Jumaat, 16 Oktober 2009

Kisah Benar Sengal**003

tarikh: 11 syawal 1430H
masa: 2100
lokasi:stesen bus jalan hamzah

orang berpusu-pusu di setiap kaunter bas umpama ada nasik minyak free untuk setiap sorang. masing-masing memegang tiket bas tambahan berdestinasikan kuala lumpur, shah alam dan seangkatan dengannya. semuanya ingin kembali ke opis dan kampus masing-masing lepas beberapa hari beraya kat kampung halaman. oleh kerana tiket di tangan adalah tiket bas tambahan maka haruslah berkhemah di kaunter tiket sehinggala mendapat arahan dari petugas dan pekerja kat kaunter tersebut nak kena naik bas mana.

selaku seseorang yang kali pertama menaiki bas tambahan, maka bapakku dengan penuh karisma tanyakan tiket untuk anaknya kat kaunter tersebut.

"nanti dia panggil nak bagi tiket betul tau, tggu je kat sini."

"ayah nk gi maner?" menyoal gaya baby 4 taun takut kena tinggal.

"ayah nak gi parking ferrari merah kita bebetol sket, mana tau ada orang bekenan ker..."

aku : saja tarik muker ngengader.

"tggu tau, nanti ayah datang balik, ayah takkan balik sebelum anak ayah naik bas!"
bersemangat sekali, ala-ala ucapan ahli politik nak bertanding lagi 2 hari.

beberapa saat selepas bapakku pergi, segera aku bertukar watak. dari chibi yang comel, kiut dan ayu, segera menjadik shin-chan yg sgt pandai mengambik kesempatan.

tak berlengah aku segera menyelit-nyelit hingga berada betul-betul depan batang hidung inche yang sedang membahagi-bahagi tiket bas. trus aku suakan tangan mintak tiket.

pergh.... tiket bas mutiara jam 2130, lagi 25 minit. hape lagi, dapat je tiket, tak bertangguh aku bukak langkah seribu bayang mencarik bas yang dimaksudkan.

seminit kendian aku terpacak la depan bas yang dimaksudkan. hehe... perut tempat letak bag pun x dibukak lagi. chantekkk...

erkk... mana bapakku heroku nih?

abatiii.... call.

tutt...tuttt.....

awek kertu jawab.

sila cuba sebentar lagi...

x kurang 12 call aku buat x termasuk panggilan rindu ke nombor telepon tangan bapakku. kalah aku yg nak hantar bapakku naik bas.

hingga la panggilan terakhir aku mintak bapakku balik jer sbb bas yg aku naik pun akan bertolak dan aku mmg dah selamat bersedia untuk melelapkan mata atas bas.

"ok la, ayah pun dah pening nak carik bas, dah tatau kat mana ni. ayah balik dulu ye."

"ok daddy..."

dan bas pun memulakan perjalanan yang panjang. sepanjang malam aku pejam mata berselimutkan shawl. bas terus bergerak dan berhenti beberapa tempat untuk amik beberapa lagi penumpang.

bila bas berenti di greenwood dinihari pagi esoknya, aku berura-ura untuk tidak lagi melayan kantuk sebaliknya bersedia untuk tiba di hentian putra subuhnya. tapi saat bas mahu bergerak semula, tiba-tiba beberapa orang lelaki hott di pasaran naik. masing-masing muka penat tahap x hengat. di tangan masing-masing plak ada beg.

salah seorang lelaki menoleh ke arah aku, tapi aku lebih terfokus kepada lelaki yang paling hadapan yang sedang berbicara sesuatu yang penting dengan pakcik driver bas. saja aku tadah telinga luas-luas.

rupa-rupanya mereka jugak menaiki bas tambahan seperti aku, cuma mereka turun bukan di tempat sepatutnya dan mereka bertanya kiranya boleh mereka menumpang bas tersebut untuk mereka selamat sampai di destinasi yang sepatutnya.

terbit rasa kesian pada mereka. lelebih lagi melihatkan muka masing-masing yang keletihan.

cuma, ada sedikit rasa hairan mendengarkan percakapan mereka. orang mana cakap macam ni ek?

*********ulang tayang***********

bila pakcik bas mengangguk-ngangguk, mereka segera sama-sama tundukkan sedikit kepala gaya bow sambil mengucapkan terima kasih.

terima kasih?

kamsahamnida!! KAMSAHAMNIDA!!!!

uik?

aku segera memandang lelaki yang dari awal merenung ke arah aku.

eh?????
apa ni? aku mimpi ke? aku sedang tidurkah ini????

ledo....?
HJL???
omo...... kim hyun joong???!!!

aku bukak mata. cepat-cepat pandang tangga bas.




lima orang lelaki yang naik bas nk mintak tumpang masa tuh.... yg tgh2 adalah yg merenung aku.... =p
sirius, x tipu!!!!













kosong.
tiada sesiapa di situ.
toleh kiri kanan.
traffic light sedang merah.


adessss.......
aku mimpi.
MENCIK.








*p/s:gambar adalah SS501, bandboy dari korea... mempunyai tahap kegorjesan tahap dewata raya.

p/s/s: patutla masa dia cakap tu aku pasan ada subtitle je kat bawah.....='(

save the earth...

4 ulasan:

hasni berkata...

huahua
ko ni lawak r mkck

d0tbl0gsp0td0tk0m berkata...

yg tgh tu sekali pdg macam pompuan... mmg tak menahan...

Tanpa Nama berkata...

nasib baik aku x popular sampai mencemar mimpi ko

haha

nmEsfie berkata...

hasni... sirius mekk... aku x wat lawak tuh....

dotblogspot... sampai ati kata HJL cm pmpn... isk!

fatt... nggg... kalo aku mimpi ko pn mst tang muka tu kelam... hahak