Khamis, 18 Mac 2010

Testing.... Last.

*ni part terakhir.... buat yg dah membaca, trimas yang tersangat. aku tersangat la insaf bahawasanya cte ini sangat la tipikal. isk~!

ni la cerpen terakhir penah aku wat, yang bertarikh dua tahun dulu. Lepas tu memang aku tak menulis lagi. Kerana menyedari hakikat aku bukanlah sorang penulis.

*****************************************

“Tapi you kahwin sebab I kan, sebab you cintakan I, dan sebab you buktikan yang you sangat sayangkan I__”

Hisyam segera memotong. Rimas dengan Nazirah yang mula melalut-lalut. “Tidak. I kahwin sebab memang jodoh I dah sampai. You kena terima kenyataan ni. I dah beristeri, dan isteri I adalah kawan you sendiri, calon yang you pilihkan.”

Nazirah mula kelam-kabut. Kata-kata Hisyam umpama belati yang menikam.

“You... you... you curang!” dia membentak. Kakinya dihentak ke lantai. Nazirah menyeringai. Jari telunjuknya lurus menuding ke muka Hisyam.

“Bukan I. Tapi you yang takut berdepan dengan kenyataan. Hakikatnya kita semua akan mati, tapi bila, bagaimana, dan macamana kita tak tahu. Tapi you, sebaik saja you tahu you akan mati, you menolak untuk hidup dengan I. You takut cinta I akan beralih lepas you mati. You tak mahu ada orang lain yang menggantikan tempat you dalam hidup I lepas you mati. Tahniah, sebab cita-cita you tu tercapai. You masih hidup, dan cinta I bukan lagi pada you, Zira.” Giliran Hisyam menuding jari ke arahnya.

Nazirah kaku dalam posisi tadi. Jawapan Hisyam yang panjang lebar bagai satu tamparan. Lelaki itu bangun, menyeluk saku seluarnya sebelum meletakkan sebentuk kotak kecil berwarna merah di hadapannya.

“I datang jumpa you, untuk pulangkan ni. Dan I doakan you bahagia.”

Nazirah hanya membiarkan Hisyam berlalu. Dia tidak mahu merayu lagi. Hisyam yang datang menemuinya hari ini bukan lagi Hisyam yang sama yang menjadi tunangnya beberapa bulan dulu. Perlahan, kotak kecil itu dibuka. Sebentuk cincin berukir huruf S dan Z yang merupakan gabungan nama mereka terselit di situ. Setitis air hangat mengalir di pipinya. Dia terduduk. Bibirnya diketap.

Hisyam terpegun sebaik sampai di rumah. Ada dua beg pakaian yang besar dan penuh berisi tersadai di ruang tamu. Dan di atas sofa, Syuhaida sedang duduk tertunduk. Di tangannya ada sehelai sapu tangan yang sudah basah. Mata dan hidungnya merah kesan tangisan. Melihatkan dia di situ, Syuhaida segera mendapatkannya, menyalami dan mengucup tangannya. Wanita itu terus menggenggam tangannya sambil terduduk melutut.

“Maafkan Aida, ampunkan salah silap Aida sepanjang sebulan ni. Halalkan makan minum Aida,” Syuhaida bersuara dalam kepayahan mengawal tangis agar tidak meledak lagi.

“Aida nak ke mana, dengan beg-beg besar ni?”

Diam. Masih teresak.

“Nak ikut Zikri?” Hisyam menyoal lagi.

Spontan wajah Syuhaida terangkat, dan mengeleng lemah.

“Aida sayangkan Zikri?” berhati-hati soalan itu ditanya.

Beku.

“Pernah sayangkan Zikri?” kali ini pertanyaan itu diubah sedikit.

Masih juga kaku di situ.

“Sekarang?”

Teringat rayuan Zikri tempohari. Walaupun Syuhaida masih menyukai lelaki itu, tapi dia tidak akan sesekali meminggirkan ‘pemilik syurganya’ hanya untuk memenuhi hasrat hatinya suatu ketika dulu. Syuhaida mengeleng, jawapan untuk pertanyaan Hisyam.

Hisyam tersenyum puas meski Syuhaida masih membisu seperti kehilangan mulut. Jemari wanita itu dicapai, lalu disarungkan sebentuk cincin di situ. Syuhaida terlongo. Terkejut dengan adegan tidak disangka-sangka itu. Sejak tadi dia dihambat kebimbangan, risiko untuk Hisyam kembali kepada Nazirah dan membuangnya terus cukup besar. Tapi bukan itu yang berlaku.

“Aku terima nikahnya Syuhaida binti Abdul Rahman dengan mas kahwin RM80, tunai!” bisik Hisyam sambil menatap terus wajah Syuhaida yang masih kebingungan.

“Syam__”

Hisyam segera mengeleng.

“Bukan Syam, tapi ‘abang’.”




p/s: Malam ni aku akan kembali ke kampung untuk beberapa hari. Sabtu ni adalah konsert SUPER JUNIOR. Selamat enjoy pada yang terlibat. Aku tumpang excited saje sudah... ;p


save the earth...