Ahad, 18 Oktober 2009

Tanjung Gila

tarikh: 17 Oktober 2009
masa: selepas sambutan diwali (auta!)

bergegas mengucapkan selamat tinggal kepada forumerz yang super sporting di putrajaya sebaik selesai menunaikan solat asar di rumah puan penganjur gathering.

dari presint 9 putrajaya, kitorang bergerak ke kl semula.

"kita nak gi mana ni?"
nc mula bersuara.

"kita gi makan."
jawab miss ys. mata menumpu ke jalan raya.

uik? bukan baru balik umah terbuka ke nih???

nc: "ha??"

"jauh kita nk pegi ni, bila sampai sana gerenti korang sume dah lapar balik."
kata cik ys ngan kompiden sekali.

co-pilot di sebelah beliau senyum-senyum manja. aku angguk laju-laju. orang nak bawak makan x leh nak bising-bising, nanti rezeki lari.

perjalanan mmg bleh tahan jauh, pasal aku sempat terlelap kejap masa masing-masing berkaraoke lagu "oo yeah oo yeah" serta lagu-lagu wajib setiap kali keluar. kali ni aku x leh nk menyumbangkan suara sebab masih dalam mood sakit tekak bahana demam terkejut.

tau-tau je aku terbau air yang banyak. nak kata bau masin, x jugak. nak kata air terjun, x fresh pun baunya. justeru bau hapekah ini?

aku panggung kepala, julurkan ke luar tingkap yang mmg sengaja dibukak.
perghhh......
Tanjung Harapan.

signboard yang aku nampak sebelum kereta cik ys memarkirkan kereta merah beliau beberapa minit selepas itu.

tanjung harapan ni kat area north port. bila aku google baru la tau rupanya sekitar kawasan ni adalah kawasan perindustrian. patutla aku ada nampak kontena-kontena besar masa nak sampai tu.

bila keluar kereta je aku terpegun kejap. woo... cantiknya. x sangka aku ada peluang nak ke tempat cantik gini masa masih bergelar student.

ooo ye... selain tanjung harapan, tempat ni jugak dikenali sebagai Esplanade pada tahun 90-an dulu dan orang-orang Klang atau mereka familiar ngan tempat tersebut memanggilnya sebagai Tanjung Gila.

heh, dari cik ys yang sering ke sini, kata beliau nama tanjung gila tu lekat sebab bebudak muda selalu jadikkan jalan-jalan kat situ sebagai tempat race. aksi-aksi drift ala-ala impak maksima biasa disaksikan kat situ satu masa dulu sehingga la inche-inche polisi mengambik tindakan mengadakan pelbagai operasi untuk membanteras aktiviti ni.

kata cik ys jugak, sekarang walopun memenda tu dah x de, tapi beliau tetap memanggil tanjung gila.

menurut cik ys, beliau selalu ke sini ala-ala senja gitu untuk menyaksikan matahari terbenam sambil menikmati makanan. (ooo ye... makanan mmg lambat gila sampai, bayangkan teh tarik aku sampai sejuk baru nak sampai nasik aku order...).
malangnya hari tu kitorang sedikit terlambat, matahari dah pun terbenam, tapi tetap sempat tengok kaki langit yang berwarna saga.




dh ala-ala nak merah....

sebelum makan, aku cam biasa la ngengada nak amik gambar dulu, dan unni-unni aku ngan tabah dan sabarnya melayan kerenah doengsaeng doram nih. hehe... komawo unni-unni!!!

lepas makan, bergerak ke hentian putra. aku mendapat arahan supaya mesti berada di kampung menjelang 19 oktober.


teh tarik kat situ best jugak le...





p/s: x leh upload gambar-gambar posing kat tanjung gila sebab dah kena sound jangan nak publish gambar doram.... hihi...


save the earth...

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

alaaaaaa
aku nak tgk gambar
hehe