Selasa, 9 Mac 2010

Testing II

“Aku terima nikahnya Syuhaida binti Abdul Rahman dengan mas kahwin RM80, tunai!”

Syuhaida tertunduk. Perasaannya kosong. Tiada debaran yang bertamu, tiada juga kesedihan yang bermukim. Usikan beberapa orang teman gagal menceriakannya, malah usikan itu bagai sembilu halus yang menghiris-hiris tangkai jantungnya. Rasa terharu yang selalunya mengiringi majlis pernikahan dan kerap kali melingkari sang pengantin tatkala ijab kabul dilafaz, tidak berlaku pada Syuhaida.

Cincin yang berukir perkataan seakan-akan gabungan huruf S dan Z yang tersarung elok di jari manisnya ditilik berkali. Perlahan, cincin itu dilucutkan dan diletakkan di atas meja rias.

Cincin itu sepatutnya disarungkan semasa upacara membatalkan air sembahyang oleh pengantin lelaki, namun upacara itu dibatalkan dan digantikan dengan solat sunat dan bacaan doa. Segala-galanya berjalan lancar meski majlis persandingan dibatalkan di atas permintaan pengantin sendiri yang memberi alasan mahukan majlis yang serba sederhana. Para jemputan hanya mampu berpandangan sesama sendiri. Pertukaran pengantin perempuan semasa majlis akad nikah tadi masih bermain-main di fikiran mereka.

“Maafkan saya Cik Nazirah.”

Nazirah panggungkan kepala. Mata menatap terus ke wajah doktor yang sedang merenung kad laporan kesihatannya. “Apa maksud doktor?”

Dr. Mursyid meletakkan kad di atas meja dalam keadaan terbuka. Romannya kelihatan agak keruh. “Berlaku sedikit kesilapan semasa ujian darah tempohari.” Pandangan doktor yang berjanggut tipis itu mendarat di wajah Syuhaida.

“Kemungkinan besar keputusan ujian sebelum ini silap.”

Tangan segera berlari ke mulut. Nazirah hampir melopong.







save the earth...