Khamis, 8 Oktober 2009

Kisah... nan Sengal...

agak-agak, ada x orang yang sangat sibuk hingga beliau x sempat nk balas mesej dalam masa sehari?

terkedu suku minit.

ada.

andai kata mesej yang diterima adalah "salam. lamanya x dengar cerita! sehat ke?"

atau...

"hi! watpe tu?"

dan masa tu plak, penerima mesej tengah bergelut ngan sakit perut melampau dek melantak 4 mangkuk mee kari hari terbuka sehari sebelum tu.

dan menjelang petang baru la penerima mesej berasa sedikit lega setelah hampir cramp kaki dek mencangkung kat mangkuk tandas seharian.

bila beliau baru saja mau melabuhkan punggung di kerusi nan empuk, setimbun fail ala-ala longgokan pinggan mangkuk kenduri menyapa pandangan. mati niat nk cek henset.

selesai satu fail...

"beb, boss panggil le.. pi cepat!"

penerima mesej segera tersenyum. kena senyum dulu nk jumpa ngn big boss. mana tau dapat bonus setahun ke.

aci masuk bilik boss...

"assalam............."

"buat balik repot ni. bm dapat berapa dulu, 9?"

telan liur. capai fail yg dimaksudkan dan melangkah keluar dari bilik boss ngan gaya samurai menyerang musuh. lebih kurang gaya tikus lari bila nampak kucing menerkam.

mesej sebaris tadi dilupakan trus.












p/s: masih perlu ke penghantar mesej merajuk hentak-hentak kaki muncungkan bibir iras-iras donald duck?


save the earth...

4 ulasan:

nurul iftitah a.k.a ifti da' toteq berkata...

hahahha...klako la ko ni mazeed..

Tanpa Nama berkata...

haha
itu pun nak merajuk

nmEsfie berkata...

ifti... kelakar ke? haha... tq sudi menjenguk..

fatt... bkn aku tau yg mrajuk tu... org lain...
=)

Raz berkata...

fuh..ganas ah bos kamu..