Sabtu, 3 Oktober 2009

Buah Mulong....

ONDE-ONDE....

biasanya kueh ni dikenali sebagai ONDE-ONDE... ada jugak sesetengah tempat kueh ni dipanggil buah melaka, dan macam-macam lagi.

tapi, di rumah aku, kue ni dikenali sebagai BUAH MULONG. mana dapat nama tu x payah la tanya sebab aku jugak tatau. yang aku tau, aku celik mata je aku memanggilnya sebagai buah mulong.

kueh ni adalah antara hidangan spesel di bulan puasa. masa kecik-kecik, bila mak aku buat kue ni, aku dan adik aku si AD akan sesama menyibuk di dapor.

cara nk buat senang je, tepung beras (kalo x silap aku la..haha) dibancuh ngan air perahan daun pandan secukup rasa sehingga dapat diuli. kendian adunan akan dicubit sedikit, dileperkan dan seketul manisan akan dimasukkan sebelum adunan tu diuli menjadi bulat. kemudian ia akan dicampak masuk ke dalam seperiuk air yang sedang mendidih. air panas dalam periuk akan memasak adunan tersebut sekaligus mencairkan ketulan manisan di dalamnya. bila ia dah cukup masak, bola kecik ni akan timbul di permukaan air mendidih. setelah diangkat bola ni akan dimasukkan plak ke dalam kepala muda yang diparut. walopon kelapa muda, tapi bukanla yg muda yang isinya jernih tu... dan siapla onde-onde.

masa kecik dulu, aku ngan AD sgt suka main guli. justeru di rumah aku ada agak banyak guli. satu kali aku ngan AD planning (aku la mastermind sbb AD kecik sgt utk berpikir..haha). apa yg aku buat ialah, semasa mak aku sedang asyik menguli, aku gantikan ketulan manisan dalam bola tu ngan guli. dan aku ada mark sket supaya aku kenal yg mana yg ada guli.

bila bukak puasa, aku sengaja menunggu dengan sabar, siapakah yang akan makan onde-onde spesel tersebut.

kerana onde-onde ni sungguh lazat dan lembut, justeru excitement yang paling melonjak adalah semasa menggigitnya. onde-onde yang pecah akan memercikkan manisan yang dah pun cair dalam mulut, dan itulah keseronokan tahap tertinggi saat menikmati onde-onde ni.

abang aku capai seketul lagi onde-onde. aku memerhatikan dengan penuh sabar. beliau menggigitnya dengan mata separa terkatup-menikmati onde-onde.

"aduh! apa ni?!"

cahaya lampu yang jatuh pada onde-onde tu memantulkan cahaya yang terpecah-pecah.










he... aku ngan adik aku saling berpandangan.
misi berjaya.





adunan yang tinggal seciput...

manisan yang dipotong kekecik... pemotong adalah adik aku, AD_AT...

pastu masuk dalam periuk nih.... dah timbul kaut la ngan tangan... kalo x sakit... hehe

rupanya bila dah diangkut keluar dari periuk...

kelapa parut... onde-onde akan digolek plak dalam ni... boleh makan!





p/s : tingat masa kat UM n.puri dulu, penah ala-ala bertekak ngan mmber sekelas pasal nk buat kueh apa utk majlis bukak pose beramai-ramai. ada cadang buah melaka, ada nk onde-onde, walhal sume cadangkan menda yg sama je... =)

save the earth...

5 ulasan:

Ibu Ammar berkata...

aku panggil onde2..
lama dah tak makan, uhuu

Tanpa Nama berkata...

hahaha

nak bunuh abang ko ker?

hasni berkata...

haha
lawak btl kan majid masa kat n.puri dl
bncng hampir sejam
walhal nak wat onde2 yang senang ni je
siap gaduh lagi nk warna apa
hijau ke merah ke putih ke
wah
aku rindu n.puri
uwaaaaaa

anak laut berkata...

salam...terliur ambo lihat buah mulong tu..:))

tq singgah dan tinggalkan jejak di anaklaut..:)

nmEsfie berkata...

sara ... nk makan suh la mamek buat, dia terer tu...

fatt ... x la berniat nk membunuh, nk test skill main masak-masak je.. =)

hasni ... aa, lawak x tahan masa tu, yg bg cadangan nk kaler biru paling x tahan...

anak laut ... terliur? hehe... masa letak gmbr pn terliur jgk nih.. hehe