Khamis, 30 Disember 2010

Closing my Blog~

Seyesly aku tatau apa jadik kat blog neh sekarang. Banyak menda yang tak leh nak buat. Dan rasanya aku dah decide nak bukak je blog lain. Tapi lom create lagik.

Jadi, pada SR yang rajin singgah, kalo tetengok cecah sebulan tadepape, harus la bermaksud aku dah berpindah. Alamat baru akan dihapdet, tapi mungkin takkan kekalkan nama Esfie dan Mazeed since teringin nak privacy.

Sesape yang still interested nak view blog yang coming soon tuh leh la tinggalkan emel kat aku nyer emel, nanti aku invite ke cane ke nanti.

Itu saje. Ada cte lain nak cte tapi kena la ejas bebenda neh dulu.



P/S: Uff~ tak suka create blog baru. Isk~
nm_salir@yahoo.com.my

Isnin, 27 Disember 2010

Sweet Escape : Pulau Pangkor`

Bertolak seawal 0750 pada pagi Sabtu nan tenang, menjelang Zuhur selamat tiba di Terminal Jeti Lumut. Sempat lunch nasik ayam madu sebelum menaiki feri ke Pulau Pangkor. Tiba dalam kurang setengah jam dan check in lebih kurang kul 1410.
Lunch - RM8.30
Feri pegi balik - RM10
Taxi dari Jeti Pangkor ke hotel - RM15

Aktiviti pertama, mandi laut. Mandi sampai rasa tak larat lagi main air. Balik tukar baju, kua jejalan cuci mata, dinner dan merancang aktiviti seterusnya. Usai dinner, balik lenakan mata. Bangun, cuci muka, dan kua carik makan sambil jalan-jalan di pesisir pantai, menyaksikan macam-macam kerenah manusia dari ceruk tempat.
Dinner - Laksa RM2.50 + Teh Ais RM1.50

Balik menjelang tengah malam, lepak-lepak sambil mengadap jajan, borak-borak sampai mata penat dan tidur dengan seronok.
Jajan - RM1.70

Hari kedua.
Seawal 0800 mengadap sarapan, kurang sejam kemudian siap beruniform mandi laut semula untuk aktiviti seterusnya, snorkeling. Lima anak dara paling comel yang mana hanya sorang tau berenang manakala selebihnya hanya pandai tenggelam, sesama berusaha berseronok snorkeling.

Sempat jugak mengacau kumpulan ikan-ikan kecik berenang, dan asyik terpijak timun laut yang banyak sungguh di dasar laut. Sempat gak melihat coral berwarna warni - hijau biru, merah - cantik sungguh meskipun pandangan tak sejelas mana dek rabun.

Hampir dua jam berendam, tangan - kaki luka-luka asyik terpijak terpegang batu tajam, akhirnya aktiviti tersebut ditamatkan dengan lawatan ke dua pulau berdekatan. Menaiki bot dengan kelajuan menyeronokkan - best tahap tertinggi~!

Balik mandi bertukar baju, amik beskal yang disewa sepanjang hari. Lunch terlebih dulu sebelum memulakan aktiviti berkayuh sambil memerah peluh. Tatau jarak sebenar aktiviti neh tapi aku asyik tertinggal di belakang dan nyaris berpatah balik dek kepenatan. NC lak, hampir pitam.

Tapi, kepenatan yang berbaloi-baloi.

Sementara memulihkan tenaga, singgah basahkan tekak. Kendian, sebaik tiba di hotel memasing memanjat katil dan segera menjadi umang-umang bersembunyi dalam selimut. Terjaga apabila mata tak mampu lagi lelap, malah perut pun dah mogok semacam.

Berbasikal ke gerai-gerai mencari makan. Sempena kemuncak aktiviti, dinner sedikit special. Nasik putih, tomyam seafood, kangkung & kailan goreng, telur dadar, dan sepinggan sotong fresh masak tepung.

Perut kenyang, jalan-jalan lagik carik souvenir.

Hampir tengah malam, pulangkan basikal dan menapak ke hotel. Sambung mengadap jajan dan sembang-sembang hingga la masa untuk tidur.

Bekfes - RM4.50
Snorkeling - RM10
Lunch - RM6.50
Basikal - RM15
Minum petang - RM5
Dinner - RM13.50

Hari ketiga.
Pagi-pagi 0759 dah ke pantai, kali ni sengaja ke pantai yang sedikit jauh dari hotel. Mandi sampai puas memandangkan hari terakhir. Air yang kehijauan dengan cuaca mendung bakal hujan serta pantai yang lengang dari pelancong dek pagi yang awal.

Cecah sejam setengah, jari-jari dah kecut, akhirnya balik ke hotel. Sebaik tiba, hujan mula mencurah. Lebat hingga terperangkap sekejap dalam bilik.

Setengah jam kendian hujan reda, kitorang keluar semula, sarapan dan sesi beli belah terakhir kat situh.

Tepat 1200 check out, amik taxi ke kilang makanan laut tuh sume sebelum ke Jeti Pangkor.

Sebelum meneruskan perjalanan ke KL sempat singgah sekejap di Teluk Batik.

Sarapan - RM4.50
Taxi ke kilang & jeti - RM30
Aiskrim di Teluk Batik - RM2

Menjelang Maghrib selamat tiba di VA.

Tiga hari yang penuh keseronokan.
Masa yang dihabiskan sesama serta pengalaman yang menakjubkan - valueless.



P/S: Motif sangat ala-ala iklan credit card neh?

Sabtu, 18 Disember 2010

Sweet Escape~!

Bermula esok hingga dua hari selepasnya adalah hari kebebasan yang ditungu dengan penuh debar. Aku ngan hosmet akan melaksanakan misi penuh bahaya yang dah disusun atur sekian lama - Sweet Escape.

Tatau apa akan dibuat kat sana sebab kalo boley sumenya nak buat.Tapi, toksah kalut-kalut sebab aku pon lom siap packing. Tengah pikir apa yang patut dibawak dan apa nak kena disarung. Yang penting enjoy~ Warhaha...

Justeru, sila tutup lappy sekarang dan sila packing. Kalo tak sedar esok pagi, harus la kena simbah ngan air. Haip, hilang macho~


Yuhuuuuuu~


P/S: Mau lupakan risau 21/12/2010....

Khamis, 16 Disember 2010

Bunga Dedap : Siri yang realiti.

Entry Bunga Dedap banyak mendapat viewers. Sama ada yang sekadar tersesat atau teruja dengan apa tuh bunga cantik yang tak upaya memikat.

Andai sebelum nih sumenya hanya la teori, tapi kali ni, bunga dedap hadir dipertontonkan jelas di depan mata.

Bunga dedap. VS. Bunga pucat.

Si Dedap yang cantik, seyes, beliau memang cantik. Kecik molek, rambut hitam bertocang satu, dengan jurai halus tak tersengaja di dahi yang sesekali terkuak akan menzahirkan lagi keayuan di dedap. Senyum yang memang manis, dan selalunya mempesona. Tutur katanya plak, sesuai dengan pekerjaan, tentu la sangat terusun, teratur dan terjaga tatkala menjalankan profesionnya.

Si Pucat pula, bukan la tak cantik. Comel orangnya. Selalu nampak blur dan sesekali innocent dalam kerjanya. Komited, walau sesetengah gemar menafsirkan tu sebagai skema. Bicara si Pucat, seperti jugak si Dedap, sopan, cuma ada masa sedikit gelabah bila masalah kunjung tiba.

Konklusinya, kedua-duanya memang punya kecantikan dan tarikan tersendiri, terpulang dari sudut mana keduanya dinilai.

Uff... mana unsur dedap dan pucatnya???


Baikla, kembali pada topik.

Jujurnya, selaku pemerhati, aku personalnya tak sukakan si Dedap. Sebagai manusia, tak dinafikan, tanggapan pertama adalah kekaguman yang berbunga. Cantik, berbudi bahasa. Cuma, bila makin mengenali si Dedap, rupanya beliau punya satu sikap yang.... uff. Sesuatu yang tak digemari semua perempuan lain.

G.E.D.I.X.

Mengada dan bermanja habesan dengan semua orang terutama lelaki.

Adeh, failed.

Dan umpama drama jugak, berbeza dengan si Pucat, yang boleh je diertikan selaku, jinak merpati. Didekat rapat ditangkap tak dapat.

Si Depa yang cantik, yang mudah hilang kewarasan dek perasaan, dan si Pucat yang comel, yang keras bila rasa diinjak-injak.



P/S: Dari pandangan sisi sorang pemerhati yang gemarkan teori. Sekian.

Isnin, 6 Disember 2010

Girls Day : Shopping sampai Demam~ ^^

Khamis, kitorang berempat off sesama.

Pepagi hari dah bersiap, jumpa kat KL Central kendian 3 dari kitorang menaiki monorel ke Imbi. Lokasi adalah Times Square. Kat sana jumpa ngan lagik sorang, maka lengkap la kitorang selaku L6^Candies.

Aktiviti pertama adalah gi carik tiket movie. Lom ada pape dalam kepala so just gi carik apa movie yang ader. Lepas beberapa sesi dialog dan atas sebab nak berseronok tanpa memikirkan banyak menda, kitorang pilih citer Melayu - Ngangkung.

Sambil tunggu masa tayangan, kitorang gi makan dulu. Lepas makan jejalan sekejap kendian terus ke panggung yang dah bergelap masa tu.

Tamat tayangan, sambung ke aktiviti seterusnya - bowling. Suka dimaklumkan antara keempat-empat kitorang, hanya Ms Chairman merangkap Icy saja yang penah main bowling. Yang lain, sekian timekasih. Uff... aku sebenarnya salu je main, game komputer. Yang real, tu la kali pertama.

Seyes lengan rasa sakit lepas main. Adehh...

Aktiviti paling utama seterusnya adalah shopping kat Masjid Jamek, namun dek hujan nan terlalu lebat, maka aktiviti tuh dipostpone dan diganti dengan sesi shopping kat Times Square tuh sendirik.

Usai shopping, tangan kaki sume dah lenguh, jalan-jalan bawak diri ke Johny's apa tah nama kedai tuh, lupa lagik. Tapi, dek demam yang mula menular, kesedapan bee hoon tom yam gagal dinikmati sepenuhnya. Tapi takper, sebab memang dah sedap.

Acara santai hanya berakhir kira-kira 10 malam di mana memasing selamat tiba kat rumah.

Esoknya, keje hanya mampu 2 jam, tubuh menggigil tak hengat. Kepala pusing-pusing cam jam. Nak cakap pun tak bape nak larat. Akhirnya gi jumpa TL mintak nak balik. TL bagik. Harus la bagi, dah tak bape rupa orang dah, tak larat tahap giga.

Gi klinik, malangnya doktor baru je gi semayang Jumaat, kena tunggu paling awal lagik sejam. Sangat tak larat, maka balik saja.

Balik, bantai tdo. Langsung tak sedar pape. Bangun celebrate besday hosmate sekejap, kendian sambung tdo, taruk cool fever kat dahi, kendian sambung tdo lagik.

Alhamdulillah, bangun esoknya, panas dah kurang banyak. Lega, maka gi keje. Habis keje, sambung sesi shopping yang tergendala. Keke... kira-kira 9.30 malam baru beransur kenal jalan balik ke rumah.

That is what we called as shopping.... sampai demam, sambung balik. Hehe...


P/S: Sekarang dah ada 3 blaus baru, dan sepasang baju kurung, yang lom dipakai gi keje. Malangnya, tetibe saya rasa segan nak pakai. Erkhghh...

Khamis, 2 Disember 2010

Kau Sape Nak Bagi Arahan kat Aku? Kau TL ker?

3 hari nih aku jawab call sekejap je, sebab aku and da rest dah di assign untuk guide agent-agent baru. Kat sini, boleh dikatakan setiap tiga minggu ada je agent baru yang akan masuk. Cuma kali neh, memang sangat ramai, cecah 30 orang.

Selalunya, setiap satu batch yang masuk memang ramai, tapi dalam tempoh training 3 minggu, ada je yang tarik diri dek tak tahan ngan macam-macam. Sama ada rasa tak mampu ingat macam-macam produk Hotlink, atau rasa tak tahan ngan kerenah customer yang pelbagai. Ada jugak yang rasa payment terlalu kecik untuk kerja yang begitu penat dan menekan. Justeru, selalunya yang tinggal hanya beberapa kerat, contohnya batch aku dulu, cuma ada 9 orang.

Tapi, apa je yang mudah? Even lapar pon still kena makan dan mengunyah, menelan dan menikmati makanan, baru la rasa lapar akan terganti dengan kenyang. See the point? Pape hal pon perlukan usaha, dan susah payah, ok? Uff... terlari topik. Sila kembali ke landasan.

Bila seramai tuh agent baru, dan dorang ni plak memandangkan sumenya manusia jadi perangai memang la sangat berbeza sesorang. Apa la kudrat sorang TL untuk perhatikan kesemua 30 orang agent. Lantas, beberapa orang senior agent ditugaskan menjaga dan membimbing agent baru neh ke jalan kebenaran.

Agent tuh plak, merangkap keempat-empat kitorang.

Tugas nampak mudah dan seronok. Yelah, hanya perlu berlegar di sekitar agent baru, tolong jawab kemusykilan dorang, boleh ala-ala kerek kalau soklan depa merapu dan tak sepatutnya ditanya. Plus, ada kuasa untuk menyuruh dorang laju-laju sikit menaip, jangan tanya soklan tak bijak, sila cakap nicely, pls remove your not ready status, dan macam-macam lagik yang sekali imbas, uff, macam TL.

And the best part is, bukan saja hanya perlu entertain diorang, malah tak perlu jawab call. Tak perlu peduli andai call beeping bagai nak pecah floor. Heh, yang penting, kitorang nampak semacam seronok sebab boleh bersembang dan bergelak tawa.

Lantas, apa lagik.... ramai jugak la yang hangin dan bengkek ngan kitorang berempat. Ketidakpuasan hati tuh bagaimanapon hanya disampaikan dalam nada paling sopan dan santun. Tersenyum dengan pandang penuh erti, menepuk-nepuk bahu ngan gaya penuh makna, atau kalau extreme sket pon, hanya mampu memanggil kitorang ngan panggilan, MANDUR.

Cuma, dalam menahan rasa tak senang tuh, ada jugak yang menyebabkan aku masih mengenang bendalah tuh selaku ingatan yang taknak aku lupakan.

Salah sorang agent yang agak baru, cuma tak la sebaru budak-budak yang baru 3 hari jawab call, nak bersembang. Malangnya, dia gi bersembang ngan budak baru yang tengah jawab call. Maka dalam nada bergurau aku suruh dia jangan kacau budak tuh dan sila duduk kat tempat dia.

Mana la aku sangka dia akan sentap giler sampai air mukanya berubah sakan.

"I just want to ask her something. Why you like this ha?" Katanya, muka mula memerah.

Aku masih berpeluk tubuh sambil tayang senyum yang sentiasa sweet.

"Dont disturb her la, she's answering calls. Why dont you remove ur Not Ready and answer calls as well?" balas aku, masih senyum segaris.

"Eh, why you are so busybody ha, since when you are my Team Leader to tell me remove my Not Ready or not??" bentaknya, sambil menjeling sangat marah. Langkahnya segera hilang dan kembali ke seat.

Aku takat angkat bahu, berpandangan sesama bebudak lain dan sambung tersenyum.

Budak tuh, masih terlalu baru, hanya 3 minggu jawab call. Dan hanya kerana dia bengang aku tak perlu jawab call, menyangka aku bermain-main sambil berpeleseran dalam floor, meledak tatkala aku melarang dia mengganggu agent yang di bawah pengawasan aku.

Uff... apa yang dia dan agent lain tatau, agent baru yang di bawah pengawasan kitorang berempat, seriously, memang bawah tanggungjawab aku.

Bila dorang tuh buat silap, cam salah hantar case, hantar case tak lengkap, hantar case terabur, dan letak Not Ready sesuka hati, hold customer sampai tiga pat kali, memanjangkan call, dan seribu satu mendalah haru, yang kena panggil mengadap dengan Team Leader atau SME, adalah kitorang berempat.

Andai kata si budak baru tadi kacau orang dan takde kena mengena ngan aku, seyes la, aku jeling sebelah mata je. Tak kuasa kot nak melarang orang kalau takde masalah ngan aku.


P/S: Oh ya, budak yang sentap tuh, sebetulnya bawah pengawasan TL sebab suka letak Not Ready sesuka hati.

Rabu, 1 Disember 2010

Gang Leader

Wawawawawaaaaa.... aku dah dapat nick pulak dek TL-TL neh. Mementang la since double shift tuh aku, icy, mentholyn ngan nerdy asik sesama je, dorang sesuka lak panggil aku Gang Leader.

Huh, siap mention nama tuh kat sume TL kot.

Apa motif? Apa hal? Apa masalahnya??

Isk... motip sangat cakap aku camtuh, terasa cam jahat lak ngan panggilan tuh. Yang cik kak nerdy nan poyo tuh leh lak terspontan (katanya la...) mengenakan aku. Bila Mr Nite Rider datang semata-mata nak update kan kitorang sal apa tah, beliau ngan senyum-senyum malunya panggil aku ngan nama tuh.

"Apa neh, apa lak..." protes panggilan tersebut, dan opkos la bantahan dari aku hanya akan mengundang mengukir senyum kat Mr Nite Rider tuh.

Susah nak nafikan, tapi memang senyuman beliau sweet. Keke...

Dan-dan tu jugak Nerdy sound aku laju-laju.

"Dah tuh, nak suh panggil akak apa? Sayang?"

Dan walopun terkujat, yakin aku menjawab, "Boleh jugak." sambil hadiahkan jelingan penuh ugutan kat beliau.

Dan-dan tu jugak la Mr Nite Rider meninggalkan kitorang, ngan muka malu-malunya. Haipp...



P/S: Kalo Gang Leader yang comel, boleh jugak diterima. Haihhh..

Isnin, 29 November 2010

Rayyan Fantasi is Coming~!

Buah tangn terbaru dari RAM dah nak kua next week, tapi kat MPH Alamanda dulu, aku opkos la takleh ke sana, tapi memang dah lama berangan nak tulisan terbaru antara peberet penulis aku neh.

Ohh... aku memang suka membaca, tapi setakat ni, peberet aku lebih tertumpu pada komik dan novel Melayu, novel omputih aku baru-baru belajar baca je. Kadang jeles gak orang lain dah ada peberet penulis novel omputih, aku lak terkial-kial lagik. Tapi, better late than never, kan? Keke..

Memandangkan aku dah skip satu buku RAM, jadik sangat tak sabar nak tunggu buku baru neh. Aku skip buku lanjutan kronologi Bagaikan Puteri, sebab aku tak rasa nak ikuti lagik kisah Haryani ngan Sunan.

Bagaikan Puteri - best, tapi takla aku suka sangat. Pertama sebab kesempurnaan Sunan. Haihh... agak impossible seseorang sesempurna tuh. Kedua, Haryani. Aisehh..

Cinta Sang Ratu - aku suker! Sebab sifat-sifat manusia Sunan dalam ni, sangat jelas. Dan best. Oh, aku suka ending Dani confess kat awek Indonesia yang tolong dia tuh. Tu la namanya life. Watak Haryani pun kuat dalam neh.

Hijab Sang Pencinta - hanya dibaca untuk melengkapkan kisah dorang. Dan as expected, memang tak bape suker sebab Sunan dah jadik supernatural balik.

Jadi sengaja skip yang latest, tajuk pon luper, keke.


P/S: Rayyan ~ must be somtin different. Hopefully. ^^

KIsah Floor : Mr Tee

Hari-hari penat bersembang mambang, bercakap dan bercakap. Tapi lately life getting better, keke...

Mana tak better, selama nih yang mendatangkan tensen bukan la customer, tapi orang-orang sekeliling dan environment. Justeru, bila sekeliling dah makin menyenangkan, yang menyampah cam smpah pon dah tak menyakitkan hati sangat.

Salah sorang TL neh, selama neh sangat la bermuka tensen tak hengat, seyes bagai nak rak. Tapi sari dua neh, dah pandai senyum, dan tak tahan, dan reti buat lawak tak leh blah.

Selalunya aku bereempat, termasuk Nerdy, Mentholyn ngan Icy, akan duduk dedekat. Satu ari tuh tatau la apehal mr.Tee merangkap mr skema-tak-hengat neh, tetibe bagitau kitorang takleh duk sesama due to memacam unreasonable excuses.

Nak elak dari call beeping, nak jaga service level supaya tak turun, nak itu, nak ini. Dan nak bagi budak baru duduk kat seat tuh.

Uff... opkos la cuak tetiber. Apakah ini sumerr.... apa salah kitorang?

"Korang dah tableh duduk sini tau, mulai esok sume kena duduk asing-asing."

"Ahh.. tade, nak duk sesama jugak." opkos la aku akan menayang muka degil tak leh blah.

Tapi dalam hati toksah cakap, cuak tak hengat.

Esoknya empat-empat kitorang gigih datang awal, semata-mata nak pastikan seat tuh tak diambik orang. Aci sampai je, huh, tenang je seat tuh. Barang sape pon tade kat situh. Haip, cam dah terkena je.

Sampai la dah setengah hari jawab call, baru la Mr Tee tuh pandang kitorang, kendian sambil tersenyum sambung lawak tak kelakar beliau.

"Ni kenapa duk sesama neh, kan sayan dah cakap kena duk asing-asing?"

Huh, antara nak gelak dan nak cuak, tak menahan kelakar beliau. Dek kelakar tuh la kitorang bereempat penat risau apa nak buat kalau bebetul kena duk asing-asing, haip~!



P/S: Mr Tee... beliau bukan la Chinese... ^^

Rabu, 24 November 2010

SheMale..... yang Feminin,

Erk... tapi sebelum tuh, boley ke pakai perkataan shemale untuk merujuk depa yang sebenarnya pompuan yang menafikan jantinanya tuh?

Ikut Wiki, lebey kurang tu la maksud shemale neh.

Huh, baikla, aku hanya nak cerita pasal shemale yang sorang neh. Memula aku kenal dia aku sangka dia straight, means hanya luaran je la ala-ala eksen kameng penuh kelelakian bla3, aku ingat dalaman dia still keperempuanan.

Rupanya, she male yang sorang neh, ada gelfren.

Uff.

Yang menariknya, pada masa yang sama, aku perasan, dia neh sukakan sorang mamat neh. Dan yang membuatkan perkara tuh obvious, bila mamat tuh mintak tolong somtin, memang dia akan sangat teruja, sampai keluar la perangai pompuannya; menggedik dan mengada.

Oh, kalau dia adalah pompuan yang menerima hakikat bahawasanya dia adalah sorang pompuan, rasanya aku akan buat tatau je. Yang menyebabkan dia neh menarik untuk gelagatnta diikuti, adalah kerana appearancenya tuh la. Punya la hard rock cafe punya imej, tapi menggedis.

Uff... umpama sorang jejaka gagah perkara meliuk lintuk memintal-mintal hujung tie. Boleh bayangkan cemana?





P/S: Perempuan ok pe.... nape nak jadik laki lak?

Isnin, 22 November 2010

I My Me Mine~

Sesi luahan perasaan.

*******************************************************

1. Penat.

Antara keje seharian, balik hanya mampu tidur dan bangun semula untuk rutin yang sama, takde masa untuk manjakan diri sendiri, hanya punya kesempatan untuk tergelak kekadang; jauh lagi mampu dihadapi dari perlu berdepan ngan perangai dna ulah yang tak terlayan.

Motip pape hal mesti aku yang jadik alas kubur? Masa susah pandai carik aku, reti bukak mulut nak suruh itu ini, bila dah kononnya senang sikit, uff, aku jugak yang salah sebab kononnya tah pape ye?

Nope. Kali ni decision is made by me. The END.


2. Menyampah.

Antara mengadap timbunan sampah, perlu asingkan, asingkan ikut jenis dan spesies, timbang, kemudian longgokkan semula; lagi mudah dilalui dari mata berat menatap pemandangan nan menyakitkan, apatah lagi dah bebuih ala-ala mabuk todi mulut mengulang bicara nan serupa tapi telinga yang mendengar kalah tembok kayu batu dan besi yang tak berotak untuk pahami pape bahasa.


3. Berat.

Apa masalahnya dengan the way of my life? Apa kesahnya as long as semuanya aku tanggung sendiri? Apa perlunya prihatin nan kononnya tuh andai penghujungnya sinis sinikal menyindir tak hengat?

Yo may advice me, but those advice may be accepted, may be not. My choice.



P/S: Uff... bulan ni baru beli berus gigi sebatang. Isk~

Isnin, 15 November 2010

Mission...... COMPLETED~!!

Hari ni adalah hari terakhir aku double shift. Ufff... seyes tak sangka masih mampu bernafas dengan baik selepas menamatkan tempoh 'takde-life' neh.

Seronok, walopun memang sangat penat.

Suka, walopon sungguh tak larat.

Gembira, walopun cukup tensen.

Tapi, antara sebab masih ada tenaga untuk tersenyum kerana life yang mulai ada kat tempat keje.

Uff... life tuh termasukla para TL, dari yang strict, skema, comel cam teddy, cute cam doraemon, macho cam Rajnikan, atau iras-iras SRK, hingga la ke TL yang sengal mengalahkan kekanak ribena.

Oh.. dan tentu la termasuk Orangie dan Micky yang selalu jadik tatapan mata bebila datang nakal dan gatal.

Eh.... mr sweet pon tentu lah masuk list.

Dan.... tentu la sebab memember dabel shift neh jugak. ^^

Hari last dabel shift, kitorang jalan berlengang menapak ke LRT. Cik kak nna senga sorang tuh sempat karoake pelbagai lagu korean, dari NOBODY Wonder Girls ke LOVE C.N Blue.




P/S: Life. This is it.

Ahad, 14 November 2010

Keje dan Belajar : Mana Tension?

Antara kerja dan belajar, mana lebih penat?

Sebelum ni aku tak penah ada jawapannya, tapi hari ni aku dah tau.

Seyesly, belajar jauh lebih penat!

Keje hanya menggunakan kudrat tulang pat kerat, dan sebaik balik, mandi dan tidur, bangun lagi ulangi rutin yang sama, sambil gelak kadang-kadang, tensen tak la sampai menghenyak pundak sampai tak mampu nak tersenyum.

Dan belajar yang kononnya lebih menyeronokkan ngan kekawan, sentiasa bergelak tawa, selalu bersama ke mana-mana, gap antara kelas je pasti terisi ngan macam-macam kisah. Kelihatan begitu membahagiakan. Tensen hanya tatkala exam menjelma.

Tapi seyes, balajar yang memaksa otak berfikir, sangat meletihkan.

Tak cayer?? Sejak 13 hari lepas aku keje double shit, dari 0800 sampai 2130. Adakala sehari call hampir cecah 200, dengan macam-macam kerenah, jarang-jarang ada masa untuk bergelak, tapi masih mampu on lappy hingga satu pagi baru tidur sebelum esoknya mengulang urutan peristiwa yang sama.

Hari ni, hanya luangkan masa 2 jam 30 minit untuk MTeST, baliknya langsung tak mampu buka mata.

Collapse!



P/S: Sape kata study life simple?

Sabtu, 13 November 2010

Melayu & Tattoo

Wajahnya Melayu.
Namanya memang Melayu.
Percakapannya confirm sungguh dia Melayu.

Tapi dia bertatu.



P/S: Teori tak leh blah ialah, apakah dia itu baru port in atau pernah ported out dan baru port in semula?

Selasa, 9 November 2010

Kisah Floor~

Satu floor tersunyi sekejap tadi bila tetibe tah suara sape meledak. Sampai terbeku sekejap deme yang sedang melayan panggilan macam-macam soklan.

Selang seminit, terdengar plak kusi berlaga sebelum headset yang sebelumnya melekat comel di kepala bertukar kedudukan terdampar atas meja. Hentak sepatu dua inci memecah hening kemudiannya.

Dan sosek-sosek pun mula kedengaran sama.



Uff... aku hanya terfikir satu soalan. Andai sesatu nombor tuh sangat penting untuk sesorang, wajar ke andai nombor tuh tak bertopup langsung sehingga 3 bulan? Kat mana menunjukkan nombor tuh penting?

Bak kata minnie, masa ada kat depan mata tak hargai, bila dah hilang tak mampu digapai baru terkial-kial merasa penting.




P/S: Mentimun dan durian. Akukah mentimun yang tak penah sedar kekurangan?

Isnin, 8 November 2010

Tak Bape Paham...

Kadang tak paham. Bila terduduk melutut terhenyak dek cerita merapu hingga semua mata yang memandang hanya merenung dengan pandangan penuh curiga, beriya-iya telinga dipaksa mendengar sesriri lengkap bebel penuh nasihat tah pape kononnya mesti bangun tatkala kita adalah benar. Mesti kukuh saat pundak menampung pelbagai tekanan. Mesti tegak, kerana yang benar itu adalah putih, meski adamasa hampir kelam dek debu penuh tipu.

Tapi, bila masanya untuk aku berdiri, menyuarakan sesuatu yang memangnya benar, sekali lagi dipaksa mendengar cecehan penuh menyakitkan; apa salahnya diam dan menerima?

Uff.

Aku menerima apa adanya walau pahitnya amat, tapi completely salah sebab tak berusaha memisahkan yang benar dan yang salah.

Waktu aku mengangkat wajah dan penuh yakin meletakkan jarak antara yang salah dan benar, juga salah kerana wajarnya aku diam dan tidak bersuara.

Tidak, ini bukan luahan marah. Hanya satu hakikat yang suka atau tidak mesti aku pahamkan sendiri. Sooner or later. Cuma tak mampula kot nak nafikan bahawasanya aku kecewa.



P/S: Dari saya, yang masih belajar tentang sepak terajang dunia.

Ahad, 7 November 2010

Agak Laaa....

Baik la, aku marah hari ni.
Uff... aku tidak berpuas hati sebetulnya.


Tak suka kena marah untuk benda yang bukan salah aku.
Erghh.... ada ke orang suka kena tuduh melakukan sesuatu yang dia tak buat?


Tak suka bila aku tengah meluahkan perasaan ngan menanes cam anak-anak 4 tahun tetiba ada orang datang tah dari mana memujuk konon cam sangat memahami.
Adeh... cliche~!


Dan, aku tak suka orang tanya sampai bila aku nak keje neh.
Aku punya suka, boleh?




P/S: Well, mana ada keadilan, since orang yang bercakap tentang adil dan undang-undang tu sendiri dah umpama ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus.

Sabtu, 30 Oktober 2010

Tragedi Menjelang Gaji

Sehari sebelum gaji masuk...

Jalan-jalan lenggang penuh bahagia ke ATM. Masukkan kad dengan tenang. Kawal air muka supaya nampak penuh sopan semasa cek baki akaun. Senyum pun agak-agak supaya tak ketara hati sedang melompat-lompat.

Baki akaun tertera di skrin.

Huh? Baikla, gaji masih belum masuk.

Mengeluh penuh tenang. Senyum masih agak-agak supaya tak ketara hati sedang kuciwa.

Ingin teruskan urusniaga?

Tidak.


Tritttt... tritttt....

Tetibe skrin gelap. Sesaat kemudian cerah semula. Macam-macam kod antarabangsa tak dipahami tertera satu demi satu.

[F2 for setup]

Oh?

Skrin gelap semula.

Temporarily not in service.

Ah?

Kad saya mana?

Senyum mati. Hati melompat-lompat semula.

Kad ATM ditelan dengan rakus. Hanya mampu merenung dengan pandangan penuh sayu lagi sendu.



P/S: Pulangkan balik~!

Sabtu, 23 Oktober 2010

Shopping~!

Kain untuk baju raya.
Check.

Tudung untuk baju baru.
Check.

Kotak untuk pos kain pasang ke kampung.
Erkk...

Tiket untuk balik kampung.
Ufff....

Apply cuti untuk raya.
Erkkghhh.....




P/S: Lupa apply cuti~!!

Jumaat, 22 Oktober 2010

Pukal

Update pukal untuk seminggu.

Kewalahan dek OT yang compulsory sejak awal bulan.
Tapi tape la, hujung bulan neh besh sket tengok payslip. Hehe...

Salah sorang colleagues yang mc selama dua minggu berturut kerana masalah kesihatan. Dek ketidakselesaan sebab lama tak datang keje, beliau memutuskan untuk resign saja. Namun alasan yang beliau kemukakan tidak cukup kukuh. Akibatnya, resignation letter tersebut dikoyak lapan di depan mata beliau sendirik.
Scene of the day-lah~!

Tengah-tengah minggu plak, uff, dapat nescafe tarik free dari TL sebab mengantuk di pagi-pagi hari. Tinggal satu minit nak log in, mata masih rapat tak mampu nak angkat. Sudahnya TL belikan nescafe tarik, pemangkin semangat katanya. Hah~!
Lenkalik leh wat lagik tuh. Haha..

Penyeri minggu. Tentu la sebab ada seken suwit pain. Hahaha...


P/S: Tak sabar nak shoppim raya esok hari~!

Khamis, 21 Oktober 2010

Selamat Pengantin Baru~

Banyak pulak view dekat blog neh bila tak update, pelik. Tapi tape la, huhu.

Beberapa hari ni ditag pada kad jemputan kawen salah sorang cosmate. Huh, macam tak pecaya saja beliau dan tunang akan menamatkan zaman bujang dorang tak bape lama je lagi. Kalo tak silap selepas raya haji neh.

Taniah dan semoga dirahmati hendaknya.

Uff, kadang kebusanan melayan pelbagai kerenah orang. Paling tak suka tentula orang yang kerek.

Paling tak tahan, jenis yang sangat la menganggap diri sendiri adalah hebat. Sampai tanyakan, do you understand english? Uff... saya penat btol.


P/S: Uff, ada sesiapa suka mereka yang kerek?

Isnin, 11 Oktober 2010

Terkenang Daku Teringat..

8-10 October 2010 ada career fair kat Mid Valley. Sengaja ringankan kaki ke sana. Salah satu hall dipenuhi dengan peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat post-graduate.

Terpegun sekejap. Bukan dengan kesesakan manusia, tapi dek terkejut.

Salah masuk fair kah? Uff... bukan datang untuk sambung belajar neh~!

Kemudian lega semula bila dapati career fair adalah hall bersebelahan. Tapi, sepulangnya dari sana, satu demi satu kenangan zaman belajar datang bertandang.

Aduhh.... tetibe rasa tergugah mengenangkan beberapa teman yang masih bertungkus lumus di meja studi dek melanjutkan pelajaran. Sedang aku gigih tamau menggunakan peluang yang ada.

Alasannya, penat sudah dengan dunia belajar yng penuh teori. Sekarang masanya untuk menempuh dunia realiti!

Erkhgh.. Kenangan, sila berlalu.



P/S:

Sabtu, 9 Oktober 2010

Mad at Wrong Person?

Uff.... dah lama tak kena sound ngan customer cetek akal. Sari dua ni dapat balik.

Makcik sorang tuh, call je trus dia cakap nak cakap ngan supervisor. Uff?? As an agent, tersangat la carik pasal kalo sesuka je nak pass call kat SV. Kalo tak kena jeling, tak sah!

Lepas korek-korek, akhirnya customer tu setakat nak tau caj roaming saja. Tapi memang sukar nak handle beliau, sebab no pon dia tamau kasik. Uff... terpaksa la aku cakap je apa yang patut. Tanya sket aku lak dibantainya tak paham bahasa.

"Cik nak tau caj sms ke caj call neh cik?"

"Eh, you ni tak faham bahasa ke? Takkan la I nak sms je kat sana, mestilah nak call sekali!"


Errkhghhhh.....

Kendian, ada lak sorang akak neh, nak pakai Blackberry,pastuh guna internet, bila kedit kena tolak, boleh pulak dia call dan cakap tak puas hati dengan caj tuh.

Bila aku cek, caj tu memang caj betul. Takde la overcharged ke hape, bila aku explained, katanya dia tak puas hati sebab masa dia beli Blackberry dia tuh dia tak diberitahu kalo browse internet kena caj.

"I tak puas hati la, kenapa nak kena caj, I pakai Blackberry, kenapa nak caj I. I tak peduli, I malas cakap banyak, I nak you hantar case I nak refund."


Motip nak sume free? Tandas awam pon 30 sen sekali masuk sekarang neh tau.

Dan, satu call dari sorang amoi yang ngamuk-ngamuk bila kena caj singgit untuk 2 sms. Bila cek, dia hantar kat nomo antarabangsa, memang la caj singgit sebab international sms memang la 50 sen sekeping.

"I will terminate this no! You know what, I will ask my friend to stop using maxis! I will post this on facebook! You stupid....blah..blah..blahh..~!"

Ufff.... marah-marah agent cam aku apa maknanya kot, habeh-habeh pun ujung bulan aku tetap dapat gaji.

Deme yang gigih call semata-mata meluahkan amarah dan amukan tuh? Kena caj 30 sen seminit lagi ada la... Hati sakit, marah membuak, malah kredit pun luak.

Tapi tak sumer customer macam tuh, yang senteng akal macam di atas tuh ada la segelintir. Sikit je pun. Ramai lagik yang sopan santun dan baik. Maksudnya, orang baik, memang masih ramai atas muka bumi neh.

Boleh ke buat kesimpulan camtuh? Keke..


P/S: First call aku ke customer service maxis 5 tahun dulu, dan aku masih ingat cemana sempoinya agent tuh. Such a sweet thing to recall.

Khamis, 7 Oktober 2010

CHINTA : Negara Apa Aku Tinggal Neh??

Tak penah pon menonton cte neh. CHINTA yang dibintangi Fasha Sandha. Kisah sorang mangsa sumbang mahram yang kemudiannya berdendam ngan takdir. Erti kata lainnya, berdendam ngan Tuhan, Pemilik takdir tuh sendiri.

Arini kebetulan tertengok sambil sembang-sembang dengan hosmet. Dan aku terkejut dengan dialog yang dilontarkan para pelakon.

"Orang sekarang ni pakai tudung pun bukan sebab tuntutan agama, tuntutan masyarakat je!"

"Tulah, i dulu pun, masa kat kampung, i pakai tudung, solat, semua sebab terpaksa..." Suara penuh kecewa.

Dan beberapa lagi rentetan dialog yang aku rasa aneh sungguh. Mungkin ke aku terlalu kolot? Huh, tatau.

Dan aku perasan ada satu dialog Fasha Sandha dimutekan. Malah sub BI yang sebelum ni mengiringi setiap perjalanan cerita jugak tak muncul di screen. Setelah menadah telinga dan gigih menafsir, dialog tersebut ialah..

"...kalau nak marah, marah la kat Tuhan."

Dengan muka penuh mengejek.

Aku pening neh. Apakah ini sume? Aku jarang tengok cte Melayu sebenarnya, since duduk rumah sewa lebih banyak ngadap lappy. Tapi takde la tak follow trus cte Melayu sebab aku peminat cte Melayu gak.

Cuma akhir-akhir ni aku perasan, bebas sungguh para pengkarya berkarya. Sampai langsung mengenepikan norma-norma beragama. Aku rasa masih ada banyak lagi cara lain yang boleh menonjolkan tema dendam terhadap takdir tuh.

Dan yang aku tertanya-tanya, bagaimana ngan akidah para pelakon? Memang la dorang hanya berlakon, berpura-pura, tapi, dengan mengucapkan dengan nyata ayat-ayat yang mempersoalkan Tuhan, mana sebenarnya kedudukan agama neh?

Kolot ke aku bila aku terpikir macam neh?


P/S: Teringat satu dialog cerita Melayu yang mengatakan Tuhan, agama, solat, puasa, dan zikir hanya untuk mereka yang miskin papa kedana. Aduhhhhh...

Rabu, 6 Oktober 2010

CS Week~!

Sekarang ialah minggu para customer service.

Hoh aku ingat secretary saje ada week, rupanya customer service pon ader. 2 hari lepas kitorang dapat satu goodies bag comel, ada lolipop, coklat cadburry cinonit, dan jugak kit kat. Dapat sebijik buku tulis maxis sekalik. Hehe. Hoh, dan jugak satu kupon yang boleh redeem cup corn. Serunuk~!

Esok plak adalah ice cream day. Lagi best. Aku tengah membayangkan dapat eskrem cornetto yang ada creamy coklat kat dalam tuh. Waaaahhhh... heaven~!



P/S: Mengulum lolipop~ ^^

Isnin, 4 Oktober 2010

Norae-bang~!

Hari Ahad hari minggu yang off~!

Huh, seronok jugak off pada hari semua orang cuti neh. Setelah beberapa lama tak dapat melepak dan dan jalan-jalan berseronokan pada hari cuti bersama hosmet-hosmet sume, hari ni kua lagi. Seronok.

Tempat yang dituju adalah SOGO. Norae katanya.

Oh? Ooo.... maap, bahasa Melayunyer, karaokae. Wekeke...

Aku opkos la lebih banyak jadi cameraman dan tukang kunyah serta tukang sebok dari nyanyi. Sape suh bawak aku nyanyi? Aku makan saja ye. Aku tak suka nyanyi sebab aku tak bley nyanyi.

Lepas 3 jam melepas gian katanya, kitorang berlima menghala ke Kampung Baru, ke HR STEAK HOUSE. Santap.

Tengah menunggu hidangan, tetibe salah sorang dari kitorang membuat ucapan. Katanya, timekasih sebab sepanjang tinggal sesama telh menjaga dia ngan baik, baik ngan dia, jalan-jalan bagai. Mulai tahun depan dia akan pindah.

Huh.

Yang lain dah ternganga. Apakah?

"Aku nak belanja korang sebenarnya."

Pergh. Ayat beliau yang last tuh melegakan, sebab ayat seterusnya adalah beliau bergurau kerbau je. Haip~! Buat aku pening je pikir nak cari hosmet lain tau tak. Ingat senang ke nak carik hosmet yang sekepala dan pepelik cam dorang tuh.

Mencik.

Tapi timekasih pada beliau sebab belanja kitorang. Semuga murah rezeki adanya.

Habis makan, kitorang ke BTS. Wehehe... memasing shopping. Bahagia~!






P/S: Sesi gambar tak leh nak taruk Apa la lagik poblem bloggie aku neh. Hushh...

Khamis, 30 September 2010

Sweet Pain : Satu PBM

Ini kisah Pengakuan Berani Mati, singkatannya, PBM. Tatau sama ada ini adalah kisah tunggal, atau akan ada rentetannya. Buat masa sekarang, teringin bercerita pasal neh.

Meskipon dah ada DNO sebagai telinga nan menadah segala kesah, tapi sesekali tingin gak mengadu kat ESFIE. Ada bantahan? Uhh? Ada? Baikla, bantahan ditolak. Tamo tau? Tade hal, pi main jauh-jauh. Takde masalah. Haha...

*************************************************

Tatau adakah hari ni hari yang serunuk dan bahagia, atau hari yang memenat dan menensenkan sampai kepala kemain sakitnya.

Baikla, abaikan, kembali pada tajuk.

Sweet pain. Perkataan yang dipinjam dari TUNAS-HLOVATE. Novel serba sempoi keluaran PTS.

Ia manis. Tapi ia juga menyakitkan. Cuma, walau sakit, masih mau mengenangnya sebagai sesuatu yang indah dan menarik.

Dalam bahasa aku, ia adalah sesuatu yang disukai, tapi tak boleh dimiliki.

Justeru, ia manis kerana hanya dengan memandangnya boleh mendatangkan sikit keceriaan. Tapi, rasa ralat tak dinafikan kerana ketidakmungkinan ia jadi nyata yang boleh dipegangatau dirasa.

Manis.
Tapi pedih.

Sakit.
Tapi menarik.

Cantik berbunga.
Tapi sarat berduri.

Sukar.
Tapi tak mampu dihalang.




P/S: Sweet pain. Tersuka, maaf tak sengaja. Boleh? Hehe...

Nak Terminate? Silakan~!

Kadang-kadang, atas tanggapan kononnya mereka adalah besar dan berkuasa, sesetengah golongan cenderung menganggap kuli atau orang bawahan adalah tilam buruk yang boleh dipijak sesuka kaki.

Alkisahnya, sesetengah customer nih suka sangat mengugut. Kononnya nak tukar nombor trus, taknak guna lagik dah nombor dia sekarang sebab banyak sangat songeh maxis neh. Selama ni kalo ada je customer kerek bajet bagus macam aku iyakan je, layankan je kerenah dorang. Tapi tadi aku kemalasan nak melayan, kebetulan pulak tadi memang ada problem sket, so mana bleh cakap lelama ngan customer, kena la short and sweet je.

Nak dijadikan cte, dapat sorang custoer kerek semacam. Dia nak cancelkan service apa tah kat phone dia, jadi cam biasa aku cakap boleh je nak kensel, nak kena verify sket je. Sekali dia buat ayat agak-agak diri bagus.

"Kang dengan nombor-nombor neh sekalik saya kenselkan,"

Dalam erti kata lainnya dia nak beralih telco la. Salunya aku akan cakap, takpe incik, hal ni saya leh setelkan untuk incik.

Tapi sebab malas, maka selamba je aku balas balik.

"Nak kenselkan nombor pon takde masalah incik, terserah."

Tut.

Hah, terus dia letak phone.

Ada aku nak call balik?

Tak. Sebab dia sendiri yang bengang tak tentu pasal.




P/S: Moral of da story, even orang hanya cleaner cuci tandas, tade oarng camtuh, sape la lagi nak cucikan tandas 15 minit sekali. Common sense, kat mana-mana skol pon tade pelajarannya.

Selasa, 28 September 2010

Rasa yang makin Hilang~

Sebelum neh aku sangat suka. Tapi akhir-akhir ni, aku tak harapkan apa-apa. Ada, maka aku layan la. Takde, maka aku buat tatau saja.

Bila melihat kegembiraan yang lain menyambut kepulangan, takde plak datangnya perasaan suka yang sama. Bukan la aku dah tak suka, masih suka. Cuma adakala terasa penat melayan jiwa yang suka meminta perkara yang tak mungkin dan mustahil.

Sebab tu la kot dinamakan minat dan suka. Datang tetiba, hilang pun macam tu je. Macam angin yang berlalu. Masa berpuput, terasa la nyamannya. Bila dah berlalu, dah terlupa pun bagaimana rasanya tadi.

Justeru, apakah hal ni akan berterusan sampai hujung minggu ni? Atau bila pandangan dipenuhi mereka lagi aku akan tergugat semula?

1 Oktober, antara penentu untuk keputusannya.


P/S: Penat memerhati tanpa disedari?

Hangin~

Uh, nak bercerita pasal hangin tetibe boley?

Boley la, dah lama kehilangan idea nak membebel kat sinih.

Bila korang buat sesuatu untuk sesorang, ada ke korang expect orang tu akan buat benda yang sama pada korang? Contohnya, korang temankan dia makan tetiap hari. Adakah sebab korang nak bila sampai masanya dia akan temankan korang?

Maksudnya, bila korang dah buat sesatu menda, korang harapkan balasan yang sejibik camtuh ke?

Apa yang menyebabkan aku aku agak hangin plus emo, bila ada colleagues yang rajin sangat nak tunggu aku habis shift, padahal aku kemain la suruh dorang toksah rerajin tunggu aku, balik je terus. Motif sangat la kan nak bertenggek lagi kat opis walopon keje dah habis, baik cuti-cuti mata jalan-jalan ke apa. Nak jugak tunggu. Yang tak menahan, bila satu hari shift dorang lambat, aku lak awal, dan aku memang la takkan tunggu lama walo seminit setengah kat situ bila dah habeh, boleh plak main paksa-paksa aku tunggu lagi dua jam setengah.

Motif menggunakan ayat aku takleh nak berkorban untuk dorang yang salu tunggu aku?

Huh, bukan satu hari, melarat dua hari aku bengkek. Sampai tak bley nak tengok muka mereka yang berkenaan.

Aku memang tak suka ditunggu, sebab akan menyebabkan aku kelam kelibut. Tapi, aku lagi tak suka menunggu, sebab akan menyebabkan aku hangin, menyampah dan sakit hati. Kerana aku bukan la baik mana, selalunya marah tuh akan dikenang lama baru la boleh hilang. Huh~

Apahal lak nak paksa-paksa orang? Dan aku yang tak berapa nak bijak mana neh apahal lak tunggu jugak?

Berbakul aku bagi alasan, memula nak kena balik cepat, hosmet tunggu nak gi openhouse.

Ala, macam la takde openhouse hari lain, katanya.

Baik la.

Kendian, aku gtau aku memang taknak tunggu, aku penat, aku ngantuk. Aku nak balik tidur je.

Dipatahkan lagi ayat aku.

Sampai la dah bosan maka aku mereka ayat. Aku kena balik, aku lapar, kalo lambat makan nanti aku gastrik. Sakit.

Ala, takkan takleh berkorban untuk dia yang salu tunggu aku?

Baik. Seyes aku bengkek.

Aku tunggu jugak, sebab lepas ni taknak ada ayat-ayat tah pape neh kua. Dan lepas neh, aku umumkan polisi baru. Sesape, sila jangan ngade nak tunggu aku habeh keje. Ngade jugak aku tembak.



P/S: Sekian, mood hangin.

Khamis, 23 September 2010

Balik~

Ada sedikit urusan yang memerlukan balik ke kampung. Pening dan penat nak tukar off day tapi sampai sudah tak dapat. lepas penat berpikir baik dan buruk, maka secara rasminya aku mengambil EL pada hari ini.

Malam kang akan bertolak semula ke KL, esok pagi akan masuk keje macam biasa. Huh, dengarnya hari ni semua kena pakai formal, gah dan ayu lagi tampan kerana adik perempuan Ananda Krisnan akan datang melawat floor.

Andai kata aku keje hari ni, mungkin kasut konvo tempohari menjadi mangsa, haha. S


P/S: Tak suak heel yang menyakitkan kaki.

Sabtu, 18 September 2010

KOtak Komen~

Akhirnya berjaya jugak munculkan balik kotak komen tuh.... Aduh, penat.


P/S:

Jumaat, 17 September 2010

Penat~!

Aduh, penatnya~! Seharian sistem jammed. Langsung tak boleh nak cek apa, sampai rasa cam ala-ala burung nuri, asik cakap perkara yang sama.

"Cik, sistem kami sedang down, boleh hubungi semula dalam masa dua jam?"

Dari kul 0900 sampai cecah 1600. Sejam dua je kot yang boleh keje ngan btol, selebihnya, main cakap je apa yang patut. Nasib la customer baik-baik arini kecuali yang sorang tuh, pakcik business katanya.

Maxis nak bayar ke kerugian dia sebab tak dapat buat call? Tau berapa banyak dia rugi? Maxis tah pape, blah3... aku tahan je tinga sampai la talian putus. Adeh la hai....

Adajugak customer yang kerek cam nak mati.

"Saya nak awak call saya balik. Kenapa saya pulak nak kena call back after 2hours?"

Aduh la kak... kalo la sume customer suh customer service call dorang balik, apa ertinya tu sume kak. Kitorang dibayar gaji untuk jawab panggilan, bukan buat panggilan, unless la panggilan tu putus masa tengah cakap, opkos la kena call balik customer tersebut. Justeru kenapakah akak kerek sangat.....

Banyak-banyak call, aku paling susah hati kalau customer cakap campur aduk bm dengan bi. Sebab aku tak boleh campur aduk, aku kena satu bahasa je. Kalo nak bm, bm dari A to Z, vice versa.

Ni, customer bila call cakap melayu, kemudian bila bagi nomo, dah cakap omputih. Terpaksa la aku jadi burung belatuk, ya cik, saya cik, seterusnya cik.

Teringat satu customer hari tu. Sorang lelaki, lupa dah dari negeri mana, tapi punya la haiii... Memula gigih kot tanya aku boleh cakap melayu ke tak. Aku cakap je boleh. Tapi dia plak asik tukar-tukar, kejap bm kejap bi. Aku lak bukan customer service yang rajin nak menanya adakah dia lebih selesa ngan bm atau bi, aku akan memandai je, kalo aku rasa dia banyak cakap bi aku akan terus tukar bi walopon bi aku atas pagar je.

Yang customer ni lak nak dijadikan cter, aku pasan dia bukan la terer mana pon bi, tapi cam saja lak nak tunjuk pandai ngan aku nak speaking bagai, aku lak tengah mood nak mengacau orang, sadin je aku tukar bahasa aku. Act, isunya kredit dia kena tolak, so aku trus tanya bila kena tolak tu cik.

"Ok Sir, so now your credit has been deducted, is it?"

Terus mamat bajet kacak tuh terdiam, siap terkukup kakap cam ikan kelemasan bila cuba bercakap. Aku lak gigih maintain suara skema sambil menahan gelak. Heh, sudahnya dia letak camtuh je.

Wekeke...

Huh, dah pukul berapa neh, esok aku keje okayyyyy.... *nanes*


P/S: Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin~

Rabu, 8 September 2010

Tertinggal Beg dalam LRT ^^

Tiket bas aku pukul 2130 8-9-2010. Makcik aku pulak balik ngan adiknya pagi 8hb, justeru aku yang memang pemalas nak pikul barang banyak-banyak neh memang sengaja la nak tumpangkan barang kat makcik aku tuh. Jadi, gigih la bwak beg balik kampung, beh galas, beg plastik, dan plastik-plastik kueh raya naik LRT ke Dato' Keramat.

Dalam perjalanan aku tetido-tido cam selalu. Terjaga sewaktu satu stesen je lagi dari Dato' Keramat. Dan sebaik sampai, aku selamba mencapai beg yang di depan mata tanpa tersedar sesuatu.

Sambil berjalan keluar, terfikir sesuatu yang lain.

Huh, tadi berat, sekarang ringan pulak. Huh, tadi penat kot sebab tu rasa berat. Ok, takpe la.

Tapi kemudiannya...

Aku bawak banyak beg kan. Huh~ Errrk~! Beg~!!

Baikla, aku baru tersedar aku dah tertinggal beg balik kampung. Nasib baik otak masih mampu berpikir, bergegas ke kaunter dan memaklumkan staff RAPID.

"LRT adik naik tadi nombor berapa?"

"Errk... LRT ada nombor ke?" Erk~ sejak bila LRT ada nombor cam bas?

"Eh... mestilah ada dik, adik tak ingat ke nombor berapa?" Soalnya lagi.

Aku dah buntu, mata nampak beg dan baju-baju kat dalam je. "Saya tatau~!"

Suara dah syahdu. Peluh dah merenik sebesar bijik jagung.

Staff tu tak cakap pape, terus capai telepon depan mata dan hubungi sesorang. Tak lama aku berpusing-pusing resah giler, dia panggil. Katanya beg tersebut dah jumpa, tapi aku kena pegi wangsamaju.

No hal, anything, asalkan aku dapat balik. Jam dah menunjukkan pukul 1850. Lagi setengah jam sebelum azan maghrib.

"Tak payah beli tiket, adik masuk je sini, naik LRT pegi Wangsamaju jumpa staff kat sana ye," Kata salah sorang staff kat situ sambil bukakan pagar laluan manual pada aku. Aku hanya mampu mengangguk masa tuh.

Sampai kat Wangsamaju, orang sangat ramai. Staff yang ada kat kaunter pulak hanya sorang, justeru aku biarkan dia melayan orang yang ada dulu. Tapi sebelum tuh aku tanyakan beg aku, dan katanya, "oh, beg tu belum jumpa lagi dik, orang yang pegi cek tu belum balik lagi."

Huh?

Erk... takpela, aku tunggu.

Lama jugak menunggu, hingga la orang benar-benar surut di situ, baru la staff tersebut datang dan bagikan beg aku. Alhamdulillah.... satu kelegaan.

Sudahnya, sebaik sampai di stesen Dato Keramat semula, azan pun berkumandang. Dan apabila tiba di rumah makcik aku, pakcik dan makcik aku dah pon selamat berbuka puasa, tapi cencaru bakar cecah air asam peberet aku masih tersusun elok dalam hidangan, yang selalunya akan makcik aku belikan jika aku berkunjung.

Bila terangkan mengapa aku begitu lewat tiba, macam biasa, hampir berbuih jugak mulut aku menangkis bebelan dan cecehan pakcik aku tu, haha.

Tapi, papepun, aku sangat berterima kasih pada staff RAPID tersebut. Sangat baik dan pantas.

Oh ya, sebelum terlupa, Selamat Hari Raya pada semua. Maapkan salah dan silap dan apa saja yang mengguris rasa korang yang membaca. Jugak, timekasih atas masa yang diluangkan.

P/S: Tak sabar kembali ke kampung, rasanya lebih setengah tahun tak jumpa ngan adik aku si nurse latihan tu. MAW? Kata mak aku, hari-hari dia call aku pakai phone rosak sape-tah-bagi.

Ahad, 5 September 2010

Update Laju-laju: Puasa, Raya, & Call

Pejam celik dah tinggal bape ari je puasa tahun neh. Laju sungguh masa berjalan. Selalunya terasa lama jugak bulan puasa neh, tapi tahun ni, tersangat amat la pantas. Apakah kerana bukan lagi bergelar pelajar maka segalanya nampak sangat pelik dan ajaib?

Haha, tatau la.

Tahun ni nampaknya akan balik dengan bas, sebenarnya walopon ni adalah tahun ke-4 puasa kat KL, tapi ni baru kali ke-2 balik kampung naik bas. Tahun sebelum-sebelum ni balik ngan pakcik je. Jadi tahun ni merasa la thrill naik bas, harap-harap tade perkara tak best berlaku cam first time balik ngan bas dulu.

Kali pertama balik dengan bas adalah tahun pertama di UM, masa tuh balik dengan ex-housemates. Masing-masing kelam kabut bila seat tade, main sumbat saja, sampaikan kami berempat masa tu terpisah, dua naik bas lain, lagi dua naik yang lain. Tapi alhamdulillah la 4-4 sampai dengan selamat ke kampung halaman.

Macam tade pape saja nak update sekarang neh, nak kata tade pape perkara menarik, hari-hari ada je memenda kelakar berlaku, tapi mungkin aku dah ketandusan semangat nak menaip lepas seharian mengadap pc. Huh, cam penat sangat keje, haha.

Cakap pasal keje, dekat-dekat nak raya nih tau je la, pape nombor pon akan hadapi masalah rangkaian, celcom ke, dige,maxis ke, apa-apa jela. Jadi pada pengguna sumer, aku dengan ini menyeru pada korang sila la bertabah hati, jangan la marah-marah lepas tu call customer service amuk-amuk. Kerana kitorang tade kuasa trojan nak betulkan sume tuh, isk~!

Pasal cara bercakap ngan tipon neh, lepas sebulan dua jawab call neh, aku dapati, ada beberapa golongan pengguna yang ada adab tersendiri masa call.

Pertama, golongan yang tau menjaga diri masa emosi tengah memuncak.
Kedua, golongan yang telepon semata-mata nak luahkan perasaan amuk-amukan.
Ketiga, golongan yang call sebab kebosanan tade nak buat apa.

Berdasarkan pengalaman aku sendiri, aku boleh handle call amuk-amukan, masih boleh tadah telinga lagi, call gatal-gatalan pon boleh saja walopon adakala rasa nak gigit-gigit telepon, tapi kalo dapat call dari satu golongan neh, aduh.

Pompuan melayu yang cakap omputih dan kerek.

Waa.... boleh tensen tahap giga.

Oh, apa aku buat? Aku layan kan je, kerek sangat aku speaking balik ngan kelajuan maksima sampai dia plak yang kena cakap, "What did u said?"

Dan, aku paling suka call dari East Malaysian. Heh, polite sungguh diorang. Apa saja masalah diorang, diorang akan dengar semua yang aku cakap sampai habis baru la tanya lagi kalau dorang tak paham.

Sepanjang jawab call, hanya ada sorang dua pengguna Sabah Sarawak yang marah-marah. Itu saja.

Baik la, sekian saja update kali ni. Nak kena masak untuk sahur esok, huh~ ^^




P/S: Orang kata bila keje akan nampak beza dengan masa belajar, dan akan rindukan masa belajar. Bila aku keje, tak dinafikan, aku rindukan masa belajar, tapi, spesifiknya aku lebih rindukan masa habis kelas di mana akan lepak dengan kekawan sume. Seyes, adakala rindu sangat sampai aku still rasa aku sekarang hanya keje untuk cuti midsem. ISk~

Rabu, 1 September 2010

Saranghae Malaysia~

Dah menjelang 1 Sept 2010, bermaksud lagi seminggu saja keje, dan boleh balik kampung. Sejak beli tiket, asik melayang ingatkan kampung je. Apa nak dikata, 3 tahun di perantauan, setiap bulan pasti aku balik, walau tempoh berada kat kampung lebih kejap dari tempoh perjalanan menaiki bas.

Sekarang makin selesa dengan keje, dah boleh tayang muka tah pape bila kena sound dengan mr TL. Lagipon, mr TL bukanla garang mana, strict je. Salah, memang la kena marah, apa keje pon memang macam tu.

Walaupun hampir hantar notis berenti beberapa waktu dulu dek sedikit salah paham, tapi akhirnya gagahkan diri jugak untuk terus keje. Baru dua bulan keje, dah gigih nak berenti semata-mata kena marah sebab tak bagitau office MC pada hari tersebut? Very childish punya action, huh. ^^

(Kenapa berbunyi ala-ala DNO neh? Uff...)

Minggu ni, hari terakhir dua lagi colleagues. Dedua antara yang rapat dengan aku since kitorang sama batch. Walopon masih ada orang lain yang baik, tapi tetap terasa kehilangan dorang. Sorang sambung belajar di peringkat master, sorang lagi bakal ke Vietnam untuk keje yang lebih selesa untuk dia.

Aku? Masih akan teruskan keje menjawab tipon neh. Merasa bagaimana keje di peringkat bawah, selaku lepasan SPM. Meski ada gulungan degree dalam gengaman, tapi tanpa peluang pekerjaan, tade maknanya nak berlagak bagus segala. Keje je, asal boleh tanggung hidup, tak susahkan sesape, dan paling penting, tak menyumbang pada peningkatan kadar pengangguran negara.

Lagipun, bukannya keje neh salah di sisi undang-undang maupun agama.

Walopon kena la bersabar tahan telinga mendengar pelbagai soklan, kenapa keje kat situ? Apesal tak mintak keje lain, kenapa keje jauh dari famili, untuk apa ada degree andai keje hanya peringkat tuh.

Pekakkan tinga, keringkan rasa. Cakap la apa saja, walopon kekadang menggigit rasa, tapi penghujung bulan, aku jugak yang suka. Jadi?




P/S: Selamat Hari Merdeka ke 53, Malaysia. Saranghae~

Jumaat, 20 Ogos 2010

Alhamdulillah~ Boley Balik Raya~

Semalam baru dapat cuti raya. tapi lupa lak dapat cuti 5 ari ke 6 ari. Adehh...

Tapi takper, janji dapat balik, alhamdulillah la pepenat menapak ke Hentian Putra puasa-puasa neh ada lagi tiket raya, tapi bas tambahan la kot.

Tak kesah la, janji balik raya. =)

Tiket rayer, siap ada caj tambahan lagik tuh.


Caj tambahan~




P/S: Boley balik raya jugak~ uuuyeay~

Isnin, 16 Ogos 2010

Bukak Puasa di MJ

5 Ramadhan.

Hari ni kali pertama kot off hari Ahad sejak mula bekerja. Oh, aku bukan la tak dapat off pada Ahad, tapi biasanya aku tak suka off Ahad sebab kerja pada Ahad masyukkk. Lagi, hari kelur hosmet aku adalah Sabtu, justeru cuti pada Sabtu adalah lebih baik.

Tapi kali ni cuti Ahad juga bermakna sebab dapat berbuka pose sesama dengan salah sorang cosmate, Una.

Una neh salu jer dikisahkan kat ESFIE ni. Gadis sebaya aku yang masih single dan masih mencari-cari teman sejati. Erk, maksudnya teman hidup. Wehehe... *tetibe jadi sesi mempromot?


Kitorang jumpa dalam kul 1400 lepas tu jalan ke Mydin Kotaraya. Huh, eksen btul yer, letak barang lebih dari 2 jam kena denda RM10. Kalo orang tak melimpah ruah boley la, kalo manusia melaut cam nak banjir Mydin tu? Nasib baik la tadi tak ramai mana umat manusia.

Kemudian berjalan kaki ke Masjid Jamek, aku mencarik tudung untuk baju raya. Akhirnya jumpa, murah jer. 2 helai untuk RM10. Tapi memandangkan kali pertama berjalan kaki dari Kotaraya ke Masjid Jamek adalah kira-kira 2 tahun lepas maka aku dah tersalah arah dan tersesatla aku dan Una sampai ke SEGI College.

Dah setel semua, ke kedai berdekatan untuk berbuka puasa.

Ada masa yang panjang untuk berpanjang-panjangan cerita dengan Una. Lagi serunuk kalau Cik Pija ada sekali.

Kadang-kadang masih menganggap diri sedang bekerja sementara menunggu cuti semester tamat. Masih belum sedar sepenuhnya bahawasanya bukan lagi bergelar pelajar.


P/S: Tatau apa dah jadi tapi kotak komen dah hilang. Huh...

Isnin, 9 Ogos 2010

Convocation Day~ the Best & the Worst~

Tamat sudah hari graduasi pada 7 Ogos nan lepas.

Famili aku sampai KL sehari sebelumnya, tumpang sekejap kat rumah pakcik aku. Justeru habes je keje, aku terus ke umah pakcik aku.

Sampai je terus kacau MAW. Dah dua bulan lebih tu tak kacau beliau. Huh, dah pandai memujuk pulak budak sorang tuh. Tak puas-puas pujuk aku belikan otromen. Walhal dah sebesen besar otromen macam-macam saiz kat umah. Offer belikan baju baru pon tamo, otromen punya pasal.

Lepas tuh gi pasar malam kejap, dah beli-beli sume, lepak kat taman permainan. Sakan segala macam menda MAW main. Pancit nak melayan peelnya tuh.

Sudahnya, dek leka ngan MAW, terlupa nak amik charger kamera ngan Arjuna, kamera lak dah kehabisan bateri.

Apa lagi, menjelang pagi konvokesyen, gigih la menapak ke rumah pakcik semula minta Arjuna charge kan sekejap kamera.

Tak pasal-pasal sampai lambat.

Dengan jubah tatau nak sarung, hentam sajala. Terlupa slipping la apa la, macam-macam pulak jadik.

Sudahnya, nama aku hanya dipanggil setelah nama Z dipanggil. Tak pasal-pasal parents aku gelabah sebab nama diskip, dorang ingat aku tak dapat naik stage kot. Wehehe~

Sesi yang sangat pantas, rasanya tamat dalam masa sejam setengah saja untk lebih 600 orang.

Keluar saja dewan, aku disambut dengan Pooh nan lagi besar dari MAW dan sejambak teddy nan sangat cumil. Malah kak Aida pon turut hadir dengan sekor teddy pink serta pin yang sangat cute. Salah sorang member baik since UM nilam puri yang tak dapat hadir kerana masalah kesihatan masih gigih mengirimkan titipan untuk aku.

Yang lebih comel, salah sorang kawan baik Arjuna ex-UM yang kini adalah staff UM turut sama dengan sekuntum rose peach.

Lebih lagi, tatkala balik ke rumah sewa, disambut pula dengan hadiah dari hosmet, Kd_ys, K_bb & nc. Sebetulnya ketiga-tiganya ada tuntutan lain, tapi masih jugak tak sangka ada ingatan dari dorang.



Sesi memaksa MAW menyarung mortal.




Antara yang aku dapat~ ^^




Jambangan dari uncle & aunt~




Pooh dan anaknya dari Arjuna~




Ni plak peach rose dari bespren Arjuna~




Dari kak Aida~ pinky dan pin cumil~ ^^





Ni plak.... dari hosmet P.I.C~ wekeke... kd_ys, k_b, n nc....



Timekasih sume~ ^^

Cuma, setelah famili aku bertolak balik kira-kira 1445, kereta yang dipandu Arjuna gagal dikawal. Brek tak mampu menahan dek jalan yang licin oleh hujan lalu merempuh sebuah kereta lain.

Aku hanya mengetahui hal ini sehari selepas itu.

Cuma kata mak aku, tade pape kecuali kereta saja yang teruk. Andai ada pape yang berlaku, tatau bagaimana mau berpikir. Nauzubillah.

Tapi alhamdulillah kiranya memang sumenya tade pape.



P/S: Paper pon.... TQ pada sume~ ^^

Jumaat, 30 Julai 2010

Raptai~


Beg berisi jubah konvo~



Souvenir~



Kad jemputan~




Syarat yang tertera~



Selebihnya~


Esok adalah raptai untuk konvokesyen UM yang akan bermula pada Isnin bersamaan 2 Ogos 2010. Di atas adalah antara yang diperoleh semasa hari pengambilan jubah Rabu lepas.

Esok adalah offday, justeru aku akan menghadirkan diri. Tapi tujuan utama bukanla kerana skempus pegi raptai, tapi esok ramai jugak kekawan yang akan menghadirkan diri. Justeru ini la masanya nak jumpa balik kekawan yang dah 3 tahun sesama bergelumang cuba mencerna segala macam ilmu di UM.

Kerana off day hanya sehari seminggu, maka barang-barang di atas adalah jasa baik Una yang tolong amikkan. Sian beliau nan kecik itu bawak memenda nan banyak tuh sume. Arigato yer cik Una.

Lagik seminggu famili aku akan datang~ Waa.... tudung untuk baju konvo blum beli....bila mau carik nehhh...


p/s: Gaji dah masuk... sunuk tengok jumlahnya tadik... :D

Khamis, 29 Julai 2010

Kontrak Senyum Sebulan~

Tamat pon kontrak senyum sebulan aku~ :D

Sambung bukan 3 tahun depan plak kot~


save the earth...

Selasa, 27 Julai 2010

Bila Lelaki ke Tandas Wanita...

Dekat tempat aku keje, tapi berlainan department, ada dua orang lelaki, yang menafikan hakikat asalnya dan berpakaian serta berperwatakan perempuan. Dalam bahasa basah santainya, mereka selalunya dikenali sebagai maknyah.

Salah sorangnya memang sangat cantik. Kecik comel je orangnya, tingginya mungkin kira-kira 155cm je. Potongan badannnya sekali tengok memang perempuan habesan, dressingnya juga memang tak tumpah sorang wanita nan ranggi. Berjeans potongan wanita, body shirt, lengkap dengan mekap yang ayu, siap bershawl bagai memandangkan hawa yang agak dingin dek ekon. Adakala beliau menyarung tights dan dipasangkan ngan blaus labuh. Nampak sesuai plak dengan rambut panjangnya yang selalu nampak beralun cantik.

Pendek cerita, dari sekali imbas, memang takkan sedar pun bahawa dia adalah kaum Adam.

Sehingga la bila beliau membuka mulut dan memperdengarkan suaranya. Adei... Machos abesannnnn....urhgk.

Ho, yang lagi sorang plak, kontra dengan yang pertama neh. Kalo yang pertama neh bersaiz XS, yang lagik sorang neh plak bersaiz XXXL.

Tapi, sangat sexy berbanding ngan yang pertama tadi. Yang kedua neh, selalunya pakai spaghetti, dan kendiannya dipadankan ngan cardigan, memandangkan polisi company memang takleh pakai sleeveless. Dan beliau tak penah aku tengok menyarung seluar, hanya berdress je. Taste memang ayu jelita sungguh.

Suaranya? Hoh, aku tak pernah dengar pulak. Tapi rasanya, harus la macho jugak suara beliau tuh.

Selalu aku pikir, andai mereka ke washroom, yang mana satukah yang mereka pilih? Gents, atau ladies?

Dan kerana aku malas berpikir, maka aku anggap mereka akur pada azali, jadi tentu la ke tandas lelaki.

Tapi pada satu hari, tengah-tengah aku betulkan tudung lepas amik air semayang, pintu tandas ditolak dari luar.

Hoh~ da XXXL guy? Erk.. gal? Erk... apa jantina neh???

Tak kesah la, tapi kenapa masuk ladies?????? Tak aman nak betulkan tudung mekap bagai tau x~!!


P/S: Tak sukerrr~





save the earth...

Ahad, 25 Julai 2010

Sweetie-sweetie Off Day~

TODAY IS MY OFF DAY.

Selepas 12 hari bekerja tanpa henti, akhirnya hari ni adalah hari cuti. Yippi~

Tapi nama je cuti, tetap keluar. Hehe... keluar shopping cari kasut skema untuk konvo nanti. Huh, tak pepenah ada kasut tutup nan skema yang sesuai untuk bebenda formal. Hoh, tu yang masa interview asyik pinjam kasut housemates je. Hehe... TQ.

Walopon dah lama tak upload gambar kat sini tapi kemalasan plak nak snap gambar lepas tuh taruk. Lagipun, tade la cantik maner, harga je cantik, 49.90. Keje satu hari untuk kasut tuh.

Oh yer, shopping pun dengan opismate jugak. Atau, CSP's mate? Huh, apa jela...

Baik la, itu saja, masa untuk blogwalking. Hoh, sekarang hanya sempat blogwalking, nak komen, memang kekurangan kudrat~



p/s: Baiklaa... tamo ngadu pasal kena marah ngan mr TL lagik kat mymuun, dah kena marah balik ngan beliau, katanya, benti-benti la cakap 'saya tak salah' pastu konon-konon nak sedih kena marah ngan mr TL.... yela yela... tamo ngadu lagik.....tsk~

Ottoke..........

Mood kena marah.

Hari keempat jawab call, mr TL cakap, you ni, baru habes training, semua pon you kena tanya saya ke?

Masuk minggu keempat...

You dah senior, benda macam ni kena tanya i ke?


Baik............ ottoke?




save the earth...

Rabu, 21 Julai 2010

Mission Accomplished~

Hanya kurang tiga minggu lagi, konvokesyen akan tiba.

Saat tuh, secara rasminya aku akan bergelar siswazah lepasan UM. A degree holder.

Tapi, bukan tuh yang paling penting sebenarnya.

Apa yang menjadi punca rhythm jantung selalu tak sekata akhir-akhir ni, adalah kerana pada detik tuh, impian serta keinginan sorang ibu akan tertunai.

Sorang ibu yang terpaksa hadapi macam-macam kata-kata hanya kerana masyarakat lebih gemar membuat perbandingan tanpa cuba selami apa adanya sebuah kehidupan.

Dan sorang ibu itu, menulikan telinga, pekakkan pendengaran, malah butakan matanya. Lantas, sebuah impian dibisikkan pada sorang anak kecil 8 tahun.

"Belajar lah. Hanya dengan ilmu dan pelajaran mampu mengubah pandangan dunia. Belajar lah. Buktikan, sorang ibu ini, yang hanya mendidik anaknya dari sebuah rumah kayu serba kekurangan ini mampu melahirkan sorang yang berjaya. Buktikan lah."

Sangat biasa. Ia tak lebih satu dialog drama Melayu swasta di TV1 mahupun TV2. Namun, kali ni ia memang adalah sebuah hakikat yang bakal menjadi nyata.

Apa yang bakal aku genggam, bukanlah hebat, jauh sekali untuk dibanggakan. Aku hanya lulus biasa-biasa saja.

Tapi, sebuah impian yang mampu aku realisasikan tuh, adalah satu kepuasan yang tak ternilai.

Huh~ Semanis mana mimpi, kenyataan tetap lebih indah walau sepahit mana rasanya.

Baik la.... mood tingat kampung malam nehhhhhh..... *mata kekelip*

Isnin, 19 Julai 2010

Test Call

Hoh, hari yang agak santai. Bila call masuk tak berenti-renti, bising sebab tangan berselirat menekan keybod, bila call masuk jarang-jarang macam hari ni pon bising jugak sebab dah bosan tangan asyik santai sesaja.

Oh, hari tu salah sorang mr TL ada buat test call, nak dijadikkan cte, aku plak yang terkena call tuh.

Test call neh kiranya TL akan call, sebab nak test dengar cara agent jawab call, ikut prosedur ke tak. Nak dijadikan hal, yang buat testcall tu plak, mr TL yang agak suka memain. Jadi, sebelum call, beliau siap berdiri lepas tu buat announcement bahawasanya beliau nak buat test call.

Aku buat tatau je, apa aku pedulik, bukan aku yang kena, kononnya la.

Sekali, aku yang terkena. Masa tu jugak boleh pulak aku cam suara TL tuh. Apalagi, tetibe aku menggigil ala-ala demam kepialu. Sweating ngan tetibe, menggigil antara nak pikir apa kena cakap, apa nak ditaip, dan mengawal tawa yang nak meledak.

Soklan senang saja, beliau hanya nak tau kadar panggilan ke Zimbabwe.

Huh, dengar nama negara saja aku dah cuak.

Tambah plak di hujung panggilan beliau menanyakan nama aku diikuti soalan berikut.

Are you married?

Terkayu sekejap sebelum menjawab dengan kunun-kunun pro mengatakan aku hanya boleh assist sekiranya soalan berkaitan nombor telepon beliau.

Yes, I know, but, I'm asking, are you married?

Sekali lagi, sambil mengesat peluh yang mencurah-curah nada suara cuba aku kawal sepenuhnya.

Akhirnya panggilan tamat.

Dan-dan tu jugak mr TL berdiri dan menjerit nama aku. Bila aku memandang beliau dengan wajah nan masih lesi, beliau segera bertanya.

Are you married?

Hish, nasib baik la beliau adalah mr TL, andai beliau adalah kawan-kawan aku, harus aku offer pelangkung tiga pat das.

Tak pasal-pasal jadi bahan gelak ketawa. Walhal aku boleh entertain call macam dengan baik sebelum ni, cuma kerana aku tahu yang call tu adalah mr TL, maka secara otomatik kepala jadik beku dan tangan pon menggigil tak menentu. Huh~

Hoh~ tengah berpikir, nak ambik cuti bagaimanakah masa raya nanti? Balik malam raya lepas tu masuk keje pada raya ke3, atau balik satu hari sebelum raya lepas tu balik Kl semula pada raya ke2?

Aku bleh apply cuti 3 hari saja, 8 jam balik, 8 jam datang balik. Mana lebih penting, malam raya berada di rumah, atau, raya kedua masih di rumah?

Ahad, 18 Julai 2010

Cerita Hosmet~

Burp~ alhamdulillah...

Pergh... cam dah lama je tak kua ngan hosmet aku. Last ari tu pun kua hujung bulan lepas kot. Beli barang-barang rumah. Dah lama takde sesi lepak-lepak manja ngan dorang, tingat la time meroyan tak hengat jalan-jalan.

Kalo kua ngan dorang neh, kalo gi tempat-tempat sesak cam Masjid Jamek, kompom kitorang akan jalan dalam satu barisan lurus, depan sekalik kd_ys ngan k_b, ketiga adalah aku, last sekalik nc.

Alasan?

Kata dorang aku suka hilang dalam ramai. Kononnnya kalo kua ngan aku, minit pertama aku ada ngan dorang, minit seterusnya aku dah hilang tah ke mana-mana.

Hakikatnya.... aku bukan la hilang, aku cuma kadang-kadang terminat kat sesatu menda dan kendiannya kaki aku otomatik berenti depan memenda tersebut, lalu dorang yang lain lak menonong je jalan ke depan sampai la tersedar yang aku tertinggal kat belakang.

Apa yang terjadik seterusnya...

Salah sorang dari dorang akan memekik nama aku sekuat hati.........

Heh, tak tipu.

Bagi orang yang pertama kali kua ngan kitorang, memang akan tekejut. Belum lagik tengok sesi aku kena bebel habesan ngan dorang masa shopping barang-barang rumah sebab aku hilang bersama troli.

Tapi, walau kena marah macamana sekalipon, aku akan tetap tayang muka inesen takleh blah. Heh~ Lepas tu aku buat lagi, hilang-hilang lagi, kena bebel lagi, kena pekik lagi. Dah jadik cam irama dan lagu lak, tak lengkap kot kalo kua ngan dorang tak kena sound.

Tapi tetap nak kua gak ngan dorang, hehe...

Marah-bebel-tengking-jerit-pekik tu la sebetulnya yang wat kitorang ngam. Ada pape cakap direct je, tade nak cakap senyap makan ati bagai.

Huh.. motif sangat malam ni aku membebel pasal hosmet? Rindu masa-masa lepak tu kot. Walopon still stay ngan dorang, tapi kadang nak gak tingat masa-masa tuh. Siot jiwang malam neh, pergh.



p/s: Huh, dorang cakap sejak aku keje call center aku makin banyak cakap. Huh? Ada silap sket tuh. Lebih tepatnya, perangai banyak mulut aku timbul balik sejak aku mula jawab call dalam 3 minggu neh. Hehe~ Baikla, aku try kontrol balik..... :)

mr TL : da Story Begins...

Semenjak keje asik bersawang je blog neh. Adoi la...

Pejam celik pejam celik rupanya lagi 3 minggu dah nak konvo. Wahhh... tatau nak pikir apakah, takut pun ada, risau pun ada, tak berapa nak gumbira pon ada. Pendek kata, macam nasik kerabu la, sume pon ada.

Hoh, hari ni gaji training 3 minggu blom masuk jugak lagik, tatau apakah masalah. Nasib baik la wat masa ni leh gak idup la pepelan.

Sebut pasal keje, tingat pasal teamleader, mr TL. Hari 1st, kedua, ketiga asik berulang tanya dia, dia senyum je. Jawab je sume soklan. Masuk ari keempat, aku baru tanya satu soklan, dah dia jawab camneh.

"Awak neh, baru je habes training teori, semua pon tanya saya ke?"

Erkh.. pedih.

Hari kelima.

"Semua pon tanya saya, sistem kat PC awak tu takde ke? Saya ni sistem ke semua pon nak refer pada saya?"

Urkhgh.






save the earth...

Sabtu, 10 Julai 2010

'Go to hell.'

Dah lama tak stay up pepagi buter macam neh. Penat keje la konon, blom kul doblas dah selamat terlena. Walhal keje duduk, menaip tiga pat patah, bercakap.

Keje jawab tipon je pon padahalnya. Haha...

Kekadang, bila terpikir, orang kena bayar 30 sen seminit untuk bercakap dengan aku, aku pulak ada kalanya perlu bagi solution yang adamasanya tak mampu nak selesaikan masalah customer, kadang-kadang hal tu buat aku ralat. Malangnya, itu sahaja yang mampu aku lakukan, dan tak lebih dari itu.

Sepanjang 7 hari bebetul jawab call, dah hampir 700 call aku jawab, dan dah mula tau bagaimana harus bagi jawapan untuk setiap soalan. Tapi, hal ni kadang-kadang buat aku terpikir, seharian jawab call, lebih 6 jam cakap kat tipon, tapi bila dah habeh keje, still nak jugak cek tepon sendirik, still jugak nak bercakap kat tipon sendirik. Jadi skrang neh, bapekah purata aku bercakap kat tipon sebenanya? 1 per 3 hari kah? Dahsattt.... giler tipon sungguh....

Jawab call, opkos la berdepan ngan macam-macam orang. Yang paling aku ingat ada dua jenis, satu yang jenis memahami, menghargai serta tau bersyukur aka berterimakasih, kedua, jenis membentak, marah-marah, dan tak paham-paham.

Kena marah, kena jerit, idiot, bodoh, go to hell, antara yang aku dapat.

Selain tu, i love u, i miss u, dan 'malam ni boley keluar tak', juga antara yang aku dapat.

Belum lagi kira yang cakap campur-campur, melayu-omputih, omputih-melayu, nasib baik bukan omputih-cina-tamil je.

Sume menda macam ni, sebetulnya tak la bagi tekanan mana pon, sebab matlamat aku adalah payment yang bakal aku dapat. Justeru, bebenda yang macam-macam ni memang kena lalui jugak. Bak kata omputih, no pain no gain. Tak dikopek kulit durian, tak merasa la enaknya buah tuh.

Jadik, kebanyakan benda ni akan jadik bahan lawak pada aku.

Bila orang marah-marah, tak dinafikan, telinga aku hangat jugak. Tapi, sekurang-kurangnya aku tau, marah-marah macam tu, bukan saja rugi duit yang digunakan untuk call aku, malah, buruknya alahai.

Lagi, boleh je nak cakap apa kat aku, cuma, yang mampu lanjutkan isu diorang pada pihak berkenaan sekiranya diorang memang ada masalah besar, orang macam aku saja. Aku pulak bukan la plastik. Justeru, boleh saja nak marah-marah aku, aku hanya akan mendengar, berkata ya sekali sekala, tapi, aku boleh saja balas kata-kata ta hape-hape tersebut dengan mengabaikan masalah diorang.

Macam bagus-bagus saja bunyiknya ayat aku tuh, haha.

Tapi, andai teliti semula, itu adalah kenyataannya. :D

Yang paling best bila apa yang customer tanya aku boleh jawab tanpa kelam kelibut mencarik jawapan. :D

Baik la, mau beradu. Tatau sama ada blog ni akan bersawang sampai bila. Yang pasti, setiap hari aku akan menjadik SR berjaya blogwalking ke mana-mana.



p/s: Keje ni sikit sebanyak menemukan perawakan aku satu masa dulu. Tatau sama ada perkara itu baik atau tidak.

Selasa, 6 Julai 2010

LAKONAN

Kadang-kadang situasi boleh menyebabkan sesorang punyai begitu banyak perwatakan.

Adakala jadi sorang yang sangat mempengaruhi, sangat mendesak, malah sangat mengekang. Tapi adamasa tatkala keadaan sekelilingnya berubah, sesorang yang sama boleh menjadi sorang yang sangat sweet, innocent, malah putih bersih bak tak penah terpalit sebarang noda.

Tapi saat sekitarnya menjadi kejam, dia tiba-tiba berubah lagi, menjadi seorang yang mampu adaptasi dalam apa saja situasi, kendiri dan mampu memutuskan mahu meneruskan perjalanan atau berpatah semula ke belakang.

Tak banyak bezanya dengan seorang pelakon di dada pentas.

Ketawa dan menangis pada masa yang sama. Dia mungkin kewalahan, namun kerana watak yang dilakonkannya memerlukan dia menjadi seorang yang ceria, ketawa terbahak-bahak hingga aksinya mengaburkan hakikat yang dia sedang kegalauan.

Justeru, ada waktunya selaku sorang manusia, aku tertanya, inikah yang diertikan sebagai, manusia semuanya adalah pelakon di pentas dunia?



save the earth...

Jumaat, 2 Julai 2010

CSP : My First Day~officially..

First day bebetul keje - jawab call dan key in maklumat sume dalam sistem dalam satu masa. Wahhhhh.... satu hari suntuk aku menggigil.

Punya la banyak salah buat, key in sesetengah menda tu sampai dua kali, sebelum put customer on hold cakap omputih, dah jawab balik telupa, bantai cakap melayu.

Kena tegur ngan teamleader sebab lembab, sampai ada satu customer call balik pon aku lom masukkan data dia.

Telupa nak break sebab terlampau risau.

Salah sangka ada drop call walhal aku yang lupa tekan headset masa jawab call. Kena stay dekat 2 jam lepas habeh shift sebab blom siap masukkan maklumat dalam sistem.

Dan da most memorable thing arini, di kalangan kekawan satu batch, aku paling awal masuk shift, dan aku paling lambat balik.... Sah aku memang slow arinih.

Tapi, dalam nebes risau segala, ada jugak yang membantu melegakan. Sekurang-kurangnya ad satu call tu, happy sebab aku dapat tolong dia, sedangkan sebelum ni dia dah call tapi berhadapan ngan beberapa masalah.

Dan ada satu call lagi, yang call tu Melayu, tapi dia speaking berabuk punya... aku lak terkukupkakap cam ikan siakap tak dapat air.. Aduhh.. Tapi, dia bagi rate yang menyelamatkan aku, sekali ngan komen yang sangat membina. Katanya aku kena lebih polite dalam berbahasa.

Seyes, aku akan try.

Cuma, tadi aku tak sempat call balik sorang customer, sebab aku tatau macamana nak buat call.... Frust tol.

Tapi, pape hal pon, my 1st day. Haha... esok nak kena lagi bersedia.




P/S: Masih menunggu kontrak...

save the earth...

Sabtu, 26 Jun 2010

AWAS Bila Menaiki TEKSI~

Air purifier in Malaysian Taxis

"No matter the taxi driver is Chinese, Malay or Indian, PLEASE BE AWARE! If
you notice that there is a sound of spray of perfume or air purifier inside
the taxi, PLEASE GET DOWN from the TAXI IMMEDIATELY!!

It just happened to me just now. It was about 12.45 am . I got into a taxi
driven by a Malay man. I was in the taxi for a few minutes when I suddenly
heard a sound of a spray and there was a smell like an air purifier. I
wondered why the driver put two types of air purifiers in his taxi. The
smell immediately reminded me about this forwarded email that I read. I
started to be aware of my surroundings. But the puff of the purifier kept
appearing every few minutes. I was very worried and scared.

Gradually, I sensed that my body started to feel weaker and weaker. The
purifier kept puffing from the back seat, just right behind me. As I really
felt my whole body weaken, I asked the driver to let me get down at the
side road. But he kept trying to talk to me and ask me why not dropping me
off at my destination. I think he was trying to drag the time. To my
horror, I felt both of my hands and legs got numb with no energy: I almost
could not move. When I talked to the driver, I could not even speak
properly, not to say to shout for help, 'cos I was really too weak...
Immediately, at a traffic light I opened the door, jumped out and ran to a
passer-by for help.

I really thank God for saving me. If not, I really can't imagine what would
have happened to me. I am traumatised by this incident. This is TRUE case.
Please do keep in mind! IT IS BETTER TO BE SAFE THAN SORRY!

I feel the need to share with you guys, no matter you are men or women 'cos
it is NOT a LIE , not a made-up story. It really happened. Do let your
friends, family members and relatives know about this case. I believe you
are just like me, don't wish anybody to be the victim of this case. "Please
be aware when aboard to a taxi, especially the ladies."

I received an email some months ago about a lady getting into a cab who
felt uneasy and become faint when she smelt something like incense being
burnt. She was smart enough to order the taxi to stop immediately and after
throwing some money at the taxi man quickly get out of the taxi. She later
got to know that if she had not stopped the taxi and gotten out, she would
have fainted and raped by the taxi man (or a gang of rapists)!

After reading this, I thought maybe this was one of those emails that you
would read and just forget about it, but I was wrong! Few weeks ago, a
visitor to our Chinese church who stayed in Puchong got into a taxi driven
by an Indian man. When she sat into the taxi, there was a little burner and
she could smell incense burning in the taxi. After awhile, she felt weak
and unable to speak or shout. The Indian taxi man drove to a lonely road
where there was hardly anyone and raped her. Before she was completely
knocked out, she was told by the taxi guy that she was his number six
victim. She was not only raped but also robbed!

When she was conscious again, she quickly went to see a doctor. The sad
thing is, the doctor knew she was raped but did not advise her what to do.
The doctor just let her make the decision to make or not to make a police
report. Since she does not know the rapist name and also the taxi number
and in great fear after this trauma, she told the doctor that she would not
dare to report to the police. The doctor said since she dare not make the
report, he would just have to destroy the medical report!

Because the rapist took her whole bag with her IC in it, he got her address
and even has the guts to come straight to her house and try to be funny
with her.

Please remember not to get into a taxi that smells funny and if possible
don't get into a taxi alone, and if you have to do so, give a call or sms
back to your friends or relatives and let them know the taxi registration
number and if possible, the name of the taxi man.

AND OPEN THE WINDOW!


Gals... please take note and...

Guys... please forward to your female friends..."




P/S:Tak salah berhati-hati.Oh ya,sapa nak copy entry ni,copy je.Sebarkan.Lagi ramai sebarkan,lagi bagus. =)

p/s: Aku amik dari sini...


save the earth...

Beast~

Esok ShowCase BEAST kat KL Live.

Semalam aku berjaya dapat free pass ke showcase tersebut, cuma, untuk masuk, kena tunggu orang-orang yang ber t's BEAST masuk dulu baru leh masuk.

Dan esok aku keje.

Showcase bermula 2000. Aku tatau pon cane nak ke sana.

Sekarang, aku ada CD untuk fan signing Ahadnya, serta pass untuk esok.

Dan aku rasa aku boleh redah je carik KL Live tu. Kalo jumpa, pegi je. Kalo tak jumpa, balik je la.

Tapi, ada sikit ketidakseronokan. Takde kaitan dengan BEAST atau my chagiya. Mungkin kerana ralat sepanjang hari ni aku tak mampu keje dengan baik. Tetibe terkukup kakap jawab call kalahkan ikan tak dapat air.

Kenapakah aku ketakutan tetibe?

Aduh... aku nak keje. Cuma, mampu ke aku neh keje ngan baik?




save the earth...

Selasa, 22 Jun 2010

Meroyan....~!!

*notatangan* Semata-mata meroyan~


Seyes aku sangat tak senang duduk lepas baca ni kat METRO hari ni.... *nanes-nanes*


Pas masuk konsert Beast
Oleh Norhadiani Baharom

2010/06/22

KUMPULAN muzik Korea terkenal, Beast, yang diterajui enam remaja, kini menjadi ikon kepada generasi muda di negara itu. Mereka terdiri daripada Doojoon Yoon, Hyunseung Jang, Joonhyung Yong, Yosub Yang, Kikwang Lee (AJ) dan Dongwoon Son.
Beast ditubuhkan pada Oktober 2009 oleh Cube Entertainment dan kehadiran kumpulan itu mula mendapat perhatian penggiat industri muzik serta penyiaran Korea. Kumpulan itu hadir dalam industri seni negara itu atas usaha Simon Hong iaitu orang sama yang bertanggungjawab memperkenalkan Rain, Wondergirls dan 4Minute di pentas dunia.


Ketika MTV Korea melancarkan program realiti Beast sebelum album pertama mereka dipasarkan, ramai teruja dan ingin menjadi seperti kumpulan ini. Bertitik-tolak daripada pendedahan itulah, Beast diangkat sebagai ikon remaja.


Kisah kehebatan kumpulan ini akhirnya menular ke negara ini dan desas-desus mengatakan Beast akan bertandang ke sini menyebabkan ramai peminat tertipu dengan helah penganjur yang menjual tiket palsu.


Oleh itu, Universal Music Malaysia mengambil keputusan mengadakan Vote Just for Beast bagi mendapatkan sekurang-kurangnya 5,000 sokongan peminat, sekali gus memperoleh kelulusan untuk membolehkan kumpulan berkenaan mengadakan persembahan di sini.


Namun, apa yang mengejutkan, tiga hari sebelum undian itu berakhir, jumlahnya meningkat kepada 8,000 pengundi. Menyedari kumpulan itu mempunyai ramai peminat di negara ini, Cube Entertainment akhirnya memutuskan untuk menyenaraikan nama Malaysia sebagai salah satu lokasi jelajah mereka di Asia.


Beast juga menyatakan kesediaan untuk bertemu pihak media dari semua negara terpilih iaitu Taiwan, Malaysia, Singapura, Filipina, Hong Kong dan Thailand bagi berkongsi perkembangan kerjaya serta kejayaan mereka.


Mereka akan menjalankan promosi di Kuala Lumpur bermula 26 hingga 28 Jun ini. Selain persembahan showcase yang besar, Beast juga terikat dengan sesi tanda tangan bersama peminat. Pada Jun lalu, prajualan pembungkusan semula album Beast yang turut disertakan edisi istimewa CD Beast termasuk satu pas percuma konsert terjual melebihi 1,000 unit pada hari pertama.


Sambutan luar biasa yang diberikan juga membuatkan Universal Music mengubah fikiran mereka dan menukar lokasi persembahan pada satu tempat yang lebih besar iaitu KL Live Centre, Jalan Sultan Ismail.


Sebanyak enam lagu akan disampaikan mereka, malah, Beast adalah kumpulan Korea pertama yang membuat persembahan di negara ini.


Bagi mereka yang berminat menonton konsert itu, mereka hanya perlu membeli album Beast, 'repackaged' di semua cawangan Speedy untuk mendapatkan pas masuk. Resit pembelian CD harus disimpan bagi menebus pas yang hanya dikeluarkan pada acara konsert nanti. Selain konsert yang berlangsung 26 Jun, jam 7 malam di KL Live Centre, Beast juga terbabit dengan sesi autograf bersama peminat pada 27 Jun, jam 5 petang di FCUK Entrance, 1 Utama, Petaling Jaya.



credit METRO


Actually, aku dah beli pon album versi Asia untuk fan signing tu.. Walopon tatau bagaimana peluang aku nanti.. haha..

Dah lama tak menggiler sukakan retis camneh, last melagha camni kira-kira 7 tahun dulu. Dah tua rupanya sayer.....wehehe..




aku tempah gak batch neh....;p



Beast/B2ST...



Lagi....


p/s: Bagaimanapon METRO dah tersalah info bila Beast dikatakan grup Korea first perform kat Mesia yer... sebab baru je Mac ari tu Super Junior, a group of 13 members, dah perform ngan gahnya kat sini yer...

save the earth...