Jumaat, 23 Oktober 2009

ArJuna Si Perancang Onar

Tahun: 1992
Lokasi: Sekitar rumah kampung


Arjuna mundar-mandir gaya sangat susah hati. Jenuh tumbuk-tumbuk tapak tangan. Muka berkerut macam kena sembelit.

"tak boleh jadi ni..."

Arjuna segera membuat keputusan dan mula merancang.

1. Misi hendakla dilaksanakan selepas 0830. (sebelum tu masih sangat sejuk dan mush masih berlegar-legar di kawasan target.)
2. misi mesti diselesaikan sebelum 1630. (selepas itu kawasan target akan kembali berbahaya dan kemungkinan untuk tertangkap amat tinggi.)

bagaimanapun sebelum melaksanakan misi ini perlu la mencarik kuncu-kuncu terlebih dulu. tapi Arjuna x risau kerana beliau sangat bijak dalam menghasut dan mempsiko orang.

"tanak la Arjuna... nanti kena tangkap bleh kena hukuman mandatori tau!"
Wulan cuba menakut-nakutkan Arjuna.

"Wulan x payah la risau pasal tu, Arjuna dah ada plan bila musuh ada dan x de. kita mulakan misi lepas musuh dah beredar, selamat punya!"

Wulan diam. berpikir dengan sirius.

"Lagipun seronok tau... rugi lah Wulan x ikut..."
Arjuna tayang senyum paling menggoda.

"Oni macamana?"
Wulan pandang Oni yang tengah kesat hingus.

"Oni ikut Wulan."

Wulan pikir lagi. Dongak pandang dada langit kot-kot ada eskrem perisa vanilla jatuh.

"Ala Wulan... jomla," gesa Arjun. penat la tunggu Wulan pikir lama-lama. "lagipun, papehal jadi nanti, kita tanggung la sesama..."
pujuk Arjuna lagi. dah x tahan nak memulakan misi. Dah menggeletar kaki memikirkan misi yang akan berjaya.

"OKla."

Akhirnya! Arjuna sengeh puas hati. kecik-kecik dah pandai memujuk. besar-besar nanti ada harapan jadik lelaki tampan ada aweks ramai. Arjuna sengeh lagi panjang.

"Cepatla!" Arjuna terpisat-pisat. terberangan plak, heh!

1600: MISI BERMULA.

tak berapa lama....

"Arjuna...! Wulan...! Oni...!"

"Alamak... musuh dah datang!" Arjuna cuba menyorok.













PAPPP!! PAPPP!! PAPPP!!

bunyi gemersik ranting pokok rambutan singgah di betis Arjuna, Wulan dan Oni.

"Lain kali mandi kolam lagi.... habis keruh air, macamana ikan keli papa nak idop??"











p/s: ArJuna adalah mastermind.....


save the earth...