak dengan najis dadah. agak tipikal, cuma, agak menarik pada aku bila persembahan ni x de dialog-dialog drama melayu swasta. dan macam biasa, watak ni insaf di penghujung cerita.

antara scene menarik ialah bila watak si ibu sedang berdoa. beliau menghadap penonton dengan kedua-dua tapak tangannya diangkat tepat di hadapan wajahnya sekaligus menutup terus wajah beliau.

malu macam gitu sekali... terpaksa la aku tahan gelak.

scene yang cantik jugak bila watak utama dibelasah dan kemudiannya kawan beliau datang. adegan kena tendang nampak real walopon tendangan tu singgah manja je ke tubuh beliau.

scene si ibu sedang berdoa.. dan pada masa yg sama menutup muka!

watak utama sedang dibelasah. perhatikan buluh lemang kat tangan pembelasah beliau... tu buluh biasa je, bkn ada lemang pun. haha..

babak menggatal... watak utama sedang bercakap dengan tunang beliau... bercakap ngan tipon ye, sbb tu jauhnya hampir 3 ekar...

roti jala... sedap! (pujian iklas ni... sbb aku jarang jumpa roti jala yg sedap...)


oleh kerana aku sgt mengantuk, cukup la banyak tu je aku upload... ngantuk sbb baru balik uptown danau kota.... tgk apa aku beli... =)

selipar bear mr.bean... kena beli baru sbb selipar aku dah nyaris x leh pakai... rm10. aku pn tatau nk kata murah ke mahal...







p/s : harap esok aku dapat carik nursery terdekat, kena beli jugak tanah, dan kena memulakan operasi bercucuk tanam ngan kadar yg sgt segera! tp kalo rasa tamau beraya hujung bulan 11 nnt, bleh je nk sambung relax....




save the earth...

Sabtu, 3 Oktober 2009

Buah Mulong....

ONDE-ONDE....

biasanya kueh ni dikenali sebagai ONDE-ONDE... ada jugak sesetengah tempat kueh ni dipanggil buah melaka, dan macam-macam lagi.

tapi, di rumah aku, kue ni dikenali sebagai BUAH MULONG. mana dapat nama tu x payah la tanya sebab aku jugak tatau. yang aku tau, aku celik mata je aku memanggilnya sebagai buah mulong.

kueh ni adalah antara hidangan spesel di bulan puasa. masa kecik-kecik, bila mak aku buat kue ni, aku dan adik aku si AD akan sesama menyibuk di dapor.

cara nk buat senang je, tepung beras (kalo x silap aku la..haha) dibancuh ngan air perahan daun pandan secukup rasa sehingga dapat diuli. kendian adunan akan dicubit sedikit, dileperkan dan seketul manisan akan dimasukkan sebelum adunan tu diuli menjadi bulat. kemudian ia akan dicampak masuk ke dalam seperiuk air yang sedang mendidih. air panas dalam periuk akan memasak adunan tersebut sekaligus mencairkan ketulan manisan di dalamnya. bila ia dah cukup masak, bola kecik ni akan timbul di permukaan air mendidih. setelah diangkat bola ni akan dimasukkan plak ke dalam kepala muda yang diparut. walopon kelapa muda, tapi bukanla yg muda yang isinya jernih tu... dan siapla onde-onde.

masa kecik dulu, aku ngan AD sgt suka main guli. justeru di rumah aku ada agak banyak guli. satu kali aku ngan AD planning (aku la mastermind sbb AD kecik sgt utk berpikir..haha). apa yg aku buat ialah, semasa mak aku sedang asyik menguli, aku gantikan ketulan manisan dalam bola tu ngan guli. dan aku ada mark sket supaya aku kenal yg mana yg ada guli.

bila bukak puasa, aku sengaja menunggu dengan sabar, siapakah yang akan makan onde-onde spesel tersebut.

kerana onde-onde ni sungguh lazat dan lembut, justeru excitement yang paling melonjak adalah semasa menggigitnya. onde-onde yang pecah akan memercikkan manisan yang dah pun cair dalam mulut, dan itulah keseronokan tahap tertinggi saat menikmati onde-onde ni.

abang aku capai seketul lagi onde-onde. aku memerhatikan dengan penuh sabar. beliau menggigitnya dengan mata separa terkatup-menikmati onde-onde.

"aduh! apa ni?!"

cahaya lampu yang jatuh pada onde-onde tu memantulkan cahaya yang terpecah-pecah.










he... aku ngan adik aku saling berpandangan.
misi berjaya.





adunan yang tinggal seciput...

manisan yang dipotong kekecik... pemotong adalah adik aku, AD_AT...

pastu masuk dalam periuk nih.... dah timbul kaut la ngan tangan... kalo x sakit... hehe

rupanya bila dah diangkut keluar dari periuk...

kelapa parut... onde-onde akan digolek plak dalam ni... boleh makan!





p/s : tingat masa kat UM n.puri dulu, penah ala-ala bertekak ngan mmber sekelas pasal nk buat kueh apa utk majlis bukak pose beramai-ramai. ada cadang buah melaka, ada nk onde-onde, walhal sume cadangkan menda yg sama je... =)

save the earth...