Isnin, 8 Mac 2010

Bahaya Di Mana-mana


credit to pakcik Gugel-Taj Mahal

Bahaya ada di mana-mana . Kerana itu orang dahulukala menggunakan ungkapan malang tidak berbau. Terjatuh kerusi pun andai sudah ditakdirkan, boleh saja patah kaki lantas lumpuh seumur hidup. Bukan tak pernah ada sejarah seseorang meninggal hanya kerana terjatuh dari basikal yang sedang ditunggang tanpa dilanggar sesiapa atau apa-apa.

Ungkapan lama juga ada mengungkap, berpantang maut sebelum ajal. Berapa ramai yang pernah kemalangan, dilanggar lori semasa sedang menunggang motosikal, terseret bermeter-meter di bawah perut lori, luka sana sini, rupa dah tak bentuk manusia, tapi kerana ajalnya belum tiba, lalu umurnya masih panjang. Malah, beberapa waktu dulu pernah disiarkan di kaca televisyen, seorang wanita mabuk sedang menunggu train, dek mabuk, hampir terjatuh ke landasan, dan train sudah tiba waktu itu. Andai itu satu filem, adalah sangat biasa tatkala train berhenti benar-benar seinci dari wanita tersebut. Tapi, kejadian tersebut adalah satu dalam seribu, kejadian yang benar-benar berlaku, train berhenti hanya beberapa milimeter dari wanita mabuk tersebut. Apabila ajalnya belum tiba, dan apabila Tuhan mengkehendakinya begitu.

Lantas, mestikah ada kata-kata seperti;

"Bahaya lah tinggal kat situ~! Lubuk penagih segala~!"

Atau...

"Lebih baik bersusah-susah naik bas dari menyelit-nyelit bawak motosikal, bahaya sangat~!"

Jugak...

"Eii.. berani kau naik bas tu? Kan selalu eksiden~!"

Adakah mereka yang berkata ini tidak sedar bahwasanya kemalangan, bahaya dan apa saja seangkatan dengannya adalah di tangan Tuhan semata? Dan apakah mereka yang berkata itu yakin sepenuhnya apa saja keputusan yang telah mereka ambil 100% takkan mencederakan diri mereka?

Apakah dengan tinggal di istana nan gah dan megah menjamin sejuta keselamatan? Namrud yang tinggal dalam istana penuh keindahan bukankah matinya hanya kerana seekor nyamuk?

Apakah dengan menaiki kereta menjamin mereka tidak akan kemalangan langsung? Pernahkan orang sebegini merujuk kepada statistik kemalangan di Malaysia?

Apakah dengan menaiki bas paling mewah di dunia benar-benar menghindarkan mereka dari sebarang risiko kemalangan? Lupakah Titanic nan gah itu karam pada kali pertama pelayarannya?

Tatkala terasa diri sangat bertuah, beruntung, berbahagia, bersenang-senang, mengapa masih ada titik hitam yang ingin mengatakan bahawa pilihan mereka yang sama sekali berbeza adalah salah dan silap?

Mungkin mereka ini hanya akan tersedar saat keindahan itu roboh.

Apa? Concern? Baiklah.

Lantas, apa salahnya andai soalan itu berbunyi seperti ini;

"Kau kat situ ek, extra hati-hati sikit, ada member pernah dijenayahkan kat situ."

Dari buat muka paling bertuah dengan nada melengking berfrekuensi mampu meretakkan cermin;

"Bahaya la wei~! Pesal ko duk situ?"

Kaki yang pernah terbenam dalam lumpur, takkan memandang lumpur itu jijik, malah melihatnya sebagai pengajaran yang mematangkan, dan akan lebih menghargai erti aliran sungai nan jernih.

p/s: Sekian, terima kasih.



save the earth...