Isnin, 5 Oktober 2009

Home Sweet Home..

rumah aku rumah kayu. terletak di hujung kampung, dekat dengan hutan. salah sorang makcik aku x berapa nak datang ke rumah aku masa anak-anaknya masih kecik sebab beliau takut anak-anaknya tersampuk ngan segala psesies jembalang yang mungkin bermastautin di sekitar rumah aku.

zaman kecik-kecik dulu, setakat terserempak harimau akar kat belakang rumah, atau inche menjalar yang tersesat dalam rumah, adalah antara perkara biasa. masih ingat, ayah aku penah berdepan ngan tedung yang mengembangkan kepalanya, kat tgn ayah aku plak sebilah buluh yang diruncingkan hujungnya.

bukak bilik, dan di belakang pintu ada gulungan inche menjalar yang bernyawa, juga beberapa kali sempat aku saksikan.

tapi tetap, itula rumah terbaik aku. walaupun bila hujan lebat kitorang jadik bagai wonderpets yg bekerjasama memunggah segala bagai baldi, bekas dan seumpama dengannya untuk menadah hujan yg membasahi bahagian dalam rumah dek atap yang bocor. walaupun kadang-kadang masa syok-syok tidur terdengar bunyi macam-macam.

rumah yang bakal menyembah bumi esok lusa tu tetap tempat terbaik yang aku ada.

bila di rumah, makan ikan kering je pun tara hal. tgk tv tanpa ada astro jugak bukan la poblem besar.

sebab tu adalah syurga aku.

(sedikit melankolik nampaknya di situ...)

dan seminggu di rumah sempena cuti raya tempohari, mak aku sempat masak beberapa masakan spesel untuk anak-anak beliau.

untuk aku, tentu la ikan sungai espeseli keli masak asam pedas. gerenti aku akan makan bertambah-tambah. langsung lupa pesan doktor suh makan dengan sehat. berat nak naik? naik la... janji x ralat. =)

untuk abang aku plak, ikan bakar dan segala yg berbakar. kalau bergoreng pun mesti la yg dah diperap dengan rempah.

betol x tipu, abang aku adalah antara manusia paling cerewet bab makan yang penah aku jumpa. justeru, aku amat x suka masak pape yang beliau suka makan sbb beliau akan bagi komen tanpa belas kasihan. cuma, sejak akhir-akhir ni beliau sudah sedikit bijak dalam mengutarakan ketidaksedapan makanan yg ditelannya.

ironinya, andai kata abang aku dihidangkan telur kacau masak ngan budu (terutama yg dimasak oleh adik aku si AD), beliau akan segera mengadap nasik tanpa sebarang bunyik.

dan hidangan untuk semua, tentu la sayur goreng atau masak air. famili aku makan sayur air je, kalo yg ada santan, masak lemak dan seumpama dengannya, payah sket la nak habis.

sayur plak, aku cuma makan sayur kangkung saja. kangkung tu plak, andai kata digoreng dengan kadar kuah yg sedikit, tambah cili padi, letak plak ikan bilis kecik-kecik, aku boleh makan nasik x payah berlauk lain.

sayur lain, aku makan jugak pucuk paku goreng. tapi cuma pucuk paku yang ditanam oleh ayah aku kat belakang rumah dan dimasak pada hari ia dikutip... (haha... auta je, aku makan je...).

andai kata sayur tersebut dibeli, mesti la dah keras meras, jadi aku akan makan dengan kadar yang sedikit perlahan...

(kenapa aku cerita pasal makanan nih?? dah terpengaruh dengan cik dihatisara ke?)

hidangan terakhir kat rumah sebelum aku bertolak kembali ke KL malamnya...

peberet sume orang... ni masakan adik aku si ET... taburan bilis yang sgt mengganggu tumpuan... kalo dh ngadap gerenti x angkat muka sebelum habis....

peberet abang aku, AD, ET, dan MAW. aku biasa-biasa je... apetah lagi dh ada kangkungku... ayam percik pun belum tentu aku pandang... haha... ni masakan ma aku, kalo AD, lagi pekat dan lg berterabur cili tuh... masakan si AD mmg super pedas, abg aku penah terpaksa mencangkung je depan tandas dek penangan si AD... haha...

ayam masak pedas... masakan mak aku jugak... aku tgk je...








p/s : asik mak aku, AD, ET. mana masakan aku? hehe... aku tukang sedia bahan je... bab masak memasak aku serahkan pada yang pakar! (dah terpaksa baru la aku masuk campur...hehe...)







save the earth...

5 ulasan:

d0tbl0gsp0td0tk0m berkata...

budu?.. hulawey... lama tak pekene nih... sekali pekene...1/2 periuk nasik boleh di habis kan.. mmg hebat budu nih....

pedih perut pakcik weyyyy

StingRay berkata...

aku dah jatuh hati.masak air sedap woo..kalo aku, masak air ikan kembung + sambal + ikan goreng + kicap + ulam.yenadeyyy....haha

di mana rumah kamu?

hasni berkata...

huhu
makan jela ek

Tanpa Nama berkata...

sah ko x pandai memasak
hahaha

nmEsfie berkata...

dotblogspotdotkom... ko leh kawan ngn abg aku, hidup dia x sempurna tnpa budu...haha

stingray... ikn kembung masak air? singgang ek? best2... taruk lada hijau bnyk2... rmh aku kt klntan, 1/2 jm dr kb...

hasni... aku mkn je.. hehe

fatt... x dinafikn, mmg aku x pndai msk... tlg sedia bhn bleh aa... hehe