Ahad, 16 Mei 2010

Sentap-Sentapan~

Hari ni dunia hanya di hujung jari. Tanpa bangun dari tempat duduk anda mampu menghubungi sesiapa sahaja hanya dengan menggunakan perkhidmatan internet. Sama ada wireless lembabun ibarat siput baru belajar mengengsot, atau lajunya 900kbs/sec.

Anda berblogwalking, berchatting di laman sembang, berfacebooking, bertwitt-twitt, bersembang di forum, menonton video, malah mampu menonton rancangan nun dari memana negara hanya dengan berteleku di hadapan PC atau lappy.

Apalagi sekarang, hanya dengan bert-shirt pagoda lusuh, berseluar pendek, tanpa bergosok gigi, mengunyah roti bakar bersapu jem stoberi, tapi otak nan bergeliga bijak mengaplikasikan keadaan dan peluang mampu menjana ribuan ringgit hanya dengan menghadap dan menghadap lappy.

Namun, bak kata sorang kartunis, apalah bunga andai sumenya ungu. Di mana la keindahan dunia andai sume perkara adalah sama serata. Quran sendirik ada bagitau manusia ni pelbagai, bermacam, supaya sesama saling mengenali. Justeru, adalah sangat aneh andainya beranggapan semua orang adalah sama, seragam, dan serupa.

Kerana itu lah, dalam dunia maya nan tak tergapai dek tangan ni, bermacam ragam manusia boleh ditemui.

Bersembang berforum beramah mesra. Minat nan sama yang jadi titik penyatu. Tapi jangan la kerana sepatah kata perbezaan sampai membawak kes ke tengah mahkamah bagai.

Hanya kerana tidak mampu menerima pendapat sesetengah orang, perlukah sentap hingga melibatkan undang-undang, malah sampai hati memalukan diri sendiri dengan mengeluarkan kata-kata yang maki caci lantas memalukan orang lain pada masa yang sama?

Tak macho kan perangai macam tu.

Tak paham apa aku bebelkan? Baikla, misalnya, si A dan si Z sesama sukakan lagu CT contohnya. Contoh saja je, saja cakap CT, senang, ramai yang kenal. Kalo aku cakap si A ngan si Z suka DooJoonie kang pakat-pakat nganga plak.

Baikla, sambung.

Tiba-tiba dalam suka, Si A yang baru menengok CT bergambar selepas satu teater, komplen kerana tidak sukakan imej CT yang semakin lari dari imejnya sebelum ini, lantas menggunakan kata-kata yang tiada dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka seperti, 'nan-hado je', 'suam-suam kuku kekdahnya' serta seumpama dengannya.

Ini boleh bikin marah~!

Lalu, Si Z yang tidak sukakan ayat tersebut mula membalas dengan struktur bahasa yang lebih kurang sama. Dan bermula la satu pertikaman kekata di dunia maya.

Tamat.

Situasi ni tersangat la biasa dengan aplikasi dunia tanpa sempadan. Dunia semakin terbuka, anehnya, masih ada juga yang berfikiran tertutup, mendap, serta gagal menerima pendapat yang lain sebagai satu input.

Meskipun dengan keterbukaan dunia, bukan semuanya adalah perkara yang baik, tapi selaku makhluk paling mulia lagi tinggi darjat, sila la aktifkan penapisan anda menggunakan otak dan pikiran yang dibekalkan pada sume orang itu. Anda rasa bahasa yang seseorang itu gunakan adalah kesat atau tak wajar, maka tegur la dengan wajar. Andai beliau menggunakan kekata maki keji bagai, lalu anda juga membalas dengan struktur kata yang sama, maka teguran anda adalah sesia sama sekali.

Tak ubah cuba membilas air limbahan dengan air limbahan juga. Apa la maknanya.

Andai anda tak mampu menerima setiap kekata keji dan maki, maka jalan terbaik adalah dengan menjauhkan diri. Tak mampu menegur dengan kekata, maka bahtahla dalam hati meski itu adalah selemah bantahan.

Tak perlu la gigih nak terasa sakit hati tersentap bagai hingga gigih lagi bersemangat membuat penyiasatan sendiri semata-mata mahu memalukan seseorang yang sangat tidak wajar pada pandangan anda.

Tak mampu berkata-kata dengan indah, janganlah berkata-kata dengan biadap.
Tak mampu menegur dengan baik, jangan la mencela memaki segala.
Tak mampu, maka tak perlu la memalukan.




p/s: Hanya kerana mengikut kata hati, yang merana adalah diri. Jadi, bagaimanakah?