Selasa, 20 Oktober 2009

Bapak yang Taat

tarikh: 19 Oktober 2009
lokasi: Istana Balai Besar, Kota Bharu

kira-kira jam 0945 aku ngan bapakku serta sahabat beliau tiba di depan istana. lepas parking kete kitorang segera masuk ke istana.

perghh... siot sejuk. kalo aku tau aku seret je shawl masuk dalam nih. ni adalah kali kedua aku masuk ke istana larangan ni, selepas kali pertama bersama rombongan lebih 100 orang kira-kira 3 tahun dulu. kali ni, aku masuk selaku tetamu jemputan merangkap pasangan penerima pingat di majlis istiadat penganugerahan pingat dan surat kepujian oleh pemangku raja yang juga merupakan putera mahkota negeri kelantan.

iyer.... inila tujuan utama my mumm beriya suh aku balik sampai kena la aku ponteng kelas ari isnin (aisehh.... hengat ada orang masuk minang ke haper.... isk!) pasal bapak aku adalah antara penerima pingat sempena keputeraan sultan negeri kelantan. majlis ni sepatutnya diadakan bulan 5 hari tu, dan sebab masa tu aku tengah praktikal dekat kampung sendirik so aku ngan sukahatinya telah memberi persetujuan jadik pasangan bapakku di majlis ini, tetapi apabila sultan jatuh gering tetiber, majlis ni telah ditangguhkan hinggala ke tarikh ini. majlis ni jugak bagaimanapun telah disudahkan oleh anakanda beliau... err... baginda.

memandangkan aku dah sampai awal, jadik aku dan isteri member bapak aku, kak ros, berjaya memilih tempat yang sgt strategik. istana ni memanjang, justeru jarak antara putera dan rakyat jelata ni mmg jauh la, tapi untuk mengatasi masalah ini, 2 tv besar dah diletakkan di sisi kanan dan kiri. jadik, kitorang telah memilih seat yang bebetul sebelah tv di mana kitorang dapat melihat dengan jelas istiadat penganugerahan pingat itu nanti. bagaimanapun, seat tersebut bebetul di bawah ekon, jadi suhunya agak mencecah tulang sumsum. kalo bukan bapak aku antara penerima pingat, harus aku berpikir patpuluh kali untk duk kat situ. lainla kalo setiap kali aku menggigil gugur sekeping dinar emas kelantan. suh duk pat lima jam lagi pun sanggup.

majlis dijadualkan bermula 11 pagi, aku lak ngantuk, masa masih ada kira-kira sejam, hapalagi, aku pun memulakan aktiviti memeluk tubuh dan memejamkan mata sampaila akhirnya putera mahkota tiba kira-kira 1125.

dan apa yang aku kagum ngan putera ni, baginda berjalan ngan sangat laju, kiranya x dulik pun orang angkat sembah bagai ke x, dan segera ke kerusi persemayaman.

sebaik saja lagu Selamat Sultan selesai dinyanyikan (oleh kaset), majlis segera bermula. kekaguman aku bertambah bila majlis diselesaikan dalam kurang sejam, kira-kira 55 minit baginda berjaya menganugerahkan lebih 200 pingat.

antara pingat yang dianugerahkan Pingat Bakti, Pingat Seri Kelantan (cam silap je ni....), Pingat Taat, Pingat Perangai Baik, dan Surat Kepujian. pingat-pingat ni dianugerahkan berdasarkan tempoh perkhidmatan dan jawatan. contohnya Surat Kepujian diberikan kepada jaga, pekerja rendah am dan seangkatan dengannya.

majlis tersebut berakhir dengan sangat segera sebab cara yang sangat pantas dan cekap. setiap 8 orang penerima pingat dipanggil dan mereka akan berbaris serta melangkah terus ke hadapan pemangku sultan sehingga kira-kira tiga langkah jarak dari baginda. masing-masing mengangkat sembah hamoir serentak sebelum sorang demi sorang akan ke hadapan untuk dipakaikan pingat. masing-masing dah dibekalkan ngan sejenis pin yang sedia disemat ke dada sebelah kiri di mana pingat hanya perlu disauk ke pin tersebut tanpa perlu pemangku sultan menyematkan satu demi satu pingat ke dada mereka. cara yang sangat pantas dan tangkas. seterusnya setelah selesai kelapan-lapannya, mereka akan melangkah setapak ke belakang, mengangkat sembah, melangkah lagi tiga langkah ke belakang dan segera ke sebelah kanan.

begitula seterusnya sampai selesai majlis.

ada satu scene yang agak kelakar bagi aku. bila tiba tang penerima surat kepujian. penerima pertama ni agak nerbes barangkali. bagi penerima surat kepujian, mereka akan menerima surat tersebut dalam bentuk skrol yang macam konvo tu. penerima pertama ni nampak agak berusia, tapi masih segak ngan baju melayu hitam beliau. selaku penerima skrol, beliau hendakla melapik tangan kanan dengan tangan kiri seraya dihulurkan kepada putera mahkota.

tapi beliau kelihatan agak nebes di mana tangan kiri berada di atas instead of sebaliknya. kelakarnya, bila je skrol hampir diletakkan ke tangan beliau, beliau terperasan beliau silap lapik tangan, otomatik beliau menukar tangan yang bertindih tu... walhal masa tu skrol dah pun diletakkan atas tangan beliau, seb baik putera mahkota blom lepas lagik.

satu dewan tahan gelak, tu pun ada gak yang terlepas. dan aku terperasan putera mahkota sendirik menahan senyum.



ni adalah pin yang sedia disemat kat dada kiri so pingatnya nnt sauk je kat situ....

kotak yang berisi pingat taat....


pingat taat yang telah diletakkan dalam kotak....


19/10/09... tarikh bertuah! kali pertama aku bjaya amik gambar bapakku ini tanpa beliau protes tamau bergambar.... ni selepas majlis selesai.....


penerima-penerima pingat yang sedang bertegur sapa sesama sendirik sebelum memasing melangkah masuk ke ruang istana.....





p/s: hii.... kalut tah pape je malamnya bapak aku carikkan kasut hitam utk aku... walhal bkn pape pun.... haha....

save the earth...

5 ulasan:

d0tbl0gsp0td0tk0m berkata...

tahniah utk ayah kamu....

Tanpa Nama berkata...

nama bapak ko kena ada ABU (P.T) ler lepas ni

hehehe

hasni berkata...

owh
tahniah
tp pingat taat tu untuk apa wei?
aku ni buta sket bab2 pingt2 kebesarn ni
huahua
sharing is caring rite

messyremo berkata...

mane ko nye?
kata pakai kasut baru..hehe

tahniah ye~~


p/s
kalu pakai pop-up komen mesti cun~~

nmEsfie berkata...

dotblogspot... tq2... (tolong jawab bg phk bapak aku..)

fatt... haha.... tatau la aku, ni bapak aku tatau aku letak sini gmbr dia ni, mau nk kena sound hagaknya kalo dia tau...kiki...

hasni.... aku pun tatau apa mendanya pingat ni. hahak...

messy... aku cilok kasut adik aku je, gedabak jadiknya... segan aa nk letak sini.. hihi... sbnanya aku baru blaja letak komen disqus, tapi x kua2 plak...