0725 bertolak, penuh ngan bising gegak gempita bagai, ada sesi bergambar cam selalu, dan jugak sesi makan kepek pisang dan segala bagai menda yg ada. x lama pastu memasing dah terlelap sebelum sesedar kul 0900 dah pun sampai kat Teluk Kemang.
bila sampai tu mulakan hehapa yg patut, ada yg susun-susun kusi, gantung banner bagai, so aku mengumpulkan 'sandwich team' utk siapkan sandwich, kononnya breakfast la untuk sume orang...
kendian ada sket ucapan perasmian dan pastu bermula la 'Beach Cleaning Programme' kat Teluk Kemang. kitorang yg satu bas ni dibahagikan kepada 3 kumpulan dan mula mengutip hehapa yg dianggap sampah. aku ngan member aku jumpa beberapa diapers yg terbenam cantik dalam pasir pantai.
sumpah ni kali pertama aku ke pantai yang bila air pasang ombaknya cuma beberapa inci dari benteng. dan beberapa kerja penambahan benteng untuk menahan hakisan jugak sedang dijalankan masa tuh.
kira-kira sejam lebih kendian kitorang selesai mengerjakan sesampah yang ada di pesisir pantai (sambil snap gambar mana yg patut) kitorang kembali ke stage balik untuk penentuan sampah saper paling banyak untuk dinobatkan sebagai pemenang.
walopun kitolrang begitu teruja untuk wat ucapan selaku juara, malangnya majlis perbandaran pd memutuskan kumpulan 2 telah memenangi pertandingan ni memandangkan sampah doram terlalu banyak. cessttt... tapi x pe, sebab hamper sume dapat. haha....
lepas zohor aku akhirnya join satu aktiviti yg sumpah aku x penah buat dan rasanya mmg x penah terpikir pun nak buat. tapi aku dah pun join kekawan aku dan menda tu mmg serunukkkk....
tapi lain post la aku citer. =p
bila tu x dapat dipastikan sbb study week dah pun bermula............. haha
ps: balik kena wat repot plak...... apakah sumbangan anda? aku jawab.......... wat sandwich??? bleh time x?? =)
save the earth...