Khamis, 29 Oktober 2009

-NorulHusna-

lokasi: DK 2, API
masa: kelas terakhir sem 1 2009/2010

Wulan: nanti nak mintak nota...

Snow: nota kita pun macam ni..... (sambil belek-belek nota)

Wulan: xpe, x pe, nanti kita pakat gabung la.... (gelak)

Wulan tarik selai kertas dari buku. tenung Snow lama-lama, gilir-gilir kertas kat tangan. senyum comel tiba-tiba.

Wulan: sekejap aa....... (tunduk fokus kat kertas)













beberapa minit.....

Wulan: nah. (sengeh)

Snow: apa ni?













"Nirmala sepi menyapa
Ombak menghempas mesra
Rimbun pepohon beralun suka
Umpama irama tak bernama
Lembut berbisik mengusik rasa
Hangat gigitan mentari senja
Ulah beburung terbang bersama
Suasana alam penuh makna
Namun semua semakin sirna
Alam merana kerana manusia"


Snow: pasal alam ek?

Wulan: (sengeh sambil coretkan sesuatu lagi.)

snow senyum kendiannya bila menatap sekali lagi coretan spontan tuh.















N-Nirmala sepi menyapa
O-Ombak menghempas mesra
R-Rimbun pepohon beralun suka
U-Umpama irama tak bernama
L-Lembut berbisik mengusik rasa

H-Hangat gigitan mentari senja
U-Ulah beburung terbang bersama
S-Suasana alam penuh makna
N-Namun semua semakin sirna
A-Alam merana kerana manusia













p/s: aku kebuhsanan........................menda gini pun saja nk publish gak... =p