Ahad, 4 Oktober 2009

Sambutan Hari Raya PMKUM

waahhh... sirius aku mengantuk! tapi nak menaip jugak. haha...

ari ni ada sambutan raya untuk anak-anak kelantan um anjuran persatuan mahasiswa kelantan um. dari jam 0830 sampai 1200. aku dah siap kul 0900 lagi tapi sebab kat luar nampak mendung semacam, berpikir beberapa puluh minit sebelum sejam kendian aku pegi jugak.

bleh tahan la kehadiran, tapi kalo nak dibandingkan ngan ahli berdaftar, rasanya dalam 10% je kot yang pegi. dan aku rasa, ajk yang ada lebih ramai dari ahli berdaftar biasa cam aku ni.

dalam pikiran, aku bajet sekadar majlis makan-makan, duduk mana suka, makan, dan balik. tapi luar jangkaan, ada majlis agak formal la. cam majlis sambutan raya artis-artis tu, ada pengacara yang mengacau orang-orang ngah makan, ada pengacara kat stage, panggil orang-orang ke stage, pilih sampul, buat memenda pelik dan seangkatan dengannya.

sesorang aku duduk je sambil makan roti jala dan tengok je muka-muka yang rata-ratanya aku x berapa kenal. maklum la aku dah agak season, muka-muka ajk plak kebanyakan bebudak first year.

overall, aku rasa aku puas ati la. seronok, santai... cuma, andai kata mc yang mengacau-ngacau ahli yang datang tu x approach ajk2 je, aku rasa sambutan tadi akan lebih menarik dan mencapai objektif. pendapat peribadi aku la.. haha... so kat situ aku agak keciwa la.

bukan la keciwa sbb aku x ditanya teka-teki, x berpeluang menyampaikan ucapan raya, ataupun x cukup bertuah untuk dapat lucky draw. cuma, sepanjang aku konon-kononnya terlibat ngan memacam perkara yang kononnya terlibat ngan masyarakat ni, aku cuba mencarik majlis yang betul-betul melibatkan diri ngan masyarakat dalam erti kata yang sebenar. malangnya, sehingga ke hari ni aku masih gagal jumpa walau sorang yang berani mengotakan apa dikata.

majlis tadi sendiri sebagai contoh, mc tu dengan obvious nya, hanya memanggil dan menyapa ajk-ajk yang beliau sedia kenal. walhal, andai kata dia memanggil sesiapa secara rawak, aku jamin, beliau x kan di'boo', atau kalau pun orang yang beliau panggil menolak pelawaan untuk ke pentas, tindakan tersebut akan terkesan untuk satu jangkamasa yang panjang.

perghh... apakah yang sedang aku bebelkan ini?

haha... tadi ada satu pentomen, persembahan dari barisan pimpinan. pentomen tersebut mengenai sorang anak tunggal yang bjaya ke menara gading, yang dah pun bertunang, dan kemudiannya terjebak dengan najis dadah. agak tipikal, cuma, agak menarik pada aku bila persembahan ni x de dialog-dialog drama melayu swasta. dan macam biasa, watak ni insaf di penghujung cerita.

antara scene menarik ialah bila watak si ibu sedang berdoa. beliau menghadap penonton dengan kedua-dua tapak tangannya diangkat tepat di hadapan wajahnya sekaligus menutup terus wajah beliau.

malu macam gitu sekali... terpaksa la aku tahan gelak.

scene yang cantik jugak bila watak utama dibelasah dan kemudiannya kawan beliau datang. adegan kena tendang nampak real walopon tendangan tu singgah manja je ke tubuh beliau.

scene si ibu sedang berdoa.. dan pada masa yg sama menutup muka!

watak utama sedang dibelasah. perhatikan buluh lemang kat tangan pembelasah beliau... tu buluh biasa je, bkn ada lemang pun. haha..

babak menggatal... watak utama sedang bercakap dengan tunang beliau... bercakap ngan tipon ye, sbb tu jauhnya hampir 3 ekar...

roti jala... sedap! (pujian iklas ni... sbb aku jarang jumpa roti jala yg sedap...)


oleh kerana aku sgt mengantuk, cukup la banyak tu je aku upload... ngantuk sbb baru balik uptown danau kota.... tgk apa aku beli... =)

selipar bear mr.bean... kena beli baru sbb selipar aku dah nyaris x leh pakai... rm10. aku pn tatau nk kata murah ke mahal...







p/s : harap esok aku dapat carik nursery terdekat, kena beli jugak tanah, dan kena memulakan operasi bercucuk tanam ngan kadar yg sgt segera! tp kalo rasa tamau beraya hujung bulan 11 nnt, bleh je nk sambung relax....




save the earth...

3 ulasan:

Ibu Ammar berkata...

macam best plak aktif persatuan anak negeri,

persatuan mahasiswa johor um tak da jamuan raya ke?..isk!

nmEsfie berkata...

haha... tatau nk jawab la sarah... tapi kan, aku cadangkan, pekata kalo ko je wat umah terbuka? =)

Tanpa Nama berkata...

mcm aku gak ler... tader siapa nak tegur2 dalam majlis... tak terkenal kan