Ahad, 28 Mac 2010

EARTH HOUR 2010

Sambutan Earth Hour di DTC, UM.


Tandatangan penyokong Earth Hour...


Menjelang 830pm, yang hadir dengan meriah countdown, ala-ala sambutan merdeka je plak. Tapi ada sikit masalah teknikal, sebaik countdown setel, DTC mengambil masa beberapa saat lambat sebelum padam, diikuti lampu-lampu jalan. Sekitar DTC bergelap sepenuhnya dan hanya disimbahi cahaya bulan serta kilauan flash kamera yang tak henti-henti.


Sebelum 0830pm...


Beberapa saat selepas 0830pm....


Memasing diberikan sebatang lilin dan cawan kertas... semata-mata untuk publisiti...adehhh....dan lebih membahayakan alam sekitar sebab pembebasan gas tah pape.....


Pembaca ikrar....


Sedang berikrar............


Adehhh.... tak larat dah. Sampai sini saje.........:P

Begitu lah sudahnya sambutan Hari Bumi ni di UM. Bak kata sorang teman, dia tak menyambut hari ini kerana pada dia hal ini adalah imaginasi yang takkan tercapai, apatah lagi masih terlalu banyak kelemahan. Memadamkan lampu selama sejam tak ubah membiarkan enjin kereta hidup tanpa bergerak, sekadar membazirkan minyak tanpa tujuan, menurut beliau.

Apakah umpama broadband yang dibayar pada amount tertentu pada setiap bulan sama ada perkhidmatan tersebut digunakan atau pun tidak?

Mungkin juga.

Cuma, buat masa sekarang, sedikit sebanyak ini terlihat sebagai usaha untuk menyuntik sedikit kesedaran kepada penduduk bumi khususnya rakyat Malaysia yang segelintirnya lebih gemar peduli tentang hal sendiri dari orang lain.

Tak dinafikan, anjing menyalak bukit takkan berikan sebarang kesan, namun titis air yang menyapa batu sepanjang masa mampu melekukkan batu nan perkasa.

Justeru, pilihan di tangan kita. Mahu memandang dengan sebelah mata atau merenung dengan fikiran yang terbuka.







save the earth...

Sabtu, 27 Mac 2010

SPASians Nick @ SpasNite 09/10

Event : SPAS NITE 09/10
Time : 2000-2300
Location: Bilik Wau, R.U, UM
Theme : No theme was required

Pada malam tersebut, majlis dimeriahkan dengan jamuan makan malam dan diikuti pengumuman pembentang terbaik bagi sesi 1 dan sesi 2 untuk pembentangan poster 2 minggu lepas yang diungguli oleh Lee Shan Chern (Heavy Metal at Perdana Lake) dan Nurul Farhana Muda (Pengurusan Sisa Pepejal di Kawasan Pesisiran Pantai Teluk Ketapang dan Pantai Tok Jembal).

Tahniah diucapkan~!

Majlis makan malam yang diserikan dengan persembahan menarik dari tiga sekawan Raimyfieza, Azali Ahmad, dan Pheobe Lim Mei Yee tersebut bertambah kecoh dengan penyampaian cenderahati kepada semua pelajar tahun 3 Sains Pengurusan Alam Sekitar.

Setiap penerima sama ada sedar atau tidak telah membawa pulang ole-ole yang mengandungi nick masing-masing yang telah direka khusus oleh satu pakatan.

Senarai nick tersebut, sama ada merupakan karakter individu terbabit, atau sekadar apa yang terlintas oleh pakatan tersebut. Memandangkan nick tersebut tidak direveal di majlis makan malam, maka senarai penuh list nick tersebut akan diumumkan di sini.


1. STRONG SYIKIN
2. ZINGER ZATI
3. GENTLEMAN WAI MUN
4. VERSATILE PHEOBE
5. LOVELY LEAN
6. ROMEO AZALI
7. UNTOUCHABLE UNA
8. SHY SHISHI
9. SPASTIC S.A
10.LADIES LIYANA
11.ZUL CONAN
12.SHINY SHAN
13.HUMBLE HAFIZ
14.FAIR FARHANA
15.FABULOUS FIFI
16.HAPPENING WAWA
17.WONDERFUL WENJI
18.SWEET SHAZLIN
19.SOFT SOFA
20.CHARLIE CHIN HONG
21.ZEST ZAI
22.FANCY KHAI LI
23.ADMIRABLE ANIS
24.HAPPY HIDAYAH
25.HILARIOUS HANIM
26.ROGER RIDZUAN
27.SMART SYARIFAH
28.DIVA DIVYA
29.POLITE SYAHIR
30.AMBITIOUS SHUHADA'
31.ATTRACTIVE AZLIN
32.CHICKY ZIERA
33.SMILEY SHAFIZA
34.REMY SEMPOI
35.YUMMY YUMNI
36.ROSY ROSM
37.MOON MANDY


Sekian. :)






save the earth...

Kawan - Perempuan atau Lelaki?

Kawan... lebh suka berkawan dengan lelaki, atau perempuan? Dan kenapa?

Apabila soalan ini diaju kepada perempuan, kira-kira 75% menjawab, mereka lebih selesa berkawan dengan lelaki berbanding perempuan sendiri.

Alasannya, lelaki lebih praktikal, tidak sensitif (sekurang-kurangnya tak sesensitif perempuan), lebih rasional, boleh memberi nasihat, dan boleh bergurau sekasar mungkin tanpa menjejaskan mana-mana pihak.

Kenapa bukan perempuan yang merupakan kaum sendiri? Bukan ke perempuan lebih memahami seorang perempuan yang lain?

Alasannya, perempuan terlalu leceh, terlalu sensitif, mudah terasa dan kecil hati dengan pelbagai perkara, cengeng, emosional, dan suka menikam dari belakang.

Ironinya, perempuan yang lebih gemar mempunyai koleksi kawan lelaki yang lebih ramai dari perempuan, adalah perempuan yang tergolong dalam golongan yang di atas tadi. Justeru, adalah logik andainya beliau enggan ditemani kaum yang sama ciri-ciri seperti mereka jugak.

Tapi, reason sebenar kenapa perempuan lebih suka berkawan dengan lelaki, mungkinkah kerana tarikan cas yang berlainan? Mula-mula kawan, kendian mula berkenan. Bila perasaan dah jadi keutamaan, kat mana erti sebenar persahabatan?

Lebih senang dengan lelaki kononnya lelaki lebih rasional, lebih tenang dalam memberi nasihat. Ada betulnya.

Kurangnya berkawan dengan lelaki:

1. Susah nak ajak bercuti, kena tempah bilik asing-asing, tak boleh mandi laut sama-sama.

2. Tengah berjalan tiba-tiba terpeleot, tak boleh mintak tolong urutkan, tak boleh mintak papahkan.

3. Tak boleh mintak spare time emergency


Lagipun, apa masalahnya berkawan dengan perempuan?

Gossiping? Bising? Kecoh?

Apakah dalam 100 perempuan sumenya memang tak layak dijadikan kawan?

Dunia yang pelik, atau aku yang keheranan?



save the earth...

Jumaat, 26 Mac 2010

Post-moterm Poster Presentation

Pasal poster presentation takde lak entry, tetibe sangat ada pasal post-moterm? Heh, dulik la, sekarang mood nak cerita pasal post-moterm~!

Post-moterm start kul 1300, aku lak, lambat masuk, jadi dengar dah takde intro. Tapi kebanyakan yang sempat dengar dan sempat paham tadi...

1. Ada sesetengah tajuk projek tak berapa nak kena mengena dengan cos kitorang yakni Sains Pengurusan Alam Sekitar. Justeru ada antara penilai yang tak berapa bersetuju andai tajuk-tajuk tersebut dithesiskan(Apakah perkataan ini?). Tapi pandangan ini takkan memberi kesan kepada tajuk yang dikatakan kerana tajuk tersebut tekah dibincangkan dan telah dipersetujui SV student terbabit. Komen ini sekadar makluman.

2. Sesetengah pelajar dah la tatau detail pasal projek sendiri, malah lagi kureng apabila gagal explain dengan baik. (Aku lah tuh.)

3. Bla... bla... bla....

4. First impression bila tgk sume poster yg tertampal, lawanya~! Meriah~!

Baik, abaikan tiga yang di atas, sila fokus pada point keempat sahaja.

























Itu je pun aku nak cakap. Poster sume orang sangat cantik yer~! Wakaka... sila alert pada mereka yang belum membentangkan poster memasing, poster SPASians cantik. Wahaha....

Studies on Garbage Enzyme: A Multipurpose Environmentally Green Product


Pengurusan Sisa Pepejal di Pesisiran Pantai Teluk Ketapang dan Pantai Tok Jembal


Pengesanan Titik Panas di Malaysia Menggunakan Data Satelit Remote Sensing dan Aplikasi GIS


Una bersama poster beliau yg berbunga-bungaan... Aku yakin ni antara poster meriah dan ceria yg dimaksudkan penyelaras tadik...;p


Sesi bergambar beramai-ramai selepas tamat sesi pembentangan....




p/s: Esok malam adalah dinner SPAS. Pembentang terbaik akan diumumkan malam tersebut, yang pastinya bukan aku. Isk~! Entry khas akan menyusul berkenaan malam tersebut, atau individu terbaik tersebut.

Sekian~!

save the earth...

Rabu, 24 Mac 2010

Pengembaraan Terakhir?

Misi diteruskan. Sebenarnya terpaksa diteruskan dek cadangan serta usul bernas Prof yang mencadangkan group kitorang cek pH hujan dan waste water dari kilang baja yang menjadi subjek kajian nih. Justeru, selaku student yang bijaksana lagi amat patuh, kitorang dengan sukarelapaksa bergerak ke lokasi pada hari yang telah dipersetujui.

(Erkghh.. ayat dah ala-ala skema laporan bahasa Melayu SPM pulak...)

Sampai je kat Kampung Padang Jawa, Shah Alam, kitorang dibahagikan kepada 3 lokasi berlainan, di depan sekolah, di belakang kilang, dan di kampung.

Inche Ali selaku ketua mestikah keseorangan, dan lokasi pilihan beliau adalah di depan sekolah, merangkap, di dalam masjid. Tujuan utama ialah, setelah melekatkan kertas berpelekat yang bertujuan memerangkap habuk (bukannya menangkap habuk ye inche leader) yang terbebas dari kilang, beliau boleh landing dengan aman damai di dalam masjid. Terserlah kepimpinan selaku ketua. ;p

Manakala kakak kesayangan beliau bersama pemilik blog, lepak di belakang kilang, sambil memerhati komuter berlalu satu demi satu. Tobat mengantuk~!

Lagi dua orang ahli kumpulan pulak, berada di dalam kampung. Lokasi yang strategik, mementang ada banyak gerai, sampai beringgit-ringgit habis. Huh, sungguh tidak adil~!

Dek kebuhsanan melampau, setelah lebih sejam terkuap-kuap, akhirnya aku dan kakak kesayangan Inche Leader aka Inche Ali, bercadang membuat lawatan mengejut ke lokasi adik kesayangan beliau. Heh, memang beliau sedang berehat dengan bahagia pun~!

Pemilihan hari yang tersilap mungkin, jangan kata hujan, mendung pun tidak. Justeru adalah hampir mustahil untuk kitorang menadah air hujan untuk mengkaji pH air hujan tuh.

Tapi, dek kegeniusan, pasangan adik kesayangan dan kakak kesayangan telah meredah ke belakang kilang dan mengambil sampel air longkang yang berasal dari kilang yang menjadik subjek kajian kitorang. Hehe...



Longkang di belakang kilang baja.



Azali sedang mengambil sample air dari kilang baja. Isi dalam botol air mineral yang baru dihabiskan kandungannnya beberap minit sebelum itu.



Azali: Kak Pija, turun je, kalau jatuh kita elak.
Pija: Elak ke mana?
Photographer: Kalo Pija jatuh, dedua terhumban dalam longkang, sah kena snap. ;p



Akhirnya Pija selamat..... sebenarnya x la curam mana, tapi sebab Pija bersandal, maka risiko untuk tergelincir adalah sedikit tinggi. ;p


Selasa minggu depan adalah hari pembentangan. Adeh....






save the earth...

Selasa, 23 Mac 2010

Antara Kekasih dan Teman

ANTARA DUA INSAN YANG INGIN AKU MILIKI, KEKASIH HATI DAN SAHABAT SEJATI, PASTI YANG UTAMA ADALAH SAHABAT SEJATI, KERANA SETIANYA SUKAR DITEMUI..


credit to PIDOT

Situasi 1:

Si manis pucat pernah berjanji pada si bulat tembam, sesekali takkan didahulukan kekasih hati selagi si dia tak bergelar suami.

2 tahun kemudian, keduanya renggang terpisah tatkala si manis pucat lebih memilih untuk meletakkan kekasih hati yang baru 2 bulan dikenali di taraf lebih tinggi dari sang teman yang beberapa tahun menemani.

Dan setelah beberapa bulan berkasih, si manis pucat memutuskan hanya setakat itu kasihnya. Si manis pucat yang tega mengutamakan kekasih hati dari teman yang selalu ada di sisi, hanya kembali mampu menjernihkan kembali persahabatan nan pernah retak selepas mengukuhkan semangat dan menjana kekuatan setelah 5 tahun berlalu.



Situasi 2:

Wulan kena sound bodoh je ngan classmatenya apabila Wulan secara tidak sengaja telah mengatakan sesuatu yang terkena pada batang hidung kawan SMS classmatenya itu.

Wulan telah menyampaikan sebuah pesanan ringkas dalam sesi 'tazkirah paksa' usai kelas. Dan dalam pesanan tersebut antara contoh yang Wulan sengaja highlitekan ialah berkaitan budaya minat meminat, saling suka menyuka antara classmates. Dan entah kenapa member Wulan yang ketika itu diminati seorang classmate mereka berpikir bahawa Wulan sengaja menadakan contoh tersebut untuk menyindir 'peminat'nya.


****************************

Kesimpulannya; lidah nan lembut boleh berkata apa saja, tapi apabila seseorang dilambung ombak rasa, ditujah gelombang debar, dialun kata indah nan mesra, hanya kata-kata 'Saya Sukakan Anda' bisa melumpuhkan seluruh indera.

Saat tuh, jangankan sahabat, adakala keluarga bagai tak pernah wujud di minda.

Justeru, apa nak diherankan dengan kata-kata kononnya sahabat adalah pilihan pertama selagi si dia belum hakiki jadi milik utama?





p/s: Entry mengenang masa-masa jadi pilihan kedua yang kerap dibelakangkan saat kehadiran bak tanduk yang tak lagi berguna.



save the earth...

Isnin, 22 Mac 2010

Apa Tanda-tanda?

Habit yang biasa berlaku apabila satu group of people naik bas, bila salah sorang dapat naik masa berebut-rebut dengan manusia yang ramai tu, beliau akan 'menanda' seat untuk rakan-rakannya. Kadang dengan meletakkan bag, kadang dengan meletakkan barang-barang, dan sebagainya.

Ia adalah satu kebiasaan, yang rasanya semua orang yang biasa menaiki bas pernah mengalami keadaan ini, atau mungkin antara yang suka menanda seat untuk kawan-kawan dan sebagainya.

Oh? Tidak~! Aku bukanlah antara yang anti dengan golongan sebegini, ni adalah perkara yang biasa, nama pun menggunakan perkhidmatan awam, jadi redha je lah jumpa dengan pelbagai dan bermacam-macam orang. Tapi, apa yang menyebabkan aku sedikit allergik dengan orang semacam ini, adalah apabila diorang ni, tak kira tempat, masa dan keadaan, asyik nak mendahulukan diri sendirik je.

Setelah beberapa lama tak naik bas SKMK, kali ni aku bertemu semula dengan golongan semacam ni. Dahla kebetulan bas tadi ala-ala mini-bus, cinonit yang amat, orang pulak tak payah tanya lah kalau dah hujung minggu, kebetulan pulak aku membimbit cenderahati untuk 43 orang untuk jamuan minggu akan datang, tiba-tiba apabila naik bas yang sebetulnya masih banyak seat yang kosong, terkena pulak dengan seorang gadis cumil molek menanda seat.

Beliau sendiri dah duduk dan menanda seat di sebelahnya, ok, aku memang takde masalah dia nak bagi kawan dia duduk kat sebelah tu, tapi aku sedikit hangin apabila 2 seat di belakang juga ditanda, dn beliau menayang muka selamber tak hengat apabila aku tercengang di hadapannya. Adik aku yang entah kenapa begitu betul bentul waktu itu, elok-elok dapat seat, boleh pulak terkedek-kedek menghampiri aku dan berdiri di sebelah aku, sampai menghalang laluan. Dek geram, dengan adik aku sekali terkena marah.

"Barang tu ko nak bimbit ke? Letak jela, perlu ke cakap menda macam tu?"

Adik aku yang sedikit nerd pelan-pelan meletakkan barang, sebelum tiba-tiba seorang gadis kecil yang lain menggamit menawarkan seat yang kosong do sebelahnya.

Oh? Aku berleter macam aku sangat baik dan tak pernah menanda seat untuk sesiapa sebelum ni kan? Heh, tipulah kalau aku cakap aku tak pernah buat~! Pernah, aku pernah buat. Tapi apabila bas semakin sesak, dan kawan aku masih belum survive untuk menaiki bas, aku akan offer seat itu pada sesiapa sahaja yang sedang berdiri. Zaman persekolahan, waktu sedang menaiki bas sekolah terutamanya di sekolah menengah, aku pernah diperli dan disindir oleh kawan-kawan semata kerana aku tamau menanda seat untuk diorang. Huh, entahlah, tak dapat faham kenapa mesti marah aku apabila aku tamau menanda seat untuk diorang.

Kenapakah aku membebel? Kerana aku harap, tolonglah, andai anda tak mampu menaiki bas awal-awal, kawan anda yang menanda seat hanya akan menambah kesesakan. Pernah terjadi beberapa kali di depan mata aku, seat yang ditanda untuk seseorang, tinggal kosong hinggalah bas memulakan perjalanan. Sedangkan ramai yang berdiri waktu itu. Orang yang sepatutnya duduk di tempat yang kononnya reserved tersebut? Heh, berdiri di depan sekali.




p/s: Ini entry sedikit emo, kerana aku sedang dalm mood 'perang' dengan MAW. Tak abes-abes nak gigit orang~!







save the earth...

Khamis, 18 Mac 2010

Testing.... Last.

*ni part terakhir.... buat yg dah membaca, trimas yang tersangat. aku tersangat la insaf bahawasanya cte ini sangat la tipikal. isk~!

ni la cerpen terakhir penah aku wat, yang bertarikh dua tahun dulu. Lepas tu memang aku tak menulis lagi. Kerana menyedari hakikat aku bukanlah sorang penulis.

*****************************************

“Tapi you kahwin sebab I kan, sebab you cintakan I, dan sebab you buktikan yang you sangat sayangkan I__”

Hisyam segera memotong. Rimas dengan Nazirah yang mula melalut-lalut. “Tidak. I kahwin sebab memang jodoh I dah sampai. You kena terima kenyataan ni. I dah beristeri, dan isteri I adalah kawan you sendiri, calon yang you pilihkan.”

Nazirah mula kelam-kabut. Kata-kata Hisyam umpama belati yang menikam.

“You... you... you curang!” dia membentak. Kakinya dihentak ke lantai. Nazirah menyeringai. Jari telunjuknya lurus menuding ke muka Hisyam.

“Bukan I. Tapi you yang takut berdepan dengan kenyataan. Hakikatnya kita semua akan mati, tapi bila, bagaimana, dan macamana kita tak tahu. Tapi you, sebaik saja you tahu you akan mati, you menolak untuk hidup dengan I. You takut cinta I akan beralih lepas you mati. You tak mahu ada orang lain yang menggantikan tempat you dalam hidup I lepas you mati. Tahniah, sebab cita-cita you tu tercapai. You masih hidup, dan cinta I bukan lagi pada you, Zira.” Giliran Hisyam menuding jari ke arahnya.

Nazirah kaku dalam posisi tadi. Jawapan Hisyam yang panjang lebar bagai satu tamparan. Lelaki itu bangun, menyeluk saku seluarnya sebelum meletakkan sebentuk kotak kecil berwarna merah di hadapannya.

“I datang jumpa you, untuk pulangkan ni. Dan I doakan you bahagia.”

Nazirah hanya membiarkan Hisyam berlalu. Dia tidak mahu merayu lagi. Hisyam yang datang menemuinya hari ini bukan lagi Hisyam yang sama yang menjadi tunangnya beberapa bulan dulu. Perlahan, kotak kecil itu dibuka. Sebentuk cincin berukir huruf S dan Z yang merupakan gabungan nama mereka terselit di situ. Setitis air hangat mengalir di pipinya. Dia terduduk. Bibirnya diketap.

Hisyam terpegun sebaik sampai di rumah. Ada dua beg pakaian yang besar dan penuh berisi tersadai di ruang tamu. Dan di atas sofa, Syuhaida sedang duduk tertunduk. Di tangannya ada sehelai sapu tangan yang sudah basah. Mata dan hidungnya merah kesan tangisan. Melihatkan dia di situ, Syuhaida segera mendapatkannya, menyalami dan mengucup tangannya. Wanita itu terus menggenggam tangannya sambil terduduk melutut.

“Maafkan Aida, ampunkan salah silap Aida sepanjang sebulan ni. Halalkan makan minum Aida,” Syuhaida bersuara dalam kepayahan mengawal tangis agar tidak meledak lagi.

“Aida nak ke mana, dengan beg-beg besar ni?”

Diam. Masih teresak.

“Nak ikut Zikri?” Hisyam menyoal lagi.

Spontan wajah Syuhaida terangkat, dan mengeleng lemah.

“Aida sayangkan Zikri?” berhati-hati soalan itu ditanya.

Beku.

“Pernah sayangkan Zikri?” kali ini pertanyaan itu diubah sedikit.

Masih juga kaku di situ.

“Sekarang?”

Teringat rayuan Zikri tempohari. Walaupun Syuhaida masih menyukai lelaki itu, tapi dia tidak akan sesekali meminggirkan ‘pemilik syurganya’ hanya untuk memenuhi hasrat hatinya suatu ketika dulu. Syuhaida mengeleng, jawapan untuk pertanyaan Hisyam.

Hisyam tersenyum puas meski Syuhaida masih membisu seperti kehilangan mulut. Jemari wanita itu dicapai, lalu disarungkan sebentuk cincin di situ. Syuhaida terlongo. Terkejut dengan adegan tidak disangka-sangka itu. Sejak tadi dia dihambat kebimbangan, risiko untuk Hisyam kembali kepada Nazirah dan membuangnya terus cukup besar. Tapi bukan itu yang berlaku.

“Aku terima nikahnya Syuhaida binti Abdul Rahman dengan mas kahwin RM80, tunai!” bisik Hisyam sambil menatap terus wajah Syuhaida yang masih kebingungan.

“Syam__”

Hisyam segera mengeleng.

“Bukan Syam, tapi ‘abang’.”




p/s: Malam ni aku akan kembali ke kampung untuk beberapa hari. Sabtu ni adalah konsert SUPER JUNIOR. Selamat enjoy pada yang terlibat. Aku tumpang excited saje sudah... ;p


save the earth...

Testing VIII

Rusuh di hati Zikri menghilang tiba-tiba mendengar ayat yang meluncur dari bibir Syuhaida.

“Syu sayangkan Zik.” Ulang Syuhaida. “Sebagai kawan. Syu sayangkan Zik sebagai kawan, dan Syu tak nak kehilangan Zik.” Lanjutnya syahdu. Sedaya upaya dikawal air mata agar tidak menitis di hadapan Zikri, bimbang kalau-kalau perasaan sebenarnya terzahir.

Syuhaida melihat ada dua simpang kecil di hadapannya. Kedua-duanya kelihatan sama. Tapi untuk meneruskan perjalanan, dia harus memilih satu antara dua. Langkah kakinya membawa tubuh ke simpang sebelah kanan. Jalan yang mulanya nampak biasa, makin berselirat bila dilalui. Tanpa disedari dia tersandung seketul batu. Dia hilang imbangan, lalu tertolak ke hadapan. Syuhaida pejamkan mata, ngeri membayangkan sakitnya terhempas ke tanah. Saat ini dia terasa tubuhnya dipaut, serentak dia membuka mata. Imbasan wajah seseorang menyapa pandangan.

“Aida?”

Syuhaida membuka matanya. Melilaukan pandangan sebelum pancainderanya yang satu itu terhenti di roman di hadapannya. Terlupa terus tentang mimpinya seminggu sebelum mereka dinikahkan. Hanya Hisyam memenuhi pandangannya kini. Kemudian pandangannya beralih di tangan Hisyam yang melekat di pipinya yang sejuk. Dia merapatkan kelopak matanya semula. Menikmati sentuhan tangan Hisyam yang meminjamkan hangat di wajahnya. Dan sentuhan itu mengingatkan dia akan permintaan kedua Nazirah.

“Aku sayangkan Syam, kau tahu kan.” Syuhaida memalingkan wajah. Enggan pandangannya menjamah wajah Nazirah. Bukan lagi risau amarahnya bertukar simpati, tapi dia takut kalau-kalau amarahnya bertukar benci.

“Dan aku galang gantinya?” Soal Syuhaida, sinis. Sengaja diulang semula kata-kata yang pernah dilontarkan sedikit masa dahulu.

“Tapi aku tak dapat hidup tanpa Hisyam, Syu!” Nazirah teresak. Dia mencapai tangan Syuhaida, menggenggam dan membawanya ke dada. “Please Syu... tolonglah.”

Air mata Nazirah bagai hujan lebat di musim tengkujuh. Habis luntur make-up yang dipakainya. Tapi dia langsung tidak peduli. Lengan Syuhaida terus dipaut kemas, dia amat terdesak untuk memiliki Hisyam. Walaupun terpaksa membina kebahagiaan di atas penceraian sahabatnya sendiri, dia sanggup. Keputusan yang dibuatnya beberapa bulan yang lalu ternyata begitu menyeksa emosinya. Apatah lagi melihatkan kebahagiaan yang mula dikecapi pasangan pengantin baru itu. Perasaannya bagai disiat-siat.

“Lagipun, Hisyam cuma cintakan aku.”

Dan bila dia didapati bebas dari kanser otak yang kononnya bakal meragut nyawanya, Nazirah sangat gembira. Dia seolah diberi nyawa kedua. Dan keinginan yang menggebu untuk memiliki Hisyam menjadikan lelaki itu sebagai orang pertama yang dicarinya. Tetapi pertemuan secara tidak sengaja dengan Syuhaida di sebuah restoren sebaik mengetahui keadaan kesihatannya yang sebenar menyebabkan bibirnya lancar bercerita tentang angan-angannya untuk meneruskan impian yang terbantut dek kesilapan ujian darah tempohari.

“Syukurlah you selamat Zira. I gembira untuk you.”

“Syam, I happy sangat. Sebelum ni I takut sangat I akan kehilangan you,” Nazirah tersenyum manis, lengan Hisyam diraih. Ingin disandarkan kepalanya di situ seperti selalu. Tapi seperti terkena cerek panas, Hisyam cepat-cepat menarik lengannya.

Nazirah terkejut. “Kenapa Syam?”

“Zira, I happy untuk you, dan I doakan you bahagia,” ucap Hisyam, sekadar mengulang semula kata-katanya di awal pertemuan tadi.

Tingkah Nazirah sebentar tadi mengundang kalutnya. Risau aksi sebegitu menimbulkan perasaan tidak senang dalam hati Syuhaida. Kalau dulu dia amat bahagia diperlakukan begitu, tapi hari ini, perasaan itu sudah berubah. Dan orang yang bertanggungjawab merubah perasaan itu adalah wanita yang sedang berada di depan matanya ketika itu.

“You tak macam happy pun. Dulu you tak macam ni, you dah berubah Syam. Kenapa?” Nazirah sedikit jengkel. Terasa malu bila dia seperti hidung tak mancung cuba bermanja-manja dengn lelaki itu.

Hisyam tergelak. Terasa lucu dengan soalan Nazirah. Selebihnya dia terasa muak melihat Nazirah yang seperti tidak sedar dengan apa yang telah berlaku antara mereka.

“I memang dah berubah. I dah kahwin, Zira. You patut lebih tahu tentang tu,” sindirnya. Ketawanya masih bersisa.

“Tapi you kahwin sebab I kan, sebab you cintakan I, dan sebab you buktikan yang you sangat sayangkan I__”






save the earth...

Rabu, 17 Mac 2010

Di Ambang Cinta yang Dinoda

Kelas pagi ni aku tak pegi berikutan beberapa masalah kesihatan dan kemalasan. Justeru hanya ke kelas pada jam 1400.

Tapi sampai je kat parking moto, terkedu sekejap melihat ada wayar entah apa tersadai di sebelah Di Ambang Cinta. Tergantung langkah. Dan bila kembali bersemangat dan mendekati Di Ambang Cinta, lebih terkejut melihatkan wayar meter terbongkang.

Apakah yang terjadi?

Siapakah yang melakukan semua ini?

Dah la semalam baru ada orang menegur aku berkenaan parking yang katanya menghalang beliau untuk keluar, tiba-tiba hari ini, ini yang terjadi. Lantas apakah yang wajar aku pikirkan?

Oh ya, wayar meter tu setakat ni tak mengganggu perjalanan Di Ambang Cinta, tapi semasa larian beliau, meter tak bergerak, itu saja.


p/s: Haruskah aku mengesyaki perempuan berskuter yang menyapa aku dengan bahagia semalam? Harap apa yang aku pikirkan ni tidak benar.


save the earth...

Selasa, 16 Mac 2010

Block Parking

Aku sedang menyarung helmet waktu tetibe disapa.

"Duduk sini ke?"

Seorang gadis yang mungkin sebaya aku menegur. Di tangannya segugus kunci dan kelihatan sedang menghampiri sebuah skuter.

"A'a, duduk sini."

Pelik jugak, rasanya aku tak kenal. Nak kata gaya nak berkenalan pun tidak memandangkan muka ala-ala tertelan prune.

Tanpa segaris senyum dia menyambung ayat.

"Lain kali jangan parking situ ek, block jalan nak keluar."

Aku pandang moto aku yang diparking belakang motor-motor lain. Adakah aku parking melintang?

Tak.

Adakah kat depan tu terdapat ruang kosong yang memungkinkan aku parking kat depan?

Tak.

Jadi, apakah motif pompuan tu tiba-tiba buat ayat cantik macam tu?

Oh~! Motor dia adalah skuter, dan dia tidak memiliki daya fikir yang kreatif dan kritis untuk mengeluarkan motor dia dari lambakan motor-motor yang diparking.















Teringin pulak nak berkata; "Kak, ni kan asalnya parking kereta, oleh kerana semua orang sayangkan motor masing-masing tanak dibasahi hujan dan didera kehangatan matahari, justeru semua orang pakat-pakat letak je motor kat sini. Parking motor yang asal ada je, kat lua. Kat situ takde orang nak block motor anda andai parking bertingkat macam ni anda panggil sebagai block. Jadi, tamau diblock, nak keluar cepat, tamau berpikir cara nak keluarkan motor, sila berbesar hati la parking kat luar, bagi can skuter cumil anda kepanasan dan kehujanan."

Tapi memandangkan aku malas mencarik pasal dan masalah, maka aku senyum saja.

Tapi, apabila aku sampai rumah lewat petang lepas keluar hantar Una ke kolej, parking yang kosong adalah di tempat yang sama, jadi, aku parking jugak di tempat yang sama. Blocking?

Perlukah timbul soal itu apabila parking di tempat yang bukan tempatnya? Apakah ayat aku ini?

save the earth...

Testing VII

“Tapi aku sayangkan kau Syu,” luah Zikri dalam satu pertemuan.

Syuhaida pejamkan mata, jemarinya bersulaman sesama sendiri. Berusaha mencari kekuatan. Hatinya tak putus menyebut nama Allah, memohon agar dikuatkan hati dan diri berhadapan dengan pilihannya.

Seminggu sebelum majlisnya, Syuhaida menunaikan solat sunat taubat, solat hajat dan diikuti solat istikharah. Memohon dengan sepenuh hati agar dosa-dosanya diampunkan, memohon agar kedua ibu bapa yang tak sempat dikenali digolongkan dalam kelompok orang-orang beriman. Berdoa semoga keputusan yang bakal dibuat merupakan pilihan terbaik meski bukan itu yang paling dimahukan. Di akhir solatnya, dia sujud di tikar sejadah, simbolik menyerahkan seluruh hidup dan masa depannya kepada ketentuan Tuhan. Sepanjang malam, pipinya basah dengan percikan pilu. Suara Nazirah bertingkah-tingkah dalam ingatan.

“Syu, kau tahu apa akan jadi pada kau tanpa bantuan keluarga aku kan? Dengan kelulusan yang ada, kau cuma mampu kerja kilang je, tu pun papa aku yang tolong carikan. Masyarakat tak pandang lulusan STPM macam kau sekarang Syu.”

Spontan telapak tangannya terangkat, melekat kemas di dada. Tak terlintas kata-kata penghinaan begitu keluar dari mulut sahabat yang paling akrab dengannya. Dia tidak lupa! Dia tahu, tanpa bantuan keluarga Nazirah, dia tidak akan berada di kedudukannya hari ini. Dia tidak akan berjaya menamatkan persekolahannya, dan tanpa bantuan kewangan dari keluarga Nazirah, dia mungkin tidak mampu berada di situ, walau hanya sebagai pekerja kilang.

“Masanya untuk kau membalas budi baik keluarga aku Syu, itu pun kalau kau manusia yang tahu mengenang budi,” bidas Nazirah.

Maafkan aku Syu! Tak terniat untuk lukakan hati kau, tapi aku tak ada pilihan!

“Apa yang kau mahu aku buat?” Syuhaida menyoal, lirih. Matanya beku di wajah Nazirah. Ada senyum di bibir sahabatnya itu. Dan senyuman itu dilihat bagai racun.

“Kahwin dengan Hisyam.”

Kata-kata itu bagai hukuman gantung mandatori yang membunuh terus impiannya. Impian untuk membina masa depan bersama lelaki idamannya. Impian untuk bergelar isteri kepada seorang lelaki yang disayanginya.

“Syu pun. Syu pun sayangkan Zik.”

Rusuh di hati Zikri menghilang tiba-tiba mendengar ayat yang meluncur dari bibir Syuhaida.




save the earth...

Isnin, 15 Mac 2010

Testing VI

Hisyam tunduk apabila terasa tapak tangannya dibuka. Cincin pernikahan mereka, yang sepatutnya merupakan cincin pernikahan dia dan Nazirah, kelihatan di situ. Hisyam panggungkan kepala. Segera mengalihkan pandangan ke wajah isterinya. Tanda tanya mula mengetuk minda.

“Kau gila??!” Syuhaida terkejut. Anak matanya galak menerkam ke wajah Nazirah. Dadanya berombak kasar menahan asakan emosi. Terkejut dan geram, hairan dan takjub, berbaur-baur. Segalanya bergumpal-gumpal menjadi satu. Luahan nafasnya jadi kasar dan tak teratur. Romannya sendiri tegang. Saranan Nazirah sebentar tadi amat memeranjatkan dan di luar dugaan.

Hampir tiga minggu lalu dia bergelar isteri Hisyam yang sah. Majlis perkahwinan yang mencatat sejarah yang tersendiri bila nama pengapit pengantin tiba-tiba disebut sebagai pengantin perempuan semasa akad nikah. Majlis yang sepatutnya menjadi kenangan indah bertukar menjadi mimpi ngeri buatnya. Dua bulan sebelum itu Nazirah datang dan mendesaknya supaya menggantikan tempatnya sebagai pengantin perempuan. Segala pengorbanan dan budi baik keluarganya diungkit. Sejarah hidup Syuhaida yang tak beribu dan berbapa diselongkar. Kesucian keturunannya dipersoal. Hinggalah Syuhaida akhirnya memberi persetujuan. Semua gara-gara keputusan ujian darah Nazirah setelah dia pitam tempohari. Keputusan yang mengatakan bahawa Nazirah mengidap kanser otak yang bakal meragut nyawanya dalam tempoh beberapa bulan sahaja lagi. Sebagai seorang anak muda yag berpelajaran tinggi, Nazirah enggan tunangannya memperjudikan nasib dengan mengahwininya yang tiada harapan untuk terus menghirup udara di bumi Tuhan. Tapi sebagai seorang wanita dan manusia, Nazirah tidak dapat lari dari perasaan mahu memiliki dan menguasai. Cemburu yang menebal juga memaksanya memikirkan sesuatu agar Hisyam akan terus mengingatinya walau setelah dia tiada lagi di dunia.

Justeru, Nazirah tidak mahu membatalkan majlis perkahwinannya. Sebaliknya, majlis tersebut akan diteruskan juga, tapi Syuhaida sebagai pengantin menggantikan tempatnya. Hanya dengan cara ini Hisyam akan terus mengingatinya kerana tak mungkin Hisyam akan mencintai sahabatnya sendiri. Perkahwinan itu juga akan mengekang Hisyam dari mencari wanita lain sebagai pengganti.

“Fasakh?!”

“Aida cakap apa ni?” soal Hisyam keras. Matanya mencerlung menggambarkan yang dia amat marah.

Baru sekejap tadi dia terbuai dengan perlakuan Syuhaida, isteri yang dinikahi bukan saja atas desakan Nazirah tapi juga atas desakan keluarga yang terpengaruh dengan kata-kata Nazirah yang kononnya enggan kedua-dua belah pihak menanggung malu jika majlis perkahwinan mereka dibatalkan. Baru sebentar tadi Syuhaida menyalami tangannya, mengucup tangannya, dan dia masih dapat merasa ada satu arus yang mengalir detik itu. Baru saja dia ingin tenggelam dalam kebahagiaan yang seakan mahu berputik tapi waktu yang sama Syuhaida seperti menyimbah sebaldi air dingin ke wajah dengan bercerita tentang permintaan Nazirah. Marahnya meletus mendadak.

“Aida ingat nikah kahwin, bercerai-berai ni main-main? Macam cerita kartun?” jerkah Hisyam, masih keras seperti tadi. Cuma kali ini tubuhnya dipusing membelakangkan Syuhaida, tak mahu menatap wajah wanita yang akhir-akhir ini kerap hadir dalam ingatannya.

Syuhaida terdiam. Gerun juga bila Hisyam tiba-tiba menjegilkan matanya sebentar tadi. Walhal, sesaat sebelum itu dia baru saja melihat kelembutan di wajah suaminya. Suami? Ya, Hisyam kini suaminya. Suami yang sah. Bukan Zikri yang selalu dimimpikan dalam tidurnya, tapi Hisyam, tunangan sahabat baiknya sendiri. Bukan Zikri yang sering menemani masa-masa lapangnya, tapi Hisyam, lelaki yang selalu menjadi kesayangan Nazirah. Lelaki yang menggenggam tangan tok kadi dan melafazkan akad nikah itu adalah Hisyam, bukannya Zikri yang selalu diidamkan. Syurganya kini dalam keredhaan suaminya; Hisyam.

“Tapi aku sayangkan kau Syu,” luah Zikri dalam satu pertemuan.





save the earth...

NO MATRIX CARD NO ENTRY

Tak pakai kad matrik, tak boleh masuk library.

As simple as that. Andai tiba-tiba seorang pelajar ingin memasuki library untuk sebarang tujuan, dan beliau terlupa memakai kad matrik, maka beliau akan dihalang dari memasuki library.

Peraturan ni baru je dikuatkuasakan dalam setahun dua ni. Dan sepanjang penguatkuasaan ni, aku pernah terserempak beberapa kali beberapa pelajar tidak dibenarkan masuk kerana tidak memakai/membawa kad matrik, beg diperiksa sebelum memasuki library, beg diperiksa semasa keluar, dan terbaru, seorang pelajar diminta keluar dari library setelah didapati memasuki library tanpa membawa kad matrik.

Selalu je terjadi kes sampai je depan library, baru tersedar terlupa bawak kad matrik. Daripada ditegur oleh mak guard, baikla balik dengan sukarela. Tapi selalu jugak aku jumpa kes-kes yang degil dan keras kepala apabila tak dibenarkan masuk. Selalunya student foreigner yang suka bertekak dengan mak dan pak guard neh.

Tapi, walo betapa panjang proses bertekak tersebut, tetap mereka tak dibenarkan masuk. Hal ni amat dititikberatkan apatah lagi apabila berlaku peningkatan kes-kes kehilangan laptop, macam yang penah aku tengok satu hari tu.

Hari tu hari minggu, tak ramai orang. Tapi keluar je library, tetibe mak guard sorang tu periksa beg setiap orang. Di sebelah beliau, sorang budak pompuan berbangsa Cina dengan muka nebes. Aku cuak mulanya, tapi bila mengingatkan aku tak bawak pape yang tak dibenarkan, aku biarkan je beg aku diselongkar. Tapi sebaik je mak guard unzip kan beg aku, budak pompuan tu yang terlebih-lebih menyelongkar.

Ternaik pulak suhu masa tu, apehal budak tu terlebih-lebih. Jadi aku bertanya;

"Kenapa kak?"

Mak guard tu menjawab. "Ni ha, laptopnya tinggal sekejap saja, tak sampai sepuluh minit, dah hilang..."

"Ooohhh..." kata aku.

Sambil tu budak perempuan tadi tu kembali menarik muka kecewa apabila mendapati laptop dalam beg aku tu bukanlah kepunyaannya. Melihatkan air mukanya yang sedikit teruja sebaik melihat laptop aku, aku merumuskan kami memiliki laptop yang sama mungkin.

Dan terbaru berlaku di depan aku, apabila seorang pelajar, jugak foreigner, berjaya membolos masuk ke dalam library tanpa kad matrik. Tapi, dek ketajaman mata mak guard, pelajar tersebut dijejak dan diminta supaya keluar. Kejadian ni berlaku di depan aku.

"Kenapa kak?" Aku sempat menyoal apabila mak guard tu mengiringi seorang pelajar sambil membebel mengatakan tak dibenarkan masuk tanpa kad matrik.

"Masuk dalam (library) tapi tak bawak kad matrik, mana boleh." Katanya.

"Macamana boleh masuk pulak tadi?" Aku menyoal lagi, memandangkan mak guard tu nampak ingin bercerita.

"Dia masuk dengan boyfriend dia, lepas tu sedap-sedap duduk kat atas, akak ikutlah."






p/s: Sila pakai kad matrik sepanjang masa, senang. ;p



save the earth...

Ahad, 14 Mac 2010

Get better...cos I care.

Andai dimarah supervisor itu memedihkan, mendapat 0/10 untuk penilaian semasa pembentangan poster lebih menyedihkan.

Andai terpaksa mengulang eksperimen semasa waktu hanya tinggal seminggu sebelum tarikh pembentangan itu memberi tekanan, perlu menulis semula draf poster sewaktu hanya tinggal 2 hari sebelum pembentangan lebih memberi tekanan.

Andai perlu berpenat menganalisa data mentah kepada data lengkap apabila masa sudah hampir ke penghujung itu menyakitkan emosi dan fizikal, terpaksa drop projek sewaktu hanya beberapa hari untuk pembentangan poster itu lebih menyeksa minda dan motivasi.

Dan, sewaktu segalanya berjalan lancar tanpa masalah yang major dan menyesak fikiran, tiba-tiba ujian yang lebih besar mendatang. Kesihatan yang selalunya dipandang enteng hanya kerana nikmat itu tak pernah terkurang, kini menjadi satu bebanan jiwa tatkala tiba-tiba segalanya disentap.

Salah sorang kawan SGPI tahun akhir yang dijadualkan sama-sama bakal graduate Ogos ini, kini terlantar di wad nefrologi, tingkat 8 menara Timur, PPUM. Gagal untuk berjalan, dek lutut kiri yang membengkak hampir dua kali ganda saiz asal. Manakala kaki kanan kesakitan dek terseliuh beberapa minggu yang lepas. Hanya setelah gagal bangun untuk ke klinik beberapa rakan serumah beliau menghubungi 999 dan kemudiannya beliau dibawa ke PPUM untuk pemeriksaan.

Semoga beliau terus kuat, kukuh, dan teguh semangat menghadapi ujian semacam ini. Selaku kawan se-SGPI, aku mengharapkan kesihatan dan kesejahteraan untuk beliau. Syafakillah, Amin.




p/s: Adakala mengabaikan lebih baik, walaupun adamasanya penjelasan yang menguraikan persoalan juga baik.



save the earth...

Sabtu, 13 Mac 2010

Testing V

“Atau kau memang sukakan Hisyam?”

Syuhaida mengangkat wajah. Matanya hampir terbelalak mendengar serkap jarang Zikri. Darah merah menyerbu ke muka. Panas. Telinganya seakan menipis. Terasa kasar aturan nafasnya. Syuhaida menyilangkan tangan ke dada, mengawal diri dari terus melimpahkan amarah yang makin membuak.

“Kalau ya sekalipun, kenapa? Ada masalah dengan tu?”

Giliran Zikri terbelalak. Hampir tercabut telinganya mendengar jawapan Syuhaida yang begitu lepas. Syuhaida mengerling dengan ekor mata. Di bibirnya tersungging senyuman sinis.

Syu sukakan Hisyam? Hisyam sukakan Syu? Sebab tu kedua-duanya cukup mudah menerima cadangan aku tempohari? Mereka memang ada hubungan di belakang aku? Nazirah menghembuskan sebuah keluhan berat. Terbayang-bayang wajah keruh Hisyam saat diajukan cadangannya. Ah! Tak mungkin! Hisyam cintakan aku. Dan Syu sukakan budak kilang tu. Tak mungkin diorang ada hubungan di belakang aku!

“You ni dah hilang akal ke apa? Ingat hal macam ni boleh dibuat main-main?” suara Hisyam melengking.

“Tapi Syu dah setuju,” jawabnya perlahan, cuba menagih simpati.

“Setuju atau you yang paksa?” sindir Hisyam.

Nazirah tertunduk. Malu dengan sindiran Hisyam yang nyata tepat terkena batang hidungnya.

“Apakata kalau kita teruskan saja rancangan kita?”

“Tidak!” suara Nazirah meninggi tiba-tiba. Menyanggah keras usul Hisyam. Meneruskan majlis perkahwinannya dengan Hisyam adalah perkara terakhir yang akan dilakukannya.

I tak nak you kahwin dengan orang yang dah nak mati! I tak nak you cari pengganti lepas I mati! I tak sanggup lepaskan you pada orang lain lepas I mati! Kalau you nak kahwin, you kena kahwin depan I, masa I masih hidup! Nazirah pejamkan mata rapat-rapat. Membiarkan wajahnya basah dengan air mata yang tak henti mengalir. Bukan mudah mahu melepaskan kesayangannya begitu saja. Bukan mudah mahu melihat tunangnya sendiri bersanding dia atas pelamin impian mereka dengan orang lain. Bukan sedikit pengorbanan yang harus dilakukan. Dan yang pasti, bukan sedikit luka yang harus ditanggungnya.

“Kenapa lucutkan cincin ni? Kan elok kalau dipakai?” tegur Hisyam, sengaja memecahkan suasana yang masih beku.

Pandangannya melekat kepada Syuhaida yang sedang leka menggosok baju. Kononnya! Hisyam tersenyum tawar, bukan dia tak tahu Syuhaida sengaja menyibukkan diri. Sengaja meletakkan jarak antara mereka. Sejak hari pernikahan mereka lagi. Hinggalah usia perkahwinan mereka mencecah usia tiga minggu. Dan dia hanya mengikut rentak Syuhaida. Hisyam menggelengkan kepala bila sapaannya terbiar begitu saja. Jam tangan dicapai lantas disarung ke pergelangan tangan. Rautnya diperhati sekilas di permukaan cermin sebelum mengorak langkah ke muka pintu. Tapi tangannya terhenti di tombol pintu. Hisyam menoleh kepada Syuhaida semula. Entah bila wanita itu berdiri di sisinya.

Wanita itu mencapai tangannya, menyalami dan mengucupnya perlahan. Sesaat kemudian Syuhaida berdiri tegak semula. Saling beradu pandang dengannya. Perkara yang tidak lagi dilakukan sebaik bersetuju dengan cadangan Nazirah. Tapi pagi ini Syuhaida seolah mendapat semangat baru. Tangan Hisyam masih digenggam, seakan enggan dilepaskan lagi.

Hisyam tunduk apabila terasa tapak tangannya dibuka. Cincin pernikahan mereka, yang sepatutnya merupakan cincin pernikahan dia dan Nazirah, kelihatan di situ. Hisyam panggungkan kepala. Segera mengalihkan pandangan ke wajah isterinya. Tanda tanya mula mengetuk minda.




save the earth...

Testing IV

“Zik, terlalu lewat untuk berbincang tentang kita. Zira dah lebih dari keluarga sendiri__”

“Dan Hisyam dah lebih dari tunang sendiri?” pintas Zikri cepat. Pandangannya tajam dan sinis. Syuhaida memegang kepalanya.

Nazirah mencapai semula laporan ujian makmal yang diterimanya dari Dr. Mursyid siang tadi. Dibelek-belek walau dia kurang pasti apa yang perlu ditatap. Susunan huruf yang berterabur dan lintang pukang. Tulisan yang bersimpang-siur. Catatan yang bermacam-macam. Dia mengeluh. Kepalanya dihenyak dia atas bantal lembut. Spontan jemari menari-nari di permukaan dahi yang berkerut kecil. Bingung rasanya.

“Jadi saya tak apa-apa? Laporan sebelum ni adalah satu kesilapan, macam tu?” Nazirah merenung Dr.Mursyid yang sedang berhadapan dengannya. Doktor itu menarik nafas pendek sebelum membuka mulut.

“Ya Cik Nazirah. Pihak kami amat kesal dengan kesilapan ini.”

Aku sihat? Pitam sebab kekurangan darah dan amalan pemakanan yang tak membekalkan zat secukupnya untuk badan? Bukan kanser otak? Dan umur aku masih panjang? Bukan beberapa bulan seperti yang dibimbangkan sebelum ni? Nazirah memicingkan mata. Dia akui, dia memang kurang menitikberatkan pengambilan khasiat dalam pemakanannya. Dia terlalu gemarkan makanan segera yang nyata mudah disediakan, dan rasanya yang enak. Langsung tak terfikir akan kesan yang bakal ditanggung. Bukan tak pernah keluarganya atau Syuhaida mahupun tunangannya Hisyam menasihatinya tapi dia sendiri lebih senang dengan cara begitu. Lebih cepat, ringkas, dan menjimatkan masa katanya.

Nazirah mengiring ke kanan. Sebelah tangan dijadikan alas kepala. Pandangannya melekat pada sekeping gambar yang dibingkai dengan bingkai yang berwarna keemasan di atas meja rias. Gambar dia bersama keluarganya, dan di tengah-tengahnya ada Syuhaida dan Hisyam. Gambar tersebut diambil semasa majlis pertunangannya tempohari. Nazirah tersenyum. Teringat bagaimana indahnya debaran saat cincin disarung ke jarinya dan kemudian dahinya dikucup perlahan oleh bakal mentuanya. Dia tunduk tersipu saat itu. Tangannya hampir menggigil ketika menyalami tangan ibu Hisyam. Manakala Syuhaida yang tak lekang dari sisinya asyik menggiat hingga wajahnya merona kemerahan. Senyuman Nazirah makin lebar mengenangkan detik bersejarah mengikat tali pertunangan dengan buah hatinya.

Tapi tiba-tiba senyuman itu mati.

“Atau kau memang sukakan Hisyam?”




p/s: Akhirnya tamat sudah sesi pembentangan poster. Lega buat sementara waktu~! :))

save the earth...

Khamis, 11 Mac 2010

Testing III

Tangan segera berlari ke mulut. Nazirah hampir melopong.

“Zik, tolonglah faham. Aku perlu tolong Nazirah. Dia satu-satunya sahabat yang sentiasa ada untuk aku. Yang selalu membantu aku. Aku terhutang budi, Zik,” luah Syuhaida. Air mata yang ingin merembes ditahan. Bimbang tak mampu mengawal diri nanti. Berdepan dengan lelaki yang selalu muncul dalam tidurnya ini memang selalu membuat perasaannya bergelora.

Zikri meraup muka dengan kedua tapak tangan. Kemudian anak rambut yang jatuh di permukaan dahi disibak ke belakang. Sebuah keluhan berat diluahkan. Dia rusuh. Dia terkejut bila Syuhaida bercerita tentang permintaan Nazirah. Dan dia benar-benar terkejut bila Syuhaida ingin menunaikan permintaan itu. Dia arif tentang hidup Syuhaida yang yatim piatu. Dia juga maklum tentang keakraban Syuhaida dan Nazirah sejak zaman persekolahan hingga kini. Syuhaida juga disenangi oleh keluarga Nazirah dan bukan sedikit bantuan yang Syuhaida terima dari Nazirah sekeluarga. Pertemuannya dengan Syuhaida juga bertitik tolak dari bantuan bapa Nazirah yang mencarikan kerja untuk Syuhaida di kilang elektronik itu. Malah, kemampuan Syuhaida menamatkan pengajiannya di tingkatan enam juga hasil bantuan kewangan keluarga Nazirah salurkan. Zikri sedar Syuhaida terlalu banyak terhutang budi dengan keluarga itu. Justeru dia mengerti betapa besar keinginan Syuhaida untuk cuba membalas hutang budi tersebut biar tidak diminta. Dia amat sedar tentang hakikat itu. Tapi apakah hutang tersebut harus dibayar dengan mengorbankan seluruh masa depan, hidup malah perasaan Syuhaida? Begitu sekali?

“Macamana dengan kau sendiri Syu? Aku? Kita? Pernah kau fikirkan tentang tu?” Zikri memberanikan diri menyoal.

Sungguh, dia amat kalut berdepan dengan kenyataan yang bakal membawa gadis itu jauh darinya. Walaupun mereka tidak pernah berbicara tentang hati dan perasaan tapi sebagai lelaki normal dia mengerti permainan tubuh Syuhaida yang acap kali tersipu memandangnya. Malah bukan sekali dua dia tertangkap pandangan Syuhaida melekat di wajahnya. Dia sendiri hanya menunggu masa dan waktu yang sesuai untuk meluahkan isi hatinya. Tapi kini segalanya seperti makin kabur. Syuhaida di hadapannya, sedang berbicara tentang hari pernikahannya. Dan yang pastinya pengantin lelaki bukanlah dia. Alangkah baiknya jika dia meluahkan perasaan kepada Syuhaida sebelum peristiwa itu berlaku. Alangkah bagusnya jika hari itu Nazirah tidak datang menjemput Syuhaida dan Nazirah tidak pitam saat itu. Alangkah indahnya kiranya masa mampu diputar semula!

Tapi mustahil sama sekali. Nazirah yang datang menjemput mereka untuk makan tengahari bersama jatuh pitam tiba-tiba. Dan doktor yang merawatnya menyarankan agar Nazirah menjalani beberapa siri ujian darah untuk memastikan kesihatannya. Keputusan ujian makmal yang diperolehi seminggu selepas itu bukan saja memusnahkan seluruh masa depan Nazirah, malah turut mengganggu-gugat masa depan Zikri sendiri.

Nazirah yang memang mempunyai sejarah migrain disahkan menghidap kanser otak dan dia disarankan menjalani pembedahan dengan kadar yang segera. Namun begitu, doktor yang merawatnya tidak memberi jaminan seratus peratus untuk kejayaan pembedahan tersebut. Nazirah diberitahu dia hanya mempunyai masa 6 bulan hingga setahun untuk terus menikmati dunianya. Sedangkan dalam masa terdekat dia akan melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya Hisham.





save the earth...

Tomorrow is Friday

Esok adalah Jumaat.

Yang bakal menyaksikan seramai 42 orang penuntut jurusan Sains Pengurusan Alam Sekitar akan berdiri di sisi poster masing-masing untuk membentangkan hasil projek tahun 3.

Sesi pembentangan yang dibahagikan kepada 2 sesi iaitu sesi 1 (0900-1030) dan sesi 2 (1030-1200) akan dinilai oleh beberapa orang pensyarah. Semua pembentang dikehendaki menampal poster masing-masing setengah jam sebelum sesi dimulakan.

Jadi, diucapkan selamat maju jaya kepada semua yang terlibat. Kepada yang tidak terlibat, anda semua dijemput hadir ke sesi pembentangan tersebut. Kepada para junior, kalian digalakkan hadir supaya dapat memahami sedikit sebanyak apa yang bakal kalian lakukan pada semester hadapan.

Kepada Prof Z, terima kasih kerana menunda tarikh penghantaran eseimen Sceintific Writing yang dijadiualkan pada hari ini untuk memberi laluan kepada pelajar tahun akhir yang konon-kononnya sangat sibuk untuk poster presentation ini.

Kepada pembentang-pembentang, sila berpakaian penuh tatasusila tertib pada esok pagi. Oh ya, sesi 2 ialah 1030 pagi, bukan petang hari. Jangan terlupa esok membawa 35% dari keseluruhan projek. =)



p/s: Kepada inche ketua Spas SGPI, mohon maaapkan keterlanjuran anak buahmu ini yang tiba-tiba terguna bahasa yang sedikit kurang sopan dan nada bahasa yang sedikit kasar pada pagi tadi. Ampunkan saya ye... tak sengaja sama sekali. *emot nanes-nanes*


save the earth...

Selasa, 9 Mac 2010

Testing II

“Aku terima nikahnya Syuhaida binti Abdul Rahman dengan mas kahwin RM80, tunai!”

Syuhaida tertunduk. Perasaannya kosong. Tiada debaran yang bertamu, tiada juga kesedihan yang bermukim. Usikan beberapa orang teman gagal menceriakannya, malah usikan itu bagai sembilu halus yang menghiris-hiris tangkai jantungnya. Rasa terharu yang selalunya mengiringi majlis pernikahan dan kerap kali melingkari sang pengantin tatkala ijab kabul dilafaz, tidak berlaku pada Syuhaida.

Cincin yang berukir perkataan seakan-akan gabungan huruf S dan Z yang tersarung elok di jari manisnya ditilik berkali. Perlahan, cincin itu dilucutkan dan diletakkan di atas meja rias.

Cincin itu sepatutnya disarungkan semasa upacara membatalkan air sembahyang oleh pengantin lelaki, namun upacara itu dibatalkan dan digantikan dengan solat sunat dan bacaan doa. Segala-galanya berjalan lancar meski majlis persandingan dibatalkan di atas permintaan pengantin sendiri yang memberi alasan mahukan majlis yang serba sederhana. Para jemputan hanya mampu berpandangan sesama sendiri. Pertukaran pengantin perempuan semasa majlis akad nikah tadi masih bermain-main di fikiran mereka.

“Maafkan saya Cik Nazirah.”

Nazirah panggungkan kepala. Mata menatap terus ke wajah doktor yang sedang merenung kad laporan kesihatannya. “Apa maksud doktor?”

Dr. Mursyid meletakkan kad di atas meja dalam keadaan terbuka. Romannya kelihatan agak keruh. “Berlaku sedikit kesilapan semasa ujian darah tempohari.” Pandangan doktor yang berjanggut tipis itu mendarat di wajah Syuhaida.

“Kemungkinan besar keputusan ujian sebelum ini silap.”

Tangan segera berlari ke mulut. Nazirah hampir melopong.







save the earth...

Isnin, 8 Mac 2010

Bahaya Di Mana-mana


credit to pakcik Gugel-Taj Mahal

Bahaya ada di mana-mana . Kerana itu orang dahulukala menggunakan ungkapan malang tidak berbau. Terjatuh kerusi pun andai sudah ditakdirkan, boleh saja patah kaki lantas lumpuh seumur hidup. Bukan tak pernah ada sejarah seseorang meninggal hanya kerana terjatuh dari basikal yang sedang ditunggang tanpa dilanggar sesiapa atau apa-apa.

Ungkapan lama juga ada mengungkap, berpantang maut sebelum ajal. Berapa ramai yang pernah kemalangan, dilanggar lori semasa sedang menunggang motosikal, terseret bermeter-meter di bawah perut lori, luka sana sini, rupa dah tak bentuk manusia, tapi kerana ajalnya belum tiba, lalu umurnya masih panjang. Malah, beberapa waktu dulu pernah disiarkan di kaca televisyen, seorang wanita mabuk sedang menunggu train, dek mabuk, hampir terjatuh ke landasan, dan train sudah tiba waktu itu. Andai itu satu filem, adalah sangat biasa tatkala train berhenti benar-benar seinci dari wanita tersebut. Tapi, kejadian tersebut adalah satu dalam seribu, kejadian yang benar-benar berlaku, train berhenti hanya beberapa milimeter dari wanita mabuk tersebut. Apabila ajalnya belum tiba, dan apabila Tuhan mengkehendakinya begitu.

Lantas, mestikah ada kata-kata seperti;

"Bahaya lah tinggal kat situ~! Lubuk penagih segala~!"

Atau...

"Lebih baik bersusah-susah naik bas dari menyelit-nyelit bawak motosikal, bahaya sangat~!"

Jugak...

"Eii.. berani kau naik bas tu? Kan selalu eksiden~!"

Adakah mereka yang berkata ini tidak sedar bahwasanya kemalangan, bahaya dan apa saja seangkatan dengannya adalah di tangan Tuhan semata? Dan apakah mereka yang berkata itu yakin sepenuhnya apa saja keputusan yang telah mereka ambil 100% takkan mencederakan diri mereka?

Apakah dengan tinggal di istana nan gah dan megah menjamin sejuta keselamatan? Namrud yang tinggal dalam istana penuh keindahan bukankah matinya hanya kerana seekor nyamuk?

Apakah dengan menaiki kereta menjamin mereka tidak akan kemalangan langsung? Pernahkan orang sebegini merujuk kepada statistik kemalangan di Malaysia?

Apakah dengan menaiki bas paling mewah di dunia benar-benar menghindarkan mereka dari sebarang risiko kemalangan? Lupakah Titanic nan gah itu karam pada kali pertama pelayarannya?

Tatkala terasa diri sangat bertuah, beruntung, berbahagia, bersenang-senang, mengapa masih ada titik hitam yang ingin mengatakan bahawa pilihan mereka yang sama sekali berbeza adalah salah dan silap?

Mungkin mereka ini hanya akan tersedar saat keindahan itu roboh.

Apa? Concern? Baiklah.

Lantas, apa salahnya andai soalan itu berbunyi seperti ini;

"Kau kat situ ek, extra hati-hati sikit, ada member pernah dijenayahkan kat situ."

Dari buat muka paling bertuah dengan nada melengking berfrekuensi mampu meretakkan cermin;

"Bahaya la wei~! Pesal ko duk situ?"

Kaki yang pernah terbenam dalam lumpur, takkan memandang lumpur itu jijik, malah melihatnya sebagai pengajaran yang mematangkan, dan akan lebih menghargai erti aliran sungai nan jernih.

p/s: Sekian, terima kasih.



save the earth...

TESTING...






“KAU gila??!” Syuhaida terkejut. Anak matanya galak menerkam ke wajah Nazirah. Dadanya berombak kasar menahan asakan emosi. Terkejut dan geram, hairan dan takjub, berbaur-baur. Segalanya bergumpal-gumpal menjadi satu. Luahan nafasnya jadi kasar dan tak teratur. Romannya sendiri tegang. Saranan Nazirah sebentar tadi amat memeranjatkan dan di luar dugaan.

.........................................................................................................................................................................

“Aku tak ada pilihan yang lebih baik. Masa terlalu suntuk untuk aku fikirkan orang lain,” ujar Nazirah perlahan.

“Dan aku galang gantinya?” Soal Syuhaida, masih dalam nada yang sama derasnya dengan tadi.

“Aku sayangkan Syam, kau tahu kan.” Syuhaida memalingkan wajah. Enggan pandangannya menjamah wajah Nazirah. Risau amarahnya bertukar simpati.

Nazirah mencapai tangan Syuhaida, menggenggam dan membawanya ke dada. “Dan aku pun sayangkan kau. Sebab tu lah aku mahu kau yang bersama dia.”

“Sekurang-kurangnya aku mampu pejamkan mata tanpa terkilan. Please Syu! Kau saja harapan aku, jangan tolak permintaan aku!”

“Ni kerja gila Zira, gila!” bentak Syuhaida.


“Aku terima nikahnya Syuhaida binti Abdul Rahman dengan mas kahwin RM80, tunai!”




bersambung......



p/s: Memandangkan aku adalah sorang yang suka perasan suka menulis, maka waktu senggang beberapa lama dulu telah berjaya menghasilkan beberapa tulisan. Tapi aku yakin kuantiti je lebih, kualiti, haprak. :))

Justeru apabila telah memiliki blog sendirik, maka aku dengan perasannya mempersembahkan.....

Erk..aku tak penah ada tajuk untuk yang neh... wakaka..sesape ada idea? ;p



save the earth...

Ahad, 7 Mac 2010

Judging By Its Cover

Isu ni kalau dibincangkan memang takkan selesai, atau paling-paling pun sukar untuk capai persetujuan macamana nak sudahkan isu ni.

Menilai dari luaran.

Adalah normal, first impression banyak mempengaruhi pelbagai perkara. Paling penting masa interview, first date, hari pertama bergelar pekerja, hari menemui bakal mentua, dan seangkatan dengannya.

*********************************************

"aku kenal sorang mamat ni
pergh..nak kata ensem tu..pun taklah ensem sgt
tapi ada muka lelaki sejati la..
tym aku jumpa dia 1st time , dia baru balik surau..pakai baju melayu
kat kunci dia plak..ada keychain FEAR ALLAH..

dahla tu..aku dpt tahu..dia ni org senegeri dgn aku ( kpala mulalah pk..wah..kalau kawen ni..senang nk balik kg..)
haha

n dia ni mmg la..rajin segala
sbb kitorang kenal pun sbb ada prog la..wat2 keje sket
then..setahun berlalu
aku kwn2 dgn dia biasa jela..
aku takda prasaan minat or suka apapun kat dia..
juz rasa..wow..boleh tahan...mcm tu je
takda no fon dia pun
dah2 tu..aku add dia kat fb pun dlm 2-3 bulan lepas

tak lama lpas tu.barulah aku sedar , dia ni amat emo..
dia ada gaduh dgn sorang dak laki ni..
n slalu update status kt fb yg emo2..ngalahkahn pompuan br putus cinta

kutuk org tu je memanjang
sejak aritu..aku punya pandangan kt dia dah berubah
sbb sikap dia yg tak cool tu"


credit to DutaLove@Cari


************************************************

"Aku pun nak share jgk cite...pasal sorang cosmate aku...dia ni pki tudung labuh jenis yg bidang bsr,pki sarung tgn,stokin semua la...org lain semua mmg respek hbs kat dia tapi dia xseperti luaran dia..maksud aku,dia slalu maki org yg dia xsuka..serius aku terkejut setiap kali dia maki dia ada minat dgn sorang laki ni,tp laki ni dah ada gf,tapi dia xpeduli n terus cuba dapatkan laki tu....kalau korang tgk dia,korang xkan percaya apa yg aku cite...penampilan dia tu xmenggambarkan perangai sebenar dia.... kalau org lain yg xrapat dgn dia tentu aggp dia sorang pmpn yg lemah lembut lagi suci murni"

credit to amlisa@cari

************************************************

Itu antara beberapa kisah benar berkenaan isu ini. Dan aku yakin sekurang-kurangnya setiap orang di luar sana pernah mengalami hal yang serupa atau lebih kurang sama.

Pada aku, inilah yang dikatakan, ragam manusia. Adalah perangai manusia, selalu terlupa, dan suka mencari kesempurnaan, kemudian kecewa apabila harapan yang tinggi berakhir dengan satu kenyataan yang tak menepati mimpi dan angan.

Walhal, sebelum mencari kesempurnaan yang hakikatnya hanya dimiliki Tuhan, seringkali terleka bahawa diri masih terlalu banyak kekurangan. Masih gagal mengawal diri dari membentak saat keinginan ditolak, masih gagal tersenyum bila terasa terabai, masih sukar memberi maaf apabila terasa diri di pihak yang benar. Tapi, masih ada hati untuk memiliki seseorang yang sempurna di pandangan, dan lengkap serba-serbi dalam pelbagai keadaan.

Sama ada perasan, atau masih mamai bertatih di pentas kehidupan.

Mungkin selaku manusia, wajar berhenti menganggap diri adalah mesin penentu seseorang adalah baik atau sebaliknya hanya dengan sekilas pandang yang adakala silau dek kilauan mentari.



save the earth...

Askar Disula

Disula Guna Batang Mop


Kenapa sampai sanggup menyula? Apakah dah hilang akal atau memang sakit jiwa?


save the earth...

Sabtu, 6 Mac 2010

Bicara Potret

Entry bergambar.


Gambar yang diambil semasa Pengembaraan Bermula~!

Gambar yang membawa pelbagai erti. Yang mencampuradukkan emosi dan perasaan. Oo ye, salah sorang dalam gambar ini telah pun selamat menamatkan zaman solo beliau beberapa bulan yang lepas.


Antara gambar peberet aku. Ketiganya nampak sangat sesuai digandingkan dalam sekeping gambar.

Ketua yang mempunyai lebih dari satu side. Side keceriaan yang adakala boleh menaikkan ledak degup jantung, satu side yang hanya tertonjol saat-saat kecemasan, dan satu side yang masih jarang kelihatan. Kakak kesayangan beliau yang selalu...hmm, selalu dikelilingi ramai adik-adik kesayangan? :p
Dan sorang lagik, yang selalu kontra dengan penampilan beliau, kelihatan inesen, tapi sebaliknya, selalu saja cool dalam kebanyakan keadaan.



Spesies ulat bulu yang boleh menyebabkan kegatalan berpanjangan sekiranya berlaku skinship.

Tapi serius, cantik sungguh. Subhanallah~! Jauh lagi cantik dari sekeping wajah yang bertampal bermacam kosmetik. ;p Abaikan perumpamaan yang tah pape.



KO-K yang menyedarkan bahawasanya aku sedang sekelas dengan junior sekolah menengah. Beliau adalah dua dari kiri.

Langsung tak pernah tahu bahawa kitorang penah satu sekolah selama lima tahun, malah, aku gigih menggunakan bahasa Melayu standard dengan beliau dek ketidakarifan bahawa kitorang sebenarnya berkongsi loghat yang sama.



Nasik yang paling ceria bertelur mata itu adalah hidangan untuk Pija, Nasik Goreng Gemilang.

Nasi paling ceria pernah aku jumpa. Rasanya? Heh, tak sehebat gabungan nasik, kangkung, bilis, sos ikan, dan ketulan isi ayam yang menghasilkan sepinggan nasik goreng kampung yang umphh...~!



Kali pertama makan di Masjid Jamek bersama cosmates selepas tamat shopping.

Jugak merupakan kali pertama keluar bersama kekawan ke Masjid Jamek dengan tujuan bersantai. Ooo ye, makanannya boleh tahan jugak, air epal pun best. ;P



Untuk projek 3R.

Aku dan yang lain sekadar menemani Syikin hakikatnya... ;p



Itu saja.;)


save the earth...

Khamis, 4 Mac 2010

Kembali ke Pangkuan

PERHATIAN~!!
Kepada sesiapa yang ada menemui KAMERA SAMSUNG i8 berwarna HITAM dan CASING HITAM pada 2/3/2010, dipohon agar dapat menghubungi 013629xxxx.
Terima kasih.


Kamera yang baru aku beli selepas kamera dan beberapa barangan penting diragut kira-kira 2 bulan lepas, hilang. Semuanya terjadi pada hari pra-pembentangan subjek Waste Minimization & Pollution Prevention. Kurang sejam sebelum pembentangan, aku tercicirkan kamera tersebut sama ada di Dewan Kuliah atau di surau bangunan yang sama.

Dan aku hanya menyedari kehilangan beliau beberapa minit sebelum pembentangan, yang mana kumpulan aku adalah giliran pertama untuk membuat pembentangan. Sebaik je menyedari beliau tidak berada dalam beg hitam kotak-kotak macam selalu, perkara pertama aku lakukan adalah menerjah keluar lab dan berlari gaya tak cukup tanah ke 2 tempat terakhir aku berada.

Setelah tiba di kedua-dua tempat tersebut dengan peluh yang menitik sampai ke kaki, takde pape yang ditemui. Masa semakin berjalan, sedang pembentangan belum dimulakan. Larian dimulakan sekali lagi, kembali ke lab.

Pembentangan tetap diteruskan macam biasa, usai je, terus menuju ke tempat di mana kemungkinan kamera aku tertinggal. Sekali lagi, takde pape yang mengujakan. Hanya lelah yang berlarutan.

Satu hari berlalu. Takde sebarang berita walopun nota di atas aku tampal di surau yang kemungkinan besar merupakan tempat kejadian. Heh~! Terasa sangat ketiadaan kekuatan...........

Pagi ni, ada test. Bangun dengan gaya sangat terpaksa, dan kemudiannya telepon berbunyi di pagi hari. Huh~!

"Camera awak saya dah jumpa."

Huh~! Otomatik tu jugak tangan aku menggigil cam demam kura-kura. Berlari ke UM. Test jawab seadanya. Habes je, terus ke bilik technician yang aku penah call pada hari kamera aku hilang.

Alhamdulillah... Samsy dalam keadaan sangat sihat, sama macam kali terakhir beliau dalam genggaman aku. Segala puji dan puja hanya pada Allah SWT. Aku sedang memujuk diri supaya belajar melepaskan Samsy, dan beliau dikembalikan pada aku.

Dan, apakah hanya pada pandangan aku, langit tersangat cerah pada hari ni. Matahari pun terik sungguh.

Ooo... sebelum tu aku nak tepek gambar terakhir sempat aku snap bersama Samsy sebelum beliau keciciran.....


Sesi berkaraoke....



Remy dan Pheobe.....


p/s: Time kasih pada akak cleaner yang menemui Samsy... :)

Selasa, 2 Mac 2010

Kisah Sama

Kisah yang penah aku ceritakan semasa tahun 1 majmuah 1 di Nilam Puri ni, izinkan aku ceritakan sekali lagi.

Seorang lelaki sedang bekerja di tapak pembinaan selaku seorang buruh. Setelah beberapa ketika, beliau memerlukan beberapa peralatan lain, namun peralatan tersebut berada jauh di bawah, sedang beliau berada di tingkat 20 yang tidak memungkinkan suaranya didengari.

Adalah sukar untuk beliau turun ke bawah dan kemudian naik semula, catu-satunya cara yang relevan ialah dengan meminta rakan di bawah mengirimnkan peralatan tersebut menerusi bakul yang diikat menggunakan tali pada takal. Namun, laungan demi laungan beliau tidak didengari rakannya yang sedang asyik bekerja di bawah ditambah dengan bunyi bising mesin yang sedang berfungsi.

Akhirnya pekerja ini mendapat satu idea. Poket diraba dan beliau menemukan sekeping syiling. Lantas, syiling tersebut dilempar ke bawah, dan tepat mengena lengan temannya. Si teman tersedar, lalu mencapai syiling tersebut. Pekerja yang di atas tadi sangat gembira, namun senyumannya pudar apabila rakannya bukan sahaja tidak menyedari bahawa dia yang mencampakkan syiling tersebut, malah langsung tidak memandang ke atas.

Setelah beberapa kali mengulangi cara yang sama, akhirnya si lelaki ini berasa penat. Lantas, kerana lelah dan geram, beberapa ketul kerikil dipungut lalu dicampak ke bawah dengan geram. Kebetulan, ketulan kecil itu mengena tepat ke pipi rakannya. Serentak dengan suara rakannya mengaduh, rakannya mendongak ke atas. Dan akhirnya kerja mereka dapat diselesaikan setelah mesej yang lelaki tersebut ingin sampaikan difahami rakannya.

************************************************

Bila duit yang jatuh ke riba, jarang sekali kita ingin bertanya, milik siapa semua ini, hak siapakah ini, mengapa pada kita ia diberi, dan apakah memang selamanya milik kita rezeki itu?

Tapi, sebaik sahaja bala yang menimpa, perkara pertama yang dipersoalkan, mengapa kita yang mesti menanggung perkara sebegitu? Kenapa kita yang perlu diuji dengan perkara sebegini? Apa salah silap kita hingga itu yang menimpa?

************************************************

Bila diberi kesenangan, senang-senangkan berALHAMDULILLAH~

Dan bila diberi kesukaran, jangan sukar-sukar untuk berINNALILLAHIWAINNAILAIRAAJIUUN.... bukan bila dengar ada orang mati je... ;p



p/s: Tamat sesi pre-presentation... mode study untuk test dengan buat draf poster pulak~! Dunia budak tak habis belajar.... :p




save the earth...

Isnin, 1 Mac 2010

Shock of the New Era

Sepatutnya 2nd mini album ni dikeluarkan pada 2 mac 2010, malangnya ada sumber yang belum dapat dikenalpasti telah release kesemua lagu dalam mini album Shock of the New Era ni.

Justeru tindakan kecemasan telah diambil dan mini album ini telah dikeluarkan pada hari ini, 1 mac 2010 beserta movie video(MV) sekali.

Tema yang agak sedikit rock dan imej yang agak berbeza dari 1st mini album sebelum ni. Track pertama intro bagi lagu Shock, memang tak dinafikan lagi, begitu mengujakan. Track kedua, lagu Shock, kali pertama dengar terpaksa dinobatkan sebagai lagu favourite buat masa ni. =p
Track ketiga, Special, bagaimanapun musik intro ada sedikit persamaan dengan intro lagu dalam 1st mini album sebelum ni. Track keempat, Say No, dan terakhir, Easy yang sedikit ballad, rasanya. ;p

Album yang kali ni lebih menonjolkan vokal masing-masing termasuklah part rapper. Jujurnya aku tak pernah sukakan rapper sebelum ni, tapi rapper group ni bukan rapper semata-mata, tapi turut berkemampuan jadi penyanyi biasa.



Album jacket 2nd mini album......



Berbeza dengan album jacket 1st mini album.... putih.. innocent agaknya~! ;p



Heh, aku suka~! ;p

Oh ya, aku sukakan keenam-enamnya, sama ada dari segi vokal, appearance, dance, attitude, dan pelbagai lagi. Fokus aku? Heh, the leader. Yang rambut tercacak naik ke atas. ;p
Tak handsome? Mata sepet? Muka macam penjahat Kampung Pinang Sebatang? Huh, suka jugak~! ;p

p/s: Kembali ke mode study slide untuk pre-presentation esok~!



save the earth...

Pilihan

Yang cantik.
Yang kaya.
Yang baik.

Andai diberi pilihan antara ketiga-tiga ciri ini, yang mana satukah menjadi pilihan hati?

Yang cantik, comel, lawa, gebu, dan menarik.

Atau...

Yang kaya, berada, dan mewah sentiasa.

Atau...

Yang baik, berbudi pekerti, dan sopan selalu.

Arjuna sedang dalam bahaya. Perlu memilih satu antara tiga. Dan apakah pilihan yang ada sebenarnya?

Arjuna, pilihlah dengan berhati-hati. Tersilap langkah boleh rosak apa yang ada, tersilap kata boleh binasa apa yang pernah terbina.

Jadi, pandang kiri dan kanan sebelum melintas jalan~!





save the earth...