Sabtu, 29 Mei 2010

Di Ambang Cinta: Selamat Pulang ke Tempat Asal~

Tengahari terakhir ke UM bersama Di Ambang Cinta yang perlu dikembalikan ke pangkuan pemilik asalnya.

Nampaknya, selaku pemilik sementara beliau, aku akan meneruskan kehidupan di bumi KL tanpa kehadiran beliau di sisi.

Takkan ada lagi sesi menapak ke pasar malam PJ, pasar malam Pantai Dalam, lepak-lepak manja ke Bukit Angkasa, jalan-jalan ke UM, dan ke IPS bersama beliau.

Samat kembali ke kampung halaman Di Ambang Cinta chagiya... isk~

*nanes*




save the earth...

Jumaat, 28 Mei 2010

1st Inteview & Dondang Sayang~

Ari ni adalah interview keje pertama aku dapat.

Arini jugak adalah kelas last Project Management yang aku amik kelolaan Prestariang, tapi orang yang call suh gi intebiu tu tak menyempat-nyempat nak gak aku gi intebiu dalam minggu ni.

Katanya, kalo dapat, aku leh stat keje Isnin nanti. Jadik, beliau mintak aku gi je intebiu kul 1730. Aku pon bergegas la balik umah tukar baju skema sume bagai, pakai kasut tutup melecet jari kaki, berlari-lari manja menaiki train ke KL Central.

Sampai je tempat yang dimaksudkan, aku ditanya atas tujuan apakah aku di situ.

Tapi sebaik je aku bgtau aku datang untuk intebiu, terus ahkak penyambut tamu cakap, intebiu sampai 1700 je.

Gigih la pulak berjela-jela aku ekspelen bahawasanya aku memang diminta datang jam itu, siap ngan emel sekalik aku dapat bagitau menda yang sama.

Akhirnya setelah dipandang atas dan bawah dengan pandangan yang pelik dan agak menjengkelkan, maka aku dibenarkan masuk ke ruang menunggu, isi form bagai, serta jawab test apakah.

"You must pass this test then only that you can go for the interview," kata akak penyambut tamu itu dengan penuh keseriusan. Aku angguk-angguk ala burung belatuk.

Usai jawab je aku terus kasik kat akak penyambut tamu, dan menunggu sekali lagik. Jam dah lebih kul 1800. Dalam 15 minit kendian aku dipanggil masuk untuk sesi intebiu.

Dan tetiber aku naik risau.

Aku sangat lapar. Jangan la perut ni......

"You can start by talking about yourself," kata interviewer sambil mula mengisi form apakah tatau la.

"My name is.... bla... bla... bla..."
























KR............UKKKKK.........~!












p/s: Motif la sangat perut nak bunyi tang-tang tu jugak.....:((
Nasib baik la interviewer wat tatau..... mencik...

save the earth...

Rabu, 19 Mei 2010

Abang Polis BerSMS Sambil Menunggang?

Cam biasa, dalam perjalanan balik dari UM ke rumah sewa, perlu melalui beberapa siri traffic light. Takde yang luar biasa, hanya apabila di salah satu traffic light, kelihatan beberapa abang polis lengkap berpistol tersarung di pinggang sebelah kanan sedang menunggang EX5 turut menunggu lampu isyarat bertukar hijau.


Abang Polis...


Sambil menunggu, tetibe salah sorang abang polis mengeluarkan telepon bimbit dan mula menekan-nekan teleponnya. Dan dengan kepala masih tunduk menatap skrin telepon bimbitnya, beliau bergerak ke hadapan, sedang lampu isyarat masih merah.

Andai kata tengah-tengah beliau bergerak dalam keadaan sebelah tangan memegang telepon dan mata melekat kemas merenung telepon, tetibe sebuah lori meluncur, alangkah murahnya harga sebuah nyawa.

Hoh, menulis cam la tak penah langgar lampu merah aku ni kan. Sebagai manusia normal, menipu la pulak nak berlagak suci murni tak penah langgar lampu merah. Tapi yang aku cuba highlightkan, perlukah memeriksa SMS semasa sedang menunggang motosikal?

Rasanya, kalau tunggu beberapa saat, dengan menghentikan kenderaan di tetepi jalan, kendian cek la tipon kalau SMS yang diterima kemungkinan perlu dibalas segera, kan ke lebih baik dan selamat? Nak berhenti pun, tak la lama mana, takkan sampai setengah jam pun. Beberapa minit je, dah selamat berhenti. Lepas tu nak cek, silakan la. Selamat, tenang, dan tak tergesa-gesa.



~ANDA MAMPU MENGUBAHNYA.



save the earth...

Ahad, 16 Mei 2010

Sentap-Sentapan~

Hari ni dunia hanya di hujung jari. Tanpa bangun dari tempat duduk anda mampu menghubungi sesiapa sahaja hanya dengan menggunakan perkhidmatan internet. Sama ada wireless lembabun ibarat siput baru belajar mengengsot, atau lajunya 900kbs/sec.

Anda berblogwalking, berchatting di laman sembang, berfacebooking, bertwitt-twitt, bersembang di forum, menonton video, malah mampu menonton rancangan nun dari memana negara hanya dengan berteleku di hadapan PC atau lappy.

Apalagi sekarang, hanya dengan bert-shirt pagoda lusuh, berseluar pendek, tanpa bergosok gigi, mengunyah roti bakar bersapu jem stoberi, tapi otak nan bergeliga bijak mengaplikasikan keadaan dan peluang mampu menjana ribuan ringgit hanya dengan menghadap dan menghadap lappy.

Namun, bak kata sorang kartunis, apalah bunga andai sumenya ungu. Di mana la keindahan dunia andai sume perkara adalah sama serata. Quran sendirik ada bagitau manusia ni pelbagai, bermacam, supaya sesama saling mengenali. Justeru, adalah sangat aneh andainya beranggapan semua orang adalah sama, seragam, dan serupa.

Kerana itu lah, dalam dunia maya nan tak tergapai dek tangan ni, bermacam ragam manusia boleh ditemui.

Bersembang berforum beramah mesra. Minat nan sama yang jadi titik penyatu. Tapi jangan la kerana sepatah kata perbezaan sampai membawak kes ke tengah mahkamah bagai.

Hanya kerana tidak mampu menerima pendapat sesetengah orang, perlukah sentap hingga melibatkan undang-undang, malah sampai hati memalukan diri sendiri dengan mengeluarkan kata-kata yang maki caci lantas memalukan orang lain pada masa yang sama?

Tak macho kan perangai macam tu.

Tak paham apa aku bebelkan? Baikla, misalnya, si A dan si Z sesama sukakan lagu CT contohnya. Contoh saja je, saja cakap CT, senang, ramai yang kenal. Kalo aku cakap si A ngan si Z suka DooJoonie kang pakat-pakat nganga plak.

Baikla, sambung.

Tiba-tiba dalam suka, Si A yang baru menengok CT bergambar selepas satu teater, komplen kerana tidak sukakan imej CT yang semakin lari dari imejnya sebelum ini, lantas menggunakan kata-kata yang tiada dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka seperti, 'nan-hado je', 'suam-suam kuku kekdahnya' serta seumpama dengannya.

Ini boleh bikin marah~!

Lalu, Si Z yang tidak sukakan ayat tersebut mula membalas dengan struktur bahasa yang lebih kurang sama. Dan bermula la satu pertikaman kekata di dunia maya.

Tamat.

Situasi ni tersangat la biasa dengan aplikasi dunia tanpa sempadan. Dunia semakin terbuka, anehnya, masih ada juga yang berfikiran tertutup, mendap, serta gagal menerima pendapat yang lain sebagai satu input.

Meskipun dengan keterbukaan dunia, bukan semuanya adalah perkara yang baik, tapi selaku makhluk paling mulia lagi tinggi darjat, sila la aktifkan penapisan anda menggunakan otak dan pikiran yang dibekalkan pada sume orang itu. Anda rasa bahasa yang seseorang itu gunakan adalah kesat atau tak wajar, maka tegur la dengan wajar. Andai beliau menggunakan kekata maki keji bagai, lalu anda juga membalas dengan struktur kata yang sama, maka teguran anda adalah sesia sama sekali.

Tak ubah cuba membilas air limbahan dengan air limbahan juga. Apa la maknanya.

Andai anda tak mampu menerima setiap kekata keji dan maki, maka jalan terbaik adalah dengan menjauhkan diri. Tak mampu menegur dengan kekata, maka bahtahla dalam hati meski itu adalah selemah bantahan.

Tak perlu la gigih nak terasa sakit hati tersentap bagai hingga gigih lagi bersemangat membuat penyiasatan sendiri semata-mata mahu memalukan seseorang yang sangat tidak wajar pada pandangan anda.

Tak mampu berkata-kata dengan indah, janganlah berkata-kata dengan biadap.
Tak mampu menegur dengan baik, jangan la mencela memaki segala.
Tak mampu, maka tak perlu la memalukan.




p/s: Hanya kerana mengikut kata hati, yang merana adalah diri. Jadi, bagaimanakah?

Jumaat, 14 Mei 2010

Aku nan Sombongkah?

Perbezaan kursus yang diambil, kemudiannya satu kursus pendek menjadi titik tolak pertemuan.

Belajar sekelas, berkongsi trainer yang sama, pc yang sama, makan semeja. Malangnya tidak mampu untuk sama-sama tersenyum merapatkan jurang yang ada.

Apakah kerana perbezaan major antara kita?

Atau, kerana mereka adalah ramai dan aku adalah seorang?

Mungkinkah aku yang tak reti nak berkawan dengan orang?

Atau, apakah aku kelihatan bak ungka terlepas yang bahaya untuk dijadikan kawan meskipun hanya untuk sepanjang 2 minggu ini?

Kerana apakah?





p/s: Hanya kerana aku dapat menaip dalam kecepatan yang sedikit tinggi dari groupmate yang lain maka aku diusulkan mintak keje opis? Apakah~




save the earth...

Rabu, 12 Mei 2010

Cheesecake & Beger Ayam

CheeseCake cumil, serta serius sedap untuk birthday, is the best.

Aksi suap menyuap tidak harus ditayangkan atas isu keselamatan dan kerahsiaan. Aksi makan memakan jugak perlu diabaikan.

CheeseCake~

Sangat suka kek super comel, sedap dimakan, cepat dimakan, serta enak ditelan. :)


Burger untuk birthday? Wehehe... kelakar, tapi itu lah kawan aku.

Aku: Cepat wish~! Semua orang dah wish~!

Kawan aku pemberi beger: Saya kan pemalu~

MOTIF kaitkan pemalu dengan wish happy birthday?


Beger ayam spesel~

Hadiah besday? Hehe~ Terbaik~!


Dari KdYs & her chagiya~ ;p


Dari JC~ :D



p/s: Komawo atas sume ucapan... timekasih~! Hosmet-hosmet cheesecake bertiga, tQ tQ tQ~! you're so Special~ Easy-going~ Everyday bikin Shock~! weheheh~

save the earth...

Khamis, 6 Mei 2010

Sweet Escape~

Kali pertama ke Genting adalah pada malam 31 Ogos tahun lepas, 2009. Bersama hosmet-hosmet yang bak kata dorang, yang sukar ditemui galang gantinya.

Cuma waktu tu hanya meronda memyaksikan keindahan malam dan panorama malam sambutan kemerdekaan julung kali di bulan puasa. Usai menyaksikan pelbagai ulah manusia, rondaan ditamatkan dengan sesi bersahur di Kampung Baru dan sesi merehatkan serta memanjakan kaki di kolam air panas Selayang.

Namun kerana sering digembar-gemburkan dengan keindahan Genting selaku taman tema terunggul di tanah tumpah darah nih, maka semangat untuk ke sana sekali lagi dan mencuba sendiri permainan yang adventure itu kononnya, membuak-buak. Dan, beberapa siri cadangan berkenaan meraikan masa-masa terakhir selaku pelajar aku utarakan pada member-member baik.

Cadangan yang agak diterima pakai. Namun, kita hanya merancang, yang menentukan hanya Tuhan saja. Lalu, kerana beberapa masalah teknikal, rancangan terbatal dengan sendirinya.

Tapi, rancangan ala-ala sweet escape Inche Jamil bersumberkan sini, secara tak tersangka bertukar menjadi sweet escape ke Genting.

Kali pertama mencuba keseronokan dan kegilaan yang sering diperkatakan. Juga bersama hosmet-hosmet yang sama. Hosmet yang sukar dicari galang ganti itu la.

Hosmet yang dah macam unnie-unnie yang telus, lepas, dan bebas. Tapi pada masa yang sama, matured sesuai dengan usia tentunya, cool dengan banyak perkara, serta... hosmet yang rasanya, boleh menerima aku adanya. Heh~ :D

Oh, pengalaman pertama menaiki memenda pelik lagi tah pape di Genting?

Sangkaan yang meleset. Aku pikir roller coaster adalah bahagia, malangnya itu la kemuncak menyebabkan kepala aku berdenyut hampir sejam lamanya.

Space shot. Aku pikir itu akan meninggalkan mimpi ngeri, rupanya agak sedikit manis di situ.

Oh, paddling dalam air, aku agak bijak mengawal pergerakan rupanya walaupun tang parking sedikit tersasar.

Cuba lagi selepas ini?

Mungkin selepas beberapa lama lagi. Sekurang-kurangnya sehingga aku teringin lagi. Yang pasti, buat masa ni, aku masih terkejut kerana tak sangka pulak kejutan menyebabkan kepala aku berdenyut sebegitu rupa.



Pintu masuk...



Space shot~



Dinosour land....



Tarikh nan cun....:D




Sempat berkayuh dalam air....


Akan pergi lagi?

Mungkin perlu berpikir beberapa kali. Andainya pergi lagi, mungkin takkan menaiki roller coaster lagi. Nggg~





save the earth...

Ahad, 2 Mei 2010

Benci~

Untuk membenci, mudahnya amat. Lebih mudah dari makan beskut sambil berlari, atau minum air sambil jalan terjengket-jengket. Mudahnya cam tdo sambil berselimut di petang nan hujan lebat, atau umpama gelak terbahak-bahak sambil membaca komik super kelakar.

Senang je nak membenci. Cukup dengan mengerling sekilas, lalu membenih dalam hati betapa seseorang itu tak layak kecapi apa yang sedang dimilikinya. Lantas, tak perlu lama, benih tu akan segera menyubur, dah tumbuh gagah la sepohon mencik siap beranting-ranting berbuah lebat-lebat.

Benci bukannya mengira orang, kadang-kadang sama adik beradik satu rahim pun nak dibencinya jugak.

Kawan-kawan berkongsi hidup makan sepinggan tdo sebantal pon boleh nak dibenci jugak.

Hatta, sedara mara yang sesekali jumpa tak sempat nak beramah tamah pon boleh menjadi salah sorang yang dibenci.

Menurut kajian, antara punca utama seseorang dibenci, adalah kerana orang yang membenci itu CEMBURU dengan apa yang dimiliki orang yang dibencinya.

Cemburu kerana seseorang itu disayangi orang sekelilingnya.
Cemburu kerana seseorang itu cerdas akalnya.
Cemburu kerana seseorang itu rajin perangainya.
Cemburu kerana seseorang itu cool orangnya.

Susahnya bila membenci.

Asik nak sakit hati.
Asik nak berpikir yang buruk-buruk.
Asik memaksa otak merangka pikiran nan jahat-jahat.
Asik membakar hati dengan memacam andaian.

Penatnya asik mengerling dengan ekor mata.
Senaknya asik merenung penuh meradang.

Kenapakah mesti mengurung rasa sakit tu?
Kenapa tak bebaskan saja?

Apa untungnya membenci?

Ibarat mengurung diri dalam sebuah pondok yang sedang terbakar.
Sedang yang dibenci sedang selamat di luar.
Tinggal la sorang-sorang menyeksa diri sendiri?

Untuk apakah?





p/s: Sila ungkaikan rasa benci yang mengikat diri... Lagi selesa tau tak.


save the earth...