Ahad, 14 Mac 2010

Get better...cos I care.

Andai dimarah supervisor itu memedihkan, mendapat 0/10 untuk penilaian semasa pembentangan poster lebih menyedihkan.

Andai terpaksa mengulang eksperimen semasa waktu hanya tinggal seminggu sebelum tarikh pembentangan itu memberi tekanan, perlu menulis semula draf poster sewaktu hanya tinggal 2 hari sebelum pembentangan lebih memberi tekanan.

Andai perlu berpenat menganalisa data mentah kepada data lengkap apabila masa sudah hampir ke penghujung itu menyakitkan emosi dan fizikal, terpaksa drop projek sewaktu hanya beberapa hari untuk pembentangan poster itu lebih menyeksa minda dan motivasi.

Dan, sewaktu segalanya berjalan lancar tanpa masalah yang major dan menyesak fikiran, tiba-tiba ujian yang lebih besar mendatang. Kesihatan yang selalunya dipandang enteng hanya kerana nikmat itu tak pernah terkurang, kini menjadi satu bebanan jiwa tatkala tiba-tiba segalanya disentap.

Salah sorang kawan SGPI tahun akhir yang dijadualkan sama-sama bakal graduate Ogos ini, kini terlantar di wad nefrologi, tingkat 8 menara Timur, PPUM. Gagal untuk berjalan, dek lutut kiri yang membengkak hampir dua kali ganda saiz asal. Manakala kaki kanan kesakitan dek terseliuh beberapa minggu yang lepas. Hanya setelah gagal bangun untuk ke klinik beberapa rakan serumah beliau menghubungi 999 dan kemudiannya beliau dibawa ke PPUM untuk pemeriksaan.

Semoga beliau terus kuat, kukuh, dan teguh semangat menghadapi ujian semacam ini. Selaku kawan se-SGPI, aku mengharapkan kesihatan dan kesejahteraan untuk beliau. Syafakillah, Amin.




p/s: Adakala mengabaikan lebih baik, walaupun adamasanya penjelasan yang menguraikan persoalan juga baik.



save the earth...