Selasa, 6 Julai 2010

LAKONAN

Kadang-kadang situasi boleh menyebabkan sesorang punyai begitu banyak perwatakan.

Adakala jadi sorang yang sangat mempengaruhi, sangat mendesak, malah sangat mengekang. Tapi adamasa tatkala keadaan sekelilingnya berubah, sesorang yang sama boleh menjadi sorang yang sangat sweet, innocent, malah putih bersih bak tak penah terpalit sebarang noda.

Tapi saat sekitarnya menjadi kejam, dia tiba-tiba berubah lagi, menjadi seorang yang mampu adaptasi dalam apa saja situasi, kendiri dan mampu memutuskan mahu meneruskan perjalanan atau berpatah semula ke belakang.

Tak banyak bezanya dengan seorang pelakon di dada pentas.

Ketawa dan menangis pada masa yang sama. Dia mungkin kewalahan, namun kerana watak yang dilakonkannya memerlukan dia menjadi seorang yang ceria, ketawa terbahak-bahak hingga aksinya mengaburkan hakikat yang dia sedang kegalauan.

Justeru, ada waktunya selaku sorang manusia, aku tertanya, inikah yang diertikan sebagai, manusia semuanya adalah pelakon di pentas dunia?



save the earth...