Ahad, 11 Oktober 2009

Kisah Benar**002

dada langit mula bertukar kaler. dah mula merah-merah manja sebelum benar-benar bertukar merah tembaga. seorang pemuda berkulit hitam manis yang hanya berseluar slack masih khusyuk meneruskan kerja-kerja beliau. tangan beliau sudah kehitaman bersalut minyak dan segala macam. perodua kancil 2nd hand di hadapan beliau direnung penuh perhatian, bersilih ganti dengan block di tangan kanannya. dahi beliau berselirat kedut memikirkan formula matematik yang mesti digunakan untuk memastikan kereta cumil tersebut bergerak dengan kadar yang laju, lebih laju dari biasa.

"nk pakai pecahan x wajar pastu darab ngan 100 jadik peratus ke, nk pakai persamaan 14h-25=55h?"

monolog beliau sendirian. kepala yg x gatal diketuk dengan spanar T berkali-kali.

"Allahuakbar.... Allahuakbar..."

pemuda tersebut menekan-nekan pedal minyak, menderum-derum bunyiknya.

"kira ok la dulu, kang aku ejas balik la..."

desis beliau. senyum menguntum dan terserlah la lekuk kecik di pipi beliau. saat ini hanya barisan gigi yang jelas kelihatan kerana warna kulit beliau yang tidak berbaju itu sudah sebati dengan persekitaran yang mula kelam.

clockk!! clockk!!

spontan pemuda itu menoleh ke kiri. merenung pintu yang tiba-tiba terkunci.

"tarappappa... tarappappa..."
bisiknya sorang sambil cuba menyanyi lagu nasyid.

pemuda tersebut terus menekan-nekan jam di dashboard. sesekali merenung ke luar melihat dada langit yang semakin memerah.

clockk!! clockk!!

pemuda itu perlahan-lahan memerhatikan keempat-empat pintu yang tiba-tiba terkunci sekali lagi.
ish... maghrib-maghrib nih...
beliau perlahan-lahan membuka pintu, capai anak kunci dan melangkah setapak demi setapak menjauh.

"abangg!!!! maghrib!! dh lewat nihhhh!!!"

kusss..... semangat. wajah adik beliau terjengul di muka tingkap. masam bagai tertelan prune.

clockk!!! clockk!!

x menoleh lagi, pemuda tadi trus mengorak langkah seribu gaya ninja turtle membelah awan. 2 saat kemudian beliau sudah pun berada di tengah ruang tamu. di hadapan beliau kelihatan adik beliau yang mencecah usia 2 tahun sedang duduk lepak-lepak santai dengan segala macam permainan yang berterabur kalahkan tongkang karam. di tangan adik kecik beliau kunci pendua perodua kancil beliau.













"engkau rupanya!!! aku hengat makhluk halus mana la nak mengurat aku tadi. wat penat je lari naik! cesttt!!"
maki hamun beliau sambil mengurut dada.

"saje nk suh abang naik semayang maghrib tuhh...."
balas adik beliau yg lagi sorang sambil mengadap buku matematiknya.

niat pemuda tersebut untuk melayangkan flying kick ala-ala wolverine terbantut bila mendengar dehem ibunya yang tenang mengadap mesin jahit sambil jari telunjuk tepat ke muka jam di dinding.







save the earth...

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hahaha
berkali2 aku baca nak fahamkan

ko penakut rupanya ya... baru jer adik ko memain dah takut

nmEsfie berkata...

haha....
fatt... bkn aku la...
tu org lain...hihi..nmpknya aku kena blaja menulis lg, sian sampai kena baca berkali2...
=p

Firol berkata...

boleh pakai teknik ni..hehehe menarik