Rabu, 19 Mei 2010

Abang Polis BerSMS Sambil Menunggang?

Cam biasa, dalam perjalanan balik dari UM ke rumah sewa, perlu melalui beberapa siri traffic light. Takde yang luar biasa, hanya apabila di salah satu traffic light, kelihatan beberapa abang polis lengkap berpistol tersarung di pinggang sebelah kanan sedang menunggang EX5 turut menunggu lampu isyarat bertukar hijau.


Abang Polis...


Sambil menunggu, tetibe salah sorang abang polis mengeluarkan telepon bimbit dan mula menekan-nekan teleponnya. Dan dengan kepala masih tunduk menatap skrin telepon bimbitnya, beliau bergerak ke hadapan, sedang lampu isyarat masih merah.

Andai kata tengah-tengah beliau bergerak dalam keadaan sebelah tangan memegang telepon dan mata melekat kemas merenung telepon, tetibe sebuah lori meluncur, alangkah murahnya harga sebuah nyawa.

Hoh, menulis cam la tak penah langgar lampu merah aku ni kan. Sebagai manusia normal, menipu la pulak nak berlagak suci murni tak penah langgar lampu merah. Tapi yang aku cuba highlightkan, perlukah memeriksa SMS semasa sedang menunggang motosikal?

Rasanya, kalau tunggu beberapa saat, dengan menghentikan kenderaan di tetepi jalan, kendian cek la tipon kalau SMS yang diterima kemungkinan perlu dibalas segera, kan ke lebih baik dan selamat? Nak berhenti pun, tak la lama mana, takkan sampai setengah jam pun. Beberapa minit je, dah selamat berhenti. Lepas tu nak cek, silakan la. Selamat, tenang, dan tak tergesa-gesa.



~ANDA MAMPU MENGUBAHNYA.



save the earth...