Rabu, 21 Julai 2010

Mission Accomplished~

Hanya kurang tiga minggu lagi, konvokesyen akan tiba.

Saat tuh, secara rasminya aku akan bergelar siswazah lepasan UM. A degree holder.

Tapi, bukan tuh yang paling penting sebenarnya.

Apa yang menjadi punca rhythm jantung selalu tak sekata akhir-akhir ni, adalah kerana pada detik tuh, impian serta keinginan sorang ibu akan tertunai.

Sorang ibu yang terpaksa hadapi macam-macam kata-kata hanya kerana masyarakat lebih gemar membuat perbandingan tanpa cuba selami apa adanya sebuah kehidupan.

Dan sorang ibu itu, menulikan telinga, pekakkan pendengaran, malah butakan matanya. Lantas, sebuah impian dibisikkan pada sorang anak kecil 8 tahun.

"Belajar lah. Hanya dengan ilmu dan pelajaran mampu mengubah pandangan dunia. Belajar lah. Buktikan, sorang ibu ini, yang hanya mendidik anaknya dari sebuah rumah kayu serba kekurangan ini mampu melahirkan sorang yang berjaya. Buktikan lah."

Sangat biasa. Ia tak lebih satu dialog drama Melayu swasta di TV1 mahupun TV2. Namun, kali ni ia memang adalah sebuah hakikat yang bakal menjadi nyata.

Apa yang bakal aku genggam, bukanlah hebat, jauh sekali untuk dibanggakan. Aku hanya lulus biasa-biasa saja.

Tapi, sebuah impian yang mampu aku realisasikan tuh, adalah satu kepuasan yang tak ternilai.

Huh~ Semanis mana mimpi, kenyataan tetap lebih indah walau sepahit mana rasanya.

Baik la.... mood tingat kampung malam nehhhhhh..... *mata kekelip*