Selasa, 2 Mac 2010

Kisah Sama

Kisah yang penah aku ceritakan semasa tahun 1 majmuah 1 di Nilam Puri ni, izinkan aku ceritakan sekali lagi.

Seorang lelaki sedang bekerja di tapak pembinaan selaku seorang buruh. Setelah beberapa ketika, beliau memerlukan beberapa peralatan lain, namun peralatan tersebut berada jauh di bawah, sedang beliau berada di tingkat 20 yang tidak memungkinkan suaranya didengari.

Adalah sukar untuk beliau turun ke bawah dan kemudian naik semula, catu-satunya cara yang relevan ialah dengan meminta rakan di bawah mengirimnkan peralatan tersebut menerusi bakul yang diikat menggunakan tali pada takal. Namun, laungan demi laungan beliau tidak didengari rakannya yang sedang asyik bekerja di bawah ditambah dengan bunyi bising mesin yang sedang berfungsi.

Akhirnya pekerja ini mendapat satu idea. Poket diraba dan beliau menemukan sekeping syiling. Lantas, syiling tersebut dilempar ke bawah, dan tepat mengena lengan temannya. Si teman tersedar, lalu mencapai syiling tersebut. Pekerja yang di atas tadi sangat gembira, namun senyumannya pudar apabila rakannya bukan sahaja tidak menyedari bahawa dia yang mencampakkan syiling tersebut, malah langsung tidak memandang ke atas.

Setelah beberapa kali mengulangi cara yang sama, akhirnya si lelaki ini berasa penat. Lantas, kerana lelah dan geram, beberapa ketul kerikil dipungut lalu dicampak ke bawah dengan geram. Kebetulan, ketulan kecil itu mengena tepat ke pipi rakannya. Serentak dengan suara rakannya mengaduh, rakannya mendongak ke atas. Dan akhirnya kerja mereka dapat diselesaikan setelah mesej yang lelaki tersebut ingin sampaikan difahami rakannya.

************************************************

Bila duit yang jatuh ke riba, jarang sekali kita ingin bertanya, milik siapa semua ini, hak siapakah ini, mengapa pada kita ia diberi, dan apakah memang selamanya milik kita rezeki itu?

Tapi, sebaik sahaja bala yang menimpa, perkara pertama yang dipersoalkan, mengapa kita yang mesti menanggung perkara sebegitu? Kenapa kita yang perlu diuji dengan perkara sebegini? Apa salah silap kita hingga itu yang menimpa?

************************************************

Bila diberi kesenangan, senang-senangkan berALHAMDULILLAH~

Dan bila diberi kesukaran, jangan sukar-sukar untuk berINNALILLAHIWAINNAILAIRAAJIUUN.... bukan bila dengar ada orang mati je... ;p



p/s: Tamat sesi pre-presentation... mode study untuk test dengan buat draf poster pulak~! Dunia budak tak habis belajar.... :p




save the earth...